Monday, December 22, 2014

..::Pneumonia, Jangan Ambil Mudah::..

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum semua..

Perit jugak rasa nak memulakan entry hari ni. Terlalu perit untuk mengingat semula apa yang terjadi 11 hari yang lalu..

Kami HAMPIR kehilangan hero yang paling kami sayang... BAPAK... 

11.12.2014
dalam pukul 6 pagi dapat mesej dari mak yang menunjukkan keadaan bapak sangat merisaukan. Gegas jugak balik pagi2 tu dengan mirzal dan kael. Keadaan bapak tidak mengizinkan untuk dia berjalan sendiri, malahan untuk dia berdiri tegak atas usaha sendiri pun tak mampu. Bukan sekadar itu, ingatan bapak dan fokus kepada percakapan kami pun dia tak jelas. dia berada dalam keadaan BLUR dan KELIRU.

8.30 am terus ke emergency hospital Sg.Buloh dan bapak terus di masukkan ke Zon separa kritikal, jam 2.00 ptg terus di transfer ke Zon Kritikal. Masa ni semua adik beradik dah ada kat hospital. Saudara mara juga dah ramai yang sampai. Keadaan bapak pada ketika ini sangat KRITIKAL. 

4.00 ptg Doktor perlu masukkan tube pernafasan sebab oksigen sangat rendah, masalah sekarang adalah jantung bapak lemah dan doctor dah panggil mak untuk cakap dengan bapak in case takut "tak sempat" 

6.00 ptg bapak di sahkan Pneumonia. Jangkitan Kuman Paru - Paru dan terus di pindahkan ke wad Kritikal 4a. Doctor cakap "it's difficult to help" Jumaat tengahari terus dipindahkan ke ICU. Masa doctor Briefing kat ICU keadaan bapak, MasyAllah.... masa ni Allah saje yang tahu hati kami, perasaan kami, emosi kami.. hampir kesemua organ bapak jadi sakit akibat jangkitan tersebut.

Pada ketika ini KAMI BERSEDIA UNTUK KEHILANGAN...


Allah Maha Besar, 

Segala Puji Bagi Allah,

8 hari di ICU
3 Hari wad biasa

Alhamdulillah semalam bapak dah balik rumah,
Syukur, perkembangan bapak sangat baik,
Bapak sangat kuat lawan sakit tu.

Syukur Allah masih meminjamkan kami Hero kesayangan,
Susah kami bersama adik beradik dan mak,

Tak ade satu pun antara kami yang lepas tanggungjawab,
Takde satu pun antara kami yang mementingkan diri,
Takde satu pun antara kami yang bersenang - lenang,

Terima kasih buat semua yang mendoakan 
Terima Kasih buat semua yang membantu meringankan beban 
Terima kasih buat semua yang memberi sokongan 

Moga Allah memberi seribu satu rahmat buat kalian

Facebook : kiddoganic

Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: