Showing posts with label blogger's life. Show all posts
Showing posts with label blogger's life. Show all posts

Friday, May 20, 2016

..::Reset::..

Holla...... (",)



Alhamdulillah... Jumaat.

Dan sesuai sangat lah rasa nya untuk aku jadi kan harini RESET semula life aku kembali normal. Taknak lagi terkejar sana sini, taknak lagi kalut tak menentu sampai lupa makan minum.

Harini in shaa allah last lah mirzal travel luar. kalau tak tu sibuk manjang. Kedah-Penang-Hatyai-Vietnam. duit pun laju mcm air. Rumah pun tak sempat nak tolong urus. yelah, setiap kali dia keluar memang aku kerumah mak dengan anak2. tidak ler aku nak duduk ber-3 je kat rumah. runsing nengok kael asik memandang pintu tunggu ayah balik.

Last weekend tak kemana-mana. memang melepak rumah jer. Mirzal cuma ade bengkel memanah kat office. so aku dengan anak2 buat spring cleaning. Aku jela pon yang cleaning nye. yang lagi dua tu SPRING! hehehehehe. si kael meligat, si hanan pun sama naik. begolek keluar kawasan. kerja aku asik nak mengutip dia letak atas tilam. omel sangat tau perangai tu.

Kerja kat office memang bertindan. Tapi dah ok lah untuk aku manage pelan2.. seminggu ni aku di keliling mereka yang sakit. Makcik, pakcik, anak kawan. Memang ber-ulang ke hospital menziarah. Dan setiap kali ke hospital, balik, malam tu mesti aku tak boleh tidur. Mengusik jiwa sangat keadaan. Yelah, yang sakit tu org2 yang rapat. Terkesan tau. Terlintas akan kehilangan yang bakal kita semua hadapi satu hari nanti. Allah....... sungguh aku tak kuat.




**********************************************************

"Modern Solution to Modern Problem"
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, January 4, 2016

..::Throwback sikit 2015::..

 ASSALAMUALAIKUM 

Kalau ikutkan sebenarnye nak nyambung cerita pengalaman c-zer yang ade dalam draft. tp nanti dulu lah. alah, operate c-zer ni lebih kurang sama je ceritanya so hold kejap.

Tetibe rasa nak throwback pulak. dah 4 januari la pulak kan baru nak throwback segala. orang lain dah move on dah dengan cerita anak pegi sekolah bagai. haha. maklumlah, cuti dalam pantang hujung2 tahun ni memang tak feeling langsung nak move on sebab tak keje. tau2 naik keje dah nak hampir habis suku tahun pertama. kihkihkih.



Alhamdulillah serba sempurna dan serba selebet buat aku dari awal sampai ke hujung tahun. Disahkan pregnant pada b'day kael 16 april. dan sedia maklum aku kalau membawak budak memang langsung tak menjaga rupa paras. bukan saje2 tapi memang takde hati nak melawa pon. Alahan sampai bulan ke-8. Dan boleh kata sepanjang tahun 2015 kehidupan seharian aku hanya lah melayan loya2 dan sibuk membuat persiapan bersalin.

2015 jugak allah bagi rezeki besar buat kami. Awal pregnant mirzal dapat offer orang nak jual rumah dan disebabkan owner nun jauh ke sabah maka proses dokumentasi semua makan masa. Dan Alhamdulillah rezeki berganda. Pada 1 Disember 2015 bersamaan kelahiran Muhammad Hanan Mukhriz, loan rumah lulus. speechless masa tu bila mirzal hantar mesej.

Memang kalau nak cakap terima kasih memang tak tercakap. mak mirzal banyak sangat membantu kami dalam proses nak mendapatkan rumah ni. In shaa allah, ade rezeki, sampai masa bermastautin lah kami di seremban. Ape pon, kami cuma merancang.. Allah jua yang menentukan.

untuk cerita rumah ni nanti aku update lain, bukan lah bungalow 4 tingkat pon. Rumah ala2 reban ayam je.. hehehehe.

2 Rezeki besar kami pada tahun 2015 Rumah dan Anak. juga kesihatan kami sekeluarga yang agak memuaskan hati. mak bapak sihat, keluarga mertua sihat. dan pulak 2015 biras dengan adik ipar aku pon bersalin. 3 cucu sekali mak mertua dapat tahun 2015. 2016 ondaway sorang bulan 3. kakak aku pon in shaa allah bulan 3 jugak. moga dipermudahkan buat ayu dan ateh.


Tak banyak yang aku harap, xde nak tulis azam panjang2. cuma harap nak jadi yang terbaik untuk semua orang. nak buat yang baik2, nak cakap yang baik2 dan yang paling penting aku nak buat yang terbaik untuk diri sendiri. Amin.



Tapi kan... tapi..... boleh tak nak bawak 1 benda yanag tak dapat last year ke tahun ni??

hehehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Tuesday, April 14, 2015

..::Selamat tinggal astro.. Kita clash!::..

Assalamualaikum

kitorang amik masa berbulan jugak nak amik keputusan menutup astro ni. Antara sebab2 nya kami fikirkan kael. Memandangkan astro kami PVR superpack 1. so siapa yang amik package yg ni mmg faham lah keseronokkan nya. cerita2 kael dah full kami record. semua cerita kegemaran dia.

mula2 layan jugak. tp klu dah sebulan layan Mr. Incredible ko tak rasa nak muntah? mula lah mak nye nak jadi incredible Hulk pulak. dah sampaikan berita pon tak dapat nak tgk, ape maknanya ASTRO dgn 40 channel klu mcm tu 






Lepas tu sampai pulak fasa layan hp. asik la amik hp mak nye ni tgk pulak video2 dlm hp. sampai kan 1 tahap mommy tak boleh pegang phone langsung  dah pandai pulak bukak youtube. Data plan mommy habis kat youtube dia je. adoooiii... masa ni cukup ok cukup. mommy dah sampai tahap give-up asik nak berebut hp je. Astro pulak asik main naik2 harga. mmg CUKUP.

Sepanjang permasalah diatas (hahah) sepanjang itu jugak kami berfikir utk Unifi/Astro. sebabnya......... :- 

Klu tutup astro kael nak tgk ape? 
Internet nak kena pasang ke? 
klu pasang internet dulu tak potong astro membebankan ke tak?
Unifi best ke channel TV nya?
Berbaloi ke masuk Unifi?

Dan selepas berbulan punya perbincangan, plus minus perbelanjaan dan kerenah serta tekanan yang bakal mendatang maka kami berdua bulat hati menutup astro. dan proses penutupan aku sendiri yg buat. Antara keputusan perbincangan bersama :-

S : Klu tutup astro kael nak tgk ape? 
J : ok, kita download je cerita2 yg dia suka boleh masuk kat USB dan cucuk je kat TV -SETTLE-

S : Internet nak kena pasang ke? 
J : Internet mesti pasang klu tak mati kutu nanti -dalam tindakan-

 S : klu pasang internet dulu tak potong astro membebankan ke tak?
J : Agak membebankan jugak. so kita tutup je astro dulu. cerita anak kan dah download -SETTLE-

S : Unifi best ke channel TV nya?
J : Tak se'best astro. tp KALAU PERLU kita akan pasang Skybox atau Android IPTV 
-Dalam Tindakan-

S : Berbaloi ke masuk Unifi?
J : Lebih berbaloi dari Astro. sebab kita dapat internet dan TV jugak + unlimited download, so boleh je downoad cerita yg kita suka dan jugak setakat nak tgk drama melayu tu ramai dah yg rajin upload episode by episode kat blog kan..

Alhamdulillah, semalam, genaplah 2 bulan kami menutup ASTRO. hehehe. Unifi pon belum masuk lagi. boleh je hidup. happy je kat rumah, kael pon ok je, boleh je bawak diri dan memahami  walaupon kadang2 dia mintak cerita kegemaran dia mcm The croods, little Einstein, Epic, bugs Life dll.. tapi bila diterangakan dia boleh faham.. (kot) tp dia boleh la mintak cerita2 yg ade dlm USB dia je. hehehe

So, korang klu nak tutup astro nnt boleh la bincang2 dengan suami/isteri masing2 ye.. 
anak2 pon in shaa allah boleh je faham.. 

CARA - CARA penutupan akaun ASTRO [LINK]

Facebook : kiddoganic

Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

..::Cara-cara penutupan akaun Astro::..

Assalamualaikum




PASTIKAN KONTRAK ASTRO korang DAH TAMAT


1. Telefon Customer Service Astro
Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.

2. Pilih Bahasa
Pilih lah bahasa apa yang korang suka.

3. Pilih Apa Nak Buat
Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan

4. Bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Astro
Kat sini, Sale assistant akan tanya soalan mcm ni :-
Kenapa nak tamatkan ASTRO??

               TIPS aku ----Sila sediakan alasan yg paling susah diorang nak umpan korang. mcm aku, aku ckp yg nak pindah rumah mak. rumah mak dah ade astro dan 2 decoder. so diorang takde alasan nak pujuk korang kekalkan astro. hehehehe

Jadi, kalau korang betul2 nak tutup astro ni. hati kena kental. diorang akan promo korang dengan mcm2 harga dan murah dan pada korang berbaloi. again.. 
HATI KENA KENTAL 

Selepas dah submit permohonan untuk report. 

tunggu sebulan untuk diorang tamatkan servis decoder/tamat siaran
contoh : 
Aku report tutup 12.2.2015
13.3.2015 automatik siaran akan dihentikan

Sebulan dari siaran dihentikan korang mesti memulangkan Decoder, Smart Card dan Remote Control. semuanya mesti yang asal ye walaupon remote asal tu dah rosak sila simpan untuk kebaikan di masa akan datang. Jangan pandai2 buang harta orang. hehehe
Pulangkan ke cawangan Khidmat pelanggan yang terdekat. 


Kuali astro ni tak payah pulangkan. buat masak lempeng pon boleh ni.

SABTU : 11.4.2015
Secara rasminya aku telah memulangkan harta ASTRO kat cawangan Damansara Utama dan tamatlah sudah hubungan kami.. Bill terakhir adalah pada 19.4.2015 dan selepas itu tiada lagi dan harap kita takkan berjumpa lagi ye ASTRO.. hehehehe

Masa pulangkan harta astro tu korang akan terima dokumen pengesahan pemulangan barang2 dan pastikan korang SIMPAN lah dokumen tu selama mana yg boleh untuk ELAKKAN kejadian akan datang mcm ade yang kena tiba2 datang bill tertunggak sampai 2 tahun sedangkan brg dah return. SO, DOKUMEN TERKAHIR itu adalah sangat PENTING

So, aku rasa itu serba sedikit yg aku boleh share. in shaa allah cukup detail dah rasa nya penjelasan aku   Lepas ni aku share pulak pengalaman dan pertimbangan mcm mana kitorang nak tutup astro. hehe


**********************************************************
LATEST UPDATE : 24 MAY 2018

info yang aku berikan pada entry ini adalah pada cara penutupan pada tahun 2015. untuk tahun 2018 ni cara dia dah lain sangat2. semalam baru aku call astro untuk tutupkan astro kakak aku pulak.

nanti aku buat entry lain. kemain menyampah pulak kalini aku call astro. banyak answering machine. sakit jiwa!

**********************************************************
LATEST UPDATE : 17 OGOS 2018

Eh, ramai pulak yang nak tau cara terbaru eh..?? semua nak terminate astro le tewww. ahahaha. yela..yela.... aku tulis kat sini jela. malas nak update entry baru.

Cara nya lebih kurang sama. tapi ko takkan jumpa option nak buat penutupan.

Masa call tu, takkan ada Option nak pilih nombor mana kat menu untuk urusan penutupan. serious takde. (depa tak bagi orang tutup lah tu) kah3. Memang ko kena bersabar call astro kali ni sebab berpusing. sampai naik panas telinga aku nak memilih tekan nombor.

So kesimpulan nya. ko picit jela mana-mana button sebab semua button tu pun akan bagi few option dan ko tunggu sampai dapat arahan untuk sambung ke operator. Senang, ko pilih jela menu untuk pemasangan astro. pastu apa pun yang mesin tu cakap ko layan jela sebab penyudah nya ko akan di sambungkan ke operator jugak.

masa cakap dengan operator tu ko bagitau lah ko nak tutup.
cara nya sama je macam kat atas. soalan pun sama. dia nak ko bagi sebab kenapa nak tutup. pastu dia akan bagi promo macam-macam untuk ko sambung balik. cakap je taknak.

Selesai urusan tu semua dia akan bagitau astro ko akan terminate on the spot. tapi nanti dia akan bagi tarikh bila dia nak pickup decoder kat rumah ko. macam aku dulu tu kena hantar ke Center kan?? Sekarang tak. dia akan datang rumah. nanti technician astro akan call bagitau bila dia nak datang.

Pastikan ko ada decoder, smart card astro dan piring

kalau takde, Bayar eh.

tapi haritu piring astro tu dia tak amik pun. beriye aku eksaited turunkan nak suruh dia amik. last-last dia kata taknak. ada tu piring belakang rumah mak aku nak buat apa?? Jual jela besi buruk. tu pun tak sampai 5 hengget dia amik. Ringan 😂




Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @eoempire

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, March 3, 2015

..::Terbang lah kita.. heeeee::..


mommy nak naik plane jumaat ni 
mommy terpaksa tinggalkan kael kejap dengan ayah 
tujuan utama mommy mmg semata nak shopping 
kael pon tau mommy boleh lupa diri kalau shopping kan.
tapi jangan risau, mommy takkan lupa kael dengan ayah 

Doakan aku selamat pergi dan balik. Takde la kemana pon. kalau korang google besepah org dah up entry pasal shopping kat tempat aku nak pegi ni.

Tapi aku belum sampai dah lupa diri, 
kalau dah sampai sana nanti tak tau la macam mana nanti 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, February 27, 2015

..::Birthday Treat::

Ya allah.... kebizian! *konon*

padahal ayat cliche untuk org yg pemalas update blog 
Cerita basi tak basi jugak la selagi belum end of febuari.
eh?? Esok lah kan?? ok, dah nak basi.
kire kalau nasik yg nak basi tu dia dah mcm bau2 sikit pastu mcm lendir2 kan.. ha. gitu lah tahap basi nya entry haini. hahahaha

29 birthday. alhamdulillah. mana nak sangka allah bagi pinjam nyawa sampai boleh jumpa 29 kali jumpa 6 febuar i  tu maknanya??? dosa banyak. so allah bagi masa suruh tobat. hehe. tak lawak. jangan gelak sangat. perlu untuk takut. 


29 tahun.
masih lagi seorang anak. seorang menantu. masih seorang isteri. dan masih lagi seorang mommy kepada seorang anak. hehehehe. mana nak tau 30 tahun nnt jd mommy kepada 3, 4 anak terus. hehe. kuasa tuhan kan.. amin!

dah 29 tahun. dah tak tau nak mintak hadiah ape. dapat lak jenis suami mcm mirzal yg segalanya kelaut. hahahaha. Tak pandai buat surprise. tak pandai beli hadiah or birthday party whatsoever lah pasal celebration ni 

dan dsiebabkan kenal dia mmg begitu dari dulu so memang aku takde beharap ape dah. dah laki jenis straight to the point maka aku pon haruslah seiring. kalau tak makan hati. ahahaha.

5 febuari. tgh dinner lepas masak.

Aku : Yang, esok birthday orang. ada hadiah tak?
Mirzal : takde. betul takde.
Aku : pegilah beli.
Mirzal : takde....
Aku : Ceh, ok esok orang mintak
*sambung makan mcm biasa*

Esok nya apa yg aku mintak?? korang jangan gelak.
Aku mintak cash je pastu shopping kat Mr. DIY. ahahahaha.
Mirzal pon pelik. siap tanya balik confirm ke?? ahahahaha.
Aku beli screwdriver. brg bento sikit. beli pengikat cabel yg warna putih tu dan few items more. total burst Rm 70++ je duit mirzal. Plan asal aku sebenarnya nak mintak drill Bosch. ahahahaha.

Abg sado mommy wawa (",)

Kenapa?? Pelik??
Makna birthday pada aku cukuplah aku dapat ape aku nak. Yang lain2 semua aku dah ade. Taknak jadi sampai membazir. H'bag banyak. Perfume besepah. Kasut tak kenan sangat nak mintak. Jam pon ade. Baju lagi lah dah sampai2 bagi2 orang. Barang kemas??? Barang Mak-eup???? LAGILAH TAK! aku ni tak berapa nak woman sangat. sebab tu lah aku tak pelik pon masa tegerak hati nak mintak drill tu :p


Alhamdulilah..
29 tahun yang cukup baik.
spent time dengan mirzal dan kael. makan2. jalan2. bawak kael main.
itu dah cukup sempurna untuk birthday treat aku.
SYUKUR.

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Wednesday, January 14, 2015

..::Design, bakat atau kebetulan::..

.Assalamualaikum.

sejak 2 menjak 3 menjak ni, aku x tau kenapa aku kerap terjebak dengan design men'design ni.
kalau blog sendiri jgn kata lah, korang pun tau kan dah berapa kali aku mentukar2.
Pastu dari blog sendiri terjebak pulak ke blog org lain.

ok, kita layan gambar jela hasil kerja yg tak seberapa ni. boleh la untuk ahli kerluarga sendiri.
semua yg aku buat ni biasa nya aku akan siapkan dalam masa sehari.
ikut keadaan kepala aku ketika itu jugak :D :D :D

Ini blog sendiri. Yang lepas2 pun aku buat sendiri. 
Yang paling aku suka cloud header yang pernah aku buat. pinau gak mata nak ngadap masa tu :p


Ini blog ayu. akak aku punya blog. aku buat sekali dengan Background [LINK]

Yang ni pulak opening Blog kakak aku [LINK]
So X pyh nak taip salam sokmo. terus je buat entry.

Ini pulak Watermark Blog aku. Semua pun ade perasan kottt :)
Ni pulak header Blog akak aku ygaku saje2 buat time boring dan jugak background nye sekali.

Yang ini pulak TASK dari mak dan awon bagi suruh design baju anak2 buah untuk birthday boy october 2014. yang ni aku buat dalam 2 jam je kot. Otak tengah segar. Settle design terus PM image untuk printing. Done!


Dari buat header sampailah buat background. Tapi biasa nya yg aku hadap blog kakak2 sendiri je.
Lepas pada tu aku buat watermark pulak, Pastu tejangkit2 lah design t-shirt birthday Elman, Design t-shirt anak buah dan terbaru buat design letterhead untuk Company Mirzal pulak!

Pfftttt.. Permintaan Mirzal baru ni buat letterhead mmg buat aku terkujat jugak.
Sesuka hati dia nak suruh bini dia buat benda yg tak pernah aku buat.
Ku hadap jugak la PC perah idea. Dah tu package pulak tu sekali dengan logo yg aku kena buat.
Aishhhh... ni kena mintak Up sikit Elaun sara hidup Isteri ni... bahahahaha :D



Facebook : kiddoganic

Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor