Monday, October 12, 2015

..::8 hari yang............::...

Assalamualaikum

macam mana nak mula? ok, tarik napas dalam2 dulu... 

Elman demam, mommy demam, ayah demam.

cukup jelas untuk nyatakan keadaan kusut aku. demam serumah ko... 8 hari yang mancabar untuk aku. mana nak uruskan anak, uruskan diri sendiri yang tak sihat, uruskan rumah lagi, dengan keadaan yang tengah memboyot. huhuhu


kesah nye start ahad lepas. yang masa jerebu teruk sesangat tu. aku balik dari rumah mak. tengahari tu dapat rasa elman dedar. ku diam kan lagi. menjelang petang tu confirm naik panas sampailah ke malam memang aku tak boleh tido kesahkan dia. Pagi isnin tu aku dah start sakit kepala, sakit badan, macam nak demam or mungkin jugak badan terlalu letih menguruskan elman. Doktor bagi MC 2 hari untuk aku memandangkan kesihatan aku tak berapa bagus + kael pulak yang memang high temp dia tengok petang tu. 38.6' ko... terus one shot ubat montot kat klinik 

dan seperti biasa tidak lah aku lena. kael pon aku x hantar sekolah. risau jangkit kat anak2 yang lain. Selasa malam kael tak menampakkan tanda2 nak baik. Tidur tu dia meracau lagi adelah. aku memang tak pakaikan dia baju. tido dengan tuala basah semata. dan dia pulak memang pesen tidur atas lengan aku dan berpeluk. maka basah bersama la mak dia malam tu 

Dan rabu tu, aku ade pregnancy checkup. aku tak pegi office lagi memandangkan kael masih lemah keadaan dia. Dan pregnancy checkup aku result serba tak elok... huhuhuhu. Berat turun, darah agak naik dari biasa, rahim kecik (nurse ukur banyak kali ukur dan pelik kenapa rahim aku size dia mengecut) Sakit celah peha toksah cakap lah. bila aku cerita keadaan aku few days baru dia paham. mungkin aku berada dalam keadaan tertekan tanpa sedar. huhuhu




Ye, aku agak letih, aku memaksa diri untuk buat yang terbaik, dalam tak sedar, aku lupa untuk makan, bila ade makanan time nak makan tu selera aku mati macam tu je, mungkin sebab terlalu letih. Rabu malam, badan aku dah menunjukkan tanda2 nak demam, kael dah ok, Khamis kael boleh pegi taska, mirzal dan aku kerja macam biasa. Kat opis, ape pon aku tak boleh buat. badan sejuk semacam, mata dah berbahang, kepala berat yang amat, hidung dag rasa tebal je dek selsema. bertahan jugak sampai ke petang. balik tu nak drive sempat meloya kat parking. nasib lah org dah ramai balik. muntah2 pon xde lah malu sangat 

Jumaat, FLAT. aku dengan mirzal 2,2 sekali tumbang. Mirzal masih kuat lagi pergi kerja sebab nak uruskan sambutan hari sukan negara, aku memang totally out. tak boleh bangun, sakit kepala. Kael aku mintak hantarkan pegi taska. Kemudian mirzal bawak aku ke klinik 2,2 orang pon dapat MC. Memang sore throat, batuk buat aku termuntah sampai keras2 perut, sakit kepala jangan cakap. so, balik klinik REHAT. bukan boleh tidur pon sebab badan terlalu tak selesa. Tp alhamdulillah dapat rehat.

Jumaat malam tetibe hidung aku beradarah yang agak banyak. badan aku tak panas. normal 37'. aku tak pernah mengalami keadaan macam tu. Agak risau jugak tapi takde lah cuak, wassap kawan yang nurse tu dia kata tuam dengan ais dulu. kalau berlarutan baru pegi hospital. so, alhamdulillah ok berenti. Kael pulak malam tu naik balik panas yang tibe. aku dah rasa macam.... halaaaaa............ bukan kael dah sihat ke???? ha, cenggitu la. secara tak sengaja aku TER'mengeluh dalam hati 



Sabtu petang. Aku menangis semahu-mahu nya. nangis. nangis. nangis. nangis yang kerana ape pon aku tak tau, nangis disebabkan ape pon aku tak tau. yang aku tau macam ade 1 rasa yang aku tak dapat nak lepaskan.  Tertekan, penat, letih, dan petang tu aku melepaskan segalanya masa solat asar. Aku tau aku tertekan dengan keadaan tu. dengan keadaan aku yang tak sihat, membawak budak, makan tak menentu, duduk tak kena, baring tak kena, dengan kael lagi yang tak sihat, petang tu................. aku terduduk juga............  Maghrib tu hidung aku berdarah lagi sekali....




Aku bukan orang yang suka mengadu, aku bukan kaki group wassap, aku bukan jenis yang suka cerita ape yang aku tanggung kat sesiapa or di mana2. Aku boleh kata orang yang akan cuba kuat dalam ape keadaan pon, sebab tu aku memilih untuk menangis melepaskan ape yang aku  tak berdaya nak simpan. Dan kesannya sangat baik buat aku. Lagipon, bila kita di uji... Allah cuma nak kita cari DIA je.. kan???

Dan harini, isnin... Alhamdulillah.... semua nya semakin baik. kesihatan, keadaan badan, rezeki dan semua nya.... baik. sangat baik. cuma kael mata pula ketumbit. ahaha, comel je anak bujang kecik tu kena ketumbit 

Dan sebenarnya..... sebelum ujian ni di bagi, kitorang ade terima rezeki besar, rezeki yang di tunggu2, rezeki yang telah diusahakan cuma tinggal nak tunggu berita je jadi milik kami... yang ni nanti aku cerita lain. Alhamdulillah rezeki tu kami dah dapat. Allah tu adil kan.... Dia bagi sebesar2 rezeki, dia tarik sikit nikmat rezeki yang ade.... so, sabar je banyak2... Besar hikmah nya 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: