Haritu, Sampai rumah dah pukul 6. Ayam pulak lupa nak turunkan. Nak menunggu ayam cair mmg mkn sahur la jawabnye. Buat roti sardine je utk diri sendiri. Utk Mirzal pulak dia beli makanan sikit kat bazar.
.
Jadilah utk harituYg penting ade makanan air tgn sendiri walaupon sejenis. Aku memang macam ni, macam mana pon nak ade makanan sendiri walaupon sekadar kudapan. Dan aku pulak jenis tak boleh makan heavy time buka puasa. confirm meloya.
.
Jadilah utk harituYg penting ade makanan air tgn sendiri walaupon sejenis. Aku memang macam ni, macam mana pon nak ade makanan sendiri walaupon sekadar kudapan. Dan aku pulak jenis tak boleh makan heavy time buka puasa. confirm meloya.
Sardine Roll ni aku dapat buat habiskan 1 buku roti. kemain banyak. dah alang2 gulung tu ku habiskan jela semua. nak makan nya 2 orang je pon :p
Aku guna size sardine yang paling kecik tin nya. cukup tau untuk sebuku roti gardenia yang rendah tu.
Lenyek/tekan2 dulu roti dengan sudu besi atau penggelek. supaya senang korang nak gulung dan roti tak terbukak. aku letak banyak macam tu je. dapatlah sebuku roti. kalau korang letak lagi banyak mungkin x dapatlah sebuku. ikut korang lah nak banyak mana :)
Dah siap gulung aku suka celup tepung berbanding dengan telur. lepas tu golekkan dengan serbuk roti. lagi rangup. kalau korang takde serbuk roti celup kat tepung je terus goreng pon dah sedap. lagi rangup berbanding korang celup telur, tak berminyak.
Bancuhan tepung :-
Tepung beras 3 sudu besar
Tepung Gandum 1 sudu besar
Garam sikit -optional-
Kemudian dah siap korang goreng la untuk makan petang tu, lebih tu bungkus elok2 masuk plastik dan stapler. Masuk dalam tupperware pon boleh. Simpan dalam bahagian freezer. boleh tahan lama tau. nanti bila2 nak makan tinggal goreng je. Boleh jugak korang buat stok untuk raya nanti. Senang kalau ade tetamu yang datang tiba2. takde lah makan kuih je kan.
ha, cakap pasal kuih.............. kuih raya kat rumah aku ni sejenis pon belum ade..... nak raya ke tak ni???
**********************************************************
No comments:
Post a Comment