Showing posts with label homemade shell out. Show all posts
Showing posts with label homemade shell out. Show all posts

Thursday, May 17, 2018

..::Homemade Shellout mudah::..

๐Ÿ’œASSALAMUALAIKUM๐Ÿ’œ

Ok, i lost my skill in writing. huhu. 
ku rindu menulis. well, lebih kepada merapu merepek je kat sini. 
ahaha! sokay, my blog, my platform untuk merapu. khennn ๐Ÿ˜œ

so, in kelmarin. baru nak warm-up balik menulis kat sini. so pilih topik pasal shellout ni lah. walhal besepah lagi cerita nak kena tulis ni. huhuhu. 

Balik kerja tergerak nak singgah kedai belakang rumah tu. sekali bukak kotak-kotak ikan, weyy.. meriah seafood. udang gemok2. so terus terfikir shellout jela senang dan sedap dan cepat.


so, let me share dengan korang cara masak yang paling senang pasal shell out ni, bahan tak banyak dan step pun tak banyak. yang penting sedap sangat. 

1st step, of course bersihkan segala lah, siang mana yang patut. 
ketam ni aku belah 2. cengekerang aku tak goreng. tapi kalau nak look nice dalam gambar, sila goreng, aku malas buat kerja yang sia-sia. aku nak makan je. ahahaha. 
Udang aku cuma buang kepala.


Jangan mintak kakak tulis resepi ikan goreng, kakak tak rasa reader kakak looser tahap itu.




๐ŸคResepi Udang Buttermilk๐Ÿค


Butter sesudu
Udang
carrot, kobis bunga atau ikut lah sayur yang korang suka
*Bawang putih 5 ulas -cincang halus
*cili api 3 biji - penyekkan aje dengan pisau
*daun kari setangkai
susu cair
garam

Cara-cara
api perlahan, panaskan butter. tumis smua bahan (*)
dah naik bau, dah elok masak semua, masukkan setengah cawan susu cair. Kacau perlahan, masukkan sayur, udang,kacau rata, boh garam sikit ikut rasa. biar didih sikit dan kacau perlahan. siap. jangan masak lama sangat nnt susu hangit.

Resepi Chili Crab Senang Yakmat!


Ketam 3 ekor (potong 2)
*Bawang besar 1 biji
*bawang putih 5 ulas
*cili kering 5 tangkai (gunting dan basuh)
*Serai sebatang
*belacan dalam se'inci kot. agak2.
kicap
garam
gula
telur biasa/telur masin 1 biji

Cara-cara
Kisar semua bahan (*) dan tumis
dah elok naik bau masukkan kicap, garam, gula, bila rasa dah ok masukkan telur. dan kacau cepat2 bagi hancur. Dah ok semua masukkan ketam dan gaul rata. kalau rasa kering sangat tambah air pastu adjust balik garam. aku tak guna telur masin sebab lupa nak beli. keh3. rupanya pakai telur biasa lagi sedap. lemak ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

sempoi kan? aku kalau bab masak takde susah2 asal kena kat tekak, sudah.

|
|
|
|
|
|
V


LICIN ๐Ÿ’–

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, August 18, 2016

..::Resepi Homemade SHELL OUT yang mudah::..

HAI KORANG.. :)


cerita shell out ni masa raya ke-4 haritu buat sama-sama kat rumah MIL. Rancangan asal untuk shell out ni sebab nak celebrate anniversary parent in law + birthday MIL. Si ateh yang nak buat nya, aku ni menyebok je. bukan ade pengalaman pon. Tetibe macam suka pulak nak sibuk sama2. hehehe. Kitorang tak bentang letak atas meja sebab malas nak kemas. letak dalam dulang gini senang nak angkat kalau tak habis. pastu bukan boleh duduk makan serentak sama2. tak muat meja. ramai.


Aku sukarela hati nak masak salted egg chilli crab, BBQ sos dan sayur. Jangan ko ketawa, memang aku amik yang senang2 ajer. ahahahaha. Ateh masak sotong goreng tepung, creamy butter prawn dan jagung rebus. Air tembikai mak mertua yang buat. superb giler air tembikai kalau MIL buat!

Salted Egg Chilli Crab

Bahan - Bahan :

8 Ekor ketam Potong 2
2 Biji bawang besar *
10 ulas bawang putih *
2 Inci Halia *
2 Sudu besar Cili Kisar
2 Biji Telur Asin
Kicap
Garam
Gula

Cara - Cara :
Telur asin direbus sehingga masak dan hancurkan. -ketepikan-
Gaul ketam bersama garam kunyit dan goreng -ketepikan-

Kisar semua bahan (*)
Tumis Bahan kisar dan Cili sehingga pecah minyak
masukkan garam, kicap dan gula secukup rasa
masukkan telur asin yang telah hancur
masukkan ketam dan gaul sebati.

Siap!!

Creamy Butter Prawn

Bahan - Bahan :
Udang 
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang*
6-8 tangkai cili padi - dihiris*
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Cara - Cara
Goreng semua udang -jangan sampai overcook-
Panaskan butter/marjerin
Tumis daun kari sehingga naik bau
masukkan bahan (*) dan tumis hingga masak
Masukkan susu, garam, lada sulah dan gaul sebati
masukkan udang yang telah digoreng.

Siap!!

*yang telur atas tu tak jadi. dah rupa cekodok. ahahah. cuba lagi ye teh :p

Steam Sausage & Veggie

Untuk sayur dan sosej aku guna kaedah steam. broccolli, kobis bunga dan sosej. 
makan dengan sos lada hitam dan lain2 lauk. 

Sotong goreng tepung kitorang guna tepung tempura spicy je. brand aku tak ingat. tapi sedap!

Semua food ni, makan sampai melopong punya sedappp!!

Dan percayalah, Jimat weyyy buat giniii..!
Jimat dan kenyang sangat sampai ke malam!!

Memang rezeki la tetamu yang datang haritu. dan untuk hidangan semeja gini kami satu family 11 dewasa dan lebih  kurang 5 kanak boleh makan, tetamu ada dalam 3 trip pon dapat merasa. memang seronok.. kenyang weyy.. kenyanggg.

Ateh, Jom repeat! hehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor