Monday, April 11, 2022

..::Ramadan 2022::..

 

السلام عليكم


Alhamdulillah. Syukur. Allah izin untuk temukan aku dan keluarga aku dengan Ramadan 2022. Kecuali bapak. Yup, Ramadan yang takkan sama lagi. Bukan ramadan je, hari-hari yang tak akan pernah sama lagi. Suara dia, bau dia, gelak dia, sembang dia, lorat rengek dia dengan mak. Rindu semua tu, rindu!

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا




Ramadan 2022
Mikhael : 10 tahun
Hanan : 7 tahun

2,2 puasa ke?
Puasa. Tapi untuk hanan ada banyak kelonggaran. belum wajib untuk dia. Hanan dah start belajar puasa since 4yrs. Memang dia tidak semudah kael, tapi alhamdulillah. Mudah juga untuk bentuk dan fahamkan dia tentang puasa. Ramadan day 9, hanan baru tinggal 2 hari. 

1st puasa : tewas at 5.06pm. kehausan. kah3!
5th puasa : Minum kat sekolah sebab tak tahan tengok air kawan.
ikut suka hang lah nan. hahahaha!

Hadiah ramadan tahun ni, kereta kena hantam 😆
Boleh tahan rabak lah bumper kereta aku. sensor semua habis. ekzos pun kena tukar one set. 


tapi seteruk2 kereta aku, teruk lagi Myvi yang hentam aku ni. Rebeh habis lampu dia. memang kuat giler dia hentam. Bukit lanjan, jalan licin masa tu hujan. Vision dia nampak aku break, walhal jalan memang slow sebab hujan + kereta banyak. dengar jugak lah 2,3 kali bunyi tayar dia, last2 hentam jugak. takpe. benda nak jadi kan. alhamdulillah We're alive! hahaha. 


Terus hantar service center kat hulu kelang untuk buat urusan repair dan claim. Rezeki sangat lah urusan pun senang dan orang yang melanggar aku tu pun elok baik budi bahasa nya.  Estimate 3 minggu kereta kat sana. Hopefully sempat siap sebelum raya. Mak is rinduuuu 2 mingu tak jumpa kereta. huhuhuuh.


Sempat coffee2 dengan pompuan ni. kawan dari darjah 2 sampai dah tua 😆


Never thought allah akan jaga persabahatan kami sampai macam ni. we're never claimed ourselves BFF or whatsoever. Tapi. kami bersahabat kerana allah yang susunkan. Baik kau aku tahu, Buruk aku kau tahu. Simpan kemas. 


Tak mintak banyak. Moga allah jaga ikatan ni. Yang sorang kuat merengek, yang sorang lagi kuat merentan. pantang kawan nak merengek dia dah merentan dulu. hahahahaha! Seketul wawa yang hampir semua orang pun tau dia memang tak suka orang merengek 😂

Ramadan Day 9
So nak masak apa ni??

😅

No comments: