Tuesday, November 4, 2014

..::Allah...Ya Wahab::..

Allah Yang Maha Memberi... 
Syukur Alhamdulillah...

 BGB ***
BKB ****
WXP ****
WQC ***
WA *** S

Alhamdulillah dah kami ada 5 anak belaan yang perlu di belek, di belai, di jaga dan di sayang. 3 daripada nya asset perusahaan dan perniagaan mirzal dan 2 daripadanya kami gunakan untuk pergi dan balik ke tempat mencari sesuap nasi. 

kalau ada lebih dapat la makan nasik tambah, kalau dapat kurang kita makan seadanya sahaja lah. tak gitu?? Tekak jangan nak besar sangat

Anak ke-5 tu lah yg aku maksudkan entry lepas [LINK]
Berbaloi usaha berpanas pegi balik naik motor tengahari matahari memacak atas kepala  semata2 nak selesaikan pasal Cik. Aziah ni 

Mencabar jugak nak dapatkan si beliau ni, since sebelum raya kami dah usha + tanya harga semua berurusan dengan salesman yang macam HUMMNNN... 

Takpelah pelan2.. barangkali dia sibuk, membawak pulak ke raya haji pun xde progress, kata nak try nak follow up pun takde dengar kabar. Last2 mirzal try salesman lain kat branch lain.


Alhamdulillah selesai urusan, dah selamat sampai ke tangan kami dan dah berjalan pun dengan Cik. Aziah ni. Rasa mcm nak buat produk review pasal Cik. Aziah ni sbb mmg best dan kami pulak berurusan dengan salesman yang cukup best dan sangat membantu. Baru seminggu umur nya dengan kami. aku baru bawak sekali mirzal pun baru bawak 3 kali. 

Nak bawak jalan jauh nak tgk mcm mana tapi takde tujuan lagi. Oh, ye minggu ni balik kampung + ke Melaka untuk meeting santai. In shaa allah bawak buah hati baru ni jalan2 sebelum kami kerah dia untuk berkhidmat kepada orang lain pulak. Walaupun berat hati untuk melepaskan dan menyerahkan kepada mirzal, tapi takpelah.. Itu sumber rezeki kami... 

Ok, by the way Mirzal buat perusahaan kereta sewa dan Di daftarkan di bawah nama Syarikat Atap Kedai Enterprise. Alhamdulillah 3 tahun dah perniagaan kami berjalan dengan baik. Jatuh bangun Allah sahaja yang tahu. Dan Cik.Aziah ni merupakan risiko terbesar kami. menggunakan kereta baru a.k.a "anak dara"  untuk disewakan. 

Moga Cik. Aziah ni dapat berkhidmat kepada orang yang memerlukan dengan lebih baik
Moga Cik.Aziah membawa rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.
 Moga rezeki berpihak kepada kami dan juga moga kami tak lupa dengan apa yang diberi

Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa boleh direct contact aku atau mirzal.

Wawa : 019-2339019
Mirzal : 013-3024020

Ini pertama kali diwar-war kan sebab nya customer yang ada pun kami tak terlayan. hehehe

In shaa Allah kami sedaya upaya beri servis yang PALING BAIKKKK 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: