Showing posts with label ElmanMukhriz. Show all posts
Showing posts with label ElmanMukhriz. Show all posts

Tuesday, February 4, 2020

..::Mikhael : Soccer Training::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

It's been a while.. gitu lah aku. hegeh segala update sekarang.

Life's good alhamdulillah... Kesihatan kitorang anak-beranak ok je. Bapak jela. On and Off masuk hospital. Biasalah kan warga emas.. hehehe

Mikhael kan, dia bukan lah budak yang lasak. aku ingat lagi tahun lepas masa mula-mula hantarkan dia main bola sepak. masa tu adalah berapa helai je budak-budak. Dan masa tu memang aku tau mikhael bukan lah budak yang suka main bola berpanas segala tu. lagi-lagi dia jenis minor eczema + sinus. Berpeluh sikit je siap lah dia menggaru.

Masa mula-mula tu kan, Aku lah manusia paling rimas bila mirzal cakap nak hantar kael main bola. Ahahahahaha!!. Ye....... aku paham lah anak aku tu lelaki. kena di tolak-tolak berpanas melasak segala. Tapi kita tau anak kita tu macam mana... Setahun kael struggle dengan perasaan "suka" main bola dia tu. Takpe, ku biarkan aje...

2020. surprisingly!! Mikhael SEMANGAT main bola u olssss!!!
Ahahahahahaha! tekujat tekejut mommy dia ni! He is the one yang semangat tanya bila nak ada training lagi. he is the one yang semangat bangun pagi lebih awal dari orang lain. 


Now, dah sebulan lebih mikhael konsisten every sunday 8am disiplin pergi training!
Daripada beberapa orang budak je sekarang, kelab bola sepak kanak-kanak ni dah ramai dan meriahhh! seronok tengok!
Seawal 5 tahun dah boleh hantar. Dalam gambar ni 1 seksyen je untuk under 12. Kat hujung padang kiri kanan ada lagi 2 group under 15 tengah training. Ramai kan.. seronok tengok! dorang ada jugak game kat luar dan friendly merata-merata. sesuai untuk buka mata anak-anak ni tentang disiplin dan tentang bola sepak, pertandingan dan sebagainya.


Tahun ni, dia dah 5 tahun. Tapi umur sebenar baru 4 tahun 2 bulan.
Dia ni dari kecik nak ikut abang main bola. Tapi size dia terlalu kecik. Tak sesuai dengan umur. Tapi tahun ni nampak lah dia besar sikit. ahahahaha! Tapi still dia yang paling HALUS kalau training tu. Semangat sangat dia nak join abang-abang.


Dah sampai padang, malu.
Abang kena pimpin baru masuk padang. Abang pun semangat introduce adik dia kat coach. Gelak jela coach tu tengok dia halus sangat. ahahahaha. jadi lah buat sparring abang traning


Senang si hanan ni sebab dia memang suka main bola. Takyah susah2 ajar sepak. elok je. dahla kidal!


Antara yang seronok pergi training sebab dapat duit belanja. hahahaha!
Dapat la beli aiskrim sorang satu setiap kali lepas latihan. seronok lah memasing dapat makan aiskrim. bukan selalu mommy bagi green light cenggini kan... hehehehe



Dan sebelum pi training, mommy lumur lah segala EO yang patut kat dia!
Clarity : untuk focus dia masa training. untuk alert juga dengan persekitaran
Raven : untuk kekuatan paru-paru dia . good breathing juga
Body Ache Blend : Untuk kurang kan sakit-sakit otot dan kurangkan risiko kejang/cramp.

15 feburari ni mikhael kata dia ada game kat luar, kat rawang tak silap aku mirzal cakap haritu.
Enjoy ye kael ye. Moga terus disiplin! tu je yang mommy nak.

Wednesday, November 13, 2019

..::Percutian pendek : Pulau Perhentian : Part I ::..

 πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ



4-6 oktober 2019 : Pulau Perhentian

Pulau perhentian one of my bucket list. hehehe. sebenarnya bukan lah spesifik pulau perhentian. aku cuma suka pergi pulau yang bersih air biru dan tak sibuk. pulau yang memang tempat untuk activity yang best. bukan untuk shopping. 

Dapat pergi sini memang aku saited sangat. dan anak-anak aku tak tau langsung kitorang nak bawak dia kemana sampai lah nak gerak khamis malam tu baru kitorang bagitau. Walaupun dorang taktau apa pun pasal pulau ni tapi dorang tau pantai, laut dan meloncat masing-masing keseronokkan.

Kitorang gerak khamis malam. sebab nak amik boat paling awal masuk ke pulau. puas lah sikit duduk lama-lama kat situ kan. Sebelum gerak tu bagi depa makan kenyang2. senang jalan malam ni sebab confirm anak-anak tidur lena. 8 jam eh perjalanan so harus lah perlukan suasana yang aman. Tepat pukul 10pm kitorang bertolak dari sungai buloh.


Dalam kereta wajib eh pasang diffuser. 
Nak bagi segar pemandu dan nak dapatkan mood yang cun-cun je. So untuk drive malam aku pasang lah peppermint + orange ni. Dan disebabkan aku memang selalu KALAH dengan peppermint, masuk bentong aku dah berkeroh! ahahahahaha. 
Tapi sampai kat gambang jela. pastu aku celik mata dah. Mirzal yang memang jenis kawan baik dengan peppermint ni, dia boleh drive dengan aman tenteram. Sepanjang jalan malam tu hujan sat lebat sat gerimis. mujur mirzal tak mengantuk. dia kalau jalan malam jarang lah tak ngantuk. mesti tersengguk2. Tapi malam tu dah aku diffusekan peppermint which is memang eo favorite dia, mata dia bertahan tanpa perlu aku sembang pun dengan dia.


Start Chukai sampai besut aku take over untuk memandu. 
Mirzal dah super duper mengantuk. masa tu dah 1.30 pagi. anak-anak masih kekal lena dan tak bergerak. Kitorang sampai area besut lebih kurang jam 5.30 am. carik masjid dan rehat. dan sepanjang chukai - besut tu mirzal tak teman eh aku drive! 
dia helokkkk berkeroh kat sebelah. hampeh betul. huhu


Subuh tu kiorang mandikan anak-anak jela. bagi segar wangi-wangi sikit. kitorang halal jelah. ahahahah. gosok gigi, lap badan sikit, tembah perfume, ON!


Lepas siap semua, terus gerak ke jetty kuala besut ke office Flora Bay
Ayah tok tunjuk tempat parking kereta dan terus breakfast tepi office flora ni. 
Sedap juga makanan kat sini. banyak pilihan. dan murah lah pada aku. 
Makan 4 orang Rm 10


 Laksam ni, sumpah banyak. penuh pinggan. dan memang aku tak habis pun. banyak wey dan laksam dia tu tebal-tebal. Nasik lemak tu pun sedap, mirzal amik nasik lemak. aku rasa sikit, memang cukup lemak nasik dia. puas hati makan. sambal tak pedas sangat. sesuai lah untuk perut pagi-pagi.


Selesai semua urusan kat Flora punya office, terus gerak kat jetty jalan kaki je untuk naik boat.
So, kat bawah ni harga tiket boat. dan masih sama sampai setakat yang aku pergi haritu. 


My kids teruja teruk nampak boat! Dan kami ni datang sekali ada trip rombongan anak yatim. dapat lah naik boat besar. Happy lah doarang ni. Tapi ikutkan aku nak naik boat kecik tu je. hehehe. Tapi takpelah, ok je naik boat besar. rasa selamat. ahahaha. tapi rasa mengantuk jugak. gila kau tak mengantuk. dah la semalaman aku tak tidur memandu, pastu naik boat pulak terbuai-buai angin sepoi2, memang mengundang lah kan..... ahahahaha


Ye, kami menginap disini.
Selesa, bilik besar, katil queen 2.
Takde TV! itu yang paling best sekaliiiii!! So anak-anak sibuk dengan activity sendiri guna imginasi masing-masing dan kerap ajak lepak luar main pasir kat laut. best!!


 Waktu ni pukul 1.30 tenghari eh.
Kemain seronok berendoi memasing ha. kawasan pantai ni redup. angin kuat. tak terasa bahang angin panas. selesa sangat.


Ini menu makan tenghari. meriah. cukup kenyang perut anak beranak. makanan semua boleh dimakan dari toddler sampai lah dewasa. menu dia pelbagai dan memudahkan untuk orang yang bawak anak kecik tak boleh makan pedas tu kan. Senang. Kat sini takde kedai-kedai tepi jalan eh. so apa-apa boleh order kat cafe resort ni. harga faham-faham lah....

Lepas settle makan tu, pukul 2.30 start activity snorkeling. kitorang di bawak ke pulau lain. apa ntah nama. haritu ingat. tapi dah sebulan baru ko nak update blog, ko ingat boleh lagi nak ingat? ahahahhaa


Dorang ni tak sesabar dah nak terjun. tu kael muka takut sebab kat tepi pantai ni banyak gila obor-obor. serious banyak! tapi dah mati lah. biasalah bebudak. cuak tak bertempat. tapi geli ehh!


Tu ha obor-obor nya. dah mati dah pun. tapi still fresh and ada banyak lagi kat air yang terapung-terapung, tapi semua dah mati dah. dah takde pun yang kembang berenang. cuma kalau pergi ke tengah sikit memang ada lah lagi yang kembang-kembang elok berenang2. Cantik sangat obor-obor yang masih hidup dalam air tu. warna dia light purple dan transparent. Sumpah cantik! subhanallah..



 Sesi mak-mak struggle nak memujuk anak masuk air! ahahahahaha.
Anak memasing cuak-cuak lagi ikan dekat sangat dengan obor-obor nya lagi. 
Riuh eh pantai masa tu.



Yang si Mika ni memang ambil masa lama nak turun air. 
Ye. muka dia all the time ketakutan. 
kitorang tinggal kan je dia kat tepi tu layan perasaan. 
kahkahkah!


Susah jugak eh nak bawak dia masuk dalam laut. Dia punya tahap takut sampao menjerit sebab takut kan obor-obor tu ya ampunnnnnnn... jenuh! 
sudahnya mirzal angkat je dia bawak ke tengah sikit yang lapang. 
dia start ok bila dapat bagi makan ikan. tu pun kadang-kadang nak lari. 
pebenda lah abang ni.... hehe


Ye, pulau perhentian masih bersih. air masih biru. masih jernih. Ikan-ikan kat sini main kat gigi air je. seronok. ikan cantik-cantik pulak tu. Anak-anak memang enjoy. siapa yang rajin pergi lah tengah sikit snorkeling. lagi macam-macam hidupan laut dan coral sangat cantik-cantik.

untuk 1st day ni kitorang stop kat 3 tempat. termasuk air berani. air sejuk yang turun dari bukit dan terus pergi ke laut. silap tak amik gambar masa ni. leka layan bebudak tu dapat mandi air sejuk macam ais.

Sampai je bilik dah dekat 6.30 jugak. terus ON diffuser lemongrass + thieves. Bagi udara dalam bilik bersih + segar nak bagi anak-anak rehat. Lagi pun tadi dah pergi banyak tempat kan. duduk satu boat ramai-ramai taktau nak apa yang kita bawak sekali. so bersihkan!

Untuk anak-anak terus sapu pepermint + thieves kat tapak kaki dan belakang badan. dah berendam air laut, pergi banyak tempat. tidur pulak air-cond. so taknak lah ada jangkitan yang kita tak suka. taknak lah kumpul kahak dalam dada tu. huhuhu.


By the way, kalau korang rasa malas nak bawak eo banyak-banyak atau nak guna eo dengan cara yang lebih jimat. boleh ikut cara ni
Cara JIMAT guna EO Young Living

Lepas urut-urut, belek-belek terus lena!
sampai kan nak bawak bagi makan malam tu pun kemain liattttt nak bukak mata memasing!


End of day one.
nanti kita masuk cerita hari kedua tu lagi best. 
hehehhe


Monday, April 29, 2019

..::Cerita Masuk Sekolah::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Simpan sini untuk kenangan. Walaupun dah nak habis bulan 4 tapi aci lah mommy simpan sini. hehehehehe

2019. 2,2 anak mommy hantar sekolah.
Hanan 3tahun sebulan
Kael 7 tahun.

Yang kesian si Hanan tu lah. Baru masuk 3 tahun sebulan, bila masuk sekolah kena masuk kelas 4 tahun! ahahahaha. Padan muka, sape suruh lahir bulan 12.




Kael sekolah pagi mula dengan sekolah agama dulu, So macam biasa lah pengalaman pertama anak masuk sekolah kan, of course exited. lagi pulak nya anak yang kecik tu pun sekolah sekali. berganda  exited nya. 

Being kael, alah abang niiiii... dari kecik sangat memudahkan. Sikit tak menangis buat drama ke apa. Lagipun kael dah biasa dengan sekolah dan Transit bagai, jadi tak susah pun nak uruskan dia kat sekolah baru. Bonus, ramai kawan-kawan tadika dia sekelas sekali. 


1st day, memang kitorang teman lah dia rehat semua, 1st time nak guna duit kan. Silap kitorang jugak dari awal tak ajar guna duit. So, agak terkial-kial sikit dia. Bento, of course ada. Tapi masuk seminggu sekolah dia taknak bawak bekal dah, seronok membeli gamaknye, Takpe. kasik can. Lama mana sangat dia nak telan lauk kantin tu, kah3!


Sekolah petang, Sekolah kebangsaan.
Dah kata hari pertama, of course lah aku nak siapkan semua nya.
Lagipun aku dengan mirzal memang amik cuti 3 hari nak pantau dia.
Syiok jugak, lepas settle urus anak, pegi dating, tu jela keje kitorang 3 hari tu. hehe
Alah, bukan dating apa pun, pegi sana-sini membeli barang dia ade je yang tertinggal. Pastu uruskan borang-borang semua. Pembalut buku stationary semua tambah mana-mana yang patut.





Dan seperti biasa, Mikhael memang lah sangat senang di uruskan dan tidak merisaukan. Dia memang boleh bawak diri. Tapi nya, sebulan dia sekolah almost tiap hari dia buat mak dia jadi naga!hahahahaha.

Mikhael ni kuat sedekah. adooiiii... belanja kita bagi untuk dia, dia pegi bagi kawan pulak. dia makan betul-betul singgit je. asal ada duit lebih mesti ada je kawan pinjam beli makanan lah, pegi kedai buku lah. Sabau jelah! 

Boleh kata hari-hari tau. Pitam mak dia ni. nak sedekah tu tak kesah, tapi berpada lah nak oiiii. kadang sampai dia tak makan sebab kawan dah amik duit dia. Kitorang dah pening risau dia kena buli ke apa. Mirzal pegi sekolah dia, sembang dengan ustaz yang kebetulan ada dalam kelas masa tu, mintak izin acah gertak sikit lah kat kawan kelas dia jangan memintak-mintak. sejak haritu memang takde dah jadi.

ok, enough about kael. Hanan pulak. 
fuh! belum tulis mommy dah pitam. haha!

Happy sangat dia!
Registration semua ok, lancar, amik baju semua.
Dia happy sangat dapat duduk kat sekolah,
Tapi kegembiraan tu semua hanya lah hari pertama sahaja!
Ahahahahahahaahah
Start hari kedua dan seterusnya, drama berterusan... 




Ahahahahaahah!!!
Semetot sungguh lah awak ni!!
Ni baju size yang paling kecik ni, pon dia masih tak boleh guna. Hantar jugak pegi alter. sebab memang dia tak boleh pakai langsung. Asal dia jalan je seluar nya melorot jatuh. ahahahahahaha. Cute!!

Ha, alter dah. comey je dia dengan baju baru siap alter ni. Boleh imagine tak berapa banyak mak aku kerat dan buang. Serious banyak!!. Comel halus sangat dak hanan ni.

Setakat hampir bulan 5 ni, semua nya ok untuk Hanan. Dia boleh adapt dengan suasana baru, kawan baru. Tapi drama hari-hari tu masih ada. Dan masih lagi sampai ke hari ni aku yang mandikan dia pagi-pagi. manja amat!! Tak mau mandi sendiri. mandi sambil tdo ye beliau ni, Perangaiiiiii!


Korban persekolahan! huhuhuh

Jenuh jugak la mirzal menyental. hehehe
Aku kalau bab sental baju anak ni, seminggu pertama je aku buat, lepas tu mirzal take over. Tak larat wey, habis kederat aku yang kecik ni. So, bila mirzal buat semua banyak lah tenaga aku nak buat benda lain pulak. masak semua on me, bab baju anak, kemas rumah semua mirzal.
Alhamdulillah. Life's good. 



Wednesday, December 19, 2018

..::2019 : Elman darjah 1::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ


Aduhhhh.... tacing habis lah tengok gambar abang ni!
Sekejap je dah darjah 1 dah abang ni.
Bulan 11 haritu orientasi dia. Register sekolah dan bayar yuran semua lah.
hari yang sama jugak kitorang pegi family day office mirzal.


Hanan kemaruk spiderman. Kemaruk melampau. Tido pun pakai costume spiderman siap topeng takde lubang hidung tu, ni masa nak hantar kael ke sekolah tetap dia taknak tanggalkan topeng dengan costume tu. malas aku nak gaduh, Mirzal yang tukang pujuk. Ntah macam mana mirzal pujuk aku tak tau. aku turun dulu dengan kael uruskan apa-apa yang patut.


Sebelum keluar rumah aku lumur kael, hanan dengan 2 ketul eo ni.
Orange untuk bagi dia happy
lavender untuk bagi dia relax.
so combination 2 ketul ni jadikan dia CHILL.
Serious dia chill habis. Takde mengeluh penat ke apa. kena beratur tunggu lama dia ok je. pastu satu lagi yang aku perasan dia kurang berangan. haha!

Besar dah awak abang, tak boleh lah mommy tengok macam ni. Cepat je nak tacing. huhuhuhu.
Kejap je dah besar. nanti mula la malu nak cium2. huhuhu. Tapi buat masa sekarang, hari-hari pun dia akan cium dan tak pernah miss. Sweet sangat anak sulung mommy.


Tengok tu dia, dah sampai tiak mommy dah
sikit lagi tinggi tu orang ingat mommy jalan bawak boyfriend. huhu

Oh, lupa. Orange dan lavender untuk hanan buat dia sangat bertolak ansur. kitorang sibuk nak uruskan abang, dia follow je tak banyak cerita tak banyak bunyik. Sampai lah selesai taklimat dalam dewan yang lama tu. huhuh. hanan setia duduk kat sebelah tak ngamuk ke apa.



masuk kereta 2,2 pun tumbang! ahahahahaha
memasing letih. kitorang terus gerak ke lumut, dengan baju tu jugak aku angkut kael. malas nak tukarkan, keh3. dan sepanjang jalan dari sungai buloh dorang lena ok.
aman tenang tenteram perjalanan aku dengan mirzal. hehehehehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor 

Wednesday, October 11, 2017

..::Outing with Heroes at Sunway Putra Mall::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ


 Ahad lepas. bawak kids berjalan selepas seharian sabtu duduk rumah. hehehehe. Mirzal outstation seminggu ni, jadi nya kami melayan kids lah ahad tu. 

so minggu ni memang kena hadap mommy jela korang... gaduh ke, kena marah ke, takde talian hayat eh.. muahahaha 😈

ko tengok si Hanan, eeee... kemain perangai. rasa macam nak tunjal je!. geram!

Mika, dah big boy dah, abang mika ni memang sayang adik betul, bab menyakat tu biasa lah, boys always be boys. Tapi kalau adik dia tidur, dia datang lah cium tangan adik semua, usap pipi adik semua. kalau adik dia dah bangun nanti dia lah yang happy "sayang, sayang adik, manja..manja..manja" berdodoi-dodoi rentak suara dia mengacah adik baru bangun. πŸ’œ


Sekali lagi dia buat muka mintak kena tunjal..! ahahahaha.
ku geram dengan si ketot ni!


Diorang ni memang wajib ku ikat dalam car seat!

Boys kan... kalau tak di ikat ni dia boleh berkuntau dari depan sampai nun belakang sana. dalam kereta pun jadi nak boboiboy galaxy bagai! Mak nya yang rasa nak jadi halilintar je bila tengok si adik gedebuk gedebak tercampak. tapi apa dia kesah pun. gelak je... grrrr πŸ˜‰

Dekat IG buat poll. yeke Hanan ni muka mommy?
100% vote YES.

ahahahahahaha! Memang ni si conan ni, perangai pun mommy sangat. ekekekekeke.


2nd time bawak diorang ni pi sunway putra. ni memang port lepak mommy, jumaat memang selalu ke sini, lunch date dengan Dyaa pun memang pegi sini. nanti lah kalau rajin aku update apa yang best lunch kat sini.

so haritu aku ajak Mirzal makan mee goreng mamak kat Nek Mok. Aku sukeeeee sangat mee goreng mamak sini. sedappppp. mee bandung dia pun sedap. pekat!

πŸ’•MOMMY'S HEROESπŸ’•

Tengok muka tu.... tengok si conan tuuuuu!!! Eeeeeee.... geram!!! suka sangat amik gambar senyum keronyok gitu!

Diorang ni kalau Mirzal ada aku boleh duduk silang kaki. kehkehkeh! memang semua nya ayah, ayah, ayah. Kael tu yg dah pandai cuci yak sendiri pun bila ayah ada nak ayah jugak cuci. muahahahaha!

2 bulan je lagi Hanan nak masuk 2 tahun, dan kebetulan tahun ni birthday dia jatuh pada cuti umum Maulud Nabi. Mommy takde preparation apa pun, tapi ada lah sikit majlis kecik2 among family members.

BENTO?? 
masih ada tapi tak daya kadang pagi2 nak amik gambar. kael memang malam sebelum tidur dia akan bagi menu kat mommy dia nak bekal apa. Kadang sempat buat memang aku buat ikut menu dia, kalau tak sempat biasa nya roti mesti aku bekal kan, potong elok-elok susun elok. roti telur ke, roti choc spread ke. tapi mesti ada. Atau kalau paling tak sempat sangat, aku akan sedia kan lunch box kosong atas meja nanti mirzal akan tapaukan bihun dan donut kat kedai favorite kael.

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh