Showing posts with label frenz. Show all posts
Showing posts with label frenz. Show all posts

Friday, September 12, 2014

..::Meet the Azlinawati::


Ini adalah cerita basi. Sehari selepas tamatnye syawal. 
Aku still feeling hari raya selagi tak jumpe kakak ini :)

Kak ina, kawan aku kat office dulu, dia lapor diri tempat baru 16.4.2012 pagi yg sama aku beranakkan si elman. Mmg takkan lupe punye. Anniversary dia pulak time birthday aku :)

Lepas dia pindah, 2014 aku pulak pindah. 
So skrg ni masing2 dengan life baru.
2 tahun gak aku x jumpe pompuan ni. 
Jumpa je, memasing mcm x cukup mulut nak besembang. 
segala nak diborakkan :)


Rumah dia cantikkkkk.. Sangat cantik! Telan ailio kami laki bini nengok umah nye.
Elman malam tu x berapa nak behave sangat lah sbb dia baru je sihat dari cirit-birit yg agak teruk.

Melepak besembang sampai pukul 10 makan mee goreng dgn teh tarik. Fuh, cerita dia masa kami tgh makan tu kemain tau, last week mee ketam bagai... Terus putus selera sbb kami dpt mee goreng je. hahahaha. ini bahana nak dtg rumah org lepas isya' tp maghrib baru bgtau. Lepas ni dah tau, seminggu awal ku kabor kat ko ye kak :D

Seronok mmg seronok. Sebab dah lama x jumpa. 
Dulu kalau kat office ni la kawan makan, kawan kerja, kawan lepak celah rak sbb mengumpat. 
Eh?? hahahahaha. Org ni lepas pindah tempat baru kemain murah rezekinya, mencurah2. Siap dapat yg cemerlang2 tu la... Betul la org kata, setiap yg jadi ade hikmahnye.

All the best to u kak!
And to me jugak!

Nak mee ketam.....................

Tuesday, July 23, 2013

..::Puding Karamel::..

💜assalamualaikum💜


Ini adalah semalam. biasa lah kalau puasa napsu tak pandai puasa. kemain mcm2 tekak ni nak. 
Pastu tu aku ni kalau dah jenis teringin jam2 tu jugak aku nak buat.


Semalam sampai rumah mirzal nak gulai ayam, sambil2 menggulai tu sempat la aku buat puding ni tapi tak sempat la nak makan time buka puasa. lepas isyak baru sempat makan. aku buat seloyang. pagi ni dah tinggal separuh. Mirzal tak suke puding ni. 2 sudu je dia makan. Ntah Sape ntah makan sampai separuh loyang (",)



Aku suke puding ni tp kalau nak beli kat bazar sepotong besar gini diorang jual RM 2.00 ke RM 2.50 tau. mahal! pastu kadang rasa ntah ape2, dahla aku ni tak makan telur dpt plak rasa dia yg memang telurrr sangat. mmg mual! so, kalau buat sendiri boleh adjust! dan yg pasti kena dengan selera. So, resepi aku ni byk aku adjust. Aku tak guna air utk puding sebab aku nak mmg kenyal2 gitu texture nye.



RESEPI PUDING KARAMEL

sumber : Wawa Yusoff



Bahan-bahan Puding

4 biji telur size A
satu tin susu cair 
4 sudu besar gula
1sk esen vanilla

Karamel:
1 Cawan Gula
1/2 Cawan air

Cara-cara [Karamel] 
masukkan gula dan air ke dalam pan
 Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. 
Biarkan sejuk.

Dalam periuk masukkan semua bahan utk buat puding dan kacau sebati. Nak blend pun boleh. Panaskan dan kacau dengan perlahan. jangan sampai mendidih. Tutup api  tapis dan tuangkan adunan tadi dalam loyang berisi karamel. Kukus utk 30-40 minit.

Terbalikkan loyang dan hidang. siap!
eh, panjang nye entry kalini.


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor