Sunday, November 30, 2014

Buat Umi Liza dan Keluarga

SEDIH

mommy sangat sedih. minggu ni minggu terakhir umi liza jaga kael,
Jumaat haritu hari terakhir umi liza dan mak adik jaga kael,
lepas ni kael tak boleh dah duduk dengan umi liza, Umi liza pindah terengganu.

Ralat, sangat ralat. mommy kalau boleh nak umi liza jaga kael sampai hujung 2015. yang mana umur kael 3 tahun lebih sebab 2016 kael dah masuk sekolah. setahun je lagi mommy nak umi liza jaga kael, tapi allah dah tulis jodoh kami sampai hujung 2014 ni je, rezeki kael dengan umi liza cukup setakat ini sahaja.

Mungkin antara korang anggap perkara ni remeh, tukar pengasuh je ye dak? mcm aku yg pernah ade pengalaman dengan taska dan pengasuh yg mengecewakan sebelum ni of course hal tukar pengasuh ni satu ketakutan buat aku.

umi liza jaga kael cukup sempurna, cukup baik, cukup segala cukup, bukan umi je yg jaga, mak ika, mok teh, mak adik, along dan juga suami, adik beradik dan anak2 kak liza. semua layan anak2 ngasuh cukup baik. Kael pun sangat selesa dengan diorang. sangat senang hati pegi rumah umi hari2, takde nangis, takde takut.




Anak kak liza yang sulung. Sekarang ni study. rajin PM aku kata rindu man. hehehe. dia ni cukup rajin melayan kael



mak ika, ngasuh kael dari umur 4bulan sampai 2 tahun lebih. lepas kawen terus tak jaga sbb jauh dr rumah dia nak ke rumah umi liza. dan pregnant jugak 

mok teh, ngasuh sama2 dengan ika dan umi liza tp sekejap je sbb rumah jauh jugak. nak dtg pagi2 agak kekangan jugak.

start jaga kael dari ika kawen, bulan 3 sampai sekarang. semua ngasuh dengan baik. kael tak pernah ade masalah langsung utk sesuaikan diri dengan diorang. kael paling kenal umi dgn mak ika dia. 

ika masa cuti kawen lama dulu kemain rindu, ika datang jenguk dia terus duduk atas riba taknak turun2 


najmi, anak umi liza yang bongsu. ni  jela modal aku kalau2 kael moody pagi2. cakap je main dgn abg najmi, makan dgn abg najmi elok lah dia 

"Buat umi liza dan keluarga, Terima kasih banyak2 besarkan kael dengan cukup baik, cukup sempurna. terhutang budi yang tak boleh dibayar dengan ape2 pun.

moga allah memberkati kak liza dan keluarga, di beri kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah dan juga dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat.

Elman akak start taska bulan januari, doakan man sentiasa dijaga allah dan dikurniakan penjaga yang baik mcm umi malahan lebih baik. Mungkin elman belum faham umi pindah, tapi bila mommy ulang2 cakap umi takde, umi jauh dia akan terus cakap taknak dan buat muka sedih. faham lah tu agaknye.

In shaa allah kalau ade rezeki, panjang umur jumpa jugak kita satu hari nnt. klu man demam rindu, ada alasan kami nak jalan ke terengganu. hehehehehe"


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: