Showing posts with label shaklee paya jaras. Show all posts
Showing posts with label shaklee paya jaras. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

..::Mommy..Susah Hati::..

Assalamualaikum...

Dengan rahmat allah, 
moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya.. amin :)

Aku rasa rata-rata dah tau masalah aku buat masa ni kan.. Kekusutan jiwa dan hati. Mencari yg terbaik untuk kael si budak cendawan. Ummi liza pengasuh kesayangan kami nak pindah. 
Aku rasa mcm ada satu perasaan kasih yang ditarik2. 
Satu rasa kehilangan yg sangat2. Sungguh. Rasa yg lebih hebat dari putus cinta 

Aku tak boleh tido. Aku tak mau makan. Kat office segalanya jadi tak kena. Semua yg aku buat tak menjadi. Kepala ligat berfikir. Berfikir apa yg patut aku buat. Siapa yg layak utk menjaga kael. Mcm mana penerimaan kael dengan pengasuh baru. Dan setiap kali tu aku menangis. Menangis takut. Sangat2 takut memikirkan kejadian2 pelik dikalangan pengasuh kebelakangan ni.

Hari2 aku bgtau dan memujuk diri untuk positive supaya yg datang juga adalah yg positive. Redha. Sungguh aku kena redha. Allah mengatur yg paling baik untuk aku, untuk kael dan juga untuk ummi liza. Keputusan utama mmg berhenti kerja tapi bila fikirkan keadaan sekarang belum sesuai, aku dgn mirzal ade impian. impian yang memerlukan kami bekerja keras sekarang ni. jadi hold dulu.

Kemudian aku terfikir mak ika. adik ummi liza yang pernah ngasuh kael. kael agak rapat jugak. lepas kawen ika pindah kuang. agak jauh jugak dari rumah kalau nak hantar dia pagi2. tapi aku fikirkan yang paling baik untuk kael, biar lah jauh sikit pun as long dia dapat yang terbaik, yang aku sendiri dah kenal, yg kel sendiri dah serasi. buat masa ni ika pilihan utama.

mak aku ade offer untuk jaga kael dalam sebulan 2 ni sementara nak masuk taska bulan 1 ni, bukan aku taknak. aku nak sangat2 mak jaga tapi nanti kalau Nyai dia sendiri yg jaga aku takut dia terlebih manja dan tak bercampur dengan org sangat. sedangkan januari ni aku nak masukkan dia kat taska yang ade aktiviti belajar sikit2 sebagai pengenalan untuk dia. Jenuh jugak nnt kalau aku nak mulakan balik dr awal untuk dia sesuaikan diri dengan org luar. 


Mommy hati tisu. anak nangis, mommy nangis, anak takmo pegi sekolah, mommy pun taknak pegi kerja.. huhuhu 

Moga Allah permudahkan urusan kami, Moga Allah temukan kael dengan pengasuh yang baik-baik,yang sayang dia seperti mana anak sendiri, yang menjaga kebajikan dia dan keperluan dia.. Amin.

**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, November 4, 2014

..::Allah...Ya Wahab::..

Allah Yang Maha Memberi... 
Syukur Alhamdulillah...

 BGB ***
BKB ****
WXP ****
WQC ***
WA *** S

Alhamdulillah dah kami ada 5 anak belaan yang perlu di belek, di belai, di jaga dan di sayang. 3 daripada nya asset perusahaan dan perniagaan mirzal dan 2 daripadanya kami gunakan untuk pergi dan balik ke tempat mencari sesuap nasi. 

kalau ada lebih dapat la makan nasik tambah, kalau dapat kurang kita makan seadanya sahaja lah. tak gitu?? Tekak jangan nak besar sangat

Anak ke-5 tu lah yg aku maksudkan entry lepas [LINK]
Berbaloi usaha berpanas pegi balik naik motor tengahari matahari memacak atas kepala  semata2 nak selesaikan pasal Cik. Aziah ni 

Mencabar jugak nak dapatkan si beliau ni, since sebelum raya kami dah usha + tanya harga semua berurusan dengan salesman yang macam HUMMNNN... 

Takpelah pelan2.. barangkali dia sibuk, membawak pulak ke raya haji pun xde progress, kata nak try nak follow up pun takde dengar kabar. Last2 mirzal try salesman lain kat branch lain.


Alhamdulillah selesai urusan, dah selamat sampai ke tangan kami dan dah berjalan pun dengan Cik. Aziah ni. Rasa mcm nak buat produk review pasal Cik. Aziah ni sbb mmg best dan kami pulak berurusan dengan salesman yang cukup best dan sangat membantu. Baru seminggu umur nya dengan kami. aku baru bawak sekali mirzal pun baru bawak 3 kali. 

Nak bawak jalan jauh nak tgk mcm mana tapi takde tujuan lagi. Oh, ye minggu ni balik kampung + ke Melaka untuk meeting santai. In shaa allah bawak buah hati baru ni jalan2 sebelum kami kerah dia untuk berkhidmat kepada orang lain pulak. Walaupun berat hati untuk melepaskan dan menyerahkan kepada mirzal, tapi takpelah.. Itu sumber rezeki kami... 

Ok, by the way Mirzal buat perusahaan kereta sewa dan Di daftarkan di bawah nama Syarikat Atap Kedai Enterprise. Alhamdulillah 3 tahun dah perniagaan kami berjalan dengan baik. Jatuh bangun Allah sahaja yang tahu. Dan Cik.Aziah ni merupakan risiko terbesar kami. menggunakan kereta baru a.k.a "anak dara"  untuk disewakan. 

Moga Cik. Aziah ni dapat berkhidmat kepada orang yang memerlukan dengan lebih baik
Moga Cik.Aziah membawa rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.
 Moga rezeki berpihak kepada kami dan juga moga kami tak lupa dengan apa yang diberi

Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa boleh direct contact aku atau mirzal.

Wawa : 019-2339019
Mirzal : 013-3024020

Ini pertama kali diwar-war kan sebab nya customer yang ada pun kami tak terlayan. hehehe

In shaa Allah kami sedaya upaya beri servis yang PALING BAIKKKK 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, September 29, 2014

..::Si kacak Kami::..




Hai si kacak..
Do u know how much i love u??


Truly in love with them... No Daubt


Dia pancing mommy dia nak gumball ni. Big NO.

Elman : Mi..nak ball
Mommy : duit mane? Ade?
Elman : xde..
Mommy : Ok. Tggu ayah...

2minit after..dgr dia becakap dgn somebody kat kaunter sebelah..

Elman : acik..cik.. Wet?? Nak ball...

Selamber giler mintak duit org.. Sakit2 mulut mommy tesengeh2 kat sebelah ni..


Shopping kalini mmg untuk dia sajelah. 
"Nak tu mi.. Nak ni mi.. Nak popok.. Nak air.. Nak ball.."
Mmg dah pandai shopping dah si kecik ni... tgk la tu, seketul aiskrim kat tgn. tak sempat bayar dah menjerit2 suruh bukak kan dia nak makan.

Friday, September 26, 2014

..::Agenda makan kami::

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Triffle!
made by meeeee :)
hehehehe


Potluck asal ni sebenarnye untuk meeting dan farewell sorang pegawai kami yg bersara dan sorang yg yg nak pindah pineng. Tapi masuk je bilik meeting dia kata nextweek baru meeting sbb dia x sehat, sakit mata dan dia puasa sunat. Kami pun cargassss untuk makan!! 

Spagetti, nasi Lemak, Capatti
Triffle, Puding Susu, Nugget, Kuih Donut
Kek Lemon, buah - buahan
Teh-O dan Nescafe

Setiap hidangan peruntukan untuk 15 orang punya perut. So korang boleh imagine mcm mana banyaknye makanan kami pagi tadi, Tapi yg ade adalah 10 org yg mana 2 org je lelaki. Ha, sendat2 perut makan masing2. Alhamdulillah rezeki :)

Eh, Nak tau tak yg triffle aku habis licin selicin2 nye.. Dan diorang kata sedap. Jadinye aku tak makan sangat tadi sebab dah kenyang makan puji. hahahaha. itu tipu. Aku rasa aku la yg paling banyak mengulang meja buffet :D


Nak lsgi tau x?
Ni semua officemate merangkap customer.

Kami semua makan shaklee :-
Peppermint - utk buang angin dlm badan
Alfalfa - utk keputihan
Lecithin - untuk pecah lemak dlm badan
Meal shakes - untuk tambah selera makan

Sangat seronok berkongsi kebaikan shaklee dengan kawan2.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

..::S.Y.U.K.U.R::..



Terlalu banyak kegembiraan yang Allah kirimkan untuk aku hari ini
Syukurrrrr :)

Wednesday, September 24, 2014

..::Resepi Minuman Detox::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Detox

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.

Resepi Minuman Detox :-
  1. Strawberry + Kiwi + TembikAI + Daun Mint + Air 1 Liter
  2. 1 Biji Beet Root + 2 Biji Lobak Besar + 1 Batang Saderi + Air 1 Liter
  3. Serai 4 btg + Daun pudina 2tangkai + Limau Kasturi 3 biji + Halia 1/2 inci + Air 500ml
  4. 2 Genggam bayam + 1/4 cawan Parsley + 1 batang celery + 1 biji perahan jus lemon + 6 kiub ice
  5. Sebiji apple + 1 sudu kecil serbuk kayu manis + air setengah jug + Ice


Ha, kalau rajin korang semua boleh cuba resepi minuman Detox yg bergungsi membuang toksin dalam badan atau zat2 yg bersifat racun. 

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
Masalah sendi 
Masalah kulit
Selulit, kenaikan berat badan 
Sekiranya korang rasa mcm susah nak blend2 sayur2 atau buah2 tu dan jugak rasa mcm x boleh nak telan resepi tu kan??


DTX Shaklee
Di gunakan secara tradisional sebagai tonik hati
gabungan tumbuhan detox yang terbukti berkesan iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
membantu meningkatkan kesihatan hati

Alfalfa Shaklee
merawat gangguan pencernaan
membantu menyingkirkan toksik dari badan
mencegah edema - pengumpulan air dalam badan
 membantu mengurangkan berat badan
dan banyak lagi

Garlic Shaklee
Mengawal berat badan
Membuka pembuluh darah yang tersumbat dek pengumpulan lemak dan kolesterol. Arteri yang tersumbat boleh menyebabkan serangan stroke dan sakit jantung
Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL)
Anti-Biotik semulajadi

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Tuesday, September 23, 2014

..::Emma Maembong Katanyeee::..


Late lunch!
Rasa nye mkn cukup berat dah pagi td, tetibe tghari ni mcm beriye2 lapar.
Turun cafe terusssss je order spaghetti. Kemain nye ponnnn.. padahal boleh je buat kat rumah. 
Tak menyempat ko kan!

Sikit kecewa, agak masin. Tp ku makan licin :p

ESP + orange minum ptg2 cenggini mmg ohsem sangat lah!
Rasa segar, kenyang rasa best. ha, centu la rase nye. Mmg best!
Nak buat keje pun xde la rasa tepu sangat :)

Korang tau x ESP ni boleh buat kulit cantik, boleh bg badan sihat, cergas dan jugak boleh membantu untuk diet sbb ESP mmg mengenyangkan. Kalau nak cuba boleh roger aku tau :)


Ini ptg semalam, dah pukuk 4.58 pun phone office dok bedering. nak aku biar dia punya calling tu non-stop. Hati dah susah kot ade urgent case dari judge, ku angkat jugak, nyata panggilan itu hanya sia2. bikin panas hati di petang hari. Selfie sekali bg senyum balik! 


Ini adalah komen2 melampau. muahahaha.
Galak aku ketawa semalam yet Alhamdulillah..
Tp mmg betul, filter kat instagram muka aku yg ala2 ni pun boleh jd Emma Maembong.
bahahahahaha :D

Terima kasih sangat fie.. baik hati sangat komen mu itu. Org yg kenal aku dan jumpa aku mesti kutuk2 kaw2 punya kan. Yg tak pernah jumpa aku mesti nak jumpa kan?? pastu nnt dah jumpa mesti menyesal kan?? Kat instagram muka Emma Maembong, dah jumpa sok mesti nak kata muka aku mcm tayar kembong... hahahahaha


Dah terlanjur update ni, meh nak sembang sikit pasal lipstick yg best ni. Dah jd kawan baik. kemana2 pun aku bawak.
Aku beli 3 sebenarnye. 1 jual kat kakak pasal warna x masuk dengan kulit.
Yang dalam gambar aku pakai Amsterdam (Kiri). Masa mula2 dpt ni aku risau betul tgk kaler nye. merah kemain. Takut jugak tak masuk dgn kulit sbb nak pakai raya. Tp bila pakai mmg sangat lah cantik kalernye. kena dengan baju yg merah menyala time raya tu. sebelah tu warna San Paulo. X pernah amik gambar lagi. Tp warna nya mmg cantik, lembut dan segar. Aku beli ni dari kak Mimy Hamid [LINK]. Murah2 saje. NYX Lip matte mmg best. Lembut, senang nak apply, bau pun mcm buah2 gitu :)

-------------------------------------------------------------

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor