

Entry memalam sementara melayan kael tgk cerita Mr. Peabody yang mana sehari nak dekat 5-6 kali dok repeat. Sharing la sikit antara menu yang paling senang nak buat sarapan esok. kot kalau ade yang nak bawak bekal senang je ni nak prepare. anak suka, bapak nye pon gemar.
Rindunya nak berbento macam dedulu...[LINK] nengok org makin ramai dah bawak bekal. rasa jaki pulak. tp nak buat mcm mana, bukan tak cuba nak masuk dapur, dah cuba tp ntahlah.. serba tak kena. kadang tengok sinki pon boleh jadi mual melampau.. in shaa allah esok lepas bersalin aku start balik. kesian tgk elman asik makan lauk taska je..
eh? panjang melalut?? muahahah. ampun.
NEXT...!!!
Kaya French Toast
Bahan - bahan
Roti gardenia. 4 keping
Kaya
Telur sebiji
Susu pekat satu sudu kecik

Cara - cara ;-
Bancuh telur dengan susu (ketepikan)
Lenyek roti/tekan dengan sudu je bagi leper supaya mudah nak gulung
Potong roti sekiranya perlu
Sapukan kaya ikut tekak
Celup telur yg dah bancuh dengan susu tadi
Golekkan atas kuali tanpa minyak
**ade org suka panaskan dengan minyak, aku tak suka nnt roti tu jadi lembik serap dik minyak.
** Bancuhan susu dan telur perlu digandakan mengikut kepingan roti yang korang guna

Ok! Sekian!
kan aku dah cakap.. senang giler!
filling korang boleh tukar2 dengan nutella ke.. dengan jem ke.. pon sedap.
**********************************************************
No comments:
Post a Comment