ASSALAMUALAIKUM
Ya allah, berkurun rasa nye aku tak buat food review ni,
Pg makan mmg selalu, mcm2 kedai nak mencuba,
Tapi nak review nya bercinta. Sebab? Ntah. haha
ok, lepas2 ni nak rajin2 buat food review.
Rugi sangat tak share kesedapan makanan dengan korang.
Hujan mmg lebat, dengan jem lagi org balik kampung jumaat tu kan?
Anak aku kat rumah mak, so ade can nak pg makan jap kat kedai ni.
Hari tu masa cuti raya aku pegi tp tutup. Dah nama pun raya,
ko je yg keje time raya kot. I.C mana mari aciiii???
ok, next!!!
RSMY
Jalan Medan Tuanku Kuala Lumpur
Depan Maju Junction
Sebelah Restoren Lotus
Cheese Naan : RM 6.00
Chesse dia MasyaAllah meleleh, tebal sedap lemak Yarabbi!
Ayam Tandoori : RM 10.00
Sedap sangat..... tak pedas sangat, tak kering sangat mmg just nice, nice, nice!
Kuah Dhal : RM 2.00
Kuah nya pun sedap, pekat, x rasa kari sangat, kuah dia harga lain sbb dia dtg dlm mangkuk besar gitu. kami memula order sekeping je pastu tambah lagi sekeping kuah tak habis2. 1 kuah share 4 org pun dah ok. Tp air dia murah.
Ok, untuk pengetahuan, kedai ni mmg xde goreng2 ye. mmg menu dia roti naan sahaja, gambar tuan belog menikmati makanan xde sbb time tu hari hujan lebat giler2 dan kami naik moto. tudung selepet ke muka. ko ingat aku sanggup nak aibkan diri sendiri kat sini?? Muahaha :D
Aku dpt tau psl kedai ni pun dari mior. officemate lama, kemain meleleh ailio baca food review dia kadang aku tgk mior ni mcm food tester pun ade, semua pun dia rajin nak cuba. Tp yg bagus nya dia rajin share, rajin buat review. Bebaru ni dia review pasal restoren nasi arab kat sunway.
Balik tu risau demam sebab sepanjang jalan berhujan,
dahlah badan baru lepas berurut. tekejut pulak urat2 kang.
Laju2 telan vitamin C 2 biji dengan kaedah mematahkan.
Alhamdulillah tak demam. Tapi batuk teruk 3 hari. huhuhu :)
*******************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment