kitorang amik masa berbulan jugak nak amik keputusan menutup astro ni. Antara sebab2 nya kami fikirkan kael. Memandangkan astro kami PVR superpack 1. so siapa yang amik package yg ni mmg faham lah keseronokkan nya. cerita2 kael dah full kami record. semua cerita kegemaran dia.
Lepas tu sampai pulak fasa layan hp. asik la amik hp mak nye ni tgk pulak video2 dlm hp. sampai kan 1 tahap mommy tak boleh pegang phone langsung
dah pandai pulak bukak youtube. Data plan mommy habis kat youtube dia je. adoooiii... masa ni cukup ok cukup. mommy dah sampai tahap give-up asik nak berebut hp je. Astro pulak asik main naik2 harga. mmg CUKUP.

Sepanjang permasalah diatas (hahah) sepanjang itu jugak kami berfikir utk Unifi/Astro. sebabnya......... :-
Klu tutup astro kael nak tgk ape?
Internet nak kena pasang ke?
klu pasang internet dulu tak potong astro membebankan ke tak?
Unifi best ke channel TV nya?
Berbaloi ke masuk Unifi?
Dan selepas berbulan punya perbincangan, plus minus perbelanjaan dan kerenah serta tekanan yang bakal mendatang maka kami berdua bulat hati menutup astro. dan proses penutupan aku sendiri yg buat. Antara keputusan perbincangan bersama :-
S : Klu tutup astro kael nak tgk ape?
J : ok, kita download je cerita2 yg dia suka boleh masuk kat USB dan cucuk je kat TV -SETTLE-
S : Internet nak kena pasang ke?
J : Internet mesti pasang klu tak mati kutu nanti -dalam tindakan-
S : klu pasang internet dulu tak potong astro membebankan ke tak?
J : Agak membebankan jugak. so kita tutup je astro dulu. cerita anak kan dah download -SETTLE-
S : Unifi best ke channel TV nya?
J : Tak se'best astro. tp KALAU PERLU kita akan pasang Skybox atau Android IPTV
-Dalam Tindakan-
S : Berbaloi ke masuk Unifi?
J : Lebih berbaloi dari Astro. sebab kita dapat internet dan TV jugak + unlimited download, so boleh je downoad cerita yg kita suka dan jugak setakat nak tgk drama melayu tu ramai dah yg rajin upload episode by episode kat blog kan...
Alhamdulillah, semalam, genaplah 2 bulan kami menutup ASTRO. hehehe. Unifi pon belum masuk lagi. boleh je hidup. happy je kat rumah, kael pon ok je, boleh je bawak diri dan memahami
walaupon kadang2 dia mintak cerita kegemaran dia mcm The croods, little Einstein, Epic, bugs Life dll.. tapi bila diterangakan dia boleh faham.. (kot) tp dia boleh la mintak cerita2 yg ade dlm USB dia je. hehehe

So, korang klu nak tutup astro nnt boleh la bincang2 dengan suami/isteri masing2 ye..
anak2 pon in shaa allah boleh je faham..
anak2 pon in shaa allah boleh je faham..

CARA - CARA penutupan akaun ASTRO [LINK]
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment