Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, March 30, 2023

..::Ramadhan 2023::..

 Assalamualaikum



Alhamdulillah
Allah izinkan aku dan kita semua berjumpa dengan Ramadhan 2023.
My 2nd year puasa tanpa bapak.
And still not easy for me.

The sadness and sorrow aku masih rasa sampai harini.
Pastu tahun ni puasa kaki mak tak berapa ok.
Tak boleh duduk bawah, solat pun atas kerusi.
Tengok bekas buka puasa mak dalam bekas yang ada divider tu, 
sama macam mak prepare untuk bapak dulu, lagi lah aku sedih sangat. 
Bukan sedih sebab kenangkan bapak pakai bekas tu dulu,
Sedih sebab mak pun dah uzur 😭

I might not be a person yang selalu bersembang dengan mak, gossiping this and that dengan mak. Bawak mak berjalan makan sana sini.Tak, bukan aku. Aku lebih kepada perhati dari jauh dan aku akan pastikan AKU ADA BILA PERLU

Antara aku dengan mak memang ada sikit gap yang aku sendiri wujudkan. Aku sayang dia dan aku akan sentiasa pastikan dia selesa dengan Siapa yang dia selesa. Aku  takkan kacau keselesaan dia semata untuk aku bawak dia kesana kesini. Tak. Takkan. As long mak happy, aku happy. Apa pun keadaan mak, selagi mana dia ok, AKU OK.

Ramadhan tahun ni agak berbeza sikit untuk aku. Boys dah besar. Memasing dah boleh urus sendiri dan masing-masing ada perangai yang aku kena handle. Dan ramadhan tahun ni jugak pertama kali kitorang akan ber'ramadhan di rumah sendiri. walaupun weekend je. ahahahahaha. Walaupun rumah tengah tunggang langgang under renovation. HAHAHAHAHAHA!

Tahun ni. Harapan ramadhan aku sangat besar. 

Aku sedang membaiki diri secara duniawi dan ukhrawi.

Aku yakin, allah dah susun jalan hidup aku secantiknya.

Aku cuma perlu lalui nya sahaja.



Till then,
Pen Off
bye.


Monday, April 11, 2022

..::Ramadan 2022::..

 

Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…


Alhamdulillah. Syukur. Allah izin untuk temukan aku dan keluarga aku dengan Ramadan 2022. Kecuali bapak. Yup, Ramadan yang takkan sama lagi. Bukan ramadan je, hari-hari yang tak akan pernah sama lagi. Suara dia, bau dia, gelak dia, sembang dia, lorat rengek dia dengan mak. Rindu semua tu, rindu!

Ψ§َΩ„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْΩ„َΩ†َΨ§ Ψ°ُΩ†ُوْΨ¨َΩ†َΨ§ وَΩ„ِوَΨ§Ω„ِΨ―ِيْΩ†َΨ§ وَΨ§Ψ±ْΨ­َΩ…ْΩ‡ُΩ…ْ ΩƒَΩ…َΨ§ Ψ±َΨ¨َّوْΩ†َΨ§ Ψ΅ِΨΊَΨ§Ψ±ًΨ§




Ramadan 2022
Mikhael : 10 tahun
Hanan : 7 tahun

2,2 puasa ke?
Puasa. Tapi untuk hanan ada banyak kelonggaran. belum wajib untuk dia. Hanan dah start belajar puasa since 4yrs. Memang dia tidak semudah kael, tapi alhamdulillah. Mudah juga untuk bentuk dan fahamkan dia tentang puasa. Ramadan day 9, hanan baru tinggal 2 hari. 

1st puasa : tewas at 5.06pm. kehausan. kah3!
5th puasa : Minum kat sekolah sebab tak tahan tengok air kawan.
ikut suka hang lah nan. hahahaha!

Hadiah ramadan tahun ni, kereta kena hantam πŸ˜†
Boleh tahan rabak lah bumper kereta aku. sensor semua habis. ekzos pun kena tukar one set. 


tapi seteruk2 kereta aku, teruk lagi Myvi yang hentam aku ni. Rebeh habis lampu dia. memang kuat giler dia hentam. Bukit lanjan, jalan licin masa tu hujan. Vision dia nampak aku break, walhal jalan memang slow sebab hujan + kereta banyak. dengar jugak lah 2,3 kali bunyi tayar dia, last2 hentam jugak. takpe. benda nak jadi kan. alhamdulillah We're alive! hahaha. 


Terus hantar service center kat hulu kelang untuk buat urusan repair dan claim. Rezeki sangat lah urusan pun senang dan orang yang melanggar aku tu pun elok baik budi bahasa nya.  Estimate 3 minggu kereta kat sana. Hopefully sempat siap sebelum raya. Mak is rinduuuu 2 mingu tak jumpa kereta. huhuhuuh.


Sempat coffee2 dengan pompuan ni. kawan dari darjah 2 sampai dah tua πŸ˜†


Never thought allah akan jaga persabahatan kami sampai macam ni. we're never claimed ourselves BFF or whatsoever. Tapi. kami bersahabat kerana allah yang susunkan. Baik kau aku tahu, Buruk aku kau tahu. Simpan kemas. 


Tak mintak banyak. Moga allah jaga ikatan ni. Yang sorang kuat merengek, yang sorang lagi kuat merentan. pantang kawan nak merengek dia dah merentan dulu. hahahahaha! Seketul wawa yang hampir semua orang pun tau dia memang tak suka orang merengek πŸ˜‚

Ramadan Day 9
So nak masak apa ni??

πŸ˜…

Wednesday, May 30, 2018

..::Ramadhan bersama Young Living Essential Oils::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Hai koranggggg. Saited ni nak share sikit EO yang sangat berguna waktu bulan ramadhan. Terutama sekali bila ada anak yang baru nak belajar puasa ha 😍


Kael puasa Alhamdulillah dia kuat. Tapi haritu masa buka dia makan sikit je, lepas tu mengadu sakit perut. Lepas makan dia baring, merengek sikit. Tengok perut dia kerassss kembung.. alahai abg, kesian.. badan baru nak biasa kan dengan puasa.


Terus amik DIGIZE & PEPPERMINT. 2 EO yang sangat membantu untuk penghadaman dan sebu perut. Buat layer, sapu arah jam, tak lama lepas tu dia rasa lega, bangun solat, buat homework. Tengah buat homework kemain dia buang angin πŸ˜‚

Harini dia puasa macam biasa. Balik sekolah 1st report dia kat mommy. 
"MOMMY... ABG DAH KENTUT KAT SEKOLAH.. DAH BERAK" 
mommy baru je nak tanya pasal exam harini, dia report dulu pasal kentut. Hampeh πŸ˜†



SLEEPY NO MORE 😍


Kebetulan hari Exam kael hari puasa, kael kan sahur lewat, masa dia sahur tu lah aku oilingkan dia dengan 3 sekawan ni.
Cedarwood, rosemary, lime. 
3 eo ni untuk tingkatkan kepeka'an dia kat sekolah. Untuk fokus. 
Lime tu bau dia memang fresh sangat2..

Surprisingly, lepas sahur dia tak tidur pun. Tengok tv, cek beg sekolah cukup barang semua. .

Dan belum lagi terima feedback dari cikgu yang kael tidur kat sekolah. Alhamdulillah. Tapi mommy sure tenghari tu nap time mesti dia lena sangat. Hehehe.

So siapa yang rasa kat office tu selalu lesu, boleh sangat guna any eo yang buat korang fresh dan lebih focus. Highly recommended, cedarwood, rosemary, orange, frankincense or lavender 😍😍😍

TAK BOLEH MAKAN UBAT BATUK. NANTI MENGANTUK πŸ‘‡


Last week. Abg mika batuk ketat dan kering. Masalah nya last week jugak minggu exam dia dan puasa. Memang tak boleh la nak bg ubat. Mentido pulak dia nanti πŸ˜†

EO ni masa bulan puasa memang membantu sangat. Baik kids or adult. Yelah, puasa susah la kan asik nak makan ubat. So guna eo. Sangat cepat serap dan melegakan.

3 hari guna Dorado azul ni. 1st day guna batuk dia yang ketat tu, baru nampak reda. Macam ada bunyi kahak sikit, nampak longgar. Keep oiling, blend oil mmg guna kerap2 kat tapak kaki dia. Pegi sekolah dia sendiri request nak bawak minyak. So bekalkan cough blend. Alhamdulillah hari ke 3 all is well. ❤

Siapa yang tak sihat masa puasa ni, rasa boleh tahan lagi without ubat. Sapu EO memang sangat membantu. But, if necessary SILA AMBIL UBAT. Jangan tahan2 ok πŸ’

EO WAJIB KALAU PUASA UNTUK PERUT MERAGAM

Perut sebu, masuk angin, perut memulas.


Dah 2,3 hari perasan perut AKU macam tak selesa. Tp ok lagi, tak melayan kan sgt. Biasalah kan, puasa.. tapi semalam dari pagi memang rasa tak selesa, makin malam makin tak selesa sampai rasa nak temuntah.

Lepas tu telan trio ni. Sesuai sangat untuk pedih ulu hati, penghadaman dan sebu. Senang kata macam masuk angin tu lah. Sekejap je lepas telan trio ni, perut rasa macam memulas sangat2. Maka nya berlari ke toilet πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Aku tak berapa nak hardcore sangat drop eo dalam air dan telan. so aku masukkan dalam veggie capsule. settle!

Lepas pada tu asik sendawa je ni, makin selesa rasa perut, baru boleh nak lelap hehehe.
pagi ni perut memang dah selesa sangat2. takde dah rasa angin tersekat nak muntah ke apa πŸ‘πŸ‘πŸ‘




If interested nak mencuba Young Living Essential oil. 
Set diffuser YL serendah Rm 379 dan mulai esok harga akan turun. GST 0%


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Wednesday, May 23, 2018

..::Ajar anak berpuasa::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

hey, me again. mengantuk bersama office yang sunyi. nak tulis apa ni? takde idea. nada! so, let's the finger dance.

Puasa with lil boy yang baru nak belajar berpuasa. in fact, dia belum faham pun kenapa kita kena puasa and so on. so yeah.. we're just do it, memandangkan dia dah 6 tahun and quite good in solat, so why don't we try?? 

at first, aku tidak lah mewajibkan dia untuk puasa, u kena bangun around 5 am have some food and puasa all day long. Tak, aku tak letak apa target pun untuk dia sebab tahun ni dia baru nak belajar puasa. Solat dia pun belum sempurna. untuk puasa, kita slowly ajar.

1st day, kami kejut dia pukul 7.00 pagi (hari masih gelap) dan makan, siap pegi sekolah semua dan pesan, "abang puasa ok harini??" And he said.. "ok".  Balik sekolah dia sangat excited telling us that he PUASA. and my respond is, "haaa... goood. so abg makan tak harini?" dengan Happy nya dia menjawab "makan, nasi dengan ayam" berderai kitorang ketawa. see.. dia belum faham takpela.

sepanjang dalam kereta kitorang kerap ingat kan dia puasa tu tak boleh makan dan minum, sangat kerap kitorang pesan. kitorang buka rumah mak, dan dia ada satu jam untuk tahan nafsu makan dan minum sebab kat rumah mak ada macam-macam kudapan dan adik dia asik offer makan. haha! kat sini baru dia nampak dan faham puasa tu macam mana, dia merengek, dia buat muka, dia cuba bagitau dia lapar. come on bang, just one hour.

Bila dah nak azan, we can see he's so excited duduk dekat makanan dan mintak apa dia nak makan. Bila azan dia sangat kebulur ok. even sejam, aku nampak dia sangat FAHAM apa itu puasa.

So the next day. Hari jumaat kitorang kejut dia makan pukul 6.45am. dia makan dan dia kata dia puasa. so bila balik sekolah petang tu dia bagitau dia tak makan dan minum. "abang puasa harini mommy.... abg tak makan, tak minum.. kawan2 tak puasa"
haha! mommy so happy! dia dah faham apa itu puasa dan untill today dia puasa dengan bagus sekali. Alhamdulillah. 


So any tips? NO. aku cuma tak paksa dia untuk puasa. dan aku beri kelonggaran waktu sahur dia. as long hari masih gelap. janji dia buka puasa time azan maghrib. itu je cara aku nak bagi dia faham puasa tu macam mana. Tapi weekend kitorang kejut dia makan sahur macam biasa. so lepas tu dia boleh sambung tidur. Kalau weekdays kitorang lewat kan dia sahur dan siap pergi sekolah terus. Kena faham, salah satu syarat wajib puasa ialah BERAKAL. 6 years. what do u expect?? hehehe. slowly kita ajar anak-anak ok. 


Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, May 27, 2016

..::Baju Melayu Dewasa & Baby::..


Tahun ni persiapan raya aku sangat awal. Hehehehe. Mine, dah settle! Anak2 dah 70%. Mirzal 50% (kottt) baju2 alhamdulillah semua dah settle. Tinggal kasut and accessories. Dan jugak baju Melayu Mirzal dan Kael. Pagi tadi aku tengok baju melalyu Kak Mimy Hamid jual. 


Alahai, berkenan sungguh. murah pulak tu. Dah usul kat Mirzal tak tau lah dia mau ke tidak. Aku kalau boleh mau kan aje. Pasal malas nak ke Jakel bulan2 puasa ni. I is letih!

Tahun ni raya biasa - biasa je. kahhhh! Jangan percaya. aku ni tiap tahun pun kata biasa last2 jadi luar biasa jugak. perbelanjaan melampau. haha. itu biasa. Alaaa...bukan untuk diri sendiri pon. selalu yang berlebih2 pon baju bebudak tu lah. Lelagi tahun ni 1st raya untuk baby Hanan. Baju melayu dia je aku dah beli 2 pasang... adoiii.. eksaited melampau mommy ni ha :D 


Baju Raya Hanan aku beli kat Amal. Kain memang super comfort..! untuk baby memang sesuai sangat! dan murah, service laju! Semalam dia update tracking number, harini dah sampai. Suka..! Ada macam - macam lagi yang amal jual untuk babies. Jenguk ok!

Sesambil tu jangan lupa persiapkan diri korang untuk menyambut Ramadhan. Niat kan diri dan hati untuk buat amal ibadah berganda-ganda dari biasa. Sama - Sama kita rebut dan tanamkan sifat TAMAK PAHALA. Tak salah siapkan jugak supplimen sebagai energy booster. Badan sihat dapat lah kita lakukan amal ibadat dengan sempurna. In shaa Allah.

B
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, July 2, 2015

..::Serba Salah dan Rasa Bersalah::..

ASSALAMUALAIKUM

Mirzal ajak buka luar harini, sempena anniversary.. dah 15 ramadhan harini baru ade peluang nak buka luar sama2. haritu dia buka dengan officemate kat SACC. aku tak ikut sbb sickness yang tak dapat dibantu. So, harini sempena hari istimewa (konon) dia nak bawak aku western buffet.

Tak tau nak eksaited ke nak tolak ke nak terima dengan penuh kekesalan ke mcm mana ni... Sickness aku ni korang pepaham lah.. bila malam menjelama mulalah mcm2 rasa ade. perut begelodak mcm ade kupu2, badan otamatik jadi sakit2. Tp takkan lah aku nak pentingkan diri sangat sampai tolak pelawaan dia. mungkin jugak dia yang teringin nak makan western buffet tu. nak makan steak katanya...



Aku bukan ape, risau menyusahkan dia, memang restaurant tak jauh mana, dekat je dengan rumah aku dan lagi dekat dengan rumah mak aku.. cuma aku takut keadaan aku kat kedai tu bakal mengaibkan dia.. muahahaha. dan jugak membazir. yela.. makan buffet, bayar harga buffet tapi perut aku ni cuma mampu telan anggaran seketul roti john dan 2 cawan air. lebih daripada tu confirm membuak balik.. tak ke membazir bayar harga buffet makan utk 2% dari hidangan..

Takpelah... sebelum nak pegi ni kita tawakkaltualallah bebanyak.. seram mcm nak pegi jawab exam :p
ok, nak siap2 mandi, kemudian ke restoran utk berbuka puasa. nanti balik aku update lagi:)

oh ye, kitorang nak pi makan kat Steak @ Sempang, Sg. Buloh. nanti aku review ye :)


**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Monday, June 22, 2015

..::ALLAH MAHA MENDENGAR::..

ASSALAMUALAIKUM

Update memalam gini mcm x tau nak tulis ape, tadi rasa nya masa nak bukak laptop ni ade macam2 nak di bebelkan, dah bukak elok blogger.com terus macam blur. grrrr >,<
 aku kan, memalam memang cenggini. siang puasa sihat walafiat.. malam melembik mcm kan hape. tebalik kan?? selalu nya time puasa yang lembik.

 Eh, belum lewat lagi kan nak ucap selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015.. teheeeheee :p


aku kan... Ramadhan tahun ni yg paling gerun buat aku, rasa macam nak nangis terlalu risau nak hadap ramdhan kali ni.. Sickness aku kan teruk.. aku selalu ngadu dengan mirzal.. "mcm mana ni nak hadap puasa... muntah teruk... lambat makan sikit je muntah teruk.. makan lebih sikit pon muntak teruk..." *maka keluarlah air mata sebaldi* biasala org ngandong ni kan sensitip sensentap lebih sikit.. Tapi serious aku sedih sangat kenangkan keadaan aku nak sambut puasa kali ni..

2 minggu sebelum puasa tu aku jaga makan bebetul2, makan yg elok2, supplimen tak tinggal. aku nak badan aku sihat, aku nak puasa kalau boleh. Walaupon diberi kelonggaran tapi siapa yang taknak kejar pahala puasa tu kan.. Tapi keadaan aku masih sama.. muntah all the time.. melembik meloya... Memang aku doa banyak2 Allah bagi aku kesembuhan, kekuatan untuk aku sempurnakan ibadah puasa dan juga lain2 ibadah... memang aku mohon sungguh2... walaupon aku tau aku tak mampu dengan keadaan aku sehari sebelum puasa yang masih muntah2...

ALLAH MAHA MENDENGAR...

Memang kalau kita nak laksanakan sesuatu kebaikan tu memang ALLAH akan bantu. MEMANG. aku nekad je puasa hari pertama dan Tawakkal.. Suprisingly.... Aku sihat walafiat, malahan lebih sihat dari hari2 yg aku selalu makan tu... aku tak muntah langsung sejak pagi sampai petang. 6.30 petang baru aku muntah. mungkin sebab perut dah terlalu kosong.. Meloya dan mual kembang tekak memang ade tapi aku tak muntah. Alhamdulillah... 1st day puasa aku suksess! berbuka kat rumah mak, dengar azan dapat teguk air nak menitik air mata. tapi sebab kat rumah mak.. control..control.. aku je yang faham perasaan ni. Perasaan dan rezeki kesihatan yang Allah bagi pada ketika aku betul2 memerlukan...

Lepas je bukak puasa segala rasa datang, pening, sakit kepala, badan bisa mencucuk... macam biasa yang aku rasa time aku mabuk tu la.. ahahahah. dah buka baru segala rasa tu datang.. Tapi xpe, sekurang2 nya aku boleh makan dan minum macam biasa waktu malam. dan memang malam je (sampai harini) mesti aku muntah2 macam siang2 hari yg sebelum aku puasa tu.. ahahaha. Aku nak puasa, Allah bagi aku puasa... Selebihnya.. jangan merungut. hehehehe.

5 Ramadhan.. aku masih berpuasa penuh.. syukur walaupon harini hati dah start risau keadaan baby dalam tummy, cukup ke zat dia, cukup ke khasiat dia, mampu ke dia bertahan dan banyak lagi yang aku fikirkan. dan harini jugak badan aku semakin kurang tenaganya... belum pernah aku lelap lepas sahur (tahun ni) pagi tadi memang aku terlelap sungguh2.. sampai office pon lewat 15 minit. Kat office pon masih muntah2 tapi tidak lah muntah yang teruk2 just keluar buih2 je.. perut kosong dan ber'gas barangkali.. Apepon aku yakin dengan badan aku cukup kuat, cuma aku tak yakin baby aku mampu ke dia dalam tu dengan hanya berbekalkan makanan sahur mommy nye sahaja..

Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana euzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada' sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada'dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada' sahaja.
sumber : http://www.tranungkite.net/lama/sisipan/ramadhan4.htm

P/S : Allah maha mendengar... Sentiasa mintak tolong dengan Allah... Jangan putus asa walauapepun yang sedang kita usahakan... Moga kita semua perolehi ramadhan dan ibadah puasa yang penuh keberkatan.. amin.
 **********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Monday, June 30, 2014

..::Salam Ramadhan::..


Alhamdulillah.. Masuk hari ke-2 ramadhan. Memula ingat tak dapat kihkihkih :)
Bermula lah rutin 7.30 am - 4.30 pm.
yg bestnye masuk 7.30 ni aku tak hadap jem langsung. dan balik awal sempat ber'aksi di dapur.
Ini kalau makan lauk bazar jugak haruslah kena perli dengan engkorang kan?

semalam sempat menyopping beli lauk sikit2,
hari sabtu aku sempat blend bawang besar, bwg putih, cili. Ni semua bahan asas utk masak. balik rumah tumis semua2 yg dah dikisar tu, xde lah buang masa nak mengupas bagaikan.

Ayam semalam pun aku dah potong siap2 ikut size masakan. Masuk kan dalam plastik dan tulis siap2 ayam tu utk masak ape. Macam semalam sekor ayam aku dapat jadikan 5 lauk :-
1) Masak merah/masak madu
2) Masak Kicap
3) Gulai lemak (semalam dah buat)
4) Goreng biasa
5)Goreng rempah

Silap tak amik gambar. klu tak bleh share ngan korang. Satu yg senangnye aku tak payah haru pk ayam tu nak masak ape, bukak2 fridge tgk dah bertulis. hehe. dan Tips kenapa aku asingkan dalam plastik siap2 supaya senang nak cairkan, xdelah setiap kali nak masak tu korang kena cairkan semua ayam pastu masuk balik dalam peti ais yg mana tak masak. Ayam pun hilang zat klu mcm tu.

sekurang2 nye ade 1 lauk dan masak nasik pun dah cukup ok la kan. xdelah semua pun kita nak membeli. Tp menu ayam tu seminggu sekali jela, klu hari2 makan ayam mmg tak boleh terima tekak. hehe. Ptg ni plan nak makan nasik goreng made by mirzal dengan air soya je kot. klu ade kebab lagi sedap.

Nah kau... tetengahari buta aku update menu berbuka... LOL :D

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, July 23, 2013

..::Puding Karamel::..

πŸ’œassalamualaikumπŸ’œ


Ini adalah semalam. biasa lah kalau puasa napsu tak pandai puasa. kemain mcm2 tekak ni nak. 
Pastu tu aku ni kalau dah jenis teringin jam2 tu jugak aku nak buat.


Semalam sampai rumah mirzal nak gulai ayam, sambil2 menggulai tu sempat la aku buat puding ni tapi tak sempat la nak makan time buka puasa. lepas isyak baru sempat makan. aku buat seloyang. pagi ni dah tinggal separuh. Mirzal tak suke puding ni. 2 sudu je dia makan. Ntah Sape ntah makan sampai separuh loyang (",)



Aku suke puding ni tp kalau nak beli kat bazar sepotong besar gini diorang jual RM 2.00 ke RM 2.50 tau. mahal! pastu kadang rasa ntah ape2, dahla aku ni tak makan telur dpt plak rasa dia yg memang telurrr sangat. mmg mual! so, kalau buat sendiri boleh adjust! dan yg pasti kena dengan selera. So, resepi aku ni byk aku adjust. Aku tak guna air utk puding sebab aku nak mmg kenyal2 gitu texture nye.



RESEPI PUDING KARAMEL

sumber : Wawa Yusoff



Bahan-bahan Puding

4 biji telur size A
satu tin susu cair 
4 sudu besar gula
1sk esen vanilla

Karamel:
1 Cawan Gula
1/2 Cawan air

Cara-cara [Karamel] 
masukkan gula dan air ke dalam pan
 Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. 
Biarkan sejuk.

Dalam periuk masukkan semua bahan utk buat puding dan kacau sebati. Nak blend pun boleh. Panaskan dan kacau dengan perlahan. jangan sampai mendidih. Tutup api  tapis dan tuangkan adunan tadi dalam loyang berisi karamel. Kukus utk 30-40 minit.

Terbalikkan loyang dan hidang. siap!
eh, panjang nye entry kalini.


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor