Assalamualaikum💖
My 1st post in 2021
Allahukbar..
It's been a while. After long pause i'm back with flying colors!
begituuuuuu sis punya happy!
Terus sis pulak dah 2021 ni.
kahkahkahkah!
Last update 16/4/2020.
Sedih, memang sedih. Tapi tulah, life must go on.
Alhamdulillah 2020 boleh aku kata tahun yang baik untuk aku.
Walaupun 2020 tinggalkan banyak sangat kenangan kat semua orang,
Tapi tetap pada aku ia adalah tahun yang terbaik untuk aku secara peribadi.
PKP-PKPB-PKPD-PKPP dan begitu lah seterusnya sampai ke hujung tahun, eh membawak terus sampai ke 2021 ye. hahaha! Begitulah, allah sedang menegur kita. Pada waktu dan keadaan macam ni, semua orang pun salahkan sesama sendiri, semua orang pun nak show off bagi idea yang konon-konon hebat tapi tak relevan. Pendapat peribadi aku, waktu-waktu macam ni, allah bukan uji yang miskin sahaja, sebenarnya UJIAN terbesar adalah pada kita golongan yang mampu dan juga pada golongan yang kaya. Sebab tu ramai orang miskin yang masuk syurga!
Aku ada catatan tersendiri untuk 2020. Segala cerita yang lahir dari hati aku simpan rapi. Jatuh bangun semua ada! Difitnah, di khianati, di benci, di sukai semua nya duduk dalam tahun 2020! Tapi semua kita pun tahu, ALLAH tu kan baik. Dia ganti setiap kesedihan kepada satu kegembiraan yang tak pernah aku duga. Dan di tahun 2021 ni aku perlu meneruskan dan teruskan dengan apa yang pernah aku mulakan
Dan, ye... aku rindu membebel, aku rindu menulis, aku rindu untuk bercerita. Mungkin tahun 2021 ni aku akan banyak habiskan masa di sini lagi. In shaa allah.
FYI, kael dah 9 tahun, Hanan dah 6 tahun.
Dua orang anak lelaki yang allah bagi pada aku untuk aku besarkan dengan sempurna kerana aku bukan hanyan membesarkan anak lelaki, tetapi aku membesarkan Seorang Suami kepada anak perempuan orang lain, Seorang menantu kepada ibu yang lain, Seorang ayah kepada anak-anak nya. Tugas aku, sempurnakan amanah itu. Moga allah izin.
Till then, bye.
No comments:
Post a Comment