Showing posts with label Rota Virus. Show all posts
Showing posts with label Rota Virus. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

..::Virusessssss::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


Risau. Takut. Sedih. Bekecamuk. Beserabut semua ade untuk perasaan hari selasa. Elman mikhael start muntah2 12.30 am-4.30 non stop every half an hour. So ofcoz mak dgn apak nye pun besengkang mata. Bepindah randah tempat tido kami. Start elman muntah selambak atas katil, pindah tdo kat ruang tamu, muntah lagi atas selimut, tdo gonjeng kesejukkan mak nye pastu muntah lagi atas toto pulak.. Lap cepat2 dan alaskan dengan selimut ayah dia pulak. 4.30 am kepala masing2 dah tingtong. Elman mikhael beransur lega.

Start 7.45 am dia dah start cirit birit.. OmG.. Mommy dah tak keruan.. Sympton rota virus dah menampak kan tanda.. Seharian menguruskan si anak yg cirit dan muntah non stop. Kesian. Sgt kesian. 5.30 pm - 7.30 pm kat hospital sg.buloh. Doktor kata elman bebas rota virus tetapi masih lagi jangkitan virus tp bukan rota. Agak lega. Aku sgt risau klu kena rota virus lagi. Cukuplah sekali aku tgk dia suffer warded causes of rota virus masa bulan 2 haritu.

11.44 pm elman masih lagi cirit birit. Muntah kali terakhir pukul 9.30 pm. Dia dah mau mkn ayam goreng. Sejak dr pg dia x mau mkn, x mau minum, x mau susu. Dia dah mau mkn ayam kepsi seketul besar dah cukup aku lega. Mlm ni bekampung kat rumah mak. Minta tlg mak jaga dia esok aku kerja.
Tau x korang yg muntah2 dan cirit birit yg disebabkan virus boleh bejangkit?? Ok. Ni aku bagitau. Ye. BoLeh bejangkit. Jangkitan boleh dtg dr udara, sentuhan, makanan atau air. So  sebab tu aku tak letak elman kat umi liza klu dia kena cirit or muntah2. Aku x nak anak ngasuh lain pulak yg kena.
Org tua mcm kita pun boleh bejangkit tau. Jadi selepas uruskan anak2 yg muntah dan cirit ni segera bersihkan kawasan yg terkena kesan2 kotor tu dan segera bersihkan diri terutama tangan. Pastikan diapers yg cirit tu dibubgkus dengan plastik dan ikat sebelum buang ke dlm tong sampah.
Aku menulis melaui pengalaman dan pengajaran dan aku harap korang amik situasi aku sebagai pembelajaran utk jaga kesihatan anak2 dan keluarga.

11.51 pm. 
Good night ♥♥


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Wednesday, April 2, 2014

..::Insurans & Kelebihannya::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Tajuk tidak menununjukkan aku ejen insurans. Tp apa yg aku nak cerita kat sini adalah kelebihan dan kepentingan nya memandangkan aku dah rasa benefit amik insurans ni. Memang ramai yg tak suka bila sembang pasal insurans, nak2 kalau ejen call dan terangkan blaa..bla.. bla.. walaupun dah byk kali kita reject. Dan ada jugak yg kata org insurans ni sebenarnya nak amik duit je. Tak tipu, aku juga dulu mcm tu. Tp satu hari allah temukan aku dengan kak erin. Dia cuma bagi talk psl AKPK (pengurusan kredit) pastu dah berbulan call camtu dia call aku dan offer utk dengar dia nak jelaskan pasal insurans dan aku terima.

Perjumpaan pertama aku dengar dan dia emel quotation semua. Bincang dgn mirzal kami hold dulu memandangkan aku kena komited utk bayar RM 150 utk insurans elman mikhael setiap bulan + savings. Yg tak savings RM 120. Mirzal mcm x berani, aku pun mcm takut jugak nnt klu sangkut2 kan. Yela, kita mana nak tau tenggelam timbul rezeki memasing. Then aku senyap dulu..

Kemudian tu dalam hujung september 2013 hati aku sangat2 kuat memerlukan insurans utk elman mikhael memandangkan pengalman kitorang masa kael sakit sebelum raya haritu dengan hospital gov adalah tak berapa nak best jadi aku proceed jugak dan tutup mata. Aku contact kak Erin balik dan dia bg quotation baru dan alhamdulillah proses sangat cepat

Antara sebab aku amik :

1. Keselesaan utk anak dan aku klu jadi ape2
-Aku nak privacy sbb aku still bf kael. Kat hosp.gov jangan mimpi ko nak dapat mcm ni.

2. Kesegeraan rawatan yg anak aku perlukan
-Aku taknak tggu berjam2 mcm yg sebelum ni semata2 utk di drip. last2 balik mcm tu je tanpa apa2 rawatan-


Ye, mmg 2 tu je sebab utama aku.

Aku amik medical card + savings utk si bulat RM 150/month.

Elok je selepas tarikh matang kad ni, kael sakit. 1st time nak guna kad ni mmg kitorang kalut jugak la sbb aku nak bawak dia ke Tropicana Medical Center [LINK] mirzal pulak nak bwk dia ke hospital sg.buloh je sbb sebelah rumah dan pulak kami tak tau prosedur kemasukkan ke tropicana dan RM yang diperlukan. Aku hangin jugak la mula2 kan, yela dah ada medical card, bayar tiap2 bulan nak buat ape lagi aku hadap servis gov hosp. yang korang semua dah sedia maklum mcm mana kan. Nak2 nye pulak hari tu adalah hari sabtu.. Lagilahhhhh....


Aku contact kak Erin jelaskan keadaan anak aku dan dia suruh terus ke tropicana sediakan RM 300 je utk deposit. Sampai je sana manusia punya lah ramai, agak menunggu jugak la. lama la jugak nak tunggu kena treatment bagai tp masih lagi tidak lama mcm gov.hospital. Sebab menunggu lama, hospital kena clarified semuanya dengan insurans. Tp siang tu kami tak kena pun RM 300 sbb GL boleh dapat on the spot. Jadi free lah semuanya. Masa kael kena drip dan confirm utk warded penjaga akan diberikan Towel Kit complete dengan tooth brush, cup,toothpaste, Shower gel, Shampoo & Shower cap. Agak keterujaan di situ sebab tak pernah tau pulak ade hospital yg sediakan kelengkapan mcm ni. aku dapat 2 set sebab kael masuk keluar wad 2 kali remembered??

Settle je semua kami pun ditolak ke ward bilik 2 bedded. Bilik selesa sangat complete dengan TV ada certain rancangan astro mcm Cartoon network, flask air panas almari yg cukup utk simpan barang. Keadaan dalam ward yg ceria byk gambar cartoon comel2.  Dari segi food mmg superb, diorang bagi borang utk aku tick hidangan mana yang aku nak, dari main course sampai lah side dishes. Sarapan sampai lah dinner, ko boleh pilih sendiri dan rasa nya mmg lah amat sedap. Masuk sepital makan chicken chop, breakfast makan croissant la, sandwhich la, minum ptg pulak boleh dapat cheesecake... mana nak dapat wey... Gov spital ko mkn la ayam masak kurma yang rasa nya ehem..ehem tu...

Kali kedua punya warded agak frust sikit service hospital. Lama sangat menunggu utk dapat ward. Ward penuh. Dah dapat ward 5 bedded pulak tp polisi aku 1 bilik 1 katil punya ward. Tp xpelah, dah subuh pun. rehat dulu, bagi kael rest betul2, mirzal pun balik amik ape2 yg patut. Tapi kan, even 5 bedded punya ward pun kami disediakan TV sorang 1 kat partition masing2, ko tutup la dengan langsir then, ko dapat lah privacy.. xde nak komplen byk sangat cuma masa mirzal dtg tghari tu aku suruh jugak dia follow up utk ward 1 bed, bukan ape share ward ramai2 ni kael tak selesa nak tido. Ada anak2 yg sakit umur dan 5-8 tahun klu dia sakit, nak jerit dia jerit je sekuat hati2. Tekejut2 si kael tido.. Pukul 1.30 camtu kami dapat ward 1 katil..

Lega nya tuhan aje yg tau... Bila ward 1 katil ni husband boleh la tunggu sekali. Jadi nya....memang berumah tangga lah kami disana.. huhuhuh.. Ward 1 katil ni sangat lah selesa. So aku rasa klu kat gov spital ko takkan dapat treatment mcm ni.. semuanya bergantung kepada kekosongan katil. baik nasib ko, then ko dapatlah.. kat tropicana pun mcm tu, mmg kena follow up tp sekurang2 nya klu ko tanya byk2 kali pun diorang masih boleh jawab dengan tenang dan sabar tanpa air muka yg ko rasa mcm nak tempeleng laju2. Nurse mmg superb. Baik, ko tekan lah butang merah byk kali panggil diroang pun mmg diorang akan dtg layan elok2. Nak2 nye mcm kael ni kena Rota Virus kan, tecirit dan muntah memanjang, asik nak kena bukak drip je mmg sah2 la ko kena panggil nurse.

Ok, sangat panjang entry kalini, tapi cerita masih belum habis. nanti sambung tau! ada lagi kelebihan insurans yg org tak tau.. Bye!

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor