Showing posts with label mommy's life. Show all posts
Showing posts with label mommy's life. Show all posts

Wednesday, December 19, 2018

..::2019 : Elman darjah 1::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


Aduhhhh.... tacing habis lah tengok gambar abang ni!
Sekejap je dah darjah 1 dah abang ni.
Bulan 11 haritu orientasi dia. Register sekolah dan bayar yuran semua lah.
hari yang sama jugak kitorang pegi family day office mirzal.


Hanan kemaruk spiderman. Kemaruk melampau. Tido pun pakai costume spiderman siap topeng takde lubang hidung tu, ni masa nak hantar kael ke sekolah tetap dia taknak tanggalkan topeng dengan costume tu. malas aku nak gaduh, Mirzal yang tukang pujuk. Ntah macam mana mirzal pujuk aku tak tau. aku turun dulu dengan kael uruskan apa-apa yang patut.


Sebelum keluar rumah aku lumur kael, hanan dengan 2 ketul eo ni.
Orange untuk bagi dia happy
lavender untuk bagi dia relax.
so combination 2 ketul ni jadikan dia CHILL.
Serious dia chill habis. Takde mengeluh penat ke apa. kena beratur tunggu lama dia ok je. pastu satu lagi yang aku perasan dia kurang berangan. haha!

Besar dah awak abang, tak boleh lah mommy tengok macam ni. Cepat je nak tacing. huhuhuhu.
Kejap je dah besar. nanti mula la malu nak cium2. huhuhu. Tapi buat masa sekarang, hari-hari pun dia akan cium dan tak pernah miss. Sweet sangat anak sulung mommy.


Tengok tu dia, dah sampai tiak mommy dah
sikit lagi tinggi tu orang ingat mommy jalan bawak boyfriend. huhu

Oh, lupa. Orange dan lavender untuk hanan buat dia sangat bertolak ansur. kitorang sibuk nak uruskan abang, dia follow je tak banyak cerita tak banyak bunyik. Sampai lah selesai taklimat dalam dewan yang lama tu. huhuh. hanan setia duduk kat sebelah tak ngamuk ke apa.



masuk kereta 2,2 pun tumbang! ahahahahaha
memasing letih. kitorang terus gerak ke lumut, dengan baju tu jugak aku angkut kael. malas nak tukarkan, keh3. dan sepanjang jalan dari sungai buloh dorang lena ok.
aman tenang tenteram perjalanan aku dengan mirzal. hehehehehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor 

Wednesday, May 23, 2018

..::Ajar anak berpuasa::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

hey, me again. mengantuk bersama office yang sunyi. nak tulis apa ni? takde idea. nada! so, let's the finger dance.

Puasa with lil boy yang baru nak belajar berpuasa. in fact, dia belum faham pun kenapa kita kena puasa and so on. so yeah.. we're just do it, memandangkan dia dah 6 tahun and quite good in solat, so why don't we try?? 

at first, aku tidak lah mewajibkan dia untuk puasa, u kena bangun around 5 am have some food and puasa all day long. Tak, aku tak letak apa target pun untuk dia sebab tahun ni dia baru nak belajar puasa. Solat dia pun belum sempurna. untuk puasa, kita slowly ajar.

1st day, kami kejut dia pukul 7.00 pagi (hari masih gelap) dan makan, siap pegi sekolah semua dan pesan, "abang puasa ok harini??" And he said.. "ok".  Balik sekolah dia sangat excited telling us that he PUASA. and my respond is, "haaa... goood. so abg makan tak harini?" dengan Happy nya dia menjawab "makan, nasi dengan ayam" berderai kitorang ketawa. see.. dia belum faham takpela.

sepanjang dalam kereta kitorang kerap ingat kan dia puasa tu tak boleh makan dan minum, sangat kerap kitorang pesan. kitorang buka rumah mak, dan dia ada satu jam untuk tahan nafsu makan dan minum sebab kat rumah mak ada macam-macam kudapan dan adik dia asik offer makan. haha! kat sini baru dia nampak dan faham puasa tu macam mana, dia merengek, dia buat muka, dia cuba bagitau dia lapar. come on bang, just one hour.

Bila dah nak azan, we can see he's so excited duduk dekat makanan dan mintak apa dia nak makan. Bila azan dia sangat kebulur ok. even sejam, aku nampak dia sangat FAHAM apa itu puasa.

So the next day. Hari jumaat kitorang kejut dia makan pukul 6.45am. dia makan dan dia kata dia puasa. so bila balik sekolah petang tu dia bagitau dia tak makan dan minum. "abang puasa harini mommy.... abg tak makan, tak minum.. kawan2 tak puasa"
haha! mommy so happy! dia dah faham apa itu puasa dan untill today dia puasa dengan bagus sekali. Alhamdulillah. 


So any tips? NO. aku cuma tak paksa dia untuk puasa. dan aku beri kelonggaran waktu sahur dia. as long hari masih gelap. janji dia buka puasa time azan maghrib. itu je cara aku nak bagi dia faham puasa tu macam mana. Tapi weekend kitorang kejut dia makan sahur macam biasa. so lepas tu dia boleh sambung tidur. Kalau weekdays kitorang lewat kan dia sahur dan siap pergi sekolah terus. Kena faham, salah satu syarat wajib puasa ialah BERAKAL. 6 years. what do u expect?? hehehe. slowly kita ajar anak-anak ok. 


Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, September 27, 2016

..::Update Buat Syarat::..

Update lelaju 5 minit sebelum balik.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Aci lah kan kalau kira apak nye sekali
.
.
.
.
Ahahahahah
.
.
.
.
BYE
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Wednesday, September 7, 2016

Young Living Essential Oil, untuk Anak-anak

.Assalamualaikum.


Mommy yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna Mommy mampu
Ya Mommy mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
 

Yes, untuk mereka. I'm freaking obsessed with my kiddos.
Apa sahaja yang boleh membantu dalam kesihatan diorang,
mommy usahakan!!

Kenapa Young Living? 

Sebab aku pernah try R.C. seketul minyak yang size 5ml sahaja yang banyak beri impak kesihatan yang lebih baik untuk anak-anak aku. Dan mirzal pon mengaku akan ke'best'an minyak R.C.

Last weekend shina datang umah MIL tolong hantarkan PSK ni. Malam tu jugak aku diffuse lavender. Ho maiiiii..... Bahagia duduk dalam bilik. ahahaha. Aku, Hanan, Mirzal dengan Kael. memasing baru pukul 9.pm++ dah berlonggok dalam bilik layan lavender ni. memang relax jerrr.. Hanan lena, Kael dengan Mirzal golek2 dalam keadaan bertenang. I is suka, kalau tak, kael tu pukul 12 am belum tentu nak masuk bilik.

Kami membesarkan kael yang struggle dengan kesihatan dia dari kecik, dan Hanan yang kami nampak potensi juga dengan gangguan kesihatan macam kael. So, to PREVENT, aku usahakan apa sahaja yang membantu dalam kesihatan yang lebih baik. Dan uniknya pelaburan aku kali ni, bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk satu keluarga juga yang dapat konsgi sama2 kebaikannya.


Tengok apa yang aku dapat untuk PSK. Dan fav aku of coz R.C. Dan untuk diffuse aku suka Lavender + stress away. Memang Stress boleh Away! Lena wey tidur. Deep sleep lah orang kata. bukan aku je, Hanan pon lena. kael pon tidur tak meresah. kalau tak asik lah mengigau. Yang lagi bahagia masuk hari kedua diffuse lavender + stress away, mirzal pon dpaat deep sleep. takde mengigau bukan2. Kalau tak, pepagi subuh tekejut bunyi alarm bangkit terus dia panggil aku cikgu. Dah kenapa yang?? Jangan nak sesuatu sangat ye! Ahahahaha!!


Hanan happy ha nyelongkar minyak2 dia. 
Untuk Hanan, memang R.C mommy lebih kan kat dia dan untuk kael pulak macam2 blend mommy nak buat. Sinus blend dan Cough Blend memang keutamaan untuk kael. pastu nanti mommy nak beli cedarwood & orange untuk buat Focus Blend pulak. So far mommy usahakan untuk anak-anak dulu


Untuk belian single oil memang mahal, so untuk sesiapa yang nak cuba untuk anak-anak, aku suggest beli blended oil dulu. Jimat. RM 30 pon boleh dapat utk 10ml (size botol perfume roll-on) nanti lah aku cuba blend banyak sikit untuk cough blend. special  untuk anak-anak yang batuk dan sinus blend yang sesuai untuk anak-anak selesema. 2 blended oil ni juga sesuai untuk anak-anak yang ade masalah gangguan pernafasan dan paru2.

Aku tau, semua orang pon nak yang terbaik untuk anak-anak tapi tak semua orang mampu untuk sediakan yang "terbaik itu". So, kita share sama-sama eh. Mana tau dengan jual blended oil kat korang dapat pahala aku bantu anak korang sama-sama sihat.

Oh ye, pembelian PSK tu menjadikan aku membership rasmi Young Living. So sesiapa berminat atau nak tanya ape-ape boleh whatsapp je aku. Banyak kebaikan minyak young living ni. untuk membantu dalam lain-lain masalah pon ade. termasuk lah masalah atas katil. ha. tu tak leh citer lelebih. cakap gini pun ku dah segan :D


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, August 25, 2016

..::Takde air boleh mengundang STRESS::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Semalam yg kusut aku kusut. bangun pagi je pili air setitik x keluar. pepagi dah spoil. Malas lah nak sembang panjang pasal pagi semalam. yang pasti aku mandi kat opis. sampai opis pon lambat. arghhhhh!


one thing yg aku kusut, Mirzal oustation sampai jumaat. petang semalam sampai umah ade notis kata pam blok kami rosak. Dorang estimate sampai pukul 8 malam. Dah pukul 9 still xde air lagi. aku dengan tak makan nye, yang si Hanan time xde air ni lah dia nak memerot 2,3 kali. Grrrrr 😡

I is kenot tahan. Tetibe rasa stress yang amat. Teringat kan Shina bagi Stress away YL. Laju2 pi inhale. calit sikit kat hidung bagi tenang jiwa. ok. kita pack baju laju2 cabut pi rumah mak. berbondot bondot segala beg dengan anak 2 mengangkut keluar masuk lif ke kereta.

Sampai rumah mak laju2 pi mandi. makan mcm org kebulur melampau. kael pon melantak nasik dah pukul 10.30pm. Lapau! Dah kalut2 gitu kael pon tutup pintu, dah di patahkan nye pulak kunci pintu umah mak aku pulak. arrghhh 😵😵



Harini, kael aku hantar pi sekolah. Hanan aku tinggal kat mak. Malas aku nak dengar dia jerit dok dalam carseat lama2. FYI, jarak umah aku dgn umah mak dalam 30min jugak. Tu gambar pagi tadi masa 2,2 kena kejut bangun tidur. Kael ok je pegi sekolah. Hanan pon elok melena mak hantar gambar tadi.

Sampai opis inhale lagi sekali Stress Away bagi relax. Pastu macam x tau nak mula dari mana kat office ni, tetibe pegi Bank tukar kad. bengong ni.



ok lah. bye. ok dah kot jiwa ni. Anak2 pon elok ok. TQ kat mak banyak2. Always jadi penyelamat. Kunci tu nanti lah wa ganti ye mak. hehehehe


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor 

Thursday, August 4, 2016

..::Minyak Asma, Scent Sync Balm & R.C. oil Young Living::..

.ASSALAMUALAIKUM.

Baru lepas membelek video2 masa Hanan warded haritu. 
8 hari kat hospital xde satu pon video yg membahagiakan. 
Semua video buat mommy sebak. huhu.

Masa Kat hospital memula minyak yang aku suruh mirzal beli minyak Asma Herba Mujarab.


Banyak testimoni kata ok, even ateh pakaikan kat baby dia pon elok. Tapi minyak ni tak serasi kat Hanan. Batuk dia jadi ketat. sangat ketat dan tak sedap tengok dia batuk. Kahak dia memang kering tapi jadi pekat. So hanan tak pandai meludah lagi tu yang nampak dia makin tak selesa. Minyak ni maybe OK untuk adult tapi aku x recommend untuk baby.

Esok nya tu ade kawan mommy yang baik hati nama dia Tqah Nasir. Dia PM dan pos kan Balm ni untuk Hanan. Cough & Cold Care. Essential Oil Grade tau. Jujur cakap, memang Balm ni sangat serasi kat Hanan. 


3 minggu aku guna balm ni baru aku berani PM tqah untuk review.

Sebab nya??

seminggu pertama aku pakai Hanan masih kat hospital & Neb every 4 hours. 
So aku tak boleh nak beza samada positif feedback tu dari balm atau neb.

2 minggu aku disiplin sapu untuk Hanan. dan sapu dengan kerap. Aku kan cuti separuh gaji jaga dia. So masa ni memang nampak jelas la. Kahak tu masih ade tapi cair. so bila Hanan batuk kahak tu akan keluar dari saluran pernafasan/tekak dia dan Hanan akan telan. samada telan atau termuntah. Telan xpe, nanti akan keluar ikut najis. Yang ni memang obvious sangat lah. Memang nampak najis dia lendir dari biasa. 

Jadi untuk balm ni, memang aku recommend untuk baby. sesuai dan serasi. Boleh add FB Tqah Nasir. Tqah pon ade jual baby food tau. melazat lah semua nya kalau korang tengokkkkk (",)




Alhamdulillah, Hanan dah sihat pon. Banyak sihat nya. Mommy ikhtiar jugak dengan R.C Young Living. Beli dari kawan mommy. Shina. Kalau korang nak tau, 4 hari Hanan masuk semula taska lepas cuti 3 minggu dia dapat batuk berkahak balik. Nak nangis aku tau.

So ikhtiar cara lain pulak.  Memula tu nak membeli berkira lah jugak untuk sebotol minyak yang boleh tahan harga nya. huhu. Tapi bila pikir panjang, duit boleh cari. boleh carikkkk.. Anak yang dua ketul mommy ade ni takde jual 2 singgit tau!



Sebulan lebih dah aku ikhtiar guna minyak R.C ni. Dilute dengan Olive oil. Semua Shina ajar details. Semalam dah beli. masuk botol kedua dah aku pakai untuk anak2. Lebih kan pakai kat Hanan sebab dia sangat baby dan sangat rendah immune sistem nya. Mirzal pon dah pandai ulit2 anak dengan minyak. setiap pagi dan malam never missed! mesti mirzal sapu. kalau weekend lagi kerap aku sapu.

Untuk Mikhael mommy boleh sumbat macam-macam supplimen untuk dia. Tu yang minyak tu lebihkan sikit kat adik. Cuma yang aku notice kat kael, aku selalu sapu minyak ni kat leher dia dan dada untuk kahak dan selsema tapi yang aku dapat hasil sekaligus dia punya kulit yang kasar sebab allergies tu terus hilang. Lawa dan lembut je kulit leher kael sekarang.

So far, memang aku suka sangat dengan R.C. even mintak permission mirzal untuk aku restock pon dia ok je sebab kitorang puas hati. Kami ni boleh kata trauma tengok anak sakit. Korang pon sedia maklum lah anak2 aku cemana kan. duduk taska. pepaham jela. So bila dapat tengok anak sihat, seronok main, bergumpal... Allah.... bersyukur sangat. bersyukur!
Dua beradik ni bermain dengan happy nye masa mommy sapu rumah semalam. mengekek si abg layan adik. Seronok nya tengok diorang sihat cenggini.. Alahai anak.... mommy dengan ayah sanggup berhabis tau untuk kesihatan korang. sanggup! 2 ketul kesayangan buah hati ni sanggup lah mommy labur macam2. Moga terus sihat, terus bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Mommy rindu sangat ni dengan anak2. Rinduuuuuu sangat.
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, July 28, 2016

..::Baby Wearing : Baby Wrap by MakYang::..

.ASSALAMUALAIKUM.

Baby wearing, anak kedua ni baru sampai seru nak ber'baby wearing. pasal nya, anak pertama tak suka digendong lebih suka stroller. Tapi memandangkan si kael tu sampai sekarang nya pon kalau berjalan nak duduk dalam stroller haruslah mommy mendokong adik.

Sebelum bersalin aku dah beli SSC. Tapi lepas bersalin dan Hanan nak masuk 2 bulan aku tengok dia sangat small size. Yelah, dia lahir pun underweight. hehe. SSC memang tak sesuai untuk dia. in fact, SSC hanya di cadangkan untuk 4mo++. 

Dengan itu mommy laju2 untuk baby wrap ni. Belian secara online.
Boleh tengok kat FB baby wrap by mak yang [LINK]
Kalau nak walk-in ade kat kedai Momster. Seri kembangan kalau tak silap.

Service laju. i LIKE :)



Masa aku membeli ni design untuk petite size mommy sangat terhad. Masa order dia suruh buat 3 pilihan dan ini pilihan aku yang ke-3. Yang lain sold. Harga masa aku beli ni lebih kurang Rm 96 termasuk pos kalau tak silap. sekarang aku tak pasti.


1st time pakai masa ke HQ shaklee. 1st time bawak baby Hanan jenjalan kat shaklee. Hanan memang anak shaklee pon. Mommy ikhtiar TTC dengan shaklee utk dapat budak seketul ni  hehe.


Lena ha teman abang dengan ayah main game. dentam dentum pon dia cool je duduk dalam wrap kena peluk


Sangat membantu masa travel, Hanan memang selesa dalam wrap berbanding SSC. aku try SSC kat dia. Dia meresah serba tak kena. last2 menangis. Masuk dalam wrap terus layan perasaan. Ni gambar masa travel ke penang. turun naik ERL, Naik kereta, Naik plane dia enjoy je dok dalam tu. bila rasa dia nak tidur nanti dia tidur lah. tepuk2 je montot tu. Aku boleh handle kael kalau Hanan dalam wrap. siap kejar2 kael pon pernah kalau tiba masa dia meligat tu. Memang selesa.

Wrap Mak Yang ni semi-instant. Ikut size badan mak. Bukan kain panjang 5 meter tu. Tak payah nak lilit2 terbelit. Tak, yang ni dah siap custom ikut size badan. Tinggal sarung dan adjust2 sikit. ade Mak yang ajar cara pakai kat youtube. Senang je. Kalau handle anak sorang2 pon ko boleh buat sendiri bawak anak keluar masuk dalam wrap ni. Tak payah orang tolong

Yang best nya wrap ni dia ringan, masuk dalam beg pon senang bawak dan boleh dilipat2. Tak macam SSC ade weight jugak. Dan untuk petite size macam aku ni SSC agak tak selesa (pada aku lah). Wrap tak boleh pakai lama. sampai 9kg je kalau tak silap. So far Hanan dah 8mo dan dia masih sukaaaaa duduk dalam wrap. stroller tak geng.


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, June 24, 2016

..::Ujian 8 hari : Hanan Mukhriz::..

8 Hari yang disayangai Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang mana follow FB & IG aku tau lah kisah ni kan

kat blog ni aku share lagi sekali untuk rujukan dan perkongsian.

-klik gambar utk zoom-

Terima kasih untuk semua. Aku tengok post ni untuk ratusan Like dan Puluhan komen yang banyak bagi support moral kat aku dan Hanan. Setiap komen yang aku baca segera aku Amin kan untuk kesembuhan si bulat yang satu ini.


Petang kat emergency sehari sebelum puasa. Masa ni dia nampak segar lagi kan? Even esok nya masa aku buat post yang dia warded tu pun dia masih segar dan ceria. 

Petang selepas aku buat post tu terus dia jadi pasif, keadaan dia semakin teruk, nafas semakin laju. Dan demam sangat seram suhu nya. Jangkitan saluran pernafasan ni yang buat dia demam panas tinggi. Dah nama pun jangkitan kan.





Ni graf demam Hanan. Memang spike habis. Demam dia hanya kebah bila dengan ubat. Dan demam dia bukan rendah2 punya suhu. Dan ujian darah pada hari ke-4 tak cantik. Hanan ada jangkitan kuman dalam darah.

Apa yang aku tak buat? Semua aku buat, sponging jangan cakap lah. Pernah subuh hari aku mandikan dia. Sebab risau badan dia terlalu panas. Percussion semua aku buat untuk bantu dia keluarkan kahak tu. Dan silap aku, ialah aku tak fokus. aku HILANG fokus. Supplimen aku tak amik sebab ralit kesah kan dia. lepas tu puasa pulak. semua nya kelaut. walhal vitamin lah yang biasa nya aku cari dulu kalau anak2 tak sihat untuk aku telan sebanyak yang mungkin.


Hari ke-7. Aku consume nutriferon banyak2. Bancuh dalam air botol besar sampai 2 sachet dan pastikan minum habis start dari buka puasa sampai 12 tgh malam. Sebab Hanan ni kuat menyusu time tidur. Dan start pada tu jugak aku tak pakai kan dia baju dan kerap lap dia dengan tuala lembab air suam. Kenapa bukan air sejuk? Sebab doktor nasihat kan dengan air suam. Mengikut kajian (menurut pakar peads) air suam lebih membantu untuk cepatkan surut demam panas. bukan air sejuk. Alhamdulillah, Nutriferon bertindak dengan baik, Hanan badn dia terus sejuk dan tanpa ubat lebih dari 24jam. 




Hanan Discharge pada hari ke-8 pukul 8 malam.
Alhamdulillah, dan semalam hari follow up dia di Hospital dan semua nya baik - baik aje.
2 minggu aku cuti separuh gaji. Hanan perlu dikuarantin memandangkan kawan taska dia jugak warded atas kes yang sama. 2 Minggu kami tak berjalan. Belum ade lagi istilah shopping raya. Maybe takkan ade kot memandangkan kelengkapan banyak dah siap dari awal dan banyak aktiviti membeli belah aku melalui online ajerrrr. 


Sebelum menulis entry ni, bercucuran air mata tau tak. Sebab ape?? Sebab 8 hari Hanan kat wad takde setitik air mata pun untuk aku. Aku boleh rilex je tolong doctor tenangkan Hanan masa nak pasang branula, aku boleh cool je tolong pegang Hanan masa nurse nak sedut kahak, dan aku boleh ok je bila doctor amik darah Hanan kali kedua masa kat ward. Walaupun aku tau Hanan jenis susah nak dapat urat dan memang kena cucuk banyak tempat.

Kenalan yang datang melawat mungkin menjangka kan keadaan aku down dan sebagainya, Tak, aku ok, betul aku ok. Aku boleh sembang, gelak dan bergurau. Pernah selesai sedut kahak ade katil sebelah tanya kat aku "akak ok je... sedih x kak? kalau saya dah nangis dah" aku cuma boleh jawab "saya hati dah kering, saya cuma nak anak saya sihat, saya tak cukup masa nak layan perasaan saya.. :) " 

Allah berikan aku anak-anak yang baik tingkah nya, baik Elman, baik Hanan. Kalau diorang ni sakit masing2 takkan ade rengek, takkan ade nangis yang tak keruan. Dan aku di berikan ganjaran suami yang baik dan keluarga yang banyak membantu. So, kenapa aku nak nangis?? Allah uji sebab allah sayang. Tapi dalam pada ujian tu dia kirim kan semua yang baik - baik untuk aku. Kawan2 office lama yang ramai datang menjenguk. Sumbangan yang tiada putusnya untuk Hanan. Alhamdulillah.


Dan kenapa masa menulis entry ni aku menangis?

Mengenangkan kuat nya ujian yang aku tak sangka telah aku lalui dengan baik, memikirkan kuatnya Hanan untuk menghadapi segala sakit kena cucuk dan sebagainya, teringatkan kael yang sangat sayang dan rindu pada adik dia sampai menangis2 nak adik. Sampai sanggup mintak kena cucuk sebab nak jumpa doktor, nak tidur dengan adik. How sweet elman...... Dan rasa kasih pada suami yang tak keruan menguruskan kami, ke hulu ke hilir, mengemas rumah, jaga elman lagi, dengan keadaan puasa.

Dan sebenarnya, selepas beberapa hari ayah aku tengok Hanan di hospital. Dia pulak masuk emergency dan warded seharian di wad pemerhatian memandangkan wad 4A penuh. Ward Hanan wad yang penuh dengan patient pneumonia dan ayah aku memang ade history Pneumonia ICU 8 hari 2 tahun lepas. Dan mungkin virus terlalu kuat sampai kan ayah pun dapat attack susah nak bernafas. kemudian hari Khamis dia kena lagi dan emerency lagi untuk kali kedua.


Ujian kita berbeza - beza, Allah uji aku begini dan Allah uji kamu begitu,
Tapi.. percayalah, redho lah dengan setiap ujian DIA, Ujian dan dugaan yang Dia berikan merupakan cara Dia bercakap dengan kita, menegur kita. Dan janji nya setiap ujian akan ada hikmahnya,

BETUL.

Selepas pada itu rezeki tak putus, Urusan rumah selesai dan officially jadi milik kami. tinggal nak renovate sikit2 tu semua buat lepas raya nanti lah, aku dapat offer lagi dari Zalora. dapat free kasut raya 2 pasang, hehehe. dan lain - lain lagi rezeki yang datang sedikit demi sedikit hingga lah hari ini..



Untuk  korang semua yang membaca, terima kasih kerana doakan si kecil kami. Alhamdulillah dia sihat walafiat sekarang ni, Cuma mommy kena gain weight berat dia banyak2 sebab dia susut melampau sepanjang 8 hari kat hospital. Dan untuk semua kakitangan Hospital sungai buloh, dari emergency, wad 8C dan wad 7A. Terima kasih yang tak terhigga buat yang terbaik untuk Hanan dan Mommy.

Moga kita semua dirahmati Allah.

Amin.

***********************************************

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, May 26, 2016

..::Anugerah kanak-Kanak Paling Macho::..

And the award goes to
|
|
|
|
Drum Roll
|
|
|
|
|

Taraaaaaa....!!!


Hehehehehe.
Macho... anak mommy memang macho. 
cukup handsome dan macho di mata dan hati mommy.

Al-kisah nya hadiah ni dedikasi daripada Taska Mikhael dan Hanan.
Semalam ade teacher's day celebration dan hari sukaneka anak-anak.

Meriah!

Yang paling meriah makanan. Hehehehe. Dan kisah si kael menangis semalam tu usahla korang pelik. Anak bujang aku yang "macho" ni memang begitu keadaannya.. kalau ade mak dengan apak nya berjuraian air mata itu sudah biasa. hihihi.

Sebenarnya, kael ni memang penakut sikit. Terutama bunyi2 kuat, gema dan apa sahaja bunyi yang tak selesa kat telinga dia. macam semalam, dia tak selesa dengan keadaan gema microphone dan sound system kat dalam dewan dan gema dalam kawasan yang tertutup. Masa mula2 sampai tu dia ok je. boleh join kawan2 duduk ramai2. Bila music dan start dan emcee pon dah bercakap aku tengok muka kael dah resah tapi nampak dia masih mencuba.




Bila nak start senaman pagi dia join walaupun tak bergerak. aku tengok dia dah start pintal-pintal tali seluar, body language dah terbengkok2 (ah sudah...ni confirm drama ni) Perlahan2 dia keluar barisan. 


Mommy nak gelak dah ni tapi tahan. Sekali dia nampak mirzal sampai. Makaaaaa... Huwaaaaaaa...!!!!! Ahahahahahaha. Abang lah abang....... malu mommy tau. hehehe. Pengasuh2 dia dah gelak, kalut pun ade sebab lepas tu ade sukaneka. Macam mana lagi nak buat, nak dipaksa kesian. Kalau tengok kan gaya nangis nya tu memang dia sangat tak selesa dengan keadaan tu. Asik menarik tangan Mirzal je ajak balik. Aku tengok mirzal muka dah semacam. Hangin lah tu anak dia penakut. kah3.



Dah nama mak kan... tak sampai hati aku tengok nye. Ajak lah dia keluar lepak taman kat tepi sekolah tu. Dia terus senyap. tak payah aku pujuk2. Dia main buat sendiri, nyanyi2.. alahai... sedih aku tengok dia. takut sangat gamak nya. bila dia dengar sukaneka tiup belon sampai meletop, dia yang kat luar ni yang terkejut2. ulang2 cakap takut... kesian sangat. Peluk dia kuat2 bagi tenang.


Dia sanggup duduk kat sofa ni sorang2 bila aku cakap nak masuk tengok kawan2.. Punya dia takut..

Dah nampak tenang tu baru aku ajak dia masuk untuk main game yang ade nama dia. Dia masuk, pergi kat mirzal, peluk2 dan dia nampak pengasuh2 semua tengah susun pinggan ada gula2 dengan tepung. Nampak dah dia sengeh dan exited nak main. Maka, enjoy lah dia untuk aktiviti sukan haritu!

Main tiup tepung tapi kalut lap muka taknak kotor pulaknye... Kata macho kan... ahahahaha.


Game ni yang paling kael happy main, tesimpul2 senyum nya. pandai dia main perah span tu kuat2.

Baby Hanan...???


Dia ok je! hehehehe. OK sangat! 


Tengok kawan ramai-ramai berkumpul dia dah macam nak berlari dah. mata meliar, tak mau diam. Mulut bising. lagi2 bila tengok kawan2 main belon. Lain macam loncat nya dia. Cukup time, bagi susu dan dia pon tidurrrrrr. hehehe. Mommy dengan ayah layan abang bersukan jelah.

Baby Hanan pon dapat hadiah tau!



Mommy tak tau nak kata ape. Kecik2 dah ade awekksss ni. Ahahaha. Just for fun aje. Nak bagi semua dapat hadiah. Couple Hanan ni nama dia Hana Milliya. Kisah serasi ni sebab diorang ni selalu pakat nangis sama2. Sorang nangis, yang sorang lagi mesti nangis. hehehe. umur pun sebaya.

Habis activity jamuan makan yang super duper banyak punya makanan. pot luck. Dan aku bawak kael balik. Sampai parking rumah kael cakap "anamak.........adik tinggal... tinggal kat kulah....pusing mi..pusing...amik adik" Gituuuuuuu....... nak taknak, mommy yang pasang niat nak qada' tidur sebab siapkan puding roti malam tadi kena lah amik jugak adik kat sekolah nye pon.... Dan nasib baik sampai rumah dua beradik ni lelap sama2 dan mommy sekali.... hehehehhehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor