Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, April 5, 2018

..::Hentikan darah dengan Minyak Pati YL::..


πŸ’œASSALAMUALAIKUMπŸ’œ

Hai korang.. simpan sini lah untuk kenangan. 
bukan selalu dapat hadiah macam ni. hehehehe.

Al-kesah πŸ˜…

Kat office. Semalam.

Nak potong kertas tebal, pisau tergelincir atas pembaris terus naik atas kuku belah terus sampai isi. Terdiam kejap belek jari, Alhamdulillah masih sempurnaπŸ˜‚
Setakat terbelah darah meleleh non-stop.



Kalut, lavender takbawak, frankincense pun takde.  
Terus capai EO. yang ada live your passion.

Google jap tengok apa eo yg ada dalam tu. Ok, nampak eo frankincense ada dalam tu, curah terus setitik, lepas seminit curah lagi setitik.

By the time nak sampai klinik. darah pun stop. i just love u EO. seriously love! waktu2 emergency memang berguna sangat!

Doctor belek, kuku kecik yang terbelah tu kena cabut, taknak jadi infection. 
Isi yg terbelah tu glue je dan compressed. 

Bius 5 cucuk, tapi masa nak tarik kuku tu still rasa dia punya sakit, ketap2 bibir aku semalam. hahaha. tapi macam biasa, aku kalau nervous bercakap non-stop dengan M.A tu. bercakap, bercakap, bercakap. hahahaha. Dah selesai, dapat MC. Aku tolak. amik time-slip je. Masuk office terus lepas tu.

Denyut, still denyut. sampai office nak solat. bukak dulu balutan nak tukar kapas baru, dah still banyak dan tebal.


Dapat ubat tahan sakit tapi tak makan pun. ntah. memang jenis tahan sakit kot. alhamdulillah, sado je dok bemesej adik beradik, kawan. hehehehe. Harini datang office tertengok pisau semalam. terus jongkit2 bahu, nyilu. semalam tak rasa pun. elok je amik gambar bagai. ahahahaha.

Btw, TQ kat korang kawan2 yang superb prihatin. aku tengok post aku kat FB besepah komen. tq korang. baca komen pun dah buat hilang sakit. hehehehe.

Sekian cerita semalam...

Bento pagi ni. Leftover food je.
πŸ—    Ayam goreng 
🍚     Nasi
🍏    Apple.


Ayam tu sempoi sangat, gaul garam kunyit je. Sebab mirzal yg masak. tak pernah mommy goreng ayam togel gitu πŸ˜‚ .
Kalau mommy wajib ada segala rempah bagi kick sikit rasa ayam tu. 
Paling cikai pun bawang putih mesti ada. Pastu guna kunyit hidup.
Telan jelah ye korang.... πŸ˜œ


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

Thursday, February 11, 2016

..::Demam dan Warded : Mikhael::..

Hai korang.....
 ntah tak tau nak mula dari mana cerita ni.
tapi korang tau dah kan kael tak sihat haritu [LINK] ok lah, kite trobek sikit.
Entry panjang. cakap awal2 :p

8 january kael dah start demam2 dah, badan panas on and off tapi x teruk. kael pun active. sekolah macam biasa. 9 january aku bawak ke klinik risaukan keadaan dia. Masa ni dia demam sebab sore throat je. tekak merah sikit. Alhamdulillah esok ok dan active.

9 january : drama lepas masuk ubat bontot. high temp.

Seminggu berlarutan, kael ok, sihat dan sekolah macam biasa. weekend happy2 dengan sepupu celebrate b'day makwon dia bagai.

18 january dia demam balik. dan aku cuti kan dia dari taska. kuarantin. suhu demam masih terkawal, masuk hari ke-3 suhu dia tak agak2 punya tinggi. 39 and above tu dah mesti.


22 january 2016

Dia cakap gigi dia sakit, dia tunjuk2 belakang. memang nampak gusi dia bengkak, so aku assume dia nak naik gigi lagi. Tapi petang tu aku bawak dia ke klinik memandangkan dah hari ke-3 demam dan dia lembik. suhu dia pulak bukan nya rendah. Dan alhamdulillah darah clear. Continue ubat dan aku masih cutikan dia dari taska dan keadaan dia nampak ber'ansur pulih dan decide nak bawak dia balik rumah MIL sebab mulut nya tak henti2 cakap nak acu (adik mirzal yang bongsu). Oh ye, lepas snap gambar ni terus aku botakkan dia.

23 january bawak balik rumah MIL nampak dia macam ok tak ok. merengek jangan cakap lah, semua serba tak kena. makan minum lagi tak mau.

24 january 2016 : 2 petang

Nampak dia sangat ok siang tu, memang dia nampak sihat dan active so bawak dia berjalan. ayah dah janji nak belikan ultraman kalau dia rajin makan ubat. dan memang sepanjang dia x sihat dia boleh menelan ubat dengan baik so dapatlah ultraman idaman 1 set.

malam kat rumah MIL tu suhu badan dia naik sepanas-panas nya. boleh kata dia sihat sebab ubat je. aku try stop kan ubat sebab aku taknak dia mabuk or mamai je, aku CUBA bukan aku tak cuba tapi keadaan dia tanpa ubat sangat bahaya. Suhu dia meninggi melampau. Natural remedy, supplemen, makanan sunnah semua aku usaha. Tapi, kuasa kesembuhan tu dari Allah kan, dan allah belum nak beri dia kesembuhan buat masa ni. 

24 january 2016 : 9 malam. 39.5 'c

Esok nya terus balik sungai buloh dan pantau lagi keadaan dia. Selasa mirzal kena ke melaka. Kael melembik. risau betul aku harini. dah mintak mak dengan awon standby. kalau kael terus demam memang aku nak bawak dia ke hospital terus dan hanan nak tumpang rumah mak.. Memang ye, demam dia masih tinggi. Petang tu mak call offer untuk ke rumah aku dengan awon dan tolong jaga hanan dan aku akan uruskan kael ke hospital sementara mirzal belum sampai dari melaka.

9 malam lepas mak aku sampai je rumah aku terus siap2 bawak kael ke hospital, dalam pukul 10 malam mirzal sampai hospital. Amik darah kael dan doctor suspect denggi. Platelet dia 73 je. tapi darah putih dia normal sebab tu doktor tak kata denggi. Bila doctor decide warded I is nangis lah. huhuhu. Sedih tengok kael kena pasang branula. Masa dia warded kat tropicana dulu mak ayah tak boleh tengok tau2 dah settle, kali ni mak ayah kena pegang. maka, bersedih lah kami berdua.

26 january 2016 : 1.28 am : Wad Pemerhatian

Lepas kael dah lelap, aku tinggalkan mirzal dengan dia. 1st time aku tak dapat jaga kael masa dia sakit. Drama dalam kereta aku sengsorang masa ondaway balik rumah. Alhamdulillah hanan well behave dengan mak dan awon. minum dan sambung tidur macam biasa. 2.30 am aku sampai rumah dan terus tidur. 5.30 am dah bagun balik siapkan baju2 hanan untuk mak aku bawak dia balik. nasib baik lah stok EBM mmg banyak kat rumah mak. Takde lah isu nak menghantar susu pulak.

Laju2 breakfast, kemas rumah sikit terus ke sepital nak ganti mirzal pulak.


Kiri kanan tangan dah cucuk branula untuk amik darah. Pagi ni tunggu keputusan darah samada denggi atau tidak, kael nampak lemah. bila dia nampak aku datang merebeh air mata. kesian.. Anak mana pun kalau jumpa mak elok2 tak sakit jadi sakit. hehe


Ni selfie lepas dapat result darah. Doktor sah kan bukan denggi. platelet dia pun dah naik banyak dan dah tak demam, dah mau makan dan minum so doktor bagi discaj.

Discharge : Demam Virus.

takde ubat pun yang doctor bagi selain dari PCM dan bonjela. Oh ye, yang aku kata gusi dia bengkak tu sebenanrnya bukan nak tumbuh gigi tapi ulser yang besar dan pecah kat gusi dia tu. no wonder la dia taknak makan dan minum. aku tengok ade 3,4 ulser jugak kat mulut dan lidah dia. poor baby.. :'(

Sehingga hari ini, kesihatan dia masih on off, bukan demam. dia ade masalah perut pulak.cirit birit dan muntah2. tapi tak teruk. cuma kalau dia tersedak confirm muntah, menukar cadar kami malam tadi. habis segala isi perut dia lambak kan atas katil. xpe lah. hari ni in shaa allah sihat dan terus sihat.

Kael dah kurus tau, selera makan dia memang hilang terus.

Mungkin ade khilaf aku atau mirzal tanpa sedar dalam membesarkan dia.
Betul, kami dah cuba yang terbaik tapi allah itu maha besar kan?

January memang bulan allah menduga kami dengan sangat hebat.
Tu belum cerita kereta accident lagi. huhuhuh.


Syukur, sepanjang ujian allah tak biarkan aku sorang2. aku ade mirzal yang banyak menolong. aku ade family sebagai ubat penenang. walaupun sekadar bersembang bodoh2 je tapi cukup untuk kurangkan kusut aku, aku ade family mertua yang cukup membantu. MIL yang tolong basahkan badan kael dengan ais, yang tolongkan cari orang untuk mintak air penawar dan kuatkan semangat kael. MIL jugak tempat kael tumpang menangis, mintak pujuk ke ape. Dan yang pasti aku ada allah. Dalam pada Dia menguji dia berikan aku orang yang baik2, dan rezeki kesihatan untuk aku dan mirzal supaya dapat kami uruskan anak2 dengan baik,
**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, October 12, 2015

..::8 hari yang............::...

Assalamualaikum

macam mana nak mula? ok, tarik napas dalam2 dulu... 

Elman demam, mommy demam, ayah demam.

cukup jelas untuk nyatakan keadaan kusut aku. demam serumah ko... 8 hari yang mancabar untuk aku. mana nak uruskan anak, uruskan diri sendiri yang tak sihat, uruskan rumah lagi, dengan keadaan yang tengah memboyot. huhuhu


kesah nye start ahad lepas. yang masa jerebu teruk sesangat tu. aku balik dari rumah mak. tengahari tu dapat rasa elman dedar. ku diam kan lagi. menjelang petang tu confirm naik panas sampailah ke malam memang aku tak boleh tido kesahkan dia. Pagi isnin tu aku dah start sakit kepala, sakit badan, macam nak demam or mungkin jugak badan terlalu letih menguruskan elman. Doktor bagi MC 2 hari untuk aku memandangkan kesihatan aku tak berapa bagus + kael pulak yang memang high temp dia tengok petang tu. 38.6' ko... terus one shot ubat montot kat klinik 

dan seperti biasa tidak lah aku lena. kael pon aku x hantar sekolah. risau jangkit kat anak2 yang lain. Selasa malam kael tak menampakkan tanda2 nak baik. Tidur tu dia meracau lagi adelah. aku memang tak pakaikan dia baju. tido dengan tuala basah semata. dan dia pulak memang pesen tidur atas lengan aku dan berpeluk. maka basah bersama la mak dia malam tu 

Dan rabu tu, aku ade pregnancy checkup. aku tak pegi office lagi memandangkan kael masih lemah keadaan dia. Dan pregnancy checkup aku result serba tak elok... huhuhuhu. Berat turun, darah agak naik dari biasa, rahim kecik (nurse ukur banyak kali ukur dan pelik kenapa rahim aku size dia mengecut) Sakit celah peha toksah cakap lah. bila aku cerita keadaan aku few days baru dia paham. mungkin aku berada dalam keadaan tertekan tanpa sedar. huhuhu




Ye, aku agak letih, aku memaksa diri untuk buat yang terbaik, dalam tak sedar, aku lupa untuk makan, bila ade makanan time nak makan tu selera aku mati macam tu je, mungkin sebab terlalu letih. Rabu malam, badan aku dah menunjukkan tanda2 nak demam, kael dah ok, Khamis kael boleh pegi taska, mirzal dan aku kerja macam biasa. Kat opis, ape pon aku tak boleh buat. badan sejuk semacam, mata dah berbahang, kepala berat yang amat, hidung dag rasa tebal je dek selsema. bertahan jugak sampai ke petang. balik tu nak drive sempat meloya kat parking. nasib lah org dah ramai balik. muntah2 pon xde lah malu sangat 

Jumaat, FLAT. aku dengan mirzal 2,2 sekali tumbang. Mirzal masih kuat lagi pergi kerja sebab nak uruskan sambutan hari sukan negara, aku memang totally out. tak boleh bangun, sakit kepala. Kael aku mintak hantarkan pegi taska. Kemudian mirzal bawak aku ke klinik 2,2 orang pon dapat MC. Memang sore throat, batuk buat aku termuntah sampai keras2 perut, sakit kepala jangan cakap. so, balik klinik REHAT. bukan boleh tidur pon sebab badan terlalu tak selesa. Tp alhamdulillah dapat rehat.

Jumaat malam tetibe hidung aku beradarah yang agak banyak. badan aku tak panas. normal 37'. aku tak pernah mengalami keadaan macam tu. Agak risau jugak tapi takde lah cuak, wassap kawan yang nurse tu dia kata tuam dengan ais dulu. kalau berlarutan baru pegi hospital. so, alhamdulillah ok berenti. Kael pulak malam tu naik balik panas yang tibe. aku dah rasa macam.... halaaaaa............ bukan kael dah sihat ke???? ha, cenggitu la. secara tak sengaja aku TER'mengeluh dalam hati 



Sabtu petang. Aku menangis semahu-mahu nya. nangis. nangis. nangis. nangis yang kerana ape pon aku tak tau, nangis disebabkan ape pon aku tak tau. yang aku tau macam ade 1 rasa yang aku tak dapat nak lepaskan.  Tertekan, penat, letih, dan petang tu aku melepaskan segalanya masa solat asar. Aku tau aku tertekan dengan keadaan tu. dengan keadaan aku yang tak sihat, membawak budak, makan tak menentu, duduk tak kena, baring tak kena, dengan kael lagi yang tak sihat, petang tu................. aku terduduk juga............  Maghrib tu hidung aku berdarah lagi sekali....




Aku bukan orang yang suka mengadu, aku bukan kaki group wassap, aku bukan jenis yang suka cerita ape yang aku tanggung kat sesiapa or di mana2. Aku boleh kata orang yang akan cuba kuat dalam ape keadaan pon, sebab tu aku memilih untuk menangis melepaskan ape yang aku  tak berdaya nak simpan. Dan kesannya sangat baik buat aku. Lagipon, bila kita di uji... Allah cuma nak kita cari DIA je.. kan???

Dan harini, isnin... Alhamdulillah.... semua nya semakin baik. kesihatan, keadaan badan, rezeki dan semua nya.... baik. sangat baik. cuma kael mata pula ketumbit. ahaha, comel je anak bujang kecik tu kena ketumbit 

Dan sebenarnya..... sebelum ujian ni di bagi, kitorang ade terima rezeki besar, rezeki yang di tunggu2, rezeki yang telah diusahakan cuma tinggal nak tunggu berita je jadi milik kami... yang ni nanti aku cerita lain. Alhamdulillah rezeki tu kami dah dapat. Allah tu adil kan.... Dia bagi sebesar2 rezeki, dia tarik sikit nikmat rezeki yang ade.... so, sabar je banyak2... Besar hikmah nya 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, March 20, 2015

..::Anak demam ayah jaga, Ayah demam siapa jaga??::..

ASSALAMUALAIKUM

Me? alhamdulillah... (".)
harini solo! dan bila solo kat office yg menjadi peneman ofcoz la camera. 
ok. jom selfie!

Badan masih x berapa sihat. kael alhamdulillah ok. mommy pulak tonsil bengkak. 

Ade benda yg akan aku kongsikan tentang Tonsil dan Vitamin C.
Dan muka tu jugak berparut sana sini disebabkan gangguan kesihatan yg tak bagus.
Takpe. mommy bg masa kat diri sebulan. konsisten Vitamin C & masker Vitamin C. tgk kulit mommy after a month! ehem!

Lately nak update banyak2 cerita mcm dulu dah susah. banyak kekangan. in shaa allah akan kembali mcm dulu dengan cerita yg banyak dan mcm2. Draft ade. tp semuanya byk tak habis cerita + gambar2 yg tak sempurna. baru ni pegi vietnam pon mmg tak sempat nak update lagi.

Aku tak boleh upadate kat office. Blogger.com kena block. baca boleh update tak boleh. Kebanyakkan draft yg aku buat guna gmail. nnt kalau sempat edit masuk image je dan publish. Kalau mcm harini rehat lama. Boleh la update sempurna sikit guna line haram. Office hour aku tak hadap blog dah -,-

Mirzal pon dah tumbang semalam. kael la yg jaga ayah dia. bg mkn ubat. tepek cool fever. bg ayah dia minum air lps mkn ubat. sweet sgt BFF ni (",)

Elman Mikhael handle ayah dia demam sebijik mcm mana aku handle bila dia demam. Semangat bagi makan ubat kat mirzal, pantang dengar kawan tu batuk. Sebijik mcm mommy dia.. sebijik sebijik. 
Mcm mana aku berlari amikkan dia air lepas makan ubat, mcm tu la dia berlari sebab nak amikkan mirzal air. Padahal aku berlari sebab dia menangis ubat tak sedap, yg dia berlari tu aku tak paham, bukan apak nye nangis pon -,-

They learn from us. baik yang kita tunjukkan, baik jugaklah kelaku diorang kan :)

Hal office pulak, macam2 nak kerja kan kat office ni. ni dah start sukan pulak. hujung febuari dah start training. Semalam dapat baju dah. Rumah biru! dari sekolah membawak ke office lama sampai lah office sekarang ni pon rumah biru! sesuai sangat lah tu dengan aura diri yg memang kaler biru :)


Sukan 28 hb ni. lepas sukan terus laju2 ke melaka pulak sampai 29 hb. Nak sampai melaka pukul berapa pon aku tak tau. silap2 lewat petang. Ha, yg melaka tu pon best jugak kalau aku nak update. nanti pegi sana aku amik gambar puas2 buat modal entry kot kalau korang nak buat family vacation dah tau nak sewa homestay mana berapa hengget dan lain-lain.... tu pon kot kalau aku ingat nak ngambik gambar nye...... :p

ok. semput jugak menulis harini. batuk non-stop. nak rest kejap.
Daaaa... *lambai sikit*

Eh, sebenarnye yang paling best aku nak update pasal selamat jalan ASTRO tu!! 
adooiiii... aku lupa pulak yg tu. nanti la ek kendian aku cerita :p


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor