Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts

Monday, November 30, 2015

..::Pengalaman Prosedur ECV::..

 ASSALAMUALAIKUM 

Sebelum aku lupa segala yang aku lalui baiklah aku simpan pengalaman ni kat sini. Moga dapat menjadi rujukan untuk aku dimasa akan datang atau juga bakal ibu yang lain yang juga bakal melalui pengalaman yang sama.

Bukan untuk menakutkan, tapi jujur aku cakap, posedur ECV merupakan satu Trauma buat aku. muahahahahaha!!! so, korang yang memilih untuk melalui prosedur ini harus persiapkan mental dan fizikal. Jangan ingat prosedur ni macam urutan ala-ala spa yang boleh buat ko terlelap dan kemudian ko akan bangun dengan rasa kesegaran. usah ko berangan!


Imagine sekantung baby doctor nak pusingkan, kalau korang bukan jenis tahan sakit maka saranan aku lupa kan jelah, daripada ada aksi tersepak dan tertendang doktor mahupun maki-makian dilaman sosial. hehe. Jangan, doktor hanya jalankan kerja diorang je dan akan bersusaha sehabis baik untuk pastikan keadaan baby korang selamat. Sebab tu awal2 aku cakap, kalau korang bukan jenis tahan sakit maka sila lah proceed terus untuk c-zer atau amalkan senaman2 dan doa2 yang membantu untuk memusingkan bayi.

- - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - -- - - - - -  -  - -
PROSEDUR ECV:-

Appoinment aku pukul 2, 1.30pm aku dah sampai dan daftar masuk hospital. untuk prosedur ni memang memerlukan korang untuk mendaftar masuk macam nak bersalin tu, sign la segala borang yang patut, sebabnya ECV ni merisiko kan korang untuk emergency operation. jadinya masa korang datang ni siapkan mental siap2 yang korang juga bakal c-zer, bawak beg hospital siap2, datang la pakai kain batik siap2.

Lepas check-in tu mcm biasa lah buat CTG dulu, pastu nurse tanya la few soalan sebagai prosedur wajib. ok, skip tu semua, kita terus dengan cerita prosedur. Nanti doktor akan pasang branula siap2, aku di scan 2,3 kali juga oleh doktor yang berlainan untuk dapatkan beberapa pendapat dan pandangan tentang kesesuaian aku dan baby untuk jalani prosedur ni. Dan alhamdulillah keadaan aku dan baby mengizinkan.

Maka, doktor pon briefing aku segala risko dan tanya lagi sekali bersedia atau tidak, bila aku kata ok doktor masukkan sejenis ubat untuk lembutkan rahim dan ubat ni buat jantung aku berdegup macam berlari berapa kali pusingan padang pon aku tak tau. memang kesan ubat ni begini. elok dah debar2 tu doktor terus buat pusingkan baby. MasyaAllah...! Sakit! sampai kebas2 tangan aku, menggigil toksah cakap, kesan dari ubat pon ye, menahan kesakitan pon ye. 4 doktor yang mengerjakan aku petang tu. Dan doktor semua baik2, yang sorang tolong pegang tangan, yang sorang tolong bagi kata2 semangat untuk bertahan, yang lagi 2 tolong pusingkan baby. Aku dapat rasa baby pusing kemudian menyepak tangan doktor dan dia pusingkan balik diri dia dalam keadaan songsang tu. kemain, pukul bontot tu kang!!

Selepas sejam............

The Result is :-


ECV Failed
Proceed for C-zer on :-
Friday
4th December 2015

muehehehehe. takpelah, kalau dah itu jalan nye, aku redho. ape pon cara dia keluar aku pasti itu yang terbaik buat dia dan juga buat aku yang telah ALLAH tentukan.


Jadinya disini......... aku akan check-in hospital pada 3.12.2015 dan bersedia untuk belah perut pada 4.12.2015. Tapi sekiranya baby pusing cantik dan boleh normal xde lah doktor sesuka hati nak belah nye pon. Selagi belum tiba tarikh bersalin, selagi tu masih ade peluang untuk baby pusing.


- - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - -- - - - - -  -  - -
KESAN PROSEDUR ECV :-

Memenatkan, Meletihkan dan Sangat Menyakitkan.

Ubat yang aku cakap buat jantung korang berdebar tu memang akan meninggalkan kesan yang meletihkan, koirang rasa macam nak pitam, macam tersangat2 lesu. satu hal, dah la kena puasa kan. Mirzal bawak aku singgah makan sampai muntah2 la aku kat kedai, badan nak baring je, mata nak tutup je. Bukan ngantuk tapi lesu. Sampai ke esok rasa penat tu.

Sakit pulak korang akan rasa kat bahagian perut, perut aku sampai calar balar dan merah2 bila aku tgk kat rumah tu. Lepas tu setiap kawasan yang kena picit dan doktor tekan2 tu memang tak boleh terusik langsung. even sampai harini (hari-ke 3) aku masih rasa saki baki sakit. Sakit yang aku maksudkan ni sakit atas kulit. Yela, dipicit dan ditekan sekuat nye mau tak sakit. macam korang kena cubit kuat2 yang tersangat kuat. harulah rasa sakit tu tinggal atas kulit korang kan? Ha, mcm tu la rasa sakitnye. Just sakit atas kulit je. Baby in shaa allah ok, xde pape.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, November 20, 2015

..:S.T.R.E.S.S::..

 ASSALAMUALAIKUM  

 Reach 37w of pregnancy and i'm still driving from sg.buloh to Jalan Duta. #selfproud.
I'm googling all about ECV procedure. Gosh! Serammmmm... Sort of positive and negative story i tell ya. huwaaaaaa. Scary nak lalui benda ni sendiri. Siap google spesifik entry Prosedur ECV di Hospital Sg.Buloh. ahahahaha. Selain daripada tu google jugak Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan di Hospital Sg.Buloh.

Masing2 ade pengalaman dan cerita yang tersendiri but mostly cakap sakit. Alah, sakit tu tolak tepi lah. bersalin boleh takkan lah ECV x boleh. Bersalin tu kan sakit kedua selepas mati. huhuhuhu.

Pasal ECV procedure ni ade yang kata bermalam start dari procedure tu sampai lah 38 weeks sebab doktor nak pantau keadaan baby dalam perut, ade jugak yang kata lepas selesai procedure pantau 4 jam dan kalau ok boleh balik, ade jugak yang kata lepas je settle procedure and baby tak pusing doktor terus c-zer tanpa tunggu 38weeks. banyak sangat version dan pengalaman masing2 sampai aku tak tau nak siapkan mental aku untuk yang mana satu. kuikuikui.

Masalah aku sekarang sakit gigi ni yang buat aku lagi runsing, sampai rasa nak demam2 dah. tambah pulak dengan keadaan cuaca yang setiap petang pon hujan dan setiap petang pon aku kena hujan kat parking nak ke kereta.
  
Jujur cakap, few days memang aku stress sampai sakit kepala. Nak tidur pon seram2 je pk kan keadaan akan jadi. Dengan fikirkan nak berpantang lagi, dengan kakak aku yang baru lepas operation lutut, esok baru discharge, dengan keadaan bapak yang tak sihat lagi, dengan mak aku yang tengah demam lagi, ditambah pulak aku yang nak serah diri kat hospital ni. Buat nye memang aku kena beranak minggu depan tak ke haru?? Kesian mak aku weyyyyyyy... Dia lah nurse, dia lah baby sitter, dia lah cooker.... rasa macam nak hire confinement lady je jaga aku kat rumah sendiri.... Tp mak confirm tak bagi punya... huhuhuhuhu

Bila allah nak duga sekali dia bagi boleh terduduk kan??? 
Takpe2, kami yakin. ade hikmah besar Allah nak bagi. 

In shaa allah. amin.

Moga mak, bapak dan awon aku cepat sihat dan lebih sihat dari sebelum ni....

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Thursday, November 19, 2015

..::Sleepless Night::..

 ASSALAMUALAIKUM 

Lain anak, lain rasa nya kan?
memang 2nd pregnancy aku ni agak susah untuk aku tidur malam yang lena betul2 lena. Sejak 5month kot aku dah kerap tejaga malam, bukan sebab tekencing ke ape, memang badan serba serbi x selesa. Bila dah dapat berita ketentuan haritu lagi lah aku x boleh tidur. ditambah pulak dengan sakit gigi yang tiba2 dan tangkap sampai kepala. package! 


Rasa nak tidur tu kemain mata ni sampai dah tak terbukak, tapi bila baring x mau pulak lelap yang betul2, asik tepusing2. bila dah tidur, kael begerak sikit pon aku boleh tejaga. kalau terlelap sampai bekeroh pon idok ler sepanjang malam, mesti ade punya aku bangun sebab serba tak selesa 

Semalam memang sakit gigi yang amat, siang muntah2 , sampai rumah kepala aku sakit gile. nak tidur kael pulak buat hal. ntah ape yang tak kena. kata nak minum, dah dibagi air dalam botol air dia tp tak mau pulak. nak suruh bukak tutup botol tu nak tonggang. aku dah hangin.  sekali ku tempik terus diam pastu aku merajuk tidur depan TV. kahkahkahkah!!! cam bangang perangai mak dia ni   


Dia terus senyap, baring kat mirzal, ntah ape yang mirzal cakap kat dia tak lama lepas tu datang dua2 orang kat aku. Mirzal kata dia cakap.. "ayah..nak sowi mommy" ha, tau pon mak dia marah! geram rasa nye. nak ikutkan kehendak dia je. nasib lah aku ni x garang mana. Yang comel nye tu datang tak bersuara, aku dah baring mengiring buat tak tau je kat dia, pegi dekat2 belakang aku, dengar mirzal cakap pegi sorry, takde pon aku dengar dia cakap, pastu mirzal cakap peluk mommy tu.. barulah ade rasa tangan kecik kat bahu aku tarik2, aku pusing, hulur tangan dia terus landing kat bahu peluk aku sekuat yang boleh.  Pastu ajak aku masuk bilik siap tolong angkatkan bantal aku lagi.   


Mikhael memang tau aku x garang mana kalau marah. Tp sekali aku marah yang betul2 dia memang boleh beza yang aku memang marah. 

Dah. 
entry ni pasal ape pon aku dah x tau. k, bai!

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

..::2nd Pregnancy : Ikhtiar dan doa untuk Bayi songsang dalam kandungan::..

 Assalamualaikum 


Cuba Lakukan Sendiri 

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi dalam kandungan secara SEMULAJADI agar kembali dalam posisi yang normal. (AMARAN!! Jangan ubah kedudukan bayi secara paksa kerana ia boleh mengakibakan bayi terbelit tali pusat.) 

1. Merangkak 

Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya. 

2. Kaedah Panas - Sejuk 

Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba. 

3. Pek Ais 

Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah. 

4. Berendam Di Dalam Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah. 

5. Menyanyi Dan Bercakap 

Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda. 

6. Senaman Tilt Position 

Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.

7. Lampu Suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan

Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul. 

9. Doa 

Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain. 

       
Sumber : Kak Engku Bidan Bersalin [LINK]

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Tuesday, November 17, 2015

..::2nd Pregnancy : 36 weeks : Baby Breech::..

ASSALAMUALAIKUM 

Atau dalam bahasa Melayunya Kedudukan baby Songsang


Huhuhuhu.

Kuasa Allah
Kuasa Allah
Kuasa Allah

KUN FA YA KUN

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
 Pagi ni, checkup 36 weeks. Ikut EDD. Hati tenang je pegi KK macam biasa. Memang ade appoinment untuk scan la sebab dah hujung2 kan. Sekali doktor letak rode scan tu dia terus senyum 

" Laaaaa...baby nape duduk macam ni.... Dik, baby awak songsang la duduknya..." 
Aku sengeh dia sengeh. 

"Tengok ni ye, rode scan, tengok saya letak kat sini, ha... nampak. kepala dia ni ha yang kat atas"

Nak kata ape lagi? aku senyum jela. dia pon brief bagitau akan terus refer aku ke hospital and bla..bla.. bla.. so aku tanya dia, 34w haritu kata dah ready nak masuk lorong? 

"Perut lapang lagi kot masa tu, dia boleh pusing.. lagipun kan ni bukan kerja kita.." 

then dia senyum. betul jugak doktor cakap. kita ni bukan sesiapa kan dalam menentukan keadaan baby dalam rahim ibu nya       


Keadaan aku sekarang adalah yang tengah. 
COMPLETE BREECH.

So, dapat refer letter, terus ke hospital yang kononnye hanya untuk amik appoinment sahaja. Sekali sampai hospital, doktor review buku pink terus tulis "See Today" dan cop Dr.Logeswathy. Ok, dah start nervous. macam urgent sangat dan menyeramkan jadi, settle urine test and timbang berat semua maka jumpa lah doctor. Antara option yang doktor bagi ade 2 je. 
1. Prosedur ECV : Mengurut untuk pusingkan baby di hospital. (bukan bidan ye)
2. Terus pilih tarikh c-zer pada minggu ke-38
Tadi, bila dah check dan scan semua. aku memilih untuk pilihan pertama dan keadaan aku dan baby mengizinkan untuk kami melalui procedure ECV. Alhamdulillah. Tapi doktor dah cakap siap2, it's only 50/50 chances untuk dia pusing. Dan bukan janji sepenuhnya untuk aku deliver normal. Aku paham tu, apepun kita cuba. Jadi, 24/11 ni adalah untuk aku lalui procedure ECV dan memerlukan untuk aku berpuasa at least 6hours sebab in case aku perlu untuk emergency c-sect yang mana procedure ni berkemungkinan akan buat jantung baby lemah/terbelit tali pusat atau lain2 risiko [Nau'zubillah] tapi doktor cakap risiko2 seperti itu hanya 2% sahaja.
Mana nak sangka kan bila mana baru je 2 minggu lepas doktor dah meyakinkan aku peluang untuk bersalin normal itu tinggi tup-tup harini baby macam dah pilih jalan dia sendiri. Tingkap ke pintu ke mommy redha je sayang.. janji kamu selamat, sihat sempurna. 
 Apepon, doakan aku mudah untuk lahirkan khalifah allah ini. Apepun cara nya moga dipermudahkan.
 Marilah start men'google segala cerita tentang bersalin c-zer, baby breech dan senaman yang sesuai untuk keadaan aku ni. Dan sudi2 lah tinggalkan link korang untuk aku baca sesiapa yang ade pengalaman bersalin c-zer ye. bukan ape... persediaan mental dan fizikal katanye...... so nak kena update beg hospital ke camne ni?? [LINK]  
ok, badan letih. setengah hari menguruskan keadaan diri. Baru lepas makan sesambil becerita kat sini. Nak lelap jap.
**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, November 16, 2015

..::2nd Pregnancy : Puding Raja : Air Gula : GDM::..

 Assalamualaikum 

Mesti korang tak tau kan? Sebab aku pon x pernah cerita kat mana2 pasal hal ni. kena minum air gula ke, BSP ke mana pernah kan aku update2. hihihihihi   

GDM atau Diabetes ketika mengandung. Untuk 2nd pregnancy ni aku ade GDM. hohoho. Tapi bacaan aku sangat lah border line iaitu 5.7 sahaja. Masa minum air gula baru 8w pregnant. Terus declare GDM. Walaupun sipi2. Request utk minum kali kedua, doktor tak layan.  

Pengalaman minum air gula pada aku takdelah teruk sangat. 3 kali teguk je settle! Sedap je pada aku. ahahaha.  Masa sebelum minum tu memang macam2 lah aku membayangkan, bila dah teguk sekali tu, eh xde lah teruk sangat rasa dia. boleh je aku telan dengan laju nya. Air gula aku plain tau bukan ade rasa oren ke ape macam certain KK. Pure air gula yg aku dapat dan satu mug besar  


Jujur,   memang size gini lah air gula aku 



Aku tengok akak depan aku naik biru muka nak ngabiskan, dah macam nak lari dari klinik dah muka dia   teguknya pon sikit2 macam minum sup panas. Memang lambat lah settle kalau cenggitu. Aku masuk kendian dah basuh cawan dia yang duduk lama x habis2, pastu tengok gaya aku minum lelaju dia pulak macam nak muntah   

Episode BSP aku setiap 2 minggu bermula serta merta. huwaaa  Agak malas aku nak ke klinik setiap 2 minggu kalau ikutkan. 4 kali sehari pulak tu nak menyucuk jari nya. 3 kali yang pertama aku buat kat klinik, 2 kali dapat MC, kali ke-3 doctor advice buat sendiri pon boleh kat rumah kalau ade alat cek darah tu (kedek MC la tewww)   Bapak aku memang ade complete set glucometer + strips test + lancing device. Jadinye pinjam nye bapak ku punya harta  

Masa 3 kali buat kat klinik tu bacaan aku normal je. elok sempurna normal. Antara 4.8 - 5.3. so aku syak memang aku free from GDM cuma masa checkup yang mula2 tu aku suspek aku salah makan sampai gula aku naik. Ko tau aku makan ape sehari sebelum tu? PUDING RAJA..!! Haaa... sape yang pernah makan korang tau la rasa manis puding raja tu mcm mana. Manis letin melampau!!  




Nasihat aku sesiapa yang kena buat test ke minum air gula ke sila lah jaga pemakanan sehari sebelum tu ye. jangan jadi macam aku. makan kemain manis petang tu, malam sambung makan nasik, lepas tu air kosong kurang minum, esok pepagi dah kena buat test. Result = Padan Muka aku 

Aku consume jugak Set GDM shaklee. Persediaan ko... jangan percaya sangat dengan badan ni. Walaupon ko rasa macam ko xde tp better amik supplemen yang membantu dalam masalah GDM ni, untuk elakkan dari betul2 ko dapat Diabetes kekal.  



So far setiap kali aku buat test BSP tu normal je bacaan aku, pernah je aku malas nak buat aku hentam. sakit oi cucuk 4 kali sehari  Tapi yang buat aku terngiang2 setiap kali checkup 2 minggu ni doktor keep reminding pasal due date. 16.disember.2015 in case kalau belum bersalin sila serah diri ke hospital untuk induce/operation 

Kes GDM hospital takkan bagi drag masa sampai seminggu seperti kes normal yang lain. Dan disebabkan hal tersebut maka aku nekad amik cuti awal 2 minggu nak persiapkan otak dan badan!  Kalau aku tak amik cuti awal maksudnye pergi kerja macam biasa dan terus serah diri ke hospital pada keesokan hari??? Memang taklah! tak bertenang langsung jiwa aku nnt kang.
  

Apepon aku doa banyak2 supaya aku bersalin sebelum due date, secara normal dan dipermudahkan. 

Amin   

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Wawa Yusoff