Showing posts with label dapurmommy. Show all posts
Showing posts with label dapurmommy. Show all posts

Thursday, May 17, 2018

..::Homemade Shellout mudah::..

πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Ok, i lost my skill in writing. huhu. 
ku rindu menulis. well, lebih kepada merapu merepek je kat sini. 
ahaha! sokay, my blog, my platform untuk merapu. khennn 😜

so, in kelmarin. baru nak warm-up balik menulis kat sini. so pilih topik pasal shellout ni lah. walhal besepah lagi cerita nak kena tulis ni. huhuhu. 

Balik kerja tergerak nak singgah kedai belakang rumah tu. sekali bukak kotak-kotak ikan, weyy.. meriah seafood. udang gemok2. so terus terfikir shellout jela senang dan sedap dan cepat.


so, let me share dengan korang cara masak yang paling senang pasal shell out ni, bahan tak banyak dan step pun tak banyak. yang penting sedap sangat. 

1st step, of course bersihkan segala lah, siang mana yang patut. 
ketam ni aku belah 2. cengekerang aku tak goreng. tapi kalau nak look nice dalam gambar, sila goreng, aku malas buat kerja yang sia-sia. aku nak makan je. ahahaha. 
Udang aku cuma buang kepala.


Jangan mintak kakak tulis resepi ikan goreng, kakak tak rasa reader kakak looser tahap itu.




🍀Resepi Udang Buttermilk🍀


Butter sesudu
Udang
carrot, kobis bunga atau ikut lah sayur yang korang suka
*Bawang putih 5 ulas -cincang halus
*cili api 3 biji - penyekkan aje dengan pisau
*daun kari setangkai
susu cair
garam

Cara-cara
api perlahan, panaskan butter. tumis smua bahan (*)
dah naik bau, dah elok masak semua, masukkan setengah cawan susu cair. Kacau perlahan, masukkan sayur, udang,kacau rata, boh garam sikit ikut rasa. biar didih sikit dan kacau perlahan. siap. jangan masak lama sangat nnt susu hangit.

Resepi Chili Crab Senang Yakmat!


Ketam 3 ekor (potong 2)
*Bawang besar 1 biji
*bawang putih 5 ulas
*cili kering 5 tangkai (gunting dan basuh)
*Serai sebatang
*belacan dalam se'inci kot. agak2.
kicap
garam
gula
telur biasa/telur masin 1 biji

Cara-cara
Kisar semua bahan (*) dan tumis
dah elok naik bau masukkan kicap, garam, gula, bila rasa dah ok masukkan telur. dan kacau cepat2 bagi hancur. Dah ok semua masukkan ketam dan gaul rata. kalau rasa kering sangat tambah air pastu adjust balik garam. aku tak guna telur masin sebab lupa nak beli. keh3. rupanya pakai telur biasa lagi sedap. lemak πŸ‘πŸ‘πŸ‘

sempoi kan? aku kalau bab masak takde susah2 asal kena kat tekak, sudah.

|
|
|
|
|
|
V


LICIN πŸ’–

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, January 30, 2018

..::Resepi Udang Buttermilk Mudah::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Sunyi sekejap. hehehehe. bizi uruskan anak kurang sihat last week, mirzal pulak outstation lagi...... sado mommy jaga dua hero. huhuhu. Bento pun on off last week sebab kael pun on off pi sekolah. kah3. alhamdulillah semua dah sihat walafiat mommy pun dah start bff balik dengan dapur. hehehe

Dan seperti biasa tajuk resepi aku semuanya mudah dan simple serta campak-campak. dan seperti biasa jugak aku jarang ada gambar yang lengkap. keh3. siapa follow IG aku tau lah kot yang lately aku dah start upload video masak-masak. hehehe. saje simpan untuk diri sendiri 😊



Bahan-Bahan
Udang (aku punya udang banyak)
bawang putih
daun kari
cili api 3 ketul
susu cair
garam
kunyit
butter

Cara-Cara
Udang gaul dengan garam kunyit, goreng macam biasa. angkat dan toskan.

Untuk kuah pulak :
panaskan butter, tumiskan bawang putih, cili api, daun kari sampai cukup masak.
tuangkan susu cair satu tin, kacau perlahan sampai mendidih2 manja giteww
masukkan udang, gaul rata. siap!
tambah garam kalau perlu.

**Kalau udang korang sikit, boleh guna setengah cawan susu cair je


Sedap dan senang!!

dahla, sekian je resepi paling senang di muka bumi tapi tersedap!! 
kahkahkah!! dasar sangat perangai riak kauuu πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Bye, nak balik. cuti sampai ahad!
yeayyyy!! Holiday!!!

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Monday, January 15, 2018

..::Resepi Mee Goreng Mamak Simple::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Bila aku cakap resepi tu simple,maka nya memang simple lah! aku jenis masak campak campak campak sampai jadi! matiklah orang kalau ikut resepi aku ni... huahuahua. eh, tapi serious cakap ni kalau setakat masak-masak lauk gini ko takyah beriye ikut bancuhan, ikut tekak sendiri baru ko puas hati sedap tu macam mana. lain lah macam cake ke, brownies ke, apam ke, ha.. mende2 gitu memang ko kena ikut resepi. kalau tak nanti bantat lah, tak gebu la etc, etc,etc.


Bahan aku agak terhad, sebab tu mee aku kosong takde sayur ke pebenda segala sebab mirzal tak beli lagi. muahahaha.
======================================
BAHAN-BAHAN

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
Cili blend (nak pedas letak ler bebanyak)
seafood/ayam/sosej 
sos tiram
kicap ABC
kiub ayam
telur
mee kuning

======================================
CARA-CARA

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
2 bahan ni ko blend dan tumis.

Cili blend dalam sesudu besar masukkan bila bawang yang ko tumis tadi tu dah naik bau. 
tumis cili sampai masak.
masukkan seafood/ayam/sosej atau apa jela yang korang suka. tumis sampai masak.
masukkan kiub ayam setengah ketul.

masukkan sos tiram sikit, masukkan kicap ABC. kicap ni memang sedap kalau nak buat masak2 mee ke char kuey tiaw ke, pekat. Masukkan kan air sikit. 

Dah sebati semua masukkan mee. gaul sampai rata. pastu ko adjust lah kicap tu, garam semua sampai cukup rasa kat lidah ko ok. biarkan kering sikit.

last sekali. pukul telur dan masukkan. gaul rata. aku guna 2 biji telur untuk sepaket mee kuning. baru syiok nampak macam2 serdak2 je mee korang. baru lah mamak style! hehehehe

lain-lain bahan boleh la korang hiaskan dengan cili merah potong, daun kucai ke apa. tapi aku malassssss dan anak-anak bukan makan ponnn. so jangan membazir kekdah nyeerrrr.... hehehehe

Yummy!!! walaupun bahan simple.

So bento keesokkan hari nya, leftover food je ku tapaukan! hua3!

Apple untuk kael, Apple dan orange untuk hanan

and for us! 

Aku memang sangat suka sediakan bekal comel ni, bento cute mute. sebenarnya kalau kat rumah pun aku suka je hiaskan makanan diorang. suka tengok bila anak suka apa yang kita buat. hehehehe.

sejak 2012 terjebak dengan bento, bekal comel ni semua dan memang dah jadi minat dengan benda-benda cute dan DIY things. πŸ’œπŸ’œ

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Thursday, August 18, 2016

..::Resepi Homemade SHELL OUT yang mudah::..

HAI KORANG.. :)


cerita shell out ni masa raya ke-4 haritu buat sama-sama kat rumah MIL. Rancangan asal untuk shell out ni sebab nak celebrate anniversary parent in law + birthday MIL. Si ateh yang nak buat nya, aku ni menyebok je. bukan ade pengalaman pon. Tetibe macam suka pulak nak sibuk sama2. hehehe. Kitorang tak bentang letak atas meja sebab malas nak kemas. letak dalam dulang gini senang nak angkat kalau tak habis. pastu bukan boleh duduk makan serentak sama2. tak muat meja. ramai.


Aku sukarela hati nak masak salted egg chilli crab, BBQ sos dan sayur. Jangan ko ketawa, memang aku amik yang senang2 ajer. ahahahaha. Ateh masak sotong goreng tepung, creamy butter prawn dan jagung rebus. Air tembikai mak mertua yang buat. superb giler air tembikai kalau MIL buat!

Salted Egg Chilli Crab

Bahan - Bahan :

8 Ekor ketam Potong 2
2 Biji bawang besar *
10 ulas bawang putih *
2 Inci Halia *
2 Sudu besar Cili Kisar
2 Biji Telur Asin
Kicap
Garam
Gula

Cara - Cara :
Telur asin direbus sehingga masak dan hancurkan. -ketepikan-
Gaul ketam bersama garam kunyit dan goreng -ketepikan-

Kisar semua bahan (*)
Tumis Bahan kisar dan Cili sehingga pecah minyak
masukkan garam, kicap dan gula secukup rasa
masukkan telur asin yang telah hancur
masukkan ketam dan gaul sebati.

Siap!!

Creamy Butter Prawn

Bahan - Bahan :
Udang 
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang*
6-8 tangkai cili padi - dihiris*
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Cara - Cara
Goreng semua udang -jangan sampai overcook-
Panaskan butter/marjerin
Tumis daun kari sehingga naik bau
masukkan bahan (*) dan tumis hingga masak
Masukkan susu, garam, lada sulah dan gaul sebati
masukkan udang yang telah digoreng.

Siap!!

*yang telur atas tu tak jadi. dah rupa cekodok. ahahah. cuba lagi ye teh :p

Steam Sausage & Veggie

Untuk sayur dan sosej aku guna kaedah steam. broccolli, kobis bunga dan sosej. 
makan dengan sos lada hitam dan lain2 lauk. 

Sotong goreng tepung kitorang guna tepung tempura spicy je. brand aku tak ingat. tapi sedap!

Semua food ni, makan sampai melopong punya sedappp!!

Dan percayalah, Jimat weyyy buat giniii..!
Jimat dan kenyang sangat sampai ke malam!!

Memang rezeki la tetamu yang datang haritu. dan untuk hidangan semeja gini kami satu family 11 dewasa dan lebih  kurang 5 kanak boleh makan, tetamu ada dalam 3 trip pon dapat merasa. memang seronok.. kenyang weyy.. kenyanggg.

Ateh, Jom repeat! hehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Wednesday, August 26, 2015

..::Kaya French Toast : Kudapan Mudah dan Sedap::..

Assalamualaikum


Entry memalam sementara melayan kael tgk cerita Mr. Peabody yang mana sehari nak dekat 5-6 kali dok repeat. Sharing la sikit antara menu yang paling senang nak buat sarapan esok. kot kalau ade yang nak bawak bekal senang je ni nak prepare. anak suka, bapak nye pon gemar.

Rindunya nak berbento macam dedulu...[LINK] nengok org makin ramai dah bawak bekal. rasa jaki pulak. tp nak buat mcm mana, bukan tak cuba nak masuk dapur, dah cuba tp ntahlah.. serba tak kena. kadang tengok sinki pon boleh jadi mual melampau.. in shaa allah esok lepas bersalin aku start balik. kesian tgk elman asik makan lauk taska je..

eh? panjang melalut?? muahahah. ampun.

NEXT...!!!

Kaya French Toast

Bahan - bahan

Roti gardenia. 4 keping
Kaya
Telur sebiji
Susu pekat satu sudu kecik




Cara - cara ;-

Bancuh telur dengan susu (ketepikan)
Lenyek roti/tekan dengan sudu je bagi leper supaya mudah nak gulung
Potong roti sekiranya perlu
Sapukan kaya ikut tekak
Celup telur yg dah bancuh dengan susu tadi
Golekkan atas kuali tanpa minyak

**ade org suka panaskan dengan minyak, aku tak suka nnt roti tu jadi lembik serap dik minyak.
** Bancuhan susu dan telur perlu digandakan mengikut kepingan roti yang korang guna



Ok! Sekian!

kan aku dah cakap.. senang giler!
filling korang boleh tukar2 dengan nutella ke.. dengan jem ke.. pon sedap.

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]


Wednesday, July 8, 2015

..::Sardine Roll Frozen : Stok Buka Puasa::..

Assalamualaikum

Haritu, Sampai rumah dah pukul 6. Ayam pulak lupa nak turunkan. Nak menunggu ayam cair mmg mkn sahur la jawabnye. Buat roti sardine je utk diri sendiri. Utk Mirzal pulak dia beli makanan sikit kat bazar.
.
Jadilah utk harituYg penting ade makanan air tgn sendiri walaupon sejenis. Aku memang macam ni, macam mana pon nak ade makanan sendiri walaupon sekadar kudapan. Dan aku pulak jenis tak boleh makan heavy time buka puasa. confirm meloya. 


Sardine Roll ni aku dapat buat habiskan 1 buku roti. kemain banyak. dah alang2 gulung tu ku habiskan jela semua. nak makan nya 2 orang je pon :p


Aku guna size sardine yang paling kecik tin nya. cukup tau untuk sebuku roti gardenia yang rendah tu. 


Lenyek/tekan2 dulu roti dengan sudu besi atau penggelek. supaya senang korang nak gulung dan roti tak terbukak. aku letak banyak macam tu je. dapatlah sebuku roti. kalau korang letak lagi banyak mungkin x dapatlah sebuku. ikut korang lah nak banyak mana :)


Dah siap gulung aku suka celup tepung berbanding dengan telur. lepas tu golekkan dengan serbuk roti. lagi rangup. kalau korang takde serbuk roti celup kat tepung je terus goreng pon dah sedap. lagi rangup berbanding korang celup telur, tak berminyak.

Bancuhan tepung :-
Tepung beras 3 sudu besar
Tepung Gandum 1 sudu besar
Garam sikit -optional-


Kemudian dah siap korang goreng la untuk makan petang tu, lebih tu bungkus elok2 masuk plastik dan stapler. Masuk dalam tupperware pon boleh. Simpan dalam bahagian freezer. boleh tahan lama tau. nanti bila2 nak makan tinggal goreng je. Boleh jugak korang buat stok untuk raya nanti. Senang kalau ade tetamu yang datang tiba2. takde lah makan kuih je kan.

ha, cakap pasal kuih.............. kuih raya kat rumah aku ni sejenis pon belum ade..... nak raya ke tak ni???

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Monday, June 29, 2015

..::Puding Caramel Mini::..

comel sangat lah buat tajuk cenggitu. ahahaha.


tak2, sebenarnye nak share pasal resepi puding karamel yang sesuai untuk makan 2-3 org time buka puasa ni je.. dulu ade share jugak resepi puding caramel tp [LINK] yg tu hidangan nya jadi banyak. mcm tak sesuai pulak untuk newlywed atau pon yang tinggal tak ramai dalam satu rumah kan..

So, petang tadi kat group JK shaklee adik faten tanya pasal puding ni, terus lah jejes2 ailio. ahaha. aku ni addicted gile bende2 manis sejak pregnant ni. eh? yeke? Walhal memang suka sangat mkn manis nak salahkan pregnant pulak :p

oleh kerana dah jejes2 ailio, balik rumah tgk bahan semua ade, terus zasss!!


Bahan-Bahan (2-3 orang makan)
2 sudu besar gula
#Telur 4 biji
#Susu Pekat 1/4 tin
#Air 1/2 Tin
#Tepung Custard 1 sudu besar

Cara-Cara :-
Caramel : Panaskan 2 sudu besar gula dengan 5 sudu air sampai perang. 
Jangan sampai hangus nnt kuih jadi pahit
*boleh gunakan loyang atau mangkuk kaca yang tahan panas
*kalau nak lebih kuah karamel boleh lebihkan air

Puding : Bancuh semua bahan (#) dan pukul sampai sebati. Kemudian tuangkan ke atas caramel yang dah siap perang tadi. kukus 30 minit. biarkan sejuk dan terbalikkan perlahan..

**Pukul telur dengan tangan je manja2. aku tak suka pakai telur sebab nnt telur akan kembang dan berbuih dia akan ade banyak sarang kat puding. tak smooth.

boleh cuba untuk buka puasa esok..!
**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, April 10, 2015

..::Resepi : Ikan goreng masak hitam::..

Assalamualaikum

Hye! harini entry ilmiah sikit. Dah lama sangat rasa nya tak share resepi kat blog.
Resepi ni pon senang2 je. sesuai la untuk sesiapa yg kejar masa nak masak.


Bahan-bahan :-
Ikan kembung 4 ekor
Bawang besar 2 biji - dikisar -
Bawang putih 8 ulas - dikisar -
Cili api 3 biji -kuantiti optional-
Kicap Manis

Cara-cara nya :-
Goreng ikan dgn garam kunyit mcm biasa

Bawang putih dan bawang besar ditumis sampai masak

Masukkan cili api. kalau nak pedas boh la banyak. 
Tumis lagi sampai cili cukup masak dan layu.

Masukkan kicap, yg ni pon ikut kuantiti korang nak banyak mana. 
aku tak sukat. curah asal dah cukup hitam dan cukup rasa.

Garam aku tak letak sebab dah cukup masih kicap tu, tapi ikut tekak masing2 ye :)

ok, siap!! makan dengan nasik panas2, ohsem sangat (",)

30 minit and done!
oklah. lepas ni kita praktis lagi masak cecepat. kita ongkampong keje mkn gaji je. pinggan pon caca marba. x gamak nak pakai Luminarc kat rumah. hehehe.

Nanti share resepi baked potato pulak naaa.. 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Wednesday, June 4, 2014

..::Tomyam Seafood::..


Semalam petang,
Ntah tiba mcm nak masak tomyam. Padahal x pandai pun. 
Tapi serious, aku ni x pandai masak. Tp suka masak.
Food tester of kos la laki aku. Sedap atau tidak aku paksa jugak dia rasa :p


Mak-mak sangat rasanya bila balik keje pi kedai memborong lauk. selalunya mirzal yg buat bab2 membeli ni. aku tukang masak je. Tapi 2,3 minggu dia asik membeli ayam je aku pulak naik jemu nak masaknye. 

1 pe'el laki aku ni selera dia bermusim, Kalau nak makan ikan keli, berminggu2 la dia beli ikan keli, tiba masa nak makan ayam, berminggu2 jugak lah dia beli ayam,

bila tiba masa dia rasa nak makan kat kedai  feveret dia mmg dia takkan beli lauk utk aku masak. tu kadang aku dah muak malas nak keluar, nak masak pulak lauk xde kadang tu yg jadi kek la, puding roti la, ciskut la. asal boleh je. janji aku tak payah keluar makan. koman2 pun aku masak burger. LOL.

ok, sekian bebelan seorang isteri.

Bahan-bahan mudah dari aku yg baru 2 kali masak tomyam. 
kohkohkoh!

Tomato sebijik
Bwg besar sebiji
Carrot
Bunga kobis
Halia
Daun limau purut
Cili api
Bwg putih

Udang dan sotong sahaja. Kalau ade ketam lagi sedap.
Aku guna pes tom yam plak kalini. before this pakai kiub tu mcm x kick la pulak rasa nye



ok, Siap untuk dinner!!
Cukup la utk perut 2 org setengah :p
Tambahan jejari ayam aku gorengkan utk snack kael. dia suka tu. 
pagi td pun aku bekal kan mende ni je.

Monday, May 26, 2014

..::Homemade Ayam Kepsi::..


Resepi amik dari kak zam zariah. 
sangat sedap, sangat fresh dan selamat utk anak2.
boleh kalau nak guna tepun segera ayam goreng tu tp takut2 ade MSG dan bahan lain yg tak sesuai kan.


Bahan - bahan :-
Ayam 6 ketul kecil size sederhana
*Tepung jagung 1 cawan
*Tepung gandum 1 1/2 Sudu
*Serbuk Kari 1 Sudu
*Lada putih 1 sudu kecik
*garam secukupnya
*Telur sebijik

Cara-cara :-

Perap ayam dengan sebiji telur dan sesudu lada putih -letak tepi-
Gaulkan semua bahan bertanda (*) sehingga sebati
kemudian amik ayam tadi celup pada bancuhan tepung dan goreng dengan minyak yg panas dan api perlahan sehingga masak. 


Yum!
kael sangat suka!