Thursday, March 30, 2023

..::Ramadhan 2023::..

 Assalamualaikum



Alhamdulillah
Allah izinkan aku dan kita semua berjumpa dengan Ramadhan 2023.
My 2nd year puasa tanpa bapak.
And still not easy for me.

The sadness and sorrow aku masih rasa sampai harini.
Pastu tahun ni puasa kaki mak tak berapa ok.
Tak boleh duduk bawah, solat pun atas kerusi.
Tengok bekas buka puasa mak dalam bekas yang ada divider tu, 
sama macam mak prepare untuk bapak dulu, lagi lah aku sedih sangat. 
Bukan sedih sebab kenangkan bapak pakai bekas tu dulu,
Sedih sebab mak pun dah uzur 😭

I might not be a person yang selalu bersembang dengan mak, gossiping this and that dengan mak. Bawak mak berjalan makan sana sini.Tak, bukan aku. Aku lebih kepada perhati dari jauh dan aku akan pastikan AKU ADA BILA PERLU

Antara aku dengan mak memang ada sikit gap yang aku sendiri wujudkan. Aku sayang dia dan aku akan sentiasa pastikan dia selesa dengan Siapa yang dia selesa. Aku  takkan kacau keselesaan dia semata untuk aku bawak dia kesana kesini. Tak. Takkan. As long mak happy, aku happy. Apa pun keadaan mak, selagi mana dia ok, AKU OK.

Ramadhan tahun ni agak berbeza sikit untuk aku. Boys dah besar. Memasing dah boleh urus sendiri dan masing-masing ada perangai yang aku kena handle. Dan ramadhan tahun ni jugak pertama kali kitorang akan ber'ramadhan di rumah sendiri. walaupun weekend je. ahahahahaha. Walaupun rumah tengah tunggang langgang under renovation. HAHAHAHAHAHA!

Tahun ni. Harapan ramadhan aku sangat besar. 

Aku sedang membaiki diri secara duniawi dan ukhrawi.

Aku yakin, allah dah susun jalan hidup aku secantiknya.

Aku cuma perlu lalui nya sahaja.



Till then,
Pen Off
bye.


No comments: