Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

..::Denggi atau Viral Fever::..

Assalamualaikum

Harini, petang ni, bersiaran dari rumah,
Kael pon tido. sambil taip sambil lipat kain. line selkom ni mcm siput sedut.
cepatlah masuk Unifi, senang sikit jari jemari ketot ni nak menaip

Ahad,balik dari Ho chi Minh aku dah x sedap badan.
Isnin, x boleh bgn lgsg. nak pegi klinik pon x boleh. nasib dah apply cuti.
Selasa, pegi kerja. rasa mcm dah cukup gagah,


Rabu sekali lagi x boleh bgn, surrender.. ke klinik la jawabnya.
Blood test ade 2 kemungkinan. Samada Viral fever atau denggi sebab doc ckp darah aku tak stabil dan esok kena lagi dtg amik darah.

Harini, pagi2 badan kael dah panas. aku pon masih lemah badan.
E.L la jawabnya. gasaklah ko labu.. klu org bising ko pindahkan aje sakit yg ade ni kat diorang. Harapnye xde lah yg bermulut puaka, officemate semua baik2 belaka. termasuklah boss. understanding orangnye. Alhamdulillah.

Menulis harini tiada bersebab, 
sekadar melepas rasa kot kalau ade yang membaca,
sekadar meluah penat sakit badan yg tak terkata,
sekadar bebelan kecil keupayaan diri yg hampir tiada.

Moga esok kami berdua baik-baik sahaja,
Mungkin ini bayaran atas Nikmat yang telah di terima,
Atau mungkin juga untuk Nikmat yang bakal diberi olehNya
DIA lebih tahu.

Facebook : kiddoganic

Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, February 27, 2015

..::Birthday Treat::

Ya allah.... kebizian! *konon*

padahal ayat cliche untuk org yg pemalas update blog 
Cerita basi tak basi jugak la selagi belum end of febuari.
eh?? Esok lah kan?? ok, dah nak basi.
kire kalau nasik yg nak basi tu dia dah mcm bau2 sikit pastu mcm lendir2 kan.. ha. gitu lah tahap basi nya entry haini. hahahaha

29 birthday. alhamdulillah. mana nak sangka allah bagi pinjam nyawa sampai boleh jumpa 29 kali jumpa 6 febuar i  tu maknanya??? dosa banyak. so allah bagi masa suruh tobat. hehe. tak lawak. jangan gelak sangat. perlu untuk takut. 


29 tahun.
masih lagi seorang anak. seorang menantu. masih seorang isteri. dan masih lagi seorang mommy kepada seorang anak. hehehehe. mana nak tau 30 tahun nnt jd mommy kepada 3, 4 anak terus. hehe. kuasa tuhan kan.. amin!

dah 29 tahun. dah tak tau nak mintak hadiah ape. dapat lak jenis suami mcm mirzal yg segalanya kelaut. hahahaha. Tak pandai buat surprise. tak pandai beli hadiah or birthday party whatsoever lah pasal celebration ni 

dan dsiebabkan kenal dia mmg begitu dari dulu so memang aku takde beharap ape dah. dah laki jenis straight to the point maka aku pon haruslah seiring. kalau tak makan hati. ahahaha.

5 febuari. tgh dinner lepas masak.

Aku : Yang, esok birthday orang. ada hadiah tak?
Mirzal : takde. betul takde.
Aku : pegilah beli.
Mirzal : takde....
Aku : Ceh, ok esok orang mintak
*sambung makan mcm biasa*

Esok nya apa yg aku mintak?? korang jangan gelak.
Aku mintak cash je pastu shopping kat Mr. DIY. ahahahaha.
Mirzal pon pelik. siap tanya balik confirm ke?? ahahahaha.
Aku beli screwdriver. brg bento sikit. beli pengikat cabel yg warna putih tu dan few items more. total burst Rm 70++ je duit mirzal. Plan asal aku sebenarnya nak mintak drill Bosch. ahahahaha.

Abg sado mommy wawa (",)

Kenapa?? Pelik??
Makna birthday pada aku cukuplah aku dapat ape aku nak. Yang lain2 semua aku dah ade. Taknak jadi sampai membazir. H'bag banyak. Perfume besepah. Kasut tak kenan sangat nak mintak. Jam pon ade. Baju lagi lah dah sampai2 bagi2 orang. Barang kemas??? Barang Mak-eup???? LAGILAH TAK! aku ni tak berapa nak woman sangat. sebab tu lah aku tak pelik pon masa tegerak hati nak mintak drill tu :p


Alhamdulilah..
29 tahun yang cukup baik.
spent time dengan mirzal dan kael. makan2. jalan2. bawak kael main.
itu dah cukup sempurna untuk birthday treat aku.
SYUKUR.

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Wednesday, January 14, 2015

..::Design, bakat atau kebetulan::..

.Assalamualaikum.

sejak 2 menjak 3 menjak ni, aku x tau kenapa aku kerap terjebak dengan design men'design ni.
kalau blog sendiri jgn kata lah, korang pun tau kan dah berapa kali aku mentukar2.
Pastu dari blog sendiri terjebak pulak ke blog org lain.

ok, kita layan gambar jela hasil kerja yg tak seberapa ni. boleh la untuk ahli kerluarga sendiri.
semua yg aku buat ni biasa nya aku akan siapkan dalam masa sehari.
ikut keadaan kepala aku ketika itu jugak :D :D :D

Ini blog sendiri. Yang lepas2 pun aku buat sendiri. 
Yang paling aku suka cloud header yang pernah aku buat. pinau gak mata nak ngadap masa tu :p


Ini blog ayu. akak aku punya blog. aku buat sekali dengan Background [LINK]

Yang ni pulak opening Blog kakak aku [LINK]
So X pyh nak taip salam sokmo. terus je buat entry.

Ini pulak Watermark Blog aku. Semua pun ade perasan kottt :)
Ni pulak header Blog akak aku ygaku saje2 buat time boring dan jugak background nye sekali.

Yang ini pulak TASK dari mak dan awon bagi suruh design baju anak2 buah untuk birthday boy october 2014. yang ni aku buat dalam 2 jam je kot. Otak tengah segar. Settle design terus PM image untuk printing. Done!


Dari buat header sampailah buat background. Tapi biasa nya yg aku hadap blog kakak2 sendiri je.
Lepas pada tu aku buat watermark pulak, Pastu tejangkit2 lah design t-shirt birthday Elman, Design t-shirt anak buah dan terbaru buat design letterhead untuk Company Mirzal pulak!

Pfftttt.. Permintaan Mirzal baru ni buat letterhead mmg buat aku terkujat jugak.
Sesuka hati dia nak suruh bini dia buat benda yg tak pernah aku buat.
Ku hadap jugak la PC perah idea. Dah tu package pulak tu sekali dengan logo yg aku kena buat.
Aishhhh... ni kena mintak Up sikit Elaun sara hidup Isteri ni... bahahahaha :D



Facebook : kiddoganic

Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, October 20, 2014

..::I DONT WANT to Touch a DOG::..

Assalamualaikum dan Selamat pagi,

This is not berita, bukan juga promosi,
Sekadar berkongsi rasa hati,

Jujur la cakap, daripada aku was-was halal dan haram nya tindakan tu adalah lebih baik dari mengelakkan.
Biar comel mana pun anjing tu, ada banyak lagi binatang halal yg boleh dibelai di pegang dan di ketengahkan. 

Tidak membangkang jauh sekali melarang, itu semua hak masing2, 
aku cakap dari sudut pandangan diri sendiri. 


Bukan mcm tu cara nya nak menghilangkan rasa takut pada anjing. Dah kalau anjing tu semua comel bulu gebu mmg lah tak takut cuba kalau ko jumpa jenis anjig rottweiler dengan gigi taring, lidah terjelir dan air liur menjejes2 pandang ko menyalak semendang mampu ko nak pegang?? 

Aku kalau jumpa anjing gitu duduk dalam pagar rumah tuan dia pun aku takut, dan lagi satu kalau teserempak dengan anjing tak bertuan dan tak berantai size lagi besar dari anak aku of coz la aku takuttt!! Besar kot, bila2 boleh serang org.. So, pada aku..... kalau tujuan utama event tu untuk kurangkan rasa takut pada anjing adalah tidak sesuai... Dan kalau kata nak membela nasib anjing dari kekejaman, aku rasa kucing pun lagi selalu di seksa, di racun, di aniaya.. seriousss...

sekian..luahan..

Islam itu mudah... Tetapi bukan untuk DiperMudahkan!

Wednesday, October 8, 2014

..::One Bottle For A Lifetime::..


Selepas Entry botol tahun lepas, baru kalini nak buat entry pasal botol lagi.
Mcm yg aku kata la kan Elman xde masalah botol untuk menyusu. Dia ok je ape2 pun. 
Cuma aku je yg seronok nak membeli.


Yes!! Pura Kiki akhirnya dapat dimiliki.. muehehehe.
Faktor2 aku membeli Pura Kiki sebab aku malas nak membeli2 botol lagi.
Semahal2 botol pun selagi pembuatannya dari plastik mesti kena tukar setiap 6 bulan kan?
Ke lebih? Aku tak sure, tapi yg pasti kena tukar la kan..

Mula2 nak try Basilic Glass Bottle, Tapi memikirkan aku ni agak cemerkap, jangan kata tiap 6 bulan tukar botol, mau tiap hari nak kena membeli botol baru sebab pecah. haha. So reject semua jenis Glass Bottle.
Teringat kan entry last year pasal Pura Kiki segera bukak dan jatuh cinta sekali lagi :)


Comel...Comel..Comel...
Memang senyum sorang2 bila membelek gambar2 botol ni :)

Apa Yang Best Tentang Pura Kiki Bottle :-

1. Stainless Steel
Bukan Plastik, So x pyh risau pasal BPA dan Tak perlu tukar sampai bila2

2.  Senang nak Sterilize
Disebabkan dia stainless steel jadi sangat senang panas. Just masukkan air panas dan goncang2. makesure pakai glove cooking tu sbb botol dia akan panas giler2 punya panas kalau korang pegang mmg melecur. 

3. Takde bau
Serious takde, bukan mcm botol plastik meninggalkan bau dan warna botol plastik tu lama2 akan kusam kan. Sangat best.

4. Jimat
Just tukar teats je. Teats Pura Kiki ada je jual. Dan teats nya pulak boleh pakai mcm2 jenis wide neck punya teats. MAM, Japlo, Disney, Avent, Tommy Tippee dan apa2 sahaja jenis teats. Yg mahal atau murah janji wide neck. Setakat ni aku dah try MAM, Disney dan Japlo. mahal dan murah. 2,2 pun sesuai.

5. Mudah nak panaskan Susu
Mcm yg aku cakap tadi, botol ni stainless sangat senang serap haba. Kalau susu anak dah sejuk just rendam kan balik dalam air panas 10 minit, susu dah panas balik dah. best. Tak risau sangat anak minum susu sejuk

Yang ni aku beli untuk elman mikhael. Size 11oz . Teats biru yg x lembik. 
bila elman menyusu xde pun jd kemik2 kena sedut tu kan :)



Ok, yang ni pulak aku pakai kan sleeve nya. Lebih selamat dan mudah dipegang masa nak buat susu. kalau xde sarung ko tuang air panas mmg melecur tangan ko tau tak. pakai sarung ni anak nak pegang pun senang, lembut dan x licin.

Puting nya pulak aku gantikan dengan puting Japlo kot ni sbb elman x kenan sangat puting biru tu. Tp kadang2 dia mintak jugak nak pakai yg biru tu. pfftt -,-


Comel...! kenapa aku beli silver?? sebab aku nak beli lain2 sleeve, nnt boleh tukar2 warna botol dia. hehehehe. Pura Kiki xde plastik langsung, semuanya stainless steel dan Silicone, penutup botol dia tu pun silicone jugak. Lembik2 gitu. elman kalau time menyusu mesti nak menggentel cover tu :)

Aku beli botol kat One Baby World  RM 71.91 after less dan Sleeve nya pulak RM 37 tak silap, aku beli kat Mama and Kids Junction 

Beli sekali je mahal, lepas tu tak payah beli2 dah. 
Esok dah besar boleh convert jadi botol air pulak!


Semua item tambahan/accessories ni ade jual. 

Boleh convert jugak buat isi snack, just beli silicone cover dia je yg sekeping tgh mcm botol EBM tu

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, October 7, 2014

..::Food Lover : Cheese Nan RSMY::..

ASSALAMUALAIKUM

Ya allah, berkurun rasa nye aku tak buat food review ni,
Pg makan mmg selalu, mcm2 kedai nak  mencuba,
Tapi nak review nya bercinta. Sebab? Ntah. haha
ok, lepas2 ni nak rajin2 buat food review. 
Rugi sangat tak share kesedapan makanan dengan korang.

Hujan mmg lebat, dengan jem lagi org balik kampung jumaat tu kan?
Anak aku kat rumah mak, so ade can nak pg makan jap kat kedai ni.
Hari tu masa cuti raya aku pegi tp tutup. Dah nama pun raya, 
ko je yg keje time raya kot. I.C mana mari aciiii???

ok, next!!!

RSMY 
Jalan Medan Tuanku Kuala Lumpur
Depan Maju Junction
Sebelah Restoren Lotus

Cheese Naan : RM 6.00
Chesse dia MasyaAllah meleleh, tebal sedap lemak Yarabbi!

Ayam Tandoori : RM 10.00
Sedap sangat..... tak pedas sangat, tak kering sangat mmg just nice, nice, nice!

Kuah Dhal : RM 2.00
Kuah nya pun sedap, pekat, x rasa kari sangat, kuah dia harga lain sbb dia dtg dlm mangkuk besar gitu. kami memula order sekeping je pastu tambah lagi sekeping kuah tak habis2. 1 kuah share 4 org pun dah ok. Tp air dia murah. 

Ok, untuk pengetahuan, kedai ni mmg xde goreng2 ye. mmg menu dia roti naan sahaja, gambar tuan belog menikmati makanan xde sbb time tu hari hujan lebat giler2 dan kami naik moto. tudung selepet ke muka. ko ingat aku sanggup nak aibkan diri sendiri kat sini?? Muahaha :D

Aku dpt tau psl kedai ni pun dari mior. officemate lama, kemain meleleh ailio baca food review dia  kadang aku tgk mior ni mcm food tester pun ade, semua pun dia rajin nak cuba. Tp yg bagus nya dia rajin share, rajin buat review. Bebaru ni dia review pasal restoren nasi arab kat sunway. 

Balik tu risau demam sebab sepanjang jalan berhujan,
dahlah badan baru lepas berurut. tekejut pulak urat2 kang.
Laju2 telan vitamin C 2 biji dengan kaedah mematahkan.
Alhamdulillah tak demam. Tapi batuk teruk 3 hari. huhuhu :)

*******************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, October 3, 2014

..::Jangan Delete Emel Blog::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Kenapa ye malas sgt update blog?
Kenapa ye dah xde entry ilmiah mcm dulu2?
Kenapa ye dah xde nak share pasal tips2 ke resepi2 ke?
Kenapa ye dah xde nak buat food review ke vacation review ke?

memang lah, aku banyak soalan untuk diri sendiri sekarang. sedangkan lately aku kerap berjalan, kerap memasak, kerap tak sihat, banyak tips kesihatan, banyak tips pasal tudung dan banyak banyak banyak sangat cerita sebenarnya. Tapi itu semua hanya dalam kepala. Tak terluah kat blog ni.

Salah satu sebabnya, FRUSTRATED akibat kebodohan dan kecuaian diri sendiri.

Ye, memang perasaan nye nak lari2 sambil tarik rambut. ko ingat tak aku tukar URL. aku beli domain, pastu kan aku kata aku tukar emel kan? dan yg paling bengab sekali kat situ aku pg delete emel lama untuk update blog ni dulu!!! 
Maka............. mendapatlah akibatnya SEMUA GAMBAR DALAM BLOG HILANG...!!

Paling aku sedih bila aku cek nuffnang org cari pasal bunga dada, entry yg tinggal x bergambar, org cari pasal review gold coast, entry xde gambar, org cari pasal baju nikah peach, pun xde gambar!!

Aku terasa sangatlah looser wey.... mesti org2 yg bukak link tu kata aku kedek. mesti nak kata aku buat entry propa. Ah tidak. tidak. tidak. I is tidak begitu. aku rajin share, rajin nak tayang semua harta benda duniawi ni. ahahah. Tp malangnya... malang... malang...!

Nak ingat kan kat sini!!
Kalau korang tukar emel blog, jangan lah korang mengada2 DELETE emel yg selalu korang update blog. Kalau tak pasti korang akan menyesal!

Dah la tukar Link pun org tak tau.
Nampak sangat ko ni blogger sekadar dipinggiran.

ahahahahaha!!

Aku sedang gigih usaha masukkan balik mana2 gambar dan entry yg aku termampu terutama nya gambar BENTO. huwaaaaa...! nangis!! semua gambar bento kat blog bento [LINK] dah hilang! 
Tinggal gambar yg baru2 ni je yg ade..




Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, September 23, 2014

..::Emma Maembong Katanyeee::..


Late lunch!
Rasa nye mkn cukup berat dah pagi td, tetibe tghari ni mcm beriye2 lapar.
Turun cafe terusssss je order spaghetti. Kemain nye ponnnn.. padahal boleh je buat kat rumah. 
Tak menyempat ko kan!

Sikit kecewa, agak masin. Tp ku makan licin :p

ESP + orange minum ptg2 cenggini mmg ohsem sangat lah!
Rasa segar, kenyang rasa best. ha, centu la rase nye. Mmg best!
Nak buat keje pun xde la rasa tepu sangat :)

Korang tau x ESP ni boleh buat kulit cantik, boleh bg badan sihat, cergas dan jugak boleh membantu untuk diet sbb ESP mmg mengenyangkan. Kalau nak cuba boleh roger aku tau :)


Ini ptg semalam, dah pukuk 4.58 pun phone office dok bedering. nak aku biar dia punya calling tu non-stop. Hati dah susah kot ade urgent case dari judge, ku angkat jugak, nyata panggilan itu hanya sia2. bikin panas hati di petang hari. Selfie sekali bg senyum balik! 


Ini adalah komen2 melampau. muahahaha.
Galak aku ketawa semalam yet Alhamdulillah..
Tp mmg betul, filter kat instagram muka aku yg ala2 ni pun boleh jd Emma Maembong.
bahahahahaha :D

Terima kasih sangat fie.. baik hati sangat komen mu itu. Org yg kenal aku dan jumpa aku mesti kutuk2 kaw2 punya kan. Yg tak pernah jumpa aku mesti nak jumpa kan?? pastu nnt dah jumpa mesti menyesal kan?? Kat instagram muka Emma Maembong, dah jumpa sok mesti nak kata muka aku mcm tayar kembong... hahahahaha


Dah terlanjur update ni, meh nak sembang sikit pasal lipstick yg best ni. Dah jd kawan baik. kemana2 pun aku bawak.
Aku beli 3 sebenarnye. 1 jual kat kakak pasal warna x masuk dengan kulit.
Yang dalam gambar aku pakai Amsterdam (Kiri). Masa mula2 dpt ni aku risau betul tgk kaler nye. merah kemain. Takut jugak tak masuk dgn kulit sbb nak pakai raya. Tp bila pakai mmg sangat lah cantik kalernye. kena dengan baju yg merah menyala time raya tu. sebelah tu warna San Paulo. X pernah amik gambar lagi. Tp warna nya mmg cantik, lembut dan segar. Aku beli ni dari kak Mimy Hamid [LINK]. Murah2 saje. NYX Lip matte mmg best. Lembut, senang nak apply, bau pun mcm buah2 gitu :)

-------------------------------------------------------------

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, June 5, 2014

..::Ini lah Sebab-sebab ibu memerlukan beg tangan besar::..

💙ASSALAMUALAIKUM💙

pagi yg kalut.kalut.kalut.
hujan lebat punya pasal. *nak salahkan hujan pulakkk*
Pagi dah kesiangan, gara2 phone mati, alarm pun x bunyik.
Mirzal ketidoran x sedar langsung sbb balik lewat malam tadi
Nasib kael bgn tlg kejut. sekali tgk jam dah 6.37. meloncat la 2,2 org.

Rancangan asal mirzal anta aku ke opis sbb ujan sangat lebat,
 dan jugak nak bwk kael pegi opis sbb aku nak halfday bawak dia ke klinik ptg ni.
Sekali siapkan anak, siapkan laki dah 7.20.
kompom la lambat sampai opis, takkan nak halfday pulak.

Tukar plan, bwk kael ke klink dulu baru masuk opis.
Sekali settle awal pulak kat klinik, aku anta kan jela kat rumah umi liza.
ok, settle. Sampai opis nak masuk pass keje plak hilang ntah cicir kat mana.
ok,pasrah. mintak tlg guard bwk aku keluar masuk.

sampai meja nak kemas2 beg keje keluarkan time slip bagai,
Nah kau..!!


Muahaha!!
ini semua brg2 kael, ubat dia dari klinik.
dah kata plan asal nak bwk dia ke opis,
 so aku hangkutla segala harta yg boleh mententeramkan dia kat opis nnt.
termasuklah maruku makanan kegemaran dia.
Macam mana lah mak-mak punya bag tak besar dan BERAT. huhuhu

Maruku ni dah mcm sedative dah aku rasa.
Klu dia nangis ke, buat hal ke, hulur maruku terus senyap. 

Tak lama lepas ketawa sendirian di meja,
kaunter service call,
bagitau ade org org awam jumpa pass,
ok, lega.
Kalau tak, melayang RM 50
bab tu takpe la lagi, ni nak turun naik balai buat report bagai tu yg aku malas.
Ok, masih ade rezeki.
Rm 50 tu boleh belanja awon makan.
Upah setup domain.
hohoho.


ok bai.

sekian utk entry yg kelaut.
sebab nya mood pun kelaut gara2 buat tindakan delete emel lama x pk panjang.
sedangkan emel lama tu link dengan belog.
dan yg paling kecewa background yg aku buat haritu dah lesap.
maka pasrah la setup balik segala.

-sangat memerlukan photoshop diketika ini-



Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, May 15, 2014

..::Happy 5 years::..


13 MEI 2009 - 13 MEI 2014

5 Years with blogspot.

5 tahun yg seronok berkongsi cerita kat alam maya ni. Jumpa ramai kawan, ramai kenalan.
banyak dapat ilmu, tips, petua dan sebagainya.

seronok berkongsi resepi, foods, bento,
dari couple, putus cinta, kawan baru, bertunang, berkahwin dan beranak (pinak)
Semua nya aku pernah dikongsikan kat sini.
Dan rasa nya... dah sampai masa utk melangkah 1 lagi ke hadapan.

To many things to do with this blog.
rasa mcm nak suntik sedikit nafas baru.
Agar tampak lebih matang, lebih senang diingat, lebih senang dicari.

Header baru dah dibuat, background akan dikekalkan dan manakala URL akan bertukar.
In shaa allah.. semuanya sedang diusahakan.
moga dipermudahkan :)

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor