Tuesday, June 21, 2022

..::Raya 2022::..

💙..... السلام عليكم.....💙

EID 2022

selepas 2 tahun tiada sambutan hari raya, tahun ni sangat berbeza. tahun pertama bapak takde. tahun ni eid with in laws. meriah! 6 hari kat seremban dan hari-hari pun hari raya. lembikkk. hahahahaha!

Alhamdulilla raya with in-laws semua pun dalam keadaan sihat walafiat. paling merisaukan bila raya time endemic ni. Ghisauuuuuu takut ada yang kuarantin. hahahaha! Begitulah cabaran hari raya kita sejak 2020 kan! Alhamdulillah semua raya lengkap tahun ni. Baju rasa warna last minit pilihan mirzal. Aku kalau bab pilih warna baju raya ni memang serah kat mirzal bulat-bulat, sebab dia punya tahap cerewet memang subhanallah!



My anak bujang dah besar. Dah senang berjalan raya. No more diaper bag, no more breastfeeding! hahahahaha! Mami jalan raya tahun ni dengan small bag je! begitu nikmat hari raya tahun 2022. hahahaha. Sempat mekap, sempat sarapan, sempat makan raya rumah orang. last raya berjalan gini tahun 2019 hanan baru 3 tahun. masih berperangai. masih lagi mami kalut2 mengesahkan anak-anak. Pastu tak raya 2 tahun, pastu tiba-tiba raya mami betul-betul bersenang lenang. hahahahaha.

Anak dah pandai pakai baju sendiri, dah pandai siap sendiri, dah pandai kemas bag persalinan sendiri, selebihnya kalau nak sikat rambut ke, pakai samping ke, solat raya ke... Apaknyaaaaaa sila settlekan anak2  😝


Raya tahun ni lebih kepada melayan mirzal punya mood hari raya, bukan melayan anak nak beraya sangat pun. hahahahha.
Ya ampunnn mirzal punya perangai nak beraya lepas 2 tahun tak beraya ni, pening!!
dia boleh susun jadual jalan beraya sampai pukul 1 pagi eh!!
Nak marahhhh tapi kena sabaaaarrrr....
Sebab takde anak kecik memang enjoy lah beraya. next year kalau ada baby kecik jangan nak berangan lah berjalan raya sampai tetengah malam gitu, anak ngigau, ko siappp! 😂

Sekian cerita raya kami..
Korang raya cemana??

by the way, kitorang gerak balik seremban malam raya lepas dapat pengumuman raya terkejut tu 😌


No comments: