Wednesday, October 8, 2014

..::One Bottle For A Lifetime::..


Selepas Entry botol tahun lepas, baru kalini nak buat entry pasal botol lagi.
Mcm yg aku kata la kan Elman xde masalah botol untuk menyusu. Dia ok je ape2 pun. 
Cuma aku je yg seronok nak membeli.


Yes!! Pura Kiki akhirnya dapat dimiliki.. muehehehe.
Faktor2 aku membeli Pura Kiki sebab aku malas nak membeli2 botol lagi.
Semahal2 botol pun selagi pembuatannya dari plastik mesti kena tukar setiap 6 bulan kan?
Ke lebih? Aku tak sure, tapi yg pasti kena tukar la kan..

Mula2 nak try Basilic Glass Bottle, Tapi memikirkan aku ni agak cemerkap, jangan kata tiap 6 bulan tukar botol, mau tiap hari nak kena membeli botol baru sebab pecah. haha. So reject semua jenis Glass Bottle.
Teringat kan entry last year pasal Pura Kiki segera bukak dan jatuh cinta sekali lagi :)


Comel...Comel..Comel...
Memang senyum sorang2 bila membelek gambar2 botol ni :)

Apa Yang Best Tentang Pura Kiki Bottle :-

1. Stainless Steel
Bukan Plastik, So x pyh risau pasal BPA dan Tak perlu tukar sampai bila2

2.  Senang nak Sterilize
Disebabkan dia stainless steel jadi sangat senang panas. Just masukkan air panas dan goncang2. makesure pakai glove cooking tu sbb botol dia akan panas giler2 punya panas kalau korang pegang mmg melecur. 

3. Takde bau
Serious takde, bukan mcm botol plastik meninggalkan bau dan warna botol plastik tu lama2 akan kusam kan. Sangat best.

4. Jimat
Just tukar teats je. Teats Pura Kiki ada je jual. Dan teats nya pulak boleh pakai mcm2 jenis wide neck punya teats. MAM, Japlo, Disney, Avent, Tommy Tippee dan apa2 sahaja jenis teats. Yg mahal atau murah janji wide neck. Setakat ni aku dah try MAM, Disney dan Japlo. mahal dan murah. 2,2 pun sesuai.

5. Mudah nak panaskan Susu
Mcm yg aku cakap tadi, botol ni stainless sangat senang serap haba. Kalau susu anak dah sejuk just rendam kan balik dalam air panas 10 minit, susu dah panas balik dah. best. Tak risau sangat anak minum susu sejuk

Yang ni aku beli untuk elman mikhael. Size 11oz . Teats biru yg x lembik. 
bila elman menyusu xde pun jd kemik2 kena sedut tu kan :)



Ok, yang ni pulak aku pakai kan sleeve nya. Lebih selamat dan mudah dipegang masa nak buat susu. kalau xde sarung ko tuang air panas mmg melecur tangan ko tau tak. pakai sarung ni anak nak pegang pun senang, lembut dan x licin.

Puting nya pulak aku gantikan dengan puting Japlo kot ni sbb elman x kenan sangat puting biru tu. Tp kadang2 dia mintak jugak nak pakai yg biru tu. pfftt -,-


Comel...! kenapa aku beli silver?? sebab aku nak beli lain2 sleeve, nnt boleh tukar2 warna botol dia. hehehehe. Pura Kiki xde plastik langsung, semuanya stainless steel dan Silicone, penutup botol dia tu pun silicone jugak. Lembik2 gitu. elman kalau time menyusu mesti nak menggentel cover tu :)

Aku beli botol kat One Baby World  RM 71.91 after less dan Sleeve nya pulak RM 37 tak silap, aku beli kat Mama and Kids Junction 

Beli sekali je mahal, lepas tu tak payah beli2 dah. 
Esok dah besar boleh convert jadi botol air pulak!


Semua item tambahan/accessories ni ade jual. 

Boleh convert jugak buat isi snack, just beli silicone cover dia je yg sekeping tgh mcm botol EBM tu

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: