Showing posts with label bento elman mikhael. Show all posts
Showing posts with label bento elman mikhael. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

..::Young Living Malaysia dan Story All in One::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Quick update!!
kakak bizi diknonn!


Akhirnya... kael tak mintak dah nasi dgn telur dadar πŸ˜…
Mommy ni kan sampai malas dah nak decor2 masa kael asik lah mintak nasi telur dadar.
Sampai tahap malas kadang suruh mirzal je siapkan. Haha. Asal berbekal.
Semalam dia request makanan ini πŸ˜
"Taknak lah nasi, nanti kawan2 semua dah habis makan, kael belum. Ha, cemana?"
Makan hegeh2 ler tuuuu

Pagi ni, settle dah urusan new enrollment. Dia tak beli PSK tapi beli basic plus kit je. Sebenarnya tak untung sangat beli basic plus kit ni. Dapat 3 eo je. Kalau tambah sikit dapat PSK 14 eo terussss πŸ’ƒ
Pastu, malam tadi pak rimau kuning dah roaring rupanya. Pak gary YL dari bagi bonussss. Hehehe.


Happy kauuuu.. ahahaha. Harini sampai office awal sangat, settle kan urusan pos semua dan breakfast. So now, siapa lagi nak tau pasal eo dan bonus2 ni semua?
🎢Come to me.. sayang..sayang..sayang.

Lepas tu cerita yang ni pulak


Dengan laju nya settlekan waktu lunch hour!


Bertuan. πŸ˜
Purification tu I punya, but siapa nak I can sell. No doubt. 
Sendiri punya boleh beli kendian. Hehe.

Rabbi Yassir, Wala Tu'assir. 

Alhamdulillah semua dipermudahkan. 
Submit order pukul 9.30am. Kalut pada kejar lunch hour nak bagi settle jugak semua sebab 3 order eo tu customer nak urgent.
Selesai. Sampai office ngam pukul 2.03 pm. Masih benapas walaupun macam tak cukup 

Settle je dinner semalam terus masuk work station selesaikan packing2


Siapa yg beli eo memang ku bagi roll-on botol tu free.
Blend oil laju mcm biasa cuma sempat tak sempat je nak amik gambar.
Ni pun bekurung dalam bilik kerja. Kalau tak memang sambil buat kerja sambil bertarung dgn bebudak ni ha πŸ˜‘
Siapa yg nak try eo tapi rasa mcm tersedak sangat harga, boleh cuba blend oil dulu. Hot selling, cough blend dan immune booster.. Utk batuk, selsema dan kahak. Murah jerr.. Rm 27. 

Checkout IG @elementorganik

Korang macma mana pulak??

Dah mintak ke apa yang korang nak? Mintakla... mintak sungguh2.. In shaa allah dapat..
Allah tu kan Maha Memberi πŸ’πŸ’πŸ’
Kalau dah buntu sangat tak tau nak amal doa mana, baca je doa makan. Ini serious. Manfaat nya sangat luas. Maksudnya pun dah cukup untuk kebaikan dalam kehidupan kita πŸŒΉ
"Ya allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami dan jauhkan lah kami dari azab api neraka"

AMIN 
.
.
.
P/s : share benda baik, takyah tunggu jadi baik 






Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 




Thursday, January 18, 2018

..::Resepi Ayam masak lemon SEDAP dan MUDAH::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Quick update time lunch ni kejap. kerja banyakkkkk gila.


Bahan :-
Ayam potong kecik. goreng macam biasa guna tepung ayam. 
aku guna tepung goreng ayam adabi. sedap!

untuk kuah lemon :-
Butter sesudu kecik
*Lemon sebiji perah
*Kiub ayam knorr setengah
*gula 2 sudu besar
*Tepung jagung sesudu kecik bancuh dengan secawan air
*Serbuk kunyit secubit 

Cara-cara
Api perlahan. Panaskan butter, masukkan semua bahan bertanda (*) 
Kacau perlahan sampai masak dan cukup pekat. gaulkan dengan ayam yang dah siap goreng tu.
Senang kan? ahahahaha, resepi aku buat memang senang2 je sebab aku jenis pemalas nak rumit2 bab lauk ni. asal sedap sudah! hehehehe

πŸ“ŒPerahan lemon tu masukkan sikit2 untuk agak rasa masam tu. 
Lain-lain hiasan tu ko potong lah bawang, lemon pastu tabur daun sup sikit. settle.


Ikan keli goreng tepung. Nak dapatkan ikan keli rangup sedap ni lepas gaul garam kunyit ko tepek2 kan tepung jagung. goreng. sedap rangup dan tak lembik!. tryla, sedappp.


Bento hari selasa
Leftover food seperti biasa. memang pesen aku dari dulu malam masak banyak-banyak esok tapaw! jimat masa.

Bekal untuk mirzal.

🍚nasi
πŸ—Ayam Lemon
πŸ…Apple.
πŸ‹Ikan keli lupa nak susun 


Bento anak-anak

🍚 nasi
🍳 Tamahoyaki (jappanese egg)
πŸ‹Ikan keli buang tulang sesiap 
🍎 Apple

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Monday, January 15, 2018

..::Resepi Mee Goreng Mamak Simple::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Bila aku cakap resepi tu simple,maka nya memang simple lah! aku jenis masak campak campak campak sampai jadi! matiklah orang kalau ikut resepi aku ni... huahuahua. eh, tapi serious cakap ni kalau setakat masak-masak lauk gini ko takyah beriye ikut bancuhan, ikut tekak sendiri baru ko puas hati sedap tu macam mana. lain lah macam cake ke, brownies ke, apam ke, ha.. mende2 gitu memang ko kena ikut resepi. kalau tak nanti bantat lah, tak gebu la etc, etc,etc.


Bahan aku agak terhad, sebab tu mee aku kosong takde sayur ke pebenda segala sebab mirzal tak beli lagi. muahahaha.
======================================
BAHAN-BAHAN

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
Cili blend (nak pedas letak ler bebanyak)
seafood/ayam/sosej 
sos tiram
kicap ABC
kiub ayam
telur
mee kuning

======================================
CARA-CARA

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
2 bahan ni ko blend dan tumis.

Cili blend dalam sesudu besar masukkan bila bawang yang ko tumis tadi tu dah naik bau. 
tumis cili sampai masak.
masukkan seafood/ayam/sosej atau apa jela yang korang suka. tumis sampai masak.
masukkan kiub ayam setengah ketul.

masukkan sos tiram sikit, masukkan kicap ABC. kicap ni memang sedap kalau nak buat masak2 mee ke char kuey tiaw ke, pekat. Masukkan kan air sikit. 

Dah sebati semua masukkan mee. gaul sampai rata. pastu ko adjust lah kicap tu, garam semua sampai cukup rasa kat lidah ko ok. biarkan kering sikit.

last sekali. pukul telur dan masukkan. gaul rata. aku guna 2 biji telur untuk sepaket mee kuning. baru syiok nampak macam2 serdak2 je mee korang. baru lah mamak style! hehehehe

lain-lain bahan boleh la korang hiaskan dengan cili merah potong, daun kucai ke apa. tapi aku malassssss dan anak-anak bukan makan ponnn. so jangan membazir kekdah nyeerrrr.... hehehehe

Yummy!!! walaupun bahan simple.

So bento keesokkan hari nya, leftover food je ku tapaukan! hua3!

Apple untuk kael, Apple dan orange untuk hanan

and for us! 

Aku memang sangat suka sediakan bekal comel ni, bento cute mute. sebenarnya kalau kat rumah pun aku suka je hiaskan makanan diorang. suka tengok bila anak suka apa yang kita buat. hehehehe.

sejak 2012 terjebak dengan bento, bekal comel ni semua dan memang dah jadi minat dengan benda-benda cute dan DIY things. πŸ’œπŸ’œ

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Wednesday, January 10, 2018

..::Bento Mudah Young Living Murah::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Holaaaa ❤❤❤

Harini bento not so healthy food, so jangan tiru. ahahahaha. Groceries dah habis, tengok ini je yang ada dalam fridge, bedal jelaaaaa


πŸͺ Paratha Choclate ala Bali
πŸ– Chicken Nugget
🍀 Sosej
πŸ₯ onion ring for mommy


Harini bangun terlewat dan kebetulan ini je yang ada, Zassss!! siap jugak bento dan bekal ke office. Mirzal jenis tak kisah makan apa sahaja. so dia ok je apa pun aku bekal untuk dia πŸ’œ

Semalam petang pi Young living Malaysia. dah tak tau nak beli apa tapi nak membeli jugak. ahahaha. Makanya belikan stock cedarwood kael banyak2. Aku memang super in love dengan cedarwood! but not for myself tapi untuk kael. Aku guna kan cedarwood untuk pembelajaran dan sesi persekolahan kael. Tak perlu eo mahal macam brain power tu, cukup cedarwood kat dia. Memang hari-hari aku mintak titik kan SETITIK je kat dahi kael dan perubahan nya sangat ketara dan segi pembelajaran. Alhamdulillah.

Cedarwood ni EO paling murah. Member price RM 54 je. kalau diffuse Cedarwood + Lavender ko akan tidur sampai ke bulan. Serious lenaaaaaaa. Hanan kalau aku diffuse 2 tu, memang lena amat! sekali je dia bangun malam. Dia tak bangun of coz lah aku pun syiok tidur lena. hehehehe. Malam tadi topup kan German Chamomile tu dalam calming blend Hanan. 
Pon cenggini haaaaaaa dia tido πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘


pastu aku beli Christmas spirit tanpa tujuan. kahkahkah!! Ntah, macam suka je nak beli terus beli. Dah beli baru pinterest benefit. ok not bad, puas hati beli. nanti kita try. hehehehe


Semalam buat flash sale eo kat group. less than 10 minutes LICIN!! Ahahahahaha. Suka memasing dapat beli harga lelong. bagus, semua pun dah pandai guna eo dengan betul.


last but not least. 
READY STOCK DIFFUSER YOUNG LIVING
FREE 2 EO
Lemon & Lavender


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, January 9, 2018

..::Bekal ke Sekolah dan Bekal Ke Pejabat::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Alhamdulillah, badan sihat banyak dah. last week, one whole week badan flat. mirzal pulak outstation, dah la minggu start sekolah, memang sado betul rasa. huhuhu.

Harini bento favorite food si mika. memang suka sangat lah dia dapat bekal gini pagi ni ha.


KIDS BENTO
🍏Apple
πŸ›Mee cintan
🍩Donut
🍳Telur

Cooking makes me happy, and cutest thing double the happiness. Siapa yang follow aku, memang tau lah aku start bento dari kael kecik lagi, masa umur 10 bulan. sampai lah sekarang. kael dah biasa dengan bekal. sekarang dah sekolah, dah pandai request nak bekal apa. 


BEKAL KE PEJABAT -MIRZAL
πŸ₯Pau goreng kacang merah
🍚Nasi
🍱 Sardin masak lemak

Dah memang menjadi kebahagiaan aku sumbat perut diorang ni dengan macam-macam. huhuhu. Satu ketagihan aku bila bento ni, membeli lunchbox. ahahahaha. kerja nya asik lah nak membeli bekas makanan. Tapi sekarang dah terkawal, tu pun sebab kitchen kabinet dah penuh 😁

masa cuti sebelum naik sekolah, pulun lah mommy siap kan blend oil masing-masing. terutama si kael lah, dia dah sekolah yang belajar kan. Nak elak lah gangguan kesihatan. kita ikhtiar


Focus blend kael guna resepi baru, tapi kadang pagi-pagi kalau sempat guna single eo jugak. lagi best. Focus blend ni ada orange, memang boost happy mood kael utk pi sekolah. So far, memang tak banyak komplen, seronok je sekolah, cikgu pun takde cakap kael tidur ke apa kat sekolah. semua ok πŸ’•

Focus blend ni act as mental boost. stimulate brain utk lebih bersedia dan alert dengan persekitaran. dalam focus blend ada cedarwood. Cedarwood ni membantu dalam pengaliran oksigen ke otak. so otak akan lebih peka kalau budak nak belajar. like i said, ikhtiar. 

aku dah guna EO masa kael 5 tahun, dan dia punya perubahan dalam pembelajaran, 
JAUH BEZA 😍😍😍


Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Monday, January 8, 2018

..::Bekal a.k.a Bento Malaysia::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Macam lipas kudung mommy pagi ni.

Celik mata dah 6.30 sebab Hanan asik bangun malam tadi. Lupa nak oiling dia dengan calming blend. Sat2 bangun. Sakit2 kepala mommy ha.

Dah janji dengan kael semalam dia nak bekal nasi + telur + donut. Ku gagah kan jugak lah berkungfu tadi. Huhu.

Alhamdulillah kali ni semua homemade. Walaupun kuih mommy tempah je kat org, still homemade and fresh. Bukan process food or kilang mariii... hehehehe

Sat naaa.. kita upload gambar. Pekena kopi o + kuih sat ❤
.
.
.
.
.
.

TARAAAAAA!!!


BENTO 😍

Yang depan ni hanan punya. Yg pooh kael punya.

Food For Hanan
🍚 nasi sikit
🍳 telur gulung
🍩 donut
πŸ₯ pau goreng kacang merah

Bento Elman Mikhael
🍚 Nasi
🍳 Telur
🍩 Donut.

Mommy lupa beli seaweed maka nya buta lah pooh kael harini πŸ˜… 
tu yang mommy guna food deco je. Kalau tak mmg huduh. Huhuhu

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Tuesday, October 24, 2017

..::Netball : Sambutan Hari Sukan Negara::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Cerita not so basi. kekekekeh.

Alaaahhh... last week je pon. bagi lah can rehat - rehat jap sebelum update blog ni. Sebab tak pandai main kan, so malulah nak update blog laju2, pastu kalah pulak tu kan, lagi lah takde punca nak update, dah la kalah dalam group, paling corot pulak tu! kahkahkakah!! Dah3 kemain suka kau aku gelakkan diri sendiri πŸ˜‚


Team baru, geng baru, rhythm baru, semua baru!
1st time aku main dengan diorang ni. kebanyakkan nya pun masih cari rentak. To be honest aku sendiri pun takut-takut lagi main, yela bukan pandai main sangat pun. tiba2 pegi open kan.. cuak jugak lah takut serba tak kena. huhu


dah cakap kan kitorang tak menang tadi kan? tu hadiah tuu.. hadiah tuuuuu... hehehehehe. Lucky draw sajorkkk..! ahahahahhaa. kira ok apa! takde lah malu sangat balik lengang kangkung, ada gak hadiah. walaupun orang keliling tau team kau lah paling awal cabut! ahahahahahaha.



Aku ni penakut sikit. nah kau! sebeban aku oiling diri sendiri pagi tu.  
1st time guna En-R-Gee.

Aku sukaaaaaa betul kat focus dan mental alertness tu..!! yarabbi.. serious lah sangat membantu! aku ni memang jenis blur ke bebal aku tak tau lah! kakakakakah! tapi memang helpful sangat lah untuk manusia macam aku ni 😝

Bento hari isnin last week!!

As per request, Kaya french toast, nugget dan babanana!

sengeh - sengeh kael tengok bento dia pagi tu. suka sangat dia. dah tu, memang semua favorite dia, mau tak suka si abg mika tu. hehehe. 

Lately badan letih sikit, kadang bangun tapau apa yang ada je, malas nak amik gambar, tapi kalau mood cantik tu warna - warni bento diorang. hehehe

chow.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor