Showing posts with label mommy blogger. Show all posts
Showing posts with label mommy blogger. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

..::Pengalaman Manis Sebagai Breastfeeding Mommy::..

💕 ASSALAMUALAIKUM 💕

Bismillahirrahmanirrahim...

-Pertama sekali, entry ni tiada tujuan untuk riak, menunjuk atau apa sahaja yang dianggap takbur-

Alhamdulillah, allah beri aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi tentang pengalaman menyusukan anak buat kali kedua. Dan, nak tau tak, breastfeeding moment adalah yang paling tak sabar untuk aku lalui. masa pregnant tu memang orang kata tu excited sangat untuk menyusukan anak. walhal budak dok elok dalam perut lagi. hehehe

Elman Mikhael berjaya aku susu kan sampai 3yr++. Nak wean Off yang penuh dengan drama pasal mak nya dah pregnant dia masih dok gayut lagi. Ade banyak cerita wean-off aku share dalam blog ni. Rajin2 lah belek. So, untuk Hanan Mukhriz ni of course aku over excited sebab rindu giler! heheheh

Aku agak struggle nak susu kan adik Hanan masa kat hospital sebab dia tak berapa pandai nak latch sangat, even sampai kat rumah pun amik masa 3-5 minit jugak nak ajar dia latch. Almost sebulan tau begitu. Ahahaha. Tapi dia ok je, dah latch tu pandai lah dia gayakan nak sedutnya. Dan aku start mengepam seawal hari ke-4. Biar lah orang nak kata cara aku tu salah ke ape sebab colostrum banyak yang aku keluarkan instead of bagi kat anak. Tapi kalau aku tak pam memang nangis lah tahan bengkak. silap2 boleh jadi demam. Bahaya woo demam time pantang. ha, yang tu ada cerita nya. nnt aku cerita

Aku bersyukur banyak sebab memang jadikan susu aku terlebih dari cukup untuk Hanan Mukhriz. Memang betul aku amalkan set bersalin Shaklee tapi aku tak amik Alfalfa untuk milk booster sebab Hanan jaundice lama. Sampai hospital declare prolonged jaundice. Even sampai sekarang pon aku masih belum mula amik alfalfa. Tapi vitamin2 shaklee yang aku consume tu memang sangat membantu jugak memperbanyakkan susu. Ostematrix buat badan aku relax, xde sakit2. B-complex + Vitalea buat aku tak letih, aku jarang sangat2 tidur siang. So bila badan kita segar tak stress, penghasilan susu tu pun semakin baik dan lancar.

Konsepnya gini, rajin pam, tenang, makan yang sihat2, jangan stress!


Ibu menyusu mana yang tak bahagia bila dapat menunaikan hak si anak. ya Allah.. setiap titik susu yang kita beri pada si anak pahala allah dah janji. Ikhtiar itu penting, biar lah sikit macam mana pun, yang penting kita ikhtiar, sentiasa cuba beri yang terbaik untuk kesayangan. Allah taknak tengok hasil, dia nak tengok usaha. Doa banyak2 supaya rezeki sentiasa ada.

Masa kemas fridge, update stock Hanan, ada lagi sebesen dah aku tuang ke sinki. dalam 135oz macam tu. tu pon fridge masih penuh. Memang takde simpan pakai botol dah. 100% guna plastic EBM storage. huhuhu. lauk2 memang tak boleh simpan dah. Nak masak baru beli. 

Pengalaman menyusukan Hanan (buat  masa ni) jauh beza dengan si Elman. Mikhael cukup senang nak disusukan tapi Hanan Mukhriz ni memang buat mommy nya GRRRRR! Kalau kata dia taknak minum memang dia takkan minum! sampai keras2 badan nya menolak untuk disusukan. Boleh kata dia budak yang susah nak direct feeding. Kalau duduk rumah dengan dia weekend pon aku boleh pam sampai dapat 10oz sekali pam.


Ok, ni gambar masa Hanan 5 bulan. lepas dah banyak stok EBM keluar sejak Hanan dah masuk sekolah. Ade dah ruang untuk mommy simpan sikit2 stok lauk. hehehe

Jauh lagi perjalanan penyusuan mommy untuk Hanan Mukhriz. in shaa allah moga diberi kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah. Aku tak beli deep freezer, aku ada mintak advice klinik isu ni.

Pendapat diorang Susu ibu hanya menjadi KEPERLUAN UTAMA sepanjang 6 bulan sahaja. selepas pada tu MESTI top-up dengan makanan dan keperluan lain untuk pembesaran dia. So, pemahaman aku, kita boleh fikir dulu keperluan anak di mana. Apa yang di katakan exclusive breast feeding adalah pada 6 bulan pertama sahaja. selepas pada tu bila anak dah makan macam-macam tiada lagi istilah EXCLUSIVE tu. hehehe.

Ada yang target nak menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih, Pendapat aku, bila anak dah start makan or minum susu FM, masih tak boleh susu kan ke? terus stop ke? TAK KAN??? kita masih lagi boleh breastfeeding dengan cemerlang sehingga 2 tahun atau lebih, tengok macam kael tu. sampai 3yr++ 🙈

Jadi, pada aku... Muhasabah diri balik tujuan korang menyusukan anak dan pam susu. keperluan anak dan sebagainya. kita nak susu kan anak, bukan peti ais. sebab tu aku tak ralat susu terbuang sebab takde deep freezer. hehehe. tapi lain orang lain keperluan dan pendapat. Ini adalah pendapat dan pandangan aku sendiri.

Alhamdulillah sampai sekarang aku masih menyusukan Hanan, tapi kat sekolah aku dah hantar FM start hanan umur setahun. Ada banyak sangat drama mommy menyusukan dak hanan ni, menitik air mata tau. huhuhu. berdarah segala. Hanan banyak taring!!!

Moga aku dapat susu kan Hanan Mukhriz sehingga 2 tahun atau lebih, amin :)

Penyusuan susu ibu dengan Set menyusu Shaklee aku consume sejak dari elman umur 4 bulan. Alhamdulillah memang sangat berpuas hati,

Shaklee supplimen yang paling BERBALOI aku consume, mengandung dan menyusu boleh guna set yang sama, so masa mengandung makan dah bersalin pun teruskan makan, tak perlu nak beli-beli lain dah. untuk ibu menyusu yang nak tingkat kan production boleh add-on alfalfa.

If anyone nak cuba shaklee, or belikan untuk isteri sebagai tanda sokongan ke arah penyusuan susu ibu, do contact me. i'll guide u cara pengambilan yang betul untuk mendapatkan hasil penghasilan susu ibu yang terbaik!

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, March 30, 2017

..::Design Baju Group Blogger Gojes Supermom & baby GBSB::..

 💜 ASSALAMUALAIKUM 💜

Belum family day, aku dah update gambar baju.

POYO TAK??

Mak tak kesahhhhh 👅
.
.
.
.

Tahun ni ada peluang nak join GBSB punya family day. dah 3 tahun buat baru ko mampu nak join wa?? Ko buat apa selama ni dalam group?

KAHKAHKAHKAH!!!

Di sebabkan kita rasa macam semangat nak join, dan nampak diorang tak dapat nak design baju memandangkan 2 orang kreatif yang dalam group tak dapat join. suhaida & ekin jamal. So, aku ni tetibe tak malu offer diri. ko bajet ko kreatif sangat ke wa??? 😏

Mak mimi decide warna hitam & gold. sangat menarik sebab warna ni memang naik dan mengancam!! tetibe kepala hotak aku keluar idea puzzle sebab konsep aku gathering. gi tulah konon.... 

Puzzle kan... dari caca marba bila cantum elok2, jadi sempurna. camtu lah aku bayang untuk group kami ni. Semua blogger mak-mak duduk dalam satu group dari pelbagai latar belakang, tapi bila sama-sama untuk berurusan, semua nya jadi elok. i like mereka sangat. 1st time jumpa pun macam dah kawan dari sekolah. walhal? nama pun kadang2 paksa cuba ingat 😝😝😝




ini konsepnya. dan selebihnya husband eira zainal yang settlekan dan hasil nya sangat menarik!!


Baju Mirzal


Baju Wawa


Baju Mikhael


Baju Hanan Conan 

Baju dak Hanan yang paling cantik printngnya!! serious, printing mahal untuk romper ni. sukaaaa...!!! warna gold yang memang cantik berkilat!
.
.
.

ONE DAY TO GO...!!
.
.
.

.
.
Special Thanks To Our Lovely Sponsors For This 3rd Event :
.
.

👉@allaboutprinting
👉@butikpenmerah
👉@wellnessmamahq
👉@beautee.my
👉@elementorganik
👉@cutencuddlyshop
👉🏻 @ylbydolceryna
👉 @dapurnanafarhana
👉 @sambalhitamciknaa
👉 @dunia_aura_by_shinawann



Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, March 20, 2017

..::Percutian yang Menyeronokkan di A’Famosa Resort::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM 🐼
Hai korang! Setelah penat lelah bekerja seharian, mesti korang inginkan masa untuk bercuti dan beriadah bersama keluarga kan? Cuti sekolah pun dah nak dekat, korang ada plan nak pergi bercuti ke? Bagi yang belum decide nak pergi bercuti kemana, apa kata korang bawak keluarga pergi bercuti ke Melaka.

This is because, there are so many interesting places yang korang boleh visit bersama dengan keluarga tau. Seperti di The Pirates Adventure, korang boleh bawa anak korang merasakan sendiri pengalaman menjadi lanun dan mencari harta karun, mesti korang dan family berasa sangat seronok sambil bermain, sambil mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga bak kata orang.
Bukan itu je, bagi korang yang inginkan aktiviti beriadah sendiri bersama keluarga seperti main bola tampar, main layang-layang, berkelah dan sebagainya, korang boleh la pergi berkunjung di Dataran 1 Malaysia yang terletak di Pantai Klebang. Kat situ, korang dapat beriadah bersama keluarga sambil menghirup udara pantai yang segar dan meghayati keindahan pemandangan laut selat Melaka yang luas terbentang.
Ok lah, lepas dah berjalan – jalan dengan keluarga kat Melaka, mesti la nak rehatkan diri kan?
So, apa kata korang bawa keluarga untuk menginap di A’Famosa Resort.


Kat situ kan ada banyak tempat menarik tau, jadi kalau korang dah penat berjalan kat Bandar Melaka tu dan tak larat lagi nak msuk Bandar Melaka, korang boleh habiskan masa bersama keluarga dengan berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada kat dalam A’Famosa Resort tu aje. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi di A’Famosa Resort, yang sesuai untuk korang bawa anak-anak pergi berjalan sama seperti Taman Tema Air A’Famosa, Safari Wonderland, dan Cowboy town.

Pada waktu siang korang boleh la datang bermain di Taman Tema Air A’Famosa, dan di waktu malam pula korang boleh ke Safari Wonderland untuk melihat hidupan liar seperti singa dan sebagainya, dan kalau nak lain daripada yang lain, korang boleh la singgah ke Cowboy town untuk melihat  Bukan itu aje, bagi yang suka shopping korang boleh la berkunjung ke Freeport A’Famosa Outlet (FAO), terdapat pelbagai jenis barang berjenama yang dijual pada harga yang murah, seperti Carlo Rino, Adidas, Nike, dan sebagainya.



Ok, berbalik kepada penginapan di A’Famosa Resort, ni dia ada empat jenis accommodation seperti A’Famosa Resort Hotel, Condotel, Villa, dan Villa’s Suite. Pilih aje yang mana bersesuaian dengan bajet dan kehendak korang. Bagi yang nak tinggal macam hotel biasa dengan jumlah yang sedikit, lebih baik anda menginap di Hotel A’Famosa Resort, kat situ ada berbagai jenis bilik daripada standard room sehingga lah ke Suites. Lain pula jika anda memilih untuk menginap di Condotel, berkonsepkan gabungan kondomium dan hotel, anda boleh membawa jumlah keluarga yang ramai kerana Condotel ini mempunyai ruangan yang luas dan servis yang diberi sebiji macam kat Hotel tu tau.



Begelumang memang syiok habiss!

My niece inas. alahaiiii... senang hati berenang ha :)

Selain itu, bagi yang datang dengan keluarga yang jumlahnya ramai, macam dua or tiga family gitu kan, korang boleh try menginap di Villa A’Famosa ataupun Villa Suite A’Famosa, Villa ni memang best tau, sebabnya ruangnya yang luas dan mempunyai private pool yang tersendiri. Beza antara Villa dan Villa Suite ialah tahap ke’exclusiv’annye tu, Villa Suite berkonsepkan Villa mewah yang terdapat pelbagai fasiliti seperti jakuzi, kolan renang, tempat barbeque dan sebagainya.

So, to know more about A'Famosa resort details korang boleh la try search at Traveloka, kat situ terdapat pelbagai harga yang menarik ditawarkan kepada korang. Bukan itu aje, kalau korang nak search penginapan yang bersesuaian dengan bajet dan cita rasa korang pun boleh try search kat sini tau. Baiklah, nampaknya masa telah mencemburui kita untuk berkongsi pendapat dengan lebih panjang lagi, jadi apakata luangkan masa untuk pergi bercuti bersama dengan orang yang tersayang, pasti hidup akan menjadi lebih bermakna. Akhir kata, rancanglah percutian korang agar ianya berjalan dengan lancar dan teratur. Selamat bercuti!
==============================
Bercakap pasal A'famosa ni kan, bungalow dia memang best! kitorang pernah buat family day lagi tau. gathering 8-9 keluarga serentak! memang syiok habis dan tenang. kawasan villa yang tak sibuk dan selamat untuk anak-anak main di sekitar bungalow dan In syaa allah memang ada perancangan untuk kesana lagi...!

see yah..!!!