Showing posts with label Young living untuk anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Young living untuk anak-anak. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

..::Ramadhan bersama Young Living Essential Oils::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Hai koranggggg. Saited ni nak share sikit EO yang sangat berguna waktu bulan ramadhan. Terutama sekali bila ada anak yang baru nak belajar puasa ha 😍


Kael puasa Alhamdulillah dia kuat. Tapi haritu masa buka dia makan sikit je, lepas tu mengadu sakit perut. Lepas makan dia baring, merengek sikit. Tengok perut dia kerassss kembung.. alahai abg, kesian.. badan baru nak biasa kan dengan puasa.


Terus amik DIGIZE & PEPPERMINT. 2 EO yang sangat membantu untuk penghadaman dan sebu perut. Buat layer, sapu arah jam, tak lama lepas tu dia rasa lega, bangun solat, buat homework. Tengah buat homework kemain dia buang angin πŸ˜‚

Harini dia puasa macam biasa. Balik sekolah 1st report dia kat mommy. 
"MOMMY... ABG DAH KENTUT KAT SEKOLAH.. DAH BERAK" 
mommy baru je nak tanya pasal exam harini, dia report dulu pasal kentut. Hampeh πŸ˜†



SLEEPY NO MORE 😍


Kebetulan hari Exam kael hari puasa, kael kan sahur lewat, masa dia sahur tu lah aku oilingkan dia dengan 3 sekawan ni.
Cedarwood, rosemary, lime. 
3 eo ni untuk tingkatkan kepeka'an dia kat sekolah. Untuk fokus. 
Lime tu bau dia memang fresh sangat2..

Surprisingly, lepas sahur dia tak tidur pun. Tengok tv, cek beg sekolah cukup barang semua. .

Dan belum lagi terima feedback dari cikgu yang kael tidur kat sekolah. Alhamdulillah. Tapi mommy sure tenghari tu nap time mesti dia lena sangat. Hehehe.

So siapa yang rasa kat office tu selalu lesu, boleh sangat guna any eo yang buat korang fresh dan lebih focus. Highly recommended, cedarwood, rosemary, orange, frankincense or lavender 😍😍😍

TAK BOLEH MAKAN UBAT BATUK. NANTI MENGANTUK πŸ‘‡


Last week. Abg mika batuk ketat dan kering. Masalah nya last week jugak minggu exam dia dan puasa. Memang tak boleh la nak bg ubat. Mentido pulak dia nanti πŸ˜†

EO ni masa bulan puasa memang membantu sangat. Baik kids or adult. Yelah, puasa susah la kan asik nak makan ubat. So guna eo. Sangat cepat serap dan melegakan.

3 hari guna Dorado azul ni. 1st day guna batuk dia yang ketat tu, baru nampak reda. Macam ada bunyi kahak sikit, nampak longgar. Keep oiling, blend oil mmg guna kerap2 kat tapak kaki dia. Pegi sekolah dia sendiri request nak bawak minyak. So bekalkan cough blend. Alhamdulillah hari ke 3 all is well. ❤

Siapa yang tak sihat masa puasa ni, rasa boleh tahan lagi without ubat. Sapu EO memang sangat membantu. But, if necessary SILA AMBIL UBAT. Jangan tahan2 ok πŸ’

EO WAJIB KALAU PUASA UNTUK PERUT MERAGAM

Perut sebu, masuk angin, perut memulas.


Dah 2,3 hari perasan perut AKU macam tak selesa. Tp ok lagi, tak melayan kan sgt. Biasalah kan, puasa.. tapi semalam dari pagi memang rasa tak selesa, makin malam makin tak selesa sampai rasa nak temuntah.

Lepas tu telan trio ni. Sesuai sangat untuk pedih ulu hati, penghadaman dan sebu. Senang kata macam masuk angin tu lah. Sekejap je lepas telan trio ni, perut rasa macam memulas sangat2. Maka nya berlari ke toilet πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Aku tak berapa nak hardcore sangat drop eo dalam air dan telan. so aku masukkan dalam veggie capsule. settle!

Lepas pada tu asik sendawa je ni, makin selesa rasa perut, baru boleh nak lelap hehehe.
pagi ni perut memang dah selesa sangat2. takde dah rasa angin tersekat nak muntah ke apa πŸ‘πŸ‘πŸ‘




If interested nak mencuba Young Living Essential oil. 
Set diffuser YL serendah Rm 379 dan mulai esok harga akan turun. GST 0%


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, December 19, 2017

..::Young Living Essential Oils : ELAK ROTA VIRUS BERPANJANGAN::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Bismillah…. Ingat tak haritu Hanan kena rota virus? Alhamdulillah Hanan kebah dalam 3 hari je. Tak berpanjangan. Berbeza macam kael tahun 2014 sampai 8 hari. Huhuhuhu.

 
masa petang rabu, pujuk bagi makan kot lah lepak kedai, tak mau dia makan. dia muntah selambak lagi ada lah. huhuhu.

Rezeki Hanan, mommy dah kenal Eo dan Shaklee. Masa mula-mula kena hari rabu, amik dia dari taska dia dah start muntah dan cirit birit. So terus lah kuarantin kan dia. Tak hantar taska. Petang rabu tu balik je klinik terus start oiling dia and of course aku guna EO Young living dan supplemen Shaklee.

view khamis pagi. masa ni hanan lembik. vomit and diarrhea tak tau dah berapa kali. lembik.

so ini apa yang aku guna sepanjang Hanan kena Attack
Nutriferon Shaklee
Thieves Hand Sanitizer
Immupower
Digize
Thieves
Stress Away
White Angelica

Nutriferon Shaklee : Dalam botol air
Sampai je rumah dari klinik hari rabu tu, terus bancuhkan nutriferon untuk dia. Rota virus takde ubat so doctor memang pesan untuk bagi dia minum air banyak2 elakkan dehydrated takut jadi demam pulak. So memang terus lah add on Supplement nak bagi kuat antibody dia lawan virus dalam perut usus tu. Huhuhuh.

Immupower
Young Living Essential Oils
Yang ni aku pakai kan kat tapak kaki. Kena faham  ye, Rota Virus takde ubat. Antibody anak kena kuat lawan virus. Pegi klinik pun doctor pesan untuk banyakkan minum air. Ingat lagi masa kael warded 3 tahun lepas memang Drip air semata takde ubat. So kalini dah tau, memang guna EO yang boost immune Hanan untuk lawan virus. Sapu kerap2 kat tapak kaki dan spine dia.

ROTA VIRUS BERJANGKIT MELALUI SENTUHAN, AIR dan UDARA.

Thieves Sanitizer
Young Living Essential Oils
Image result for thieves sanitizer
Memang aku wajibkan pakai setiap kali tukar diaper anak, setiap kali ke toilet. Bukan aku je pakai, hanan pun pakai sekali. Dan hanan memang suka pakai sanitizer ni sebab sejuk. Bila kena kat tangan tu sejuk kan tu dia suka pun dan dia yang mintak kadang tu. Hehehe. Balance sapu kat tangan tu lap je kan badan hanan. Hehehe. Diaper WAJIB masuk dalam plastic, ikat baru buang kat tong sampah. Toilet setiap kali lepas guna pastikan cuci bersih. SETIAP KALI. Thieves sanitizer ni mematikan kuman dan haling jangkitan melalui sentuhan

Image result for digize essential oil
Digize
Young Living Essential Oils
EO ni memang untuk perut. EO ni membantu sangat untuk melawan segala jenis parasite dan segala yang tidak baik dalam perut. Sapu ikut lawan arah jam dan juga belakang pinggang dia. Eo ni macam berangin sikit so agak melegakan untuk perut Hanan yang meragam tu. Buat sekerap yang mungkin. Alhamdulillah Hanan cepat stop vomit dan masa hari khamis tu dah slow sangat muntah dia tinggal cirit je.

Thieves
Young Living Essential Oils
Eo ni aku diffuse sekerap yang mungkin. Sebab nak jaga kebersihan udara dalam rumah, nak elak dari jangkitan kat Kael dan orang sekeliling even myself. Alhamdulillah all is well. Sihat walafiat tak kena jangkitan.

Yang ni khamis petang, nampak dia ok sikit dan nak bagi kerjasama, yang bagus nya hanan ni dia cepat faham badan dia, kalau dia rasa nak muntah terus cuba duduk, lepas muntah terus capai air nutriferon tu. 

Stress Away
Young Living Essential Oils
WAJIB. Huhuhu. Hanan budak ligat, bila dia tak sihat nak main tak boleh, asik baring je tak selesa dia jadi serba tak kena. Memang setiap kali lepas mandi oiling dia dengan stress away, diffuse joy + orange nak lift up mood dia. Dia stress jugak sampai sakit montot asik poo poo. Sampai merah2 melecet. Ha, yang ni aku guna copaiba. Memang cepat hilang radang. Cepat reda sakit melecet tu. Muscle rest.

White Angelica
Young Living Essential Oils
One of the most EO yang aku suka sangat. To protect hanan and myself from negative energy. Biasalah jaga anak sakit, penat, stress tu semua ada. Hanan and me memang pakai White Angelica ni, memang terkawal. Penat tu memang penat tapi ok je uruskan hanan. Gila tak penat, setiap kali guna toilet setiap kali tu lah menyental, rumah memang sentiasa bersih, pastu masak lagi lauk yang elok2 untuk Hanan. Susu memang tak bagi kecuali breast milk.

ni khamis, lepas maghrib. mommy nak makan biskut cicah milo dia terus duduk dan join. bertuala sebab baru lepas muntah. masa ni nampak dia segar. hehehe

yang ni tengahari jumaat. baru rasa badan dia ok, dah tak muntah cirit semua dah. tu dia baru dapat baring rehat2, Aria tu diffuse Orange + Joy memang nak bagi mood dia cun-cun je. hehehe

PETANG JUMAAT

JUMAAT PETANG, Hanan sihat walafiat, dah ada selera makan. So dia sihat sikit je terus bawak dia keluar jalan-jalan naik motor petang tu. Bagi dia happy2 


Sebelum jalan naik motor pose dulu, KURUSSSS sangat hanan masa ni. huhuhuhu. dia ok sangat dah masa petang jumaat ni. memang dah active.



Stress Away dah jadi kesukaan dia. habis semuka dia sapu. tu cadar kat belakang kumpul nak pi dobi. habis kena muntah cirit semua. huhuhu. Alhamdulillah dia sangat cepat kebah. Biasa kalau cirit birit ni kalau tak seminggu, tak sah kan? Alhamdulillah  dan Young Living Essential Oils dan Supplement Shaklee sangat membantu.

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Tuesday, October 24, 2017

..::Netball : Sambutan Hari Sukan Negara::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Cerita not so basi. kekekekeh.

Alaaahhh... last week je pon. bagi lah can rehat - rehat jap sebelum update blog ni. Sebab tak pandai main kan, so malulah nak update blog laju2, pastu kalah pulak tu kan, lagi lah takde punca nak update, dah la kalah dalam group, paling corot pulak tu! kahkahkakah!! Dah3 kemain suka kau aku gelakkan diri sendiri πŸ˜‚


Team baru, geng baru, rhythm baru, semua baru!
1st time aku main dengan diorang ni. kebanyakkan nya pun masih cari rentak. To be honest aku sendiri pun takut-takut lagi main, yela bukan pandai main sangat pun. tiba2 pegi open kan.. cuak jugak lah takut serba tak kena. huhu


dah cakap kan kitorang tak menang tadi kan? tu hadiah tuu.. hadiah tuuuuu... hehehehehe. Lucky draw sajorkkk..! ahahahahhaa. kira ok apa! takde lah malu sangat balik lengang kangkung, ada gak hadiah. walaupun orang keliling tau team kau lah paling awal cabut! ahahahahahaha.



Aku ni penakut sikit. nah kau! sebeban aku oiling diri sendiri pagi tu.  
1st time guna En-R-Gee.

Aku sukaaaaaa betul kat focus dan mental alertness tu..!! yarabbi.. serious lah sangat membantu! aku ni memang jenis blur ke bebal aku tak tau lah! kakakakakah! tapi memang helpful sangat lah untuk manusia macam aku ni 😝

Bento hari isnin last week!!

As per request, Kaya french toast, nugget dan babanana!

sengeh - sengeh kael tengok bento dia pagi tu. suka sangat dia. dah tu, memang semua favorite dia, mau tak suka si abg mika tu. hehehe. 

Lately badan letih sikit, kadang bangun tapau apa yang ada je, malas nak amik gambar, tapi kalau mood cantik tu warna - warni bento diorang. hehehe

chow.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Wednesday, June 21, 2017

..::Viral Fever Attack..!!::..

 πŸ’™ASSALAMUALAIKUMπŸ’™


29.5.2017 - 5.6.2017

Mami dapat je whatsapp dari cikgu dila terus desup balik amik dia kat sekolah dan bawak pi klinik. memang tinggi demam dia. 

Dah berani dah dia. kalau tak tu menangis takut segala. kali ni mami pun impressed dia boleh duduk situ sendiri amik suhu semua. agak lembik dia masa ni.

1st day bawak dia ke klinik dapat ubat semua ok lah sebab dia takde symptom lain selain demam panas. so tak perlu lah amik darah ke apa. Tapi malam tu suhu dia hit sampai 40.1' dan dia ada tanda-tanda macam nak jadi muntah - muntah. esok terus angkut lagi pi klinik memandangkan ada symptom denggi + makngah dia pun dah suspect denggi kan. so mami tak harap mother instinct dah. mesti bawak pi klinik.

Sampai klinik Platelet dia agak rendah, walaupun masih paras normal tapi bacaan tak cantik. punya struggle nak amik darah si mika ni, berkepit segala kaki tangan. Sado mami tau! hehehehe


Mami EL nak makesure everything is OK untuk kael. dak Hanan mami hantar jugak sekolah. no way nak biarkan dia dengan abang kat rumah. bahaya. ni pun masa ni dia ada dedar2 jugak tau. memang immupower yang mami apply kat Hanan ni


Esok nya, mami angkut abang mika pi office. mujur lah time cuti sekolah so tak risau sangat nak cuti kan dia lama-lama. Angkut abang, mami angkut sekali lah diffuser semua. Memang ON purification dengan lemon kat office pastu kerap-kerap lumur lemon kat dia. 2 hari aku bawak kael ke office. kesian dia tak rehat, penat badan dia. macam mana nak cepat sihat kan. huhuhu


kael mami tak sapu immupower masa dia demam, kuat sangat eo ni untuk kael. Panas, elok2 dah reda suhu demam, bole naik mencanak balik suhu nya kalau sapu immupower tu kat kael.


Jumaat. Amik darah lagi, kalini platelet dia drop sampai 127. 
Terus aku cakap kat mirzal el, shoot ke shaklee beli kan keperluan dia.

Nutriferon dah habis dan tambah performance drink (PD) nak elak dia dehydrated, aku ni berjaga2 takut2 kalau denggi memang 2 ni sangat membantu. Sepanjang dalam kereta memang dia lemah sangat. Balik rumah terus bagi dia minum nutriferon kerap-kerap. PD dia tak suka sangat. tapi air nutriferon tu memang dia telan habis.

Sabtu, getting better. repeat amik darah lagi nampak sangat baik. Tp Ahad kena repeat sebab nak pastikan betul-betul ok. Sabtu tu dia dah ok sikit but still bawah paras normal., dah boleh makan dan  boleh minum dengan baik. Ahad, amik lagi darah. This time dia sihat banyak dah. drama amik darah tu perkara biasa. Platelet dia naik elok tapi Selasa amik darah lagi untuk pastikan boleh discharge. Ahad ni MIRZAL TUMBANG.

Balik dari hospital settlekan kael, Mirzal dah mengigil teruk. tak boleh bangun. aku pun kena take over semua lah. letak mirzal dalam bilik, on kan diffuser nak bagu udara sentiasa bersih. kael dengan Hanan memang aku tak bagi masuk bilik langsung. Sepanjang hari dia tak bagun, bangun bila solat je kemudian tumbang balik. adohaiii.. langsung tak sado 😜 kehkehkeh.

Ahad malam, mirzal ok, kael pun semakin baik. Selasa amik darah DISCHARGED, Ya ampun..... perasaan mami masa baca platelet darah dia naik mendadak cenggitu memang bersyukur yang amat! bukan apa, kesian sangat mikhael. Tapi kan, masa selasa dia amik darah tu, sangat cool, tak menangis pun macam sebelum2 tu. good lah abang mika πŸ’–


Sepanjang minggu kael tak sihat. Memang semua eo ni lah kawan baik kami. LLP every 1 hours. Frank kat spine, sinus blend untuk masalah selsema kael tu lah and calming blend nak bagi dia relax.

All i can say it's HELP ME A LOT.

Kael cool sangat takde merengek menangis tak menentu. Dan nutriferon tu memang sangat MEMBANTU boost up antibody dia dan elak jangkitan berpanjangan.  Nutriferon ni jugak yang sangat membantu kurangkan demam panas dia.


Alhamdulillah kael dah sihat sepenuhnya. Dan aku rasa bersyukur sangat aku dan Hanan terhindar dari jangkitan virus ni. Sebenarnya Dak Hanan memang on off demam tapi memang Hanan ni aku oiling habis-habis. alhamdulillah sihat dak kecik tu, hehehehe

Diffuser tu memang sangat membantu. Aku kerap diffuse thieves atau purificaton memang khas untuk bersihkan udara dan matikan bakteria2 tak baik. pada aku, berbaloi sangat untuk ada diffuser dan segala jenis eo kat rumah ni, Paling utama Eo yang sesuai untuk anak-anak. Macam untuk batuk berkahak, selesema untuk sembelit dan sebagainya. Natural dan organik. Tak risau nak apply banyak2 pun. bebas kimia.

9 hari yang cukup tough untuk mikhael. sian lah abang mika mami ni. last dia demam cenggini masa januari 2016. after setahun setengah baru kena balik dan kali ni kuat jugak virus nya. 7 kali jugak amik darah.  


Harini..... ALHAMDULILLAH... ALL IS WELL... πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Young Living Malaysia : Young Living Selangor
Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Thursday, March 2, 2017

..::Happy Birthday Wawa Yusoff : Aquarius Babiesss::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM πŸΌ


6 febuari 2017

Alhamdulillah semua nya baik-baik sahaja. Cake ni mirzal and in-laws buat surprise celeberation untuk aku and all the February babies on 5 february a day before my birthday. Aku share tarikh dengan Haikal anak angah, fikrah 21.2 dan farid 28.2. yeahhh! ramai geng! hehehe.

Angah cakap, along (mirzal) yang nak buat semua ni untuk kak long. dah alan-alang tu kita celebrate lah semua sekali. jenuh pulak tiap minggu nak birthday. hehehe. Angah kata konon nak buat suprise delivery yang bunga2 tu sekali mirzal menjawab........... "tak payah bunga2 dia brutal" kwang hasam sungguh laki aku ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ ok lah, he know me very well. hehehehe

Allah dah susun cantik. no wonder lah ada early celebration rupanya masa my birthday aku kena jaga bapak setengah hari kat hospital dan lain-lain urusan jugak. petang tu i dapat ini!! Free item 1K++ punya harga! Aiyayayaya!

Semua ni eo yang power2 untuk boost mood, untuk kita keluarkan the best side dalam diri kita dan dia sampai tepat pada masa nya!!!

Sepanjang bulan 2 yang hectic! I manage to come out with this

|
|
|
V


Element OrganiK
Homemade Product & Handcrafted
For Healthy & Beauty

Ada 4 blend oil lagi tak sempat masuk gambar. nanti lah ku buat photoshoot cantik2. ececeh. Alhamdulillah. semua nya berbaloi. penan lelah tak tidur otak ligat sangat berbaloi dengan apa yang aku usahakan.


Ini pulak adalah collection eo free yang dalam simpanan aku. masih berkira-kira nak pakai. sayang sangat!!


Warna-warni terapi mata, terapi diri, terapi jiwa. setiap satu nya ada fungsi yang tersendiri. In shaa allah akan ada blend oil untuk lelaki pula selepas ni. tu nampak botol hijau gagah kat tengah nama MISTER tu. hehehehe. salah satu eo yang akan digunakan untuk man blend. Perempuan boleh guna chantek booster dan lelaki pun akan ada blend oil yang khas πŸ’‹


πŸ’œ YOUNG LIVING MALAYSIA πŸ’œ

Untuk Young Living pula. Aku bukak 2nd batch kutu Premium Starter Kit. 
So, PM aku untuk details ya πŸ’—
πŸ“£πŸ“£πŸ“£ WHATSAPP πŸ“£πŸ“£πŸ“£

..::Perkembangan Mikhael Semakin Baik::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM πŸΌ


Hola korang! 

Mac sudahhh. febuari sangat pack, sangat bizi, sangat sibuk. baik aku, mirzal, family semualah sibuk! macam-macam jadi bulan dua ni, punya redha dengan apa yang jadi sampai tak lekat kat otak aku apa je ek yang jadi. ahahaha.

salah satu nya, dugaan kesihatan bapak aku. Allah aje lah yang tahu. 6 February on my birthday aku duduk hospital jaga bapak jap. awesome gile rasa birthday tahun ni. betul2 allah nak suruh aku hargai orang tua. kalau bukan sebab mereka, takkan ada aku kat dunia. huhu. terkesan.

Alhamdulillah semua nya semakin baik. bapak pun dah sihat banyak. 

Enough said. harini baru aku sempat nak bersembang pasal elman mikhael. 2 bulan dah sekolah. 2 bulan jugak mommy all out guna eo kat kael. pagi dan malam memang mandi minyak budak tu. hehehe.

Sebulan pertama kael sekolah, kami tengok hasil kerja tangan kael tepuk dada memasing. ahahahaha. Kami faham..... anak lelaki, sulung.. what do u expect? kofkofkof. Mikhael sejak di taska sampai lah 5yrs kemahiran dia agak ketinggalan. Kami tengok 1st homework dia bawak balik rumah dia hanya mewarna 1 gambar dengan 1 warna sahaja. πŸ˜… 

Pitam mommy tengok nakkkk. hehehehe. Dengan pelat nya, dengan pegang pensil belum betul nya. so mommy memang kena kerja keras untuk mikhael.

Maka, mommy tukar semua oil dia. dari guna focus blend sahaja, terus tukar! Neat. Cedarwood + peppermint + joy. Focus Blend pakai kadang-kadang. biasa nya masa weekend.


Cedarwood kat dahi
Peppermint kat ubun-ubun
Joy kat belakang telinga dan nadi
Frankincense pun guna jugak tapi tak kerap. bila perlu sahaja

after a month mommy usahakan dan hasil nya masyaAllah. Sangat terkejut bila satu malam tanpa niat pun apa2 sekadar nak meleka kan dia dengan buku dan suruh dia mewarna and he came out with this!! 
|
|
|
|
V


Seriously aku terkejut sangat sebab aku tak expect macam ni hasil nya. Warna-Warniiiii! 

Imagine eh, kael yang pada asalnya mewarna 1 gambar dengan 1 warna sahaja dah pandai buat warna warni dan hasil dia sangat bagus. warna keluar dari garisan, minor je. OMG. untuk budak 5yr yang slightly ketinggalam dengan pelat dan tak pandai pegang pensil sangat, after a month hasilya sangat superb!!

Perjalanan kael masih jauh, tapi kalau mommy tak start, mommy takkan tau yang mikhael can do more! so kael, mommy ready to give u my very best!! πŸ’‹

Obviously ada saraf-saraf yang masih tidur dan dah bangun! yeayy! mommy tak mintak banyak. cukup, perkembangan kael sejajar dengan usia. awak dah besar sayang. 


πŸ’œ YOUNG LIVING MALAYSIA πŸ’œ

Untuk Young Living pula. Aku bukak 2nd batch kutu Premium Starter Kit. 
So, PM aku untuk details ya πŸ’—
πŸ“£πŸ“£πŸ“£ WHATSAPP πŸ“£πŸ“£πŸ“£

Friday, January 27, 2017

..::Young Living : Cedarwood + Frankincense untuk Speech Delay::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM πŸΌ

 
πŸ‘† kelmarin. muka mengantuk memasing kena kejut pi sekolah 😍

harini nak cerita seperti tajuk di atas.. gitu ha mukadimah, tak payah susah2. hehehehe. Kenal YL sebab Hanan, tapi mannfaat nya banyak untuk kael sebab Hanan masih baby, tak banyak issue.

Untuk beberapa bulan sebelum start nya tahun baru, Aku banyak guna oil young living untuk mikhael. Banyak sangat.

Mikhael. 5 tahun. Pelat. Cakap tak jelas dan tak semua orang boleh faham. Cakap syiok sendiri dia je yang faham. Mak mana tak risau, mak mana tak takut. Anak nak sekolah, nak belajar, nak bergaul. I mean, sekolah yang betul2. bukan taska macam sebelum2 ni kael duduk. Gila ko tak cuak bila tengok anak ko bersembang dengan kawan pun tak confidence sebab dia sangat susah untuk bercakap jelas.

Frankincense. oil yang RM nya boleh tahan telan ailio nak beli. Tapi, untuk mikhael. apa jela untuk anak yang satu ini, mommy buat yang terbaik.


Untuk anak-anak, tak pernah lagi mommy mintak yang pelik2, nak cepat pandai, nak cepat kenal ABC, nak cepat pandai tulis, nak warna cantik-cantik. Aku bukan macam tu.

Aku sangat melepaskan mikhael go with the flow, aku tak nak push dia yang bukan-bukan sebab  aku kenal dia. Apa yang aku ikhtiarkan ini ialah apa yang dia perlukan sejajar dengan umur dia sahaja,

contoh : 5 tahun, sepatutnya dia boleh cakap dengan baik dan lancar. tapi, mikhael masih pelat teruk sampai kadang tu taknak bersembang pun dengan orang sebab dia tak pandai cakap. ITU YANG AKU USAHAKAN SEKARANG. .

Setiap malam selama 2 minggu aku oiling kat mikhael dengan cedarwood dan frankincense dengan certain technique yang perlu untuk dia bercakap dengan lebih baik. Result dia, aku sendiri tak sangka. bukan lah 2 minggu budak tu terus bersyarah.. TAK. tapi dalam proses 2 minggu tu slowly mikhael dah develop word dia dengan banyak. dia dah pandai guna perkataan pada tempat yang betul.

Paling surprise, bila start sekolah. dari dia taknak citer, tak tau nak explain.. sekarang balik sekolah masuk je kereta dia punya word macam pop corn. meletup2 keluar dari mulut, heheheheh. Dia boleh ceria balik kawan dia makan bekal dia, cikgu marah kawan dia, dia batuk, dia muntah itu satu perkembangan yang sangat besar untuk dia sebenarnye.  Pelat tu masih ada, MASIH ADA, to be honest masih ada perkataan dia yang kadang-kadang aku sendiri tak jelas. Tapi nak di banding kan dengan sebelum ni yang dia tak mau bercakap dan tak suka di tanya, Sekarang ni ....... BANYAK BAIK NYA.

 Slowly change to organic product untuk kids. Young Living toothpaste.


Kita start dengan anak2 dulu. Sebab diorang ni fragile. Yang organic adalah yang selamat. Bebas dari semua bahan kimia yang bahaya.

Untuk anak2 aku ni, sikit je tersalah pakai product, tersalah makan, memang mudah sangat kesihatan diorang terganggu. Terutama kael. Sangat special tau dia ni.

Kulit sensitif, makan sikit tak kena boleh jadi allergic, habuk sikit je dia boleh bersin sampai bengkak2 mata. Sebab tu mommy sanggup buat apa je, melabur apa sahaja... sebab anak2 mommy ni... SPECIAL πŸ’œπŸ’œπŸ’œ



Musim hujan kan sekarang, sejuk. balik kerja, pickup kids tak banyak, sikit mesti diorang kena tempias nya. mikhael macam biasa anak yang sangat lemah antibody sejak kecik. Adik dia sihat elok, dia dah batuk-batuk sakit kepala. memang mirzal sangat. Pesen kena tempias hujan sikit, sakit segala. manja angat aih 2 orang ni! So malam-malam aku diffuse kan lemon dan purification. Anti-bakteria dan membersihkan udara dari bakteria2 tak baik jugak. Jadi, kami yang sihat walafiat ni takde lah berjangkit walau tidur sebilik.


Antara oil yang aku ada dan dah label sendiri. ini baru separuh, satu beg lagi tak dan nak belek.

Ada yang nak join membership young living atau nak beli diffuser boleh whatsapp terus. 

summary sikit lah eh, untuk membership with 100pv lebih kurang Rm 460 korang akan dapat free stress away. Atau pun boleh beli Premium Starter Kit terus yang dalam tu ada diffuser dan 13 eo. RM 713. worth it. trust me πŸ’– 

πŸ’œ YOUNG LIVING MALAYSIA πŸ’œ