Assalamualaikum..💧
Berat rasa nak menulis. Tapi seeloknya aku abadikan kenangan penting ini di sini
16.04.2020
Perintah kawalan pergerakan fasa kedua.
Kami terima berita kehilangan seorang yang sangat kami sayang.
SUE - biras aku.
Serorang yang lemah lembut, a good sister and friend.
A very nice person to talk with.
Seorang cancer fighter sejak oktober 2018.

Aku jarang bercerita pasal sue, lagipun blog ni pun memang dah lama tak update. banyak active kat IG dan FB je. Lagi pun, seakrang ni dah less membebel, tu yang tak bercerita sangat kat blog ni.
Sue ni biras aku, adik ipar mirzal. umur sebaya aku. dia kahwin awal 4 tahun dari kami. Tapi rezeki mengandung tak jauh dengan aku. Alhamdulillah. anak sue 2,2 perempuan. 7thn dan 5 thn. Anak aku, 2,2 lelaki. 8thn dan 5thn. Dalam family mertua, 10 cucu lelaki, 2 org je perempuan (anak sue). istimewa sangat sue ni dalam hati kitorang semua. Aku nampak jelas, mirzal terkesan dengan pemergian sue.
Orang yang baik allah sayang. Allah "hadiahkan" sue dengan macam-macam dugaan hidup. Sue dapat berita dia ada kanser sehari selepas birthday dia. 18/10/2018. Dan ini adalah "hadiah" paling hebat buat ue. Semangat sue sangat kuat. kami yang tengok dia meneruskan kehidupan memang kagum.
Sue tak lembik, kalau tengok sue memang tak macam cancer fighter, dia sihat, dia kuat, dia tak lembik terlantar, dia tak kurus. badan dia kekal berisi berseri. sue sempat meniaga goreng pisang lagi. masa tu dia happy sangat-sangat. memang nampak dia happy dapat buat apa dia suka.
Sue start sakit hari khamis. masa ni kitorang semua tak dapat balik. PKP. rentas negeri tidak dibenarkan. doa je mampu. hari rabu mak bagitau sue dah boleh bawak balik. Takde rawatan untuk sue. Doktor cakap, bergantung pada semangat sue. mungkin kalau dia jumpa anak-anak dia kuat. Mak cakap masa ni sue sedar lagi boleh kaleh kepala kiri kanan.
Dapat surat pelepas dari hospital untuk keluarga datang melawat sue. Surat tu jugak mirzal bawak ke Balai polis untuk dapatkan perlepasan rentas negeri. Allhuakbar, susah ye pergerakan masa PKP ni. percubaan gagal, tapi polis baik, dia nasihat guna cara lain. borang rentas negeri memang balai tak dapat keluarkan masa tu. Tapi polis tu cakap, cuba gunakan je surat hospital tu. kalau ada roadblock cuba tunjuk surat hospital, kalau polis yang jaga tu bagi lepas, lepaslah. kalau tak terpaksa patah balik. bergantung pada rezeki.
Kitorang tawakkal. Terus bersiap, hantar hantar mika hanan kat rumah mak, aku mintak mam tolong jagakan dorang. aku dengan mirzal je redah balik berdua ke seremban. Alhamdulillah semua urusan sangat mudah. seketul roadblock pun kitorang tak jumpa. terus sampai HTJ dengan selamat. But still takde rezeki nak jumpa sue haritu, hospital tak bagi masuk. HTJ tinggi kes covid. Kitorang balik jela rumah mak mirzal dulu. memandangkan doctor pun dah bagi bawak balik sue, kitorang tunggu jela sue balik nanti. sesambil plan dengan mak kat mana nak susun katil sue nanti. Petang tu doctor call dan nasihatkan amik sue esok pagi je. dorang nak siapkan dokumen. kitorang setuju jela sebab dah plan nak amik katil hospital kat rumah pakcik, dan alang (suami sue) plan nak amik mak sue dulu kat perak. Sue dah lama sangat tak jumpa mak dia. memang sue rindu sangat dengan mak dia.
Khamis : 6.00 pagi.
Mak panggil kitorang, hospital call alang inform sue tenat. mintak datang segera. dorang semua terus solat subuh dan bersiap. 6.30 terus gerak. Allah maha besar. sesaat tak cepat, sesaat tak lambat. Elok je dorang masuk pintu hospital, tengok sue, masa tu sue baru je pergi. Belum sempat tutup dengan selimut pun lagi.. memang baru sangat-sangat. Alang tak sempat teman sue. Tapi alhamdulillah, sepanjang Sue sakit, alang dah jaga sue dengan baik. Anak-anak pun elok alang jaga. Sue pergi berteman. Doctor yang dia anggap kakak sendiri yang temankan dia. Alhamdulillah sue tak sorang.
Aku kat rumah menyediakan rumah dan kejut anak-anak sue untuk inform pemergian mak dia. Allahuakbar, macam nak pecah dada nak bagitau kat girls. pertama kali aku nak sampaikan berita kematian orang tersayang kepada orang yang sangat dia sayang.
Takpelah, ku simpan semat dalam hati kenangan tu.. 💔
Alhamdulillah semua urusan sue sangat mudah. dan sue pergi sangat-sangat bersih. Walapun pada musim PKP, abang sue dapat datang. Tapi ralat mak sue jauh di perak tak dapat datang dan hanya tengok melalui video call je. SEDIH.
urusan solat jenazah dan pengkebumian semua mudah. Sue pergi cantik, bersih. Sue memang baik. Dan disebabkan PKP, semua kenduri tak boleh buat. kami hanya tahlil anak beranak je kat rumah.

16.4.2012 - 16.4.2020
Happy 8 years abang mika .
Masa ni, aku kat serembang. Masih menguruskan urusan pengkebumian. Elman aku tinggalkan kat rumah mam. Awon tolong buatkan favorite choc cake untuk elman. Walaupun mami ayah jauh mami syurkur elman dikelilingi family yang sayangkan elman. meraikan hari elman walaupun mami ayah jauh. Alhamdulillah untuk 8 tahun yang baik. Moga elman sentiasa terpelihara, moga mika sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t. moga mika dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik. Mami syg abang. Allah je tahu.
16.4.2008 - 16.4.2020
Alhamdulillah, 12 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. takde apa yang nak dikesalkan, malahan bersyurkur yang tiada batasan. Allah dah beri lebih dari apa yang aku mahu. Alhamdulillah. dan 16.4.200 ni juga merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan mertua aku. Hebat tarikh ni dalam kehidupan aku.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment