Wednesday, September 11, 2019

..::Perodua Aruz 2019:..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Rezeki anak memang tak boleh nak di sangkal. 
Kita ni cuma pengantara dan menumpang je rezeki dorang kan??

Al-kisahnya,
2019 bukan tahun yang kitorang target nak tukar kereta pun sebab kitorang ada target lain untuk selesaikan tahun ni.Kereta putih yang usia dah 7 tahun tu sangat lah berkhidmat dengan baik dan langsung tak pernah buat ragam. Memang baik lah dia senang citer!

Nak dijadikan cerita,
bulan 2, sesaje lah masuk showroom perdoua nak tengok Aruz. SUV pertama perodua tu kan?
Mika, Hanan pun join lah sekali. Kemain seronok eh dorang macam mami ni nak beli kereta baru pulak. Walaupun LANGSUNG takde niat nak tukar kereta. Entah kenapa si kael keluar showroom terus menangis merengek mommy tak beli kereta.

Deyyyy thambiiiiiii.....
ingat beli kereta tu macam beli baju ke??? adoooiiiiii....
Udah lah nak melayan drama dia.
Nak memujuk hati beliau,
kami laki bini dok cakap kat dia "abang doa jela banyak, nanti dapat lah kereta baru"
Begitu ye..... ahahahaha.
Lupa pulak memasing yang si anak yang suci ni memang senang nak makbul.
Udah la tiap kali dia solat dia pi sebut "ya allah, bagi kan lah abang dan hanan kereta baru yang besar warna biru" kahkahkahkah!! Spesific ye memang dia sebut gitu sebab kat showroom masa tu memang kereta Aruz warna biru dan amazon green (hijau macam hitam) tapi dia kenan biru

Dan sejak pada itu,
Si alza menunjuk kan tanda-tanda untuk di lepaskan...
Allahu....... aku ni dah banyak kali bincang dengan Mirzal.
Kalau habis bayar Alza ni, aku nak amik sedan je untuk aku bawak pergi kerja hari-hari.
Takmo kereta besar. cukup lah alza as family car.
Target aku Civic biru tu je. yelah, untuk pakai sendiri pegi office.
Tapi tulah, Allah makbulkan doa kael dulu....

24 jun 2019

24 jun 2019 : 5pm.
last aku dapat tengok si alza ni.
Baik ye kereta ni, 7 tahun langsung tak buat perangai
very low coast maintenance! Senang jaga!
Aku sendiri yang hantar kat tuan baru. Sebak. sikit. hehehe
Alza ni kereta kedua aku. So tak rasa sedih sangat lah lepaskan dia ni sebab kereta pertama masih ada dalam simpanan dan elok. 1st car aku Viva comel itu dan sangat priceless! No.plate pun beli. hehe.
Alza ni beli sebab ada kael, nak dia lebih selesa. Boleh kata memang rezeki dia lah!

Kael jugak lah yang paling sedih anta kitorang ber-empat. sebab dia memang taktau pun kitorang nak letgo kereta ni. bila dia tengok aku serah kunci semua dia dah pelik. bila kitorang tinggal kan kereta balik dengan axia je dia dah nangis dah. banyak kali tanya kenapa kereta tu acik ambik. And again, kitorang ulang ayat yang sama "abang doa jela banyak, nanti dapat lah kereta baru"


Semua nya macam mudah sangat untuk beli si biru ni. 2 julai sign agreement. 13 july sale person kata kereta lambat sebab perodua tengah produce warna silver. Mungkin dalam sebulan. Aku ok jela. takde rush pun. Tup tup 19 julai dia bagitau kereta dah ada kat showroom just tunggu no plate dari kitorang je. Memang kereta kali ni aku nak beli nombor sendiri. 

Kan aku dah cakap, semua nya dipermudahkan. kebetulan aku memang tengah cuti lepas operation buang Cyst dan agak dah sihat jugak untuk uruskan batal roadtax dan insurance kereta lama, bawak NCD alza. terus uruskan beli no.plate kereta baru. Alhamdulillah semua ni selesai dalam masa 2 hari je.

23 Julai 2019

Doa abang mika, makbul sepenuhnya. Alhamdulillah.
Seronok sangat dorang masa nampak kereta ni kat parking rumah. Nampak pulak aku dalam kereta tu, tak ketahuan masing-masing. Happy! dorang happy, mommy lagi lah happy. Mommy ayah ni betul-betul menumpang rezeki korang. TQ anak-anak. selalu doa untuk mommy ayah.


TQ abang mika. berkat doa awak ni semua nya dipermudahkan.
6286 no.plate yang kedua aku beli selepas viva 6286 dulu. hehe
6.2.86 : tarikh lahir aku sebenarnya.

Kenapa Perodua?
Sebab 4 kereta kitorang semua nya Perodua. sangat mudah diuruskan. 
Sangat low coast maintenance! kira nya Aruz ni kereta ke-5 lah. Alhamdulillah


Viva : B** 6286
Viva : W** 4524
Axia : W* 394 *
Alza : W** 2350
Aruz :  R** 6286

kenapa R?? 
sebab ni je yg available untuk nombor yang aku nak ni. 
Hantam sajelah, huruf depan tak penting, yang aku nak nombor belakang tu.
nanti aku buat entry khas untuk batalkan roadtax, insurance dan beli nombor plate
semua kitorang buat sendiri. tak melalui ejen langsung.



No comments: