Tuesday, April 14, 2015

..::Cara-cara penutupan akaun Astro::..

Assalamualaikum




PASTIKAN KONTRAK ASTRO korang DAH TAMAT


1. Telefon Customer Service Astro
Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.

2. Pilih Bahasa
Pilih lah bahasa apa yang korang suka.

3. Pilih Apa Nak Buat
Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan

4. Bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Astro
Kat sini, Sale assistant akan tanya soalan mcm ni :-
Kenapa nak tamatkan ASTRO??

               TIPS aku ----Sila sediakan alasan yg paling susah diorang nak umpan korang. mcm aku, aku ckp yg nak pindah rumah mak. rumah mak dah ade astro dan 2 decoder. so diorang takde alasan nak pujuk korang kekalkan astro. hehehehe

Jadi, kalau korang betul2 nak tutup astro ni. hati kena kental. diorang akan promo korang dengan mcm2 harga dan murah dan pada korang berbaloi. again.. 
HATI KENA KENTAL 

Selepas dah submit permohonan untuk report. 

tunggu sebulan untuk diorang tamatkan servis decoder/tamat siaran
contoh : 
Aku report tutup 12.2.2015
13.3.2015 automatik siaran akan dihentikan

Sebulan dari siaran dihentikan korang mesti memulangkan Decoder, Smart Card dan Remote Control. semuanya mesti yang asal ye walaupon remote asal tu dah rosak sila simpan untuk kebaikan di masa akan datang. Jangan pandai2 buang harta orang. hehehe
Pulangkan ke cawangan Khidmat pelanggan yang terdekat. 


Kuali astro ni tak payah pulangkan. buat masak lempeng pon boleh ni.

SABTU : 11.4.2015
Secara rasminya aku telah memulangkan harta ASTRO kat cawangan Damansara Utama dan tamatlah sudah hubungan kami.. Bill terakhir adalah pada 19.4.2015 dan selepas itu tiada lagi dan harap kita takkan berjumpa lagi ye ASTRO.. hehehehe

Masa pulangkan harta astro tu korang akan terima dokumen pengesahan pemulangan barang2 dan pastikan korang SIMPAN lah dokumen tu selama mana yg boleh untuk ELAKKAN kejadian akan datang mcm ade yang kena tiba2 datang bill tertunggak sampai 2 tahun sedangkan brg dah return. SO, DOKUMEN TERKAHIR itu adalah sangat PENTING

So, aku rasa itu serba sedikit yg aku boleh share. in shaa allah cukup detail dah rasa nya penjelasan aku   Lepas ni aku share pulak pengalaman dan pertimbangan mcm mana kitorang nak tutup astro. hehe


**********************************************************
LATEST UPDATE : 24 MAY 2018

info yang aku berikan pada entry ini adalah pada cara penutupan pada tahun 2015. untuk tahun 2018 ni cara dia dah lain sangat2. semalam baru aku call astro untuk tutupkan astro kakak aku pulak.

nanti aku buat entry lain. kemain menyampah pulak kalini aku call astro. banyak answering machine. sakit jiwa!

**********************************************************
LATEST UPDATE : 17 OGOS 2018

Eh, ramai pulak yang nak tau cara terbaru eh..?? semua nak terminate astro le tewww. ahahaha. yela..yela.... aku tulis kat sini jela. malas nak update entry baru.

Cara nya lebih kurang sama. tapi ko takkan jumpa option nak buat penutupan.

Masa call tu, takkan ada Option nak pilih nombor mana kat menu untuk urusan penutupan. serious takde. (depa tak bagi orang tutup lah tu) kah3. Memang ko kena bersabar call astro kali ni sebab berpusing. sampai naik panas telinga aku nak memilih tekan nombor.

So kesimpulan nya. ko picit jela mana-mana button sebab semua button tu pun akan bagi few option dan ko tunggu sampai dapat arahan untuk sambung ke operator. Senang, ko pilih jela menu untuk pemasangan astro. pastu apa pun yang mesin tu cakap ko layan jela sebab penyudah nya ko akan di sambungkan ke operator jugak.

masa cakap dengan operator tu ko bagitau lah ko nak tutup.
cara nya sama je macam kat atas. soalan pun sama. dia nak ko bagi sebab kenapa nak tutup. pastu dia akan bagi promo macam-macam untuk ko sambung balik. cakap je taknak.

Selesai urusan tu semua dia akan bagitau astro ko akan terminate on the spot. tapi nanti dia akan bagi tarikh bila dia nak pickup decoder kat rumah ko. macam aku dulu tu kena hantar ke Center kan?? Sekarang tak. dia akan datang rumah. nanti technician astro akan call bagitau bila dia nak datang.

Pastikan ko ada decoder, smart card astro dan piring

kalau takde, Bayar eh.

tapi haritu piring astro tu dia tak amik pun. beriye aku eksaited turunkan nak suruh dia amik. last-last dia kata taknak. ada tu piring belakang rumah mak aku nak buat apa?? Jual jela besi buruk. tu pun tak sampai 5 hengget dia amik. Ringan 😂




Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @eoempire

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: