Thursday, December 4, 2014

#KaelMasukTaska

Assalamualaikum semua!

Siap hashtag lagi. keh3. hashtag baru untuk simpan memory kael masuk taska. dan jugak segala cerita2 berkenaan taska kael aku akan guna samada kat IG atau FB. senang nak update :p



Sepatutnya kael masuk taska bulan januari 2015. Bulan disember ni dia duduk dengan nyai (mak aku) Tapi bila aku fikirkan perjalanan dia nak ke rumah mak aku tu jauh kot. dahla naik moto pepagi berdua dgn ayah dia je. seriau aku!

Jadi, kami amik keputusan bersama masukkan taska jugak bulan 12 ni start hari selasa. patutnya hari isnin 1.12.2014 tapi dah ape persiapan pun aku tak buat. Mcm dengan umi liza susu semua hantar sebalang, tapi kat taska kena masuk dalam canister. Toiletries masing2 dalam bag, mcm kael kulit sensitif aku pakai seba-med. Kael kan pakai CD jugak kat rumah baru2 ni pencuci CD dah habis, aku bedal jela guna sabun sedia ade kat rumah tu. ala sabun baju yg warna biru jual dalam tong besar tu kan.

Mula2 tu aku perasan gak dia garu2, biasalah kan budak, aku masih lagi tak perasan kan masalah CD tu. sekali tu bila makin lama aku tgk makin worse pulak dia menggaru sampai dah hitam2 kulitnye dan aku baru terperasan (baru la tapi....bad mommy) yg dia menggaru tu time pakai CD, masa ni barulah terpikir yang disebabkan detergent tu. so, terus stop! mommy terus nak convert pencuci baju shaklee untuk kael, 100% nature dan selamat. in shaa allah


Kael??
hehehe. harini dah hari ke-3 kat taska.
1st day aku hantar dia macam tak berapa nak faham sangat nak kena tinggal, tapi ade lah gaya mcm takut2, aku kental hati je tinggal terus masuk kereta, dengar la dia jerit habis.. mmg habis2 menjerit, aku ni duduk jela dalam kereta nak tunggu berapa lama, mmg hebat jugak jeritnye. muehehe, adelah dalam 15 minit jugak kot pastu ok dah, terus aku gerak ke offcie.

2nd day : mommy terus tak boleh pegi kerja, ngenangkan keadaan dia masa balik semalam nye tu keadaan mata sembab, kesan menangis lama dan jugak dia tidur sangat awal, 7.15 malam dah selamat! risau pulak aku tgk keadaan dia. untuk hari kedua ni aku hantar dia mcm biasa terus tinggal dan dia jerit sekali je terus diam. terus ok. Amik awal dalam 4.30 cenggitu dia sangat happy, tgh lari2, dia sangat ceria, atas motor nyanyi2, besembang yg kami tak faham bunyi :D

3rd day : Mirzal yang hantar, laporan mengatakan jerit sikit je dan ok, so kita tengok balik ni mcm mana :D

No comments: