Assalamualaikum.
So aku menulis post ni pada 4 januari 2022
yup, it took me forever untuk dapatkan kekuatan menulis ni.
tulis nangis, tutup, tulis nangis tutup.
somehow aku kena habiskan jugak penulisan to let go "kesakitan" ni.
dah memang aku dari dulu pun menulis je yang buat aku tenang.
taktau nak mulakan penulisan ni macam mana. macam jadi bodo bila nak bersembang pasal "kehilangan". yup, sesuatu yang paling aku takut. Dia macam, benda tu ko dah tau ko kena hadap tapi ko takut nak hadap dan kalau boleh ko taknak pun benda tu jadi.
------------------------
Kesihatan bapak merosot tahun 2014. masa ni tiba-tiba dia kena pneumonia. Aku pernah sembangkan pasal ni dulu -LINK- sejak dari tu kesihatan bapak ON OFF. tapi masih kuat lah berjalan gi medang, pergi vacation bagai. awal 2018, bapak balik umrah. Start ni, keluar hospital bapak dah kena guna mesin oksigen therapy. Bapak discharge sebagai pesakit COPD -LINK-. Doctor nasihatkan kena guna mesin ni 16jam sehari. But still ok je bapak boleh jugak keluar kejap2 pergi minum, check-up dan sebagainya.
2019. Bapak sakit teruk masa puasa sampai lah raya. Raya pun macam tak raya. yang datang jenguk bapak semua sedih nangis2 sebab bapak nampak lemah dan nampak sakit.
Pagi raya bapak tak bersiap sangat pun. Dalam rumah pun guna wheelchair. Lepas bersalam-salam terus sambung baring. Rehat. Tu gambar pagi raya bapak atas katil makan.
Seminggu syawal 2019. Bapak warded. sebab keadaan dia memang merisaukan. semua nya serba tak kena. ni lah last dapat jaga bapak malam-malam kat hospital. Sebab lepas je dia discharge ni, bapak alhamdulillah sihat walafiat.
Photoshoot Syawal 2019
Bapak sihat yang betul-betul sihat. Ni masa kenduri Aqiqah Hanan, Ayra dan Hawa. seminggu selepas aku operate cyst. Dan alhamdulillah bapak punya sihat tu sampai sihat betul. sempat kitorang bawak bapak jalan-jalan melaka pergi kenduri tau. Memang seronok tak terkata lah sebab dah lama sangat-sangat nak bawak bapak berjalan. Sejak dari tu bapak memang terus sihat dan segar.
2020 : PKP
Allahuakbar. Raya tahun ni tahun yang aku banyak nangis dalam diam. Sebab bapak terlalu sihat. punya terlalu aku bersyukur dapat dengar bapak takbir malam raya selepas banyak tahun tak sihat. bapak tak berkemampuan untuk takbir. Nafas tak cukup. Tapi, tahun 2020 ni tahun yang terbaik untuk aku. Bapak sihat. segar!
Malam raya 2020
Raya PKP. Tak dapat rentas negeri. Tak boleh rentas daerah. Kalau dah rezeki, allah susun elok semua nya dah. Kitorang adik beradik semua duduk satu daerah yang sama. Rumah dekat-dekat. Pagi raya kitorang semua dapat sama-sama satu keluarga yang lengkap. .Bapak sihat. dapat pergi jalan rumah abang, ayu, mam.. Raya 2020 adalah raya yang terkahir bapak dalam keadaan sihat segar sempurna.
Rumah Abang : Puncak Alam
Lepas raya haji 2020, kesihatan bapak On-Off. tapi masih terkawal. tak pergi hospital pun sebab musim covid. kalau warded, susah kitorang nak jaga. sebab tak boleh jaga. last bapak masuk hospital raya haji ketiga. memang nampak dia sesak dan semput sangat petang tu. tapi esok nya discharge dah.
Jadi nya, mak lah yang pantau kesihatan bapak. dan kitorang sentiasa tengok keadaan bapak. selagi masih terkawal, kitorang kawal dan tak bawak ke hospital. 2021, paling ketara kesihatan bapak semakin menurun. menurun2 pun bapak tak terlantar. bapak duduk tegak makan macam biasa. solat semua macam biasa. raya pun dapat sama-sama sebab masih dalam tempoh PKP.
Raya 2021
Bapak masih dapat solat sama-sama dengan kitorang walaupun bapak lemah. tapi dia still happy-happy dengan kitorang. tahun ni bapak tak dapat keluar mana-mana dah. sampai lah raya haji. kami semua nampak kesihatan bapak semakin merosot. semua pun dah ada jangkaan yang karbon dioksida bapak tinggi. tapi disebabkan bapak masih duduk tegak, jalan perlahan pergi toilet dan kitorang ambil kira keadaan hospital dengan situasi covid ni semua hanya akan susahkan lagi keadaan bapak nak urus diri sendiri. jadi hospital adalah jalan terakhir.
29 julai 2021 : bapak lemah, senyap tak respon bila mak panggil. Awon terus urus dan bawa bapak ke hospital. Esok nya doc nasihatkan kitorang bawa balik bapak.
Jumaat
30 Julai 2021
20 Dzulhijjah 1443
5.27 pm
Allah jemput bapak ke negeri abadi dengan sangat lembut dan penuh kasih sayang...
Al-Fatihah.
RINDU... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
No comments:
Post a Comment