💕 ASSALAMUALAIKUM 💕
Bismillahirrahmanirrahim...
Bismillahirrahmanirrahim...
-Pertama sekali, entry ni tiada tujuan untuk riak, menunjuk atau apa sahaja yang dianggap takbur-
Alhamdulillah, allah beri aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi tentang pengalaman menyusukan anak buat kali kedua. Dan, nak tau tak, breastfeeding moment adalah yang paling tak sabar untuk aku lalui. masa pregnant tu memang orang kata tu excited sangat untuk menyusukan anak. walhal budak dok elok dalam perut lagi. hehehe
Elman Mikhael berjaya aku susu kan sampai 3yr++. Nak wean Off yang penuh dengan drama pasal mak nya dah pregnant dia masih dok gayut lagi. Ade banyak cerita wean-off aku share dalam blog ni. Rajin2 lah belek. So, untuk Hanan Mukhriz ni of course aku over excited sebab rindu giler! heheheh
Aku agak struggle nak susu kan adik Hanan masa kat hospital sebab dia tak berapa pandai nak latch sangat, even sampai kat rumah pun amik masa 3-5 minit jugak nak ajar dia latch. Almost sebulan tau begitu. Ahahaha. Tapi dia ok je, dah latch tu pandai lah dia gayakan nak sedutnya. Dan aku start mengepam seawal hari ke-4. Biar lah orang nak kata cara aku tu salah ke ape sebab colostrum banyak yang aku keluarkan instead of bagi kat anak. Tapi kalau aku tak pam memang nangis lah tahan bengkak. silap2 boleh jadi demam. Bahaya woo demam time pantang. ha, yang tu ada cerita nya. nnt aku cerita
Aku bersyukur banyak sebab memang jadikan susu aku terlebih dari cukup untuk Hanan Mukhriz. Memang betul aku amalkan set bersalin Shaklee tapi aku tak amik Alfalfa untuk milk booster sebab Hanan jaundice lama. Sampai hospital declare prolonged jaundice. Even sampai sekarang pon aku masih belum mula amik alfalfa. Tapi vitamin2 shaklee yang aku consume tu memang sangat membantu jugak memperbanyakkan susu. Ostematrix buat badan aku relax, xde sakit2. B-complex + Vitalea buat aku tak letih, aku jarang sangat2 tidur siang. So bila badan kita segar tak stress, penghasilan susu tu pun semakin baik dan lancar.
Konsepnya gini, rajin pam, tenang, makan yang sihat2, jangan stress!
Ibu menyusu mana yang tak bahagia bila dapat menunaikan hak si anak. ya Allah.. setiap titik susu yang kita beri pada si anak pahala allah dah janji. Ikhtiar itu penting, biar lah sikit macam mana pun, yang penting kita ikhtiar, sentiasa cuba beri yang terbaik untuk kesayangan. Allah taknak tengok hasil, dia nak tengok usaha. Doa banyak2 supaya rezeki sentiasa ada.
Masa kemas fridge, update stock Hanan, ada lagi sebesen dah aku tuang ke sinki. dalam 135oz macam tu. tu pon fridge masih penuh. Memang takde simpan pakai botol dah. 100% guna plastic EBM storage. huhuhu. lauk2 memang tak boleh simpan dah. Nak masak baru beli.
Pengalaman menyusukan Hanan (buat masa ni) jauh beza dengan si Elman. Mikhael cukup senang nak disusukan tapi Hanan Mukhriz ni memang buat mommy nya GRRRRR! Kalau kata dia taknak minum memang dia takkan minum! sampai keras2 badan nya menolak untuk disusukan. Boleh kata dia budak yang susah nak direct feeding. Kalau duduk rumah dengan dia weekend pon aku boleh pam sampai dapat 10oz sekali pam.
Ok, ni gambar masa Hanan 5 bulan. lepas dah banyak stok EBM keluar sejak Hanan dah masuk sekolah. Ade dah ruang untuk mommy simpan sikit2 stok lauk. hehehe
Jauh lagi perjalanan penyusuan mommy untuk Hanan Mukhriz. in shaa allah moga diberi kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah. Aku tak beli deep freezer, aku ada mintak advice klinik isu ni.
Pendapat diorang Susu ibu hanya menjadi KEPERLUAN UTAMA sepanjang 6 bulan sahaja. selepas pada tu MESTI top-up dengan makanan dan keperluan lain untuk pembesaran dia. So, pemahaman aku, kita boleh fikir dulu keperluan anak di mana. Apa yang di katakan exclusive breast feeding adalah pada 6 bulan pertama sahaja. selepas pada tu bila anak dah makan macam-macam tiada lagi istilah EXCLUSIVE tu. hehehe.
Ada yang target nak menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih, Pendapat aku, bila anak dah start makan or minum susu FM, masih tak boleh susu kan ke? terus stop ke? TAK KAN??? kita masih lagi boleh breastfeeding dengan cemerlang sehingga 2 tahun atau lebih, tengok macam kael tu. sampai 3yr++ 🙈
Jadi, pada aku... Muhasabah diri balik tujuan korang menyusukan anak dan pam susu. keperluan anak dan sebagainya. kita nak susu kan anak, bukan peti ais. sebab tu aku tak ralat susu terbuang sebab takde deep freezer. hehehe. tapi lain orang lain keperluan dan pendapat. Ini adalah pendapat dan pandangan aku sendiri.
Alhamdulillah sampai sekarang aku masih menyusukan Hanan, tapi kat sekolah aku dah hantar FM start hanan umur setahun. Ada banyak sangat drama mommy menyusukan dak hanan ni, menitik air mata tau. huhuhu. berdarah segala. Hanan banyak taring!!!
Moga aku dapat susu kan Hanan Mukhriz sehingga 2 tahun atau lebih, amin :)
Penyusuan susu ibu dengan Set menyusu Shaklee aku consume sejak dari elman umur 4 bulan. Alhamdulillah memang sangat berpuas hati,
If anyone nak cuba shaklee, or belikan untuk isteri sebagai tanda sokongan ke arah penyusuan susu ibu, do contact me. i'll guide u cara pengambilan yang betul untuk mendapatkan hasil penghasilan susu ibu yang terbaik!

Shaklee supplimen yang paling BERBALOI aku consume, mengandung dan menyusu boleh guna set yang sama, so masa mengandung makan dah bersalin pun teruskan makan, tak perlu nak beli-beli lain dah. untuk ibu menyusu yang nak tingkat kan production boleh add-on alfalfa.
If anyone nak cuba shaklee, or belikan untuk isteri sebagai tanda sokongan ke arah penyusuan susu ibu, do contact me. i'll guide u cara pengambilan yang betul untuk mendapatkan hasil penghasilan susu ibu yang terbaik!
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
No comments:
Post a Comment