Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Monday, July 11, 2016

..::Aidilfitri 2016 :Rumah Mertua dan Tema hijaunya::..

Assalamualaikum dan Happy eid korang!

[Ni kalau amik gambar kat studio, rugi besar mak pak korang tau]

[Tahun ni salam raya panjang sikit mintak ampun. ahahaha]

[Gambar sweet is wajib]

macam mana raya korang? turn mana? ade adegan merajuk2 tak? hehehehe. kami orang punya raya seronok2 je, happy2, ronda - ronda raya sampai masing2 dah surrender. Dis year, turn aku with in-laws. dan sekian pun semua dah maklum kalau aku raya dengan mertua baju raya haruslah banyak. yang mana baru jadi reader blog ni sila rajin2 bukak label hari raya ye. hehehehe.

[Kat sepri. kampung ayah mertua. ni jela gambar family yang ade pun. kitorang semua lupa nak longgok dan amik gambar official]

Tema tahun ni Emerald Green. Tapi team aku hijau caca marba. Mana tak nya, beli asal sempat. memang kan dah cakap aku takde shopping raya tahun ni, Hanan tak sihat, tak boleh nak pergi tempat ramai orang dan bersesak. Maka baju raya beli asal sempat. Baju aku dengan baby Hanan beli online, Mirzal macam biasa, kalau membeli mesti nak belek kain so dia beli baju dia sendiri last kali baju kael isnin malam baru beli kat jakel. baju upin ipin aje. dan warna baju dia yang paling kelaut sekali. ahahaha. orang lain berdondon - dondon, kami hijau caca marba. lantak. asalkan raya.

[Baju hijau yang setengah hari]

Yang kemudian nya aku berjalan dengan baju t-shirt langkawi. Sebab? kena YAK dengan Hanan!!! Argghhh! mommy tak berapa nak redho berjalan raya dengan t-shirt langkawi, songket sarawak dan tudung lopa gitu tau! Dah tu, nak buat camner. bila dah bersihkan pun lalat ade jugak terbang2 manja kat baju. Ahahahaha! Takpelah diknan, mommy sempat pose sekeping dengan baju raya 2016 pun dah cukup bersyukur dah. hehehe.

[Kereta kami full with boys. Bingit kereta dengan suara2 belum akil baligh ni. hehe.]

[Yang sorang sibuk betulkan jambul, yang sorang sibuk nak kunyah kasut. Buat perangai gini pagi raya kat rumah arwah onyang]


Kami berjalan bawak walker. Yang adik ipar berjalan bawak buai. memang masing2 beraya rumah orang buat macam rumah sendiri. hehehe. Ala, rumah yang kami pergi semua rumah sedara yang rapat dah macam adik beradik sendiri. Jadi nya takde lah pelik pun. Rumah ku rumah mu lah konsep beraya kali ni. Senang ade walker, si Hanan pon tak payah lah asik nak pegang je. dia pon selesa nak begerak mana dia suka. 


Bukan mudah ye aku nak amik gambar 3 hero ni serentak. sekali lagi ulang, BUKAN MUDAH. ko tengok muka kael, ko tengok!!
Dah la baju tak sama dengan orang! 
mommy hantar rumah sebelah kang tau lah! 


Beraya dengan Hanan sangat mudah. Sangatttttt mudah! tak banyak pe'el beliau ni. cuma dia meligat lah. pegang tak mau diam. badan nya meliat2 begerak. mulut pun boleh tahan bising. kael jela asik merengek menangis. eh, jangan pelik. Anak bujang aku yang no.1 ni memang kuat merengek. terlebih manja. Tapi kan, dia kalau dengan aku AJE dia sangat behave, senang jaga. cuba ada apak nye. siap lah perangan dia, siaplahhhhhh... berjuraian air mata, merengek menjerit mengoyak mulut!! yang paling tak tahan dah pandai menjawab sambil menjerit!!7 hari yang penuh kesabaran. mommy tak boleh nak me'naga sangat. balik tingkat 13 ni siaplah awak. siapppp!!! Mommy train balik jangan jadi melampau sangat!

Dah, ok lah sekian cerita raya baju hijau. dan akan ade lagi entry raya yang lain lepas ni seperti OOTD, Home Made Shell out dan juga lain - lain cerita. Soon baby, soooon!
Chow, nak lunch..!!

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Friday, July 31, 2015

..::Cerita 1 raya sampai 4 raya::..

Assalamualaikum

orang lain dah sibuk citer sampai patbelas hari raya aku baru nak cerita raya pertama. Esok orang dah start cerita pasal raya haji, aku baru nak sembang pasal pegi open house. muahaha.

Tahun ni, raya kat sg.buloh. turn aku. dah 4 tahun kawem ni takde hal pon nak raya mana pasal 2,2 belah pon seronok. Belah mirzal pon aku suka, belah aku pon aku suka. cuma keseronokan tu dengan cara yang tersendiri..


Keseronokkan raya kalau belah aku ni dari segi rohani lah biasanya. memang mendalam sangat rasa nikmat hari raya... Malam raya lepas magrib semua akan berjemaah. Tahun ni semua dapat jemaah sekali. takde sorang pon yang uzur. anak2 jaga diri memasing kat belakang. memang huru hara lah jugak, tapi alhamdulillah... dapat selesaikan hingga habis solat tanpa ade yang keluar saf. ahahaha. anak2 meligat hoi! si kael menarik kain mirzal mcm nak tercabut dah aku tengokkan. tak khusyuk solat aku! :p

 

Rumah mak aku taman jugak, sama dengan rumah mak mirzal, bezanya mak aku corner lot. jadi adelah laman nak pasang pelita. memang tiap tahun pasang x pernah missed. akak2 dengan abg2 ipar aku yang usahakan. 

Malam tu persiap rumah untuk baraan pulak (takbir dari rumah ke rumah)
Seronok sangat bila satu rumah kita bergema dengan takbir dan selawat. Baraan ni juga buat ukhuwah kejiranan tu semakin kuat. moga tradisi ini dikekalkan. Moga kael juga akan merasa nikmat baraan ini kelak. amin.


Pagi raya dengan kak da (kakak ipar)
Pagi raya tu siapkan anak dan makanan semua. sementara tunggu mak, bapak, abang dan mirzal balik solat raya sempatlah bergambar ala kadar. Diorang balik tu terus salam raya, Salam nangis.. muahahaha. kalau kat belah mirzal takde salam nangis ni. Happy2 je, gelak2, hehehehe

Official gambar raya memang takde. even aku tak sempat pon nak amik gamabr baju sedondon dengan mirzal. huhuhuhu :(


Selesai makan semua terus aku tukar baju pasal nak ke kubur, belemuih dengan peluh baju raya i nanti. wakakaka! 



Jadual agak rushing, yelah... jumaat kan.. mana nak kejarkan solat jumaat lagi. lepas ke kubur terus balik rumah sebab dah ade tetamu yang menunggu. begitu lah sampai ke malam. duduk rumah je, cuma malam tu aku ajak mirzal ke rumah makcik dia. dekat je dengan umah mak aku. memenuhkan masa. kael pon dah boring duduk rumah. hehehe

Kalau belah mirzal memang keseronokkan nya dengan family dia yang besar, atok dengn wan pon ade lagi kat kampung. makcik pakcik semua sihat walafiat, Jalan raya pulak dari pagi sampai ke tengah malam pon aku ok je... puas lah pakai baju raya. hehehe​

Belah aku slow sikit. kami lebih kepada menunggu tetamu. Tok nenek aku dah lama meninggal, ayah aku anak sulong, mak pulak anak bongsu. tak ramai adik beradik. 1 & 2 hari raya memang tak pegi mana2. duduk rumah je menunggu tetamu. mirzal dah x tau nak buat ape dah. kael lagi lah boring. hahaha.

Raya ke-3 baru berjalan raya. tu pon dah tengahari baru keluar, adelah pegi 3 rumah je.
Raya ke-4 aku dah keje!

Begitulah sendunya cerita raya aku.... boring dak?? kofkofkof!!

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Tuesday, July 28, 2015

..::Asalnya nak update cerita raya::..

Assalamualaikum

Memang selalu gini.. lain yang aku nak update lain yang aku buat..
aku ngantuk gegile kat opis harini. hadap blog pulak kusam semacam je nengok cerita puasa x beralih2 dari tempatnya. kahkahkah.

Gasaklah, korang hadaplah blog pelangi aku ni ha. otak tidak berada pada tempatnya ketika menggodek blog :p

alang2, dah update meh ler kite tepek sekeping gambar raya yang ala kadar.


baju ni aku beli dari mak rafif last year pasal dia jahit terkecik. so rezeki aku lah dapat beli baju cantek murah2. hehehe. dah pakai bawak pegi dinner bagai.. tapi kan aku ckp haritu aku x beli baju raya sangat, so repeat jela baju mana yang masih muat. muahahah. 5month preggy masih fit in dalam dress ni. I is suka sangat! :)

Cerita official raya nanti lah aku update bebetul ek. gambar yilek :p
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Tuesday, July 14, 2015

..::Persiapan Raya 2015::..

Persiapan Raya 2015

Baju raya aku dah beli awal2 kat vietnam masa bulan 3, tempah lagi sepasang kain yang sama dengan mirzal dan mikhael. mini kurung lagi ko! masa tu x tau pregnant.... sekali dah siap............ ku pandang sendu je la baju2 raya aku tu.. kalau aku sarung jugak, orang tak pandang aku dah.. perut dulu yang kedepan. ahahahaha.


Tahun ni serba sederhana, disebabkan baju yang ade aku tak boleh pakai.. aku pon beli sepasang je yang wajib. Harus sedondon dengan mirzal dan mikhael. lagi sepasang akak aku mam dah buatkan. Dan nak dijadikan rezeki dapat nursing dress murah dari geng gojes si nadt. last year pon dapat dress sequin murah handmade dari geng gojes jugak. si mimi mak rafif. rezeki petite size. hehehe.


Untuk persiapan kael kami lebihkan baju untuk dia. seluar beli 2 helai cukup. pastu kasut sepasang udah ler.. kesahnye.. si kael ni sangat susah nak dibawak shopping. dia tak suka fitting2. boleh jadi gaduh tau. stress kami. boleh batal puasa nak fitting baju dak bulat ni je. ahahahaha. kalau kasut lagi susah nak suruh cuba. dia takkan bagi bukak selipar yang dia tengah pakai. dan kalau kata aku dah pegang kasut atau sandal yang dia cuba tadi nak pegi bayar dia akan marah. dia akan suruh letak balik. hangin ok.


Untuk rumah pulak ala kadar je, cuma tukar alas kaki yang elok sikit, pasang wallpaper nak cover mural2 buatan tangan elman mikhael dengan kemas2 rumah je. langsir tak tukar baru. kuih raya pon ade 2 jenis je. nanti lah raya baru beli. time raya pon ade je org jual kuih kan.. kalau ade org hello2 nak datang rumah baru siap2. memang tak plan pon nak beriye2 tahun ni sebab lebihkan kepada preparation sambut baby baru. heheh. in shaa allah. cuma nya rumah tu kita kena la kasi cantik2. kata raya kan.. haruslah meraikan :)


Zakat fitrah alhamdulillah dah selesai... tengok lah si kael tu. nak nengok jugak. dia lah yang amik kupon zakat dari amil ni. tengok semua mirzal akad dan lafaz zakat. diam je dia.. selesai tu sibuk dia tanya "ape wak..ape wak mi..? ape wak?" (ape buat.. ape buat mi..? ape buat?) ko tengok bahasa dia... orang selalu tanya buat ape... dia punya ayat terbalik.. ape buat? ahahaha. explain lah jugak ayah bayar zakat and bla..bla.. bla.. tak kisah lah dia faham atau tidak yang penting kita sampaikan yang betul... :)

So, korang macam mana? aku tengok dasyat. yang buat kuih berjenis2, yang men'shopping sana sini.. Alhamdulilah.. moga rezeki kita semua sentiasa melimpah ruah. jangan lupa berbagi kepada mereka yang memerlukan ye.. :)
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

..::Melepas Rasa : Raya 2015::..

Assalamualaikum

Takde nak cerita apepon... ahak! aku kat opis lagi ni ha... Planning dah cantik amik cuti khamis dengan isnin, eksaited nak buat persiapan raya kat rumah mak. nak standby untuk baraan malam raya, nak kemas la ape2 yg patut. tapi last2 terpaksa cancel dan cuti pada selasa rabu je. *nangis tepi pintu*

aku kena replace orang.. ingat tak officemate yang pernah aku cerita pregnanat sama2 dengan aku tu? yang mabuk teruk lagi dari aku tu [LINK] dia miscarriage at 11 weeks of pregnancy.. sickness yang terlalu teruk masa mengandung juga boleh memberi risiko kepada bayi. Akak ni dah discharge dari hospital lepas sickness dia getting better. dah boleh makan sikit2, dah boleh lah ade kat office. next checkup nya doc nak check baby survive ke tidak dalam keadaan yang sickness teruk tu, so doctor tengok heartbeat baby dah takde...




Dan disebabkan dia kena buat D & C so automatiklah MC 2 minggu maka sehingga hari raya lah dia bercuti... yang mana perancangan asalnya dia yang standby pada hari khamis dan aku cuti... Takpelah... dia pon tak mintak jadi kan.. dia pon taknak susahkan orang lain.. Allah lebih tahu..

**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, August 18, 2014

..::Merah nya Raya::..

 ðŸ’œASSALAMUALAIKUM💜


Dah 2 minggu raya baru hegeh nak update. Kekangan u olss.. kekangannnn. kahkahkah!!

above, gambar shooting raya kat umah mak aku. gitu la kekdah nye elman mikhael kalau dah buat perangai. malas dia nak melayan mak pak nye dok posing. 

.

ini Team K.A.M.I. nak Group harus di war2 kan.
Khairul-Ayu-Maria-Intan
Tlg jangan tanya kenapa nama aku intan tp panggil wawa. Jenuh makcik nak jawab.



ini pulak Group K.I.T.A.K
dengan slogan nya..
Kumpulan - Ini - Tak - Add - KAMI
kwajaq sungguh matlamat group ni ditubuhkan. hahahaha :D



KECINTAAN
Alhamdulillah, masih di beri peluang menyambut aidilfitri bersama mereka.




Yeayyyy!!!

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, July 28, 2014

..::Salam Aidilfitri Buat Semua::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜



Indah pagi, di aidilfitri,
berpakaian cantik berseri2,
Tema kitorang merah tahun ni,
Tema korang, taknak ke share story.. :)

Seremban, pedas, rembau dan sepri,
Destinasi kampung si buah hati,
Berjalan seiring menyusun jari,
Bersama si kecik si Cinta Hati,

Raya tahun ni di rumah mertua,
Rendang ketupat hidangan utama,
Walaupun menunya lebih kurang sama,
Tetap terkenang masakan ibunda,

Memohon maaf 10 jari,
tidak termasuk jari di kaki,
Andai ada yang terasa hati,
Maaf dipinta setulus hati

--------------------------------------------------------------------------------
Selamat hari raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

*Wawa - Mirzal - Mikhael*
--------------------------------------------------------------------------------

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor