Showing posts with label bekal ke sekolah. Show all posts
Showing posts with label bekal ke sekolah. Show all posts

Thursday, January 18, 2018

..::Resepi Ayam masak lemon SEDAP dan MUDAH::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Quick update time lunch ni kejap. kerja banyakkkkk gila.


Bahan :-
Ayam potong kecik. goreng macam biasa guna tepung ayam. 
aku guna tepung goreng ayam adabi. sedap!

untuk kuah lemon :-
Butter sesudu kecik
*Lemon sebiji perah
*Kiub ayam knorr setengah
*gula 2 sudu besar
*Tepung jagung sesudu kecik bancuh dengan secawan air
*Serbuk kunyit secubit 

Cara-cara
Api perlahan. Panaskan butter, masukkan semua bahan bertanda (*) 
Kacau perlahan sampai masak dan cukup pekat. gaulkan dengan ayam yang dah siap goreng tu.
Senang kan? ahahahaha, resepi aku buat memang senang2 je sebab aku jenis pemalas nak rumit2 bab lauk ni. asal sedap sudah! hehehehe

πŸ“ŒPerahan lemon tu masukkan sikit2 untuk agak rasa masam tu. 
Lain-lain hiasan tu ko potong lah bawang, lemon pastu tabur daun sup sikit. settle.


Ikan keli goreng tepung. Nak dapatkan ikan keli rangup sedap ni lepas gaul garam kunyit ko tepek2 kan tepung jagung. goreng. sedap rangup dan tak lembik!. tryla, sedappp.


Bento hari selasa
Leftover food seperti biasa. memang pesen aku dari dulu malam masak banyak-banyak esok tapaw! jimat masa.

Bekal untuk mirzal.

🍚nasi
πŸ—Ayam Lemon
πŸ…Apple.
πŸ‹Ikan keli lupa nak susun 


Bento anak-anak

🍚 nasi
🍳 Tamahoyaki (jappanese egg)
πŸ‹Ikan keli buang tulang sesiap 
🍎 Apple

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Monday, January 15, 2018

..::Resepi Mee Goreng Mamak Simple::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Bila aku cakap resepi tu simple,maka nya memang simple lah! aku jenis masak campak campak campak sampai jadi! matiklah orang kalau ikut resepi aku ni... huahuahua. eh, tapi serious cakap ni kalau setakat masak-masak lauk gini ko takyah beriye ikut bancuhan, ikut tekak sendiri baru ko puas hati sedap tu macam mana. lain lah macam cake ke, brownies ke, apam ke, ha.. mende2 gitu memang ko kena ikut resepi. kalau tak nanti bantat lah, tak gebu la etc, etc,etc.


Bahan aku agak terhad, sebab tu mee aku kosong takde sayur ke pebenda segala sebab mirzal tak beli lagi. muahahaha.
======================================
BAHAN-BAHAN

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
Cili blend (nak pedas letak ler bebanyak)
seafood/ayam/sosej 
sos tiram
kicap ABC
kiub ayam
telur
mee kuning

======================================
CARA-CARA

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
2 bahan ni ko blend dan tumis.

Cili blend dalam sesudu besar masukkan bila bawang yang ko tumis tadi tu dah naik bau. 
tumis cili sampai masak.
masukkan seafood/ayam/sosej atau apa jela yang korang suka. tumis sampai masak.
masukkan kiub ayam setengah ketul.

masukkan sos tiram sikit, masukkan kicap ABC. kicap ni memang sedap kalau nak buat masak2 mee ke char kuey tiaw ke, pekat. Masukkan kan air sikit. 

Dah sebati semua masukkan mee. gaul sampai rata. pastu ko adjust lah kicap tu, garam semua sampai cukup rasa kat lidah ko ok. biarkan kering sikit.

last sekali. pukul telur dan masukkan. gaul rata. aku guna 2 biji telur untuk sepaket mee kuning. baru syiok nampak macam2 serdak2 je mee korang. baru lah mamak style! hehehehe

lain-lain bahan boleh la korang hiaskan dengan cili merah potong, daun kucai ke apa. tapi aku malassssss dan anak-anak bukan makan ponnn. so jangan membazir kekdah nyeerrrr.... hehehehe

Yummy!!! walaupun bahan simple.

So bento keesokkan hari nya, leftover food je ku tapaukan! hua3!

Apple untuk kael, Apple dan orange untuk hanan

and for us! 

Aku memang sangat suka sediakan bekal comel ni, bento cute mute. sebenarnya kalau kat rumah pun aku suka je hiaskan makanan diorang. suka tengok bila anak suka apa yang kita buat. hehehehe.

sejak 2012 terjebak dengan bento, bekal comel ni semua dan memang dah jadi minat dengan benda-benda cute dan DIY things. πŸ’œπŸ’œ

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Monday, January 8, 2018

..::Bekal a.k.a Bento Malaysia::..

😍 ASSALAMUALAIKUM πŸ˜

Macam lipas kudung mommy pagi ni.

Celik mata dah 6.30 sebab Hanan asik bangun malam tadi. Lupa nak oiling dia dengan calming blend. Sat2 bangun. Sakit2 kepala mommy ha.

Dah janji dengan kael semalam dia nak bekal nasi + telur + donut. Ku gagah kan jugak lah berkungfu tadi. Huhu.

Alhamdulillah kali ni semua homemade. Walaupun kuih mommy tempah je kat org, still homemade and fresh. Bukan process food or kilang mariii... hehehehe

Sat naaa.. kita upload gambar. Pekena kopi o + kuih sat ❤
.
.
.
.
.
.

TARAAAAAA!!!


BENTO 😍

Yang depan ni hanan punya. Yg pooh kael punya.

Food For Hanan
🍚 nasi sikit
🍳 telur gulung
🍩 donut
πŸ₯ pau goreng kacang merah

Bento Elman Mikhael
🍚 Nasi
🍳 Telur
🍩 Donut.

Mommy lupa beli seaweed maka nya buta lah pooh kael harini πŸ˜… 
tu yang mommy guna food deco je. Kalau tak mmg huduh. Huhuhu

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Monday, January 9, 2017

..::Elman Mikhael : Sekolah dan bento::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM πŸΌ

Seminggu lepas, kesah persekolahan. Tak banyak boleh update sebab kael punya sekolah start hari khamis. pastu weekend sibuk ke melaka pulak. ni baru lah nak sembang pasal sekolah.

Tipikal mommy, anak sulung. of course lah excited tu macam semua orang jugak. perasaan yang cuma mak-mak aje yang paham. 

Anak lelaki yang bin Mohd Mirzal ni sangat lah kacak di mata dan hati mommy πŸ’œ

Mikhael, aku hantar tadika Islam. memilih sekolah kael ni tak susah mana pun sebab...sebab... sebab.... aku kan suka caras mirzal. ahahahaha. so, camni aku cakap, dia ikut je. or MESTI ikut. ahahaha. Excuse me, bukan queen control tapi bab anak-anak mirzal lagi selesa aku yang buat keputusan. dia pernah cakap, baik untuk aku, baik untuk anak-anak, baik lah untuk dia.


Tapi idokler aku ketepikan dia... TAK. bincang tu tetap bincang, fees and all that. tapi paling penting aku cuma mintak kat mirzal nak sekolah yang dekat dan senang aku urus anak-anak sebab mirzal kerap outstesen. jangan kerana yuran murah tapi nun jauh aku nak pikap Kael pastu Hanan lagi, memang bini ko hijau yang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dan satu lagi semua mak pun nak yang paling baik untuk anak dan memandangkan kael ni agak speech delay dan dah 5 tahun pun dia masih pelat, pegang pensil pun belum betul. Tapi bab huruf dan nombor dia memang cepat. Jadi, aku memang berkeras kat mirzal untuk Hantar sekolah yang boleh bantu dia untuk lebih bagus bab penulisan. Biar lah lebih sikit belajar tu janji kael tak tertinggal. maka nye, sekolah baju purple lah yang kami pilih  πŸ’–

Bento, mommy usahaka jugak untuk si abang ni sebab dia fussy eater. Bekal kan jugak untuk dia minum pagi, kalau sarapan sekolah dia tak berkenan at least perut dia terisi dengan bekal yang mommy sediakan




Pastu, bekas lego tu tak balik. pagi tadi baru mintak kat cikgu. moga selamat sampai ke tangan mommy petang ini πŸ˜‚

Ini pulak pillow talk dengan kael malam tadi. hantar report kat group untuk makluman nyai(nenek) dia. hehehehe


Dan mommy pun menurut perintah... maka... sendulah bento kael pagi ni tanpa food pick.. nak upload pun malu... ahahaha. tapi, upload jelah! 😝


kepala lego kat roti tak berapa nak bulat sebab pakai saki baki roti je. membazir kalau tak guna habis. ok lah, untuk esok nanti mommy fikir kan yang lebih elok.

RM 37
Focus blend ni hari-hari ku tenyeh kat kael

Ni hasil nya, nampak kan muka nak nangis??

kael ni pesen nangis teruk jugak, aku memang get ready je dia nangis keras-keraskan badan taknak sekolah. TAPI........... dia ok, aku nampak dia ok. Dia nangis, lap-lap air mata tapi sikit pun tak keluar suara, cikgu amik dia boleh ikut dan takde keras-keras kan badan. Dalam Focus blend ada Orange yang membantu boost up happy mood dan tenang. Alhamdulillah, hari ke-3 mommy boleh bagi double thumbs up kat kael. tak nangis dan bila kami lambai nak pegi kerja dia boleh angguk2 je πŸ˜—πŸ˜—

Buat masa ni, ikhtiar aku dengan Young Living untuk anak-anak, banyak sangat membantu diorang untuk menjadi lebih baik dalam kelakuan dan kesihatan. young living adalah minyak terapi yang membantu memberi kesan kepada saraf-saraf dalam badan untuk bertindak dengan lebih baik. 


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor