Wednesday, September 11, 2019

..::Kenduri Aqiqah Hanan, Finally...::..

 ðŸ’œASSALAMUALAIKUM💜

Muhammad Hanan Mukhriz : 3 tahun 9 bulan

20 julai 2019.
Last two month baru sempat mommy selesaikan salah satu tanggungjawab mommy ayah untuk Hanan. Aqiqah. 
Majlis ni bukan hanan sorang tapi sekali dengan Hawa (anak mam) dan Ayra (anak ayu)


mak-mak je sempat bergambar, anak-anak entah pergi mana. Pelamin ni sekadar photo booth je. Takde cukur jambul ke apa. memang untuk bergambar semata-mata. 20 julai ni badan aku tak kuat sangat. ngam-ngam 7 hari selepas operation. So jalan pun tak boleh laju. Boleh kata aku tak dapat nak membantu sangat pun. huhu

Laamaaaaaa sangat kami tak buat kenduri!
So boleh kata kali ni sekali dengan kesyukuran bapak dah sihat, dan aqiqah 3 anak-anak.
Kenduri kami kecik-kecik je. Jemput pusat tahfiz belakang rumah, jiran dan adik beradik mak bapak je. kawan-kawan pun kitorang jemput yang betul-betul rapat. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Abang syam wakil tuan rumah


Tengah tunggu Q nak makan. Happy sangat kitorang semua!


Rasa happy sangat rumah penuh dengan anak-anak tahfiz ni.
Rasa berseri sangat rumah! Menitik jugak lah air mata bila tengok bapak dapat join sekali majlis. Kitorang jela yang dapat rasa perasaan "mahal" nya moment ni.
yela, sebulan sebelum tu bapak tenat kat hospital. dah bagitau adik beradik kawan-kawan semua yang bapak tenat. doktor memang dah suruh standby dah! Mana sangka kan??? Kuasa Allah!

Ayra dan Hanan
Depa 2 ketoi ni asik berkepittttt aje!
Beza 3 bulan je. sebab tu dorang rapat. Tapi hanan 2015, Ayra 2016. 
tak dapat sekolah sama-sama. Dak hanan keluar hujung tahun sangat. ahahaha!



Diffuser tetap ON! masa ni on lemongrass dan orange.
nak bagi udara bersih dan happy mood untuk semua tetamu jugak

Packing berkat. Pulut kuning dan kari kambing.

Kambing kan banyak. 4 ekor. Hanan je dah 2. hehehe.
So, 2 ekor kitorang golek kan.
2 ekor lagi buat kari.


Kambing Golek Salak Tinggi, Sepang.

untuk kambing golek kitorang guna service dari sepang ni. eh, bukan golek je. semua kambing amik kat dia. Yang hanan punya Rm 1300 untuk 2 ekor. Tapi Hanan punya mirzal dengan fairuz (abg ipar) bawak balik dan serah pada kak yati untuk masak kari. Yang Ayra dan Hawa punya RM 1400 seekor siap golek dan segala jenis side dish tu lah. Sedap!!


Yang ni pulak Soft Ice Cream.
Alahai sedappppppppp.

minimum order 300pcs. dia datang dan tunggu sampai lah habis semua ice cream tu. semua jazz hanlde. orang nya pun elok mesra dengan budak-budak. Recommended sangat ni!! No.Phone ada kat gambar tu eh. korang boleh PM dia terus. 

Untuk tetamu ada lagi lauk lain. Tapi takde kari kambing as menu. 
kari kambing dan pulut kuning semua tetamu bawak balik. 
Alhamdulillah cukup semua dapat.

Yang ni menu sarapan sebenarnya.
Kitorang punya sarapan lah untuk pagi tu sebelum mula kemas-kemas.


My friend! Cik Keria!

Ya ampunnnnnn! korang yang area sungai buloh/rawang/KL kalau nak buat majlis sila lah tempah kuih keria gula melaka kat kawan aku ni. Ya ampunnnnn sedap gebu wey!!
Aku tempah 100pcs untuk majlis haritu, seketul pun aku tak sempat merasa. sedap!!
 Checkout IG dia ok!
@Qisshass88 : 0144402286

No comments: