Wednesday, November 13, 2019

..::Percutian pendek : Pulau Perhentian : Part I ::..

 ðŸ’œASSALAMUALAIKUM💜



4-6 oktober 2019 : Pulau Perhentian

Pulau perhentian one of my bucket list. hehehe. sebenarnya bukan lah spesifik pulau perhentian. aku cuma suka pergi pulau yang bersih air biru dan tak sibuk. pulau yang memang tempat untuk activity yang best. bukan untuk shopping. 

Dapat pergi sini memang aku saited sangat. dan anak-anak aku tak tau langsung kitorang nak bawak dia kemana sampai lah nak gerak khamis malam tu baru kitorang bagitau. Walaupun dorang taktau apa pun pasal pulau ni tapi dorang tau pantai, laut dan meloncat masing-masing keseronokkan.

Kitorang gerak khamis malam. sebab nak amik boat paling awal masuk ke pulau. puas lah sikit duduk lama-lama kat situ kan. Sebelum gerak tu bagi depa makan kenyang2. senang jalan malam ni sebab confirm anak-anak tidur lena. 8 jam eh perjalanan so harus lah perlukan suasana yang aman. Tepat pukul 10pm kitorang bertolak dari sungai buloh.


Dalam kereta wajib eh pasang diffuser. 
Nak bagi segar pemandu dan nak dapatkan mood yang cun-cun je. So untuk drive malam aku pasang lah peppermint + orange ni. Dan disebabkan aku memang selalu KALAH dengan peppermint, masuk bentong aku dah berkeroh! ahahahahaha. 
Tapi sampai kat gambang jela. pastu aku celik mata dah. Mirzal yang memang jenis kawan baik dengan peppermint ni, dia boleh drive dengan aman tenteram. Sepanjang jalan malam tu hujan sat lebat sat gerimis. mujur mirzal tak mengantuk. dia kalau jalan malam jarang lah tak ngantuk. mesti tersengguk2. Tapi malam tu dah aku diffusekan peppermint which is memang eo favorite dia, mata dia bertahan tanpa perlu aku sembang pun dengan dia.


Start Chukai sampai besut aku take over untuk memandu. 
Mirzal dah super duper mengantuk. masa tu dah 1.30 pagi. anak-anak masih kekal lena dan tak bergerak. Kitorang sampai area besut lebih kurang jam 5.30 am. carik masjid dan rehat. dan sepanjang chukai - besut tu mirzal tak teman eh aku drive! 
dia helokkkk berkeroh kat sebelah. hampeh betul. huhu


Subuh tu kiorang mandikan anak-anak jela. bagi segar wangi-wangi sikit. kitorang halal jelah. ahahahah. gosok gigi, lap badan sikit, tembah perfume, ON!


Lepas siap semua, terus gerak ke jetty kuala besut ke office Flora Bay
Ayah tok tunjuk tempat parking kereta dan terus breakfast tepi office flora ni. 
Sedap juga makanan kat sini. banyak pilihan. dan murah lah pada aku. 
Makan 4 orang Rm 10


 Laksam ni, sumpah banyak. penuh pinggan. dan memang aku tak habis pun. banyak wey dan laksam dia tu tebal-tebal. Nasik lemak tu pun sedap, mirzal amik nasik lemak. aku rasa sikit, memang cukup lemak nasik dia. puas hati makan. sambal tak pedas sangat. sesuai lah untuk perut pagi-pagi.


Selesai semua urusan kat Flora punya office, terus gerak kat jetty jalan kaki je untuk naik boat.
So, kat bawah ni harga tiket boat. dan masih sama sampai setakat yang aku pergi haritu. 


My kids teruja teruk nampak boat! Dan kami ni datang sekali ada trip rombongan anak yatim. dapat lah naik boat besar. Happy lah doarang ni. Tapi ikutkan aku nak naik boat kecik tu je. hehehe. Tapi takpelah, ok je naik boat besar. rasa selamat. ahahaha. tapi rasa mengantuk jugak. gila kau tak mengantuk. dah la semalaman aku tak tidur memandu, pastu naik boat pulak terbuai-buai angin sepoi2, memang mengundang lah kan..... ahahahaha


Ye, kami menginap disini.
Selesa, bilik besar, katil queen 2.
Takde TV! itu yang paling best sekaliiiii!! So anak-anak sibuk dengan activity sendiri guna imginasi masing-masing dan kerap ajak lepak luar main pasir kat laut. best!!


 Waktu ni pukul 1.30 tenghari eh.
Kemain seronok berendoi memasing ha. kawasan pantai ni redup. angin kuat. tak terasa bahang angin panas. selesa sangat.


Ini menu makan tenghari. meriah. cukup kenyang perut anak beranak. makanan semua boleh dimakan dari toddler sampai lah dewasa. menu dia pelbagai dan memudahkan untuk orang yang bawak anak kecik tak boleh makan pedas tu kan. Senang. Kat sini takde kedai-kedai tepi jalan eh. so apa-apa boleh order kat cafe resort ni. harga faham-faham lah....

Lepas settle makan tu, pukul 2.30 start activity snorkeling. kitorang di bawak ke pulau lain. apa ntah nama. haritu ingat. tapi dah sebulan baru ko nak update blog, ko ingat boleh lagi nak ingat? ahahahhaa


Dorang ni tak sesabar dah nak terjun. tu kael muka takut sebab kat tepi pantai ni banyak gila obor-obor. serious banyak! tapi dah mati lah. biasalah bebudak. cuak tak bertempat. tapi geli ehh!


Tu ha obor-obor nya. dah mati dah pun. tapi still fresh and ada banyak lagi kat air yang terapung-terapung, tapi semua dah mati dah. dah takde pun yang kembang berenang. cuma kalau pergi ke tengah sikit memang ada lah lagi yang kembang-kembang elok berenang2. Cantik sangat obor-obor yang masih hidup dalam air tu. warna dia light purple dan transparent. Sumpah cantik! subhanallah..



 Sesi mak-mak struggle nak memujuk anak masuk air! ahahahahaha.
Anak memasing cuak-cuak lagi ikan dekat sangat dengan obor-obor nya lagi. 
Riuh eh pantai masa tu.



Yang si Mika ni memang ambil masa lama nak turun air. 
Ye. muka dia all the time ketakutan. 
kitorang tinggal kan je dia kat tepi tu layan perasaan. 
kahkahkah!


Susah jugak eh nak bawak dia masuk dalam laut. Dia punya tahap takut sampao menjerit sebab takut kan obor-obor tu ya ampunnnnnnn... jenuh! 
sudahnya mirzal angkat je dia bawak ke tengah sikit yang lapang. 
dia start ok bila dapat bagi makan ikan. tu pun kadang-kadang nak lari. 
pebenda lah abang ni.... hehe


Ye, pulau perhentian masih bersih. air masih biru. masih jernih. Ikan-ikan kat sini main kat gigi air je. seronok. ikan cantik-cantik pulak tu. Anak-anak memang enjoy. siapa yang rajin pergi lah tengah sikit snorkeling. lagi macam-macam hidupan laut dan coral sangat cantik-cantik.

untuk 1st day ni kitorang stop kat 3 tempat. termasuk air berani. air sejuk yang turun dari bukit dan terus pergi ke laut. silap tak amik gambar masa ni. leka layan bebudak tu dapat mandi air sejuk macam ais.

Sampai je bilik dah dekat 6.30 jugak. terus ON diffuser lemongrass + thieves. Bagi udara dalam bilik bersih + segar nak bagi anak-anak rehat. Lagi pun tadi dah pergi banyak tempat kan. duduk satu boat ramai-ramai taktau nak apa yang kita bawak sekali. so bersihkan!

Untuk anak-anak terus sapu pepermint + thieves kat tapak kaki dan belakang badan. dah berendam air laut, pergi banyak tempat. tidur pulak air-cond. so taknak lah ada jangkitan yang kita tak suka. taknak lah kumpul kahak dalam dada tu. huhuhu.


By the way, kalau korang rasa malas nak bawak eo banyak-banyak atau nak guna eo dengan cara yang lebih jimat. boleh ikut cara ni
Cara JIMAT guna EO Young Living

Lepas urut-urut, belek-belek terus lena!
sampai kan nak bawak bagi makan malam tu pun kemain liattttt nak bukak mata memasing!


End of day one.
nanti kita masuk cerita hari kedua tu lagi best. 
hehehhe


No comments: