Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

..::Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!::..

CARA SOLAT TAHAJJUD

Mata tidak boleh lelap? Ataupun terbangun dari tidur?
Ada yang sedang baca artikel cara solat tahajjud ini dalam keadaan berwuduk. Sudah bersiap-sedia untuk melakukan solat sunat tahajjud. Mungkin cuma inginkan kepastian tentang cara solat tahajjud yang betul.
Sepertimana yang kami kongsikan sebelum ini tentang cara solat taubat yang ringkas, kami bawakan sekali lagi cara solat tahajjud. Panduan ini adalah ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat tahajjud atau keseluruhan Panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.
cara-solat-sunat-tahajjud-1
cara-solat-sunat-tahajjud-2cara-solat-sunat-tahajjud-3cara-solat-sunat-tahajjud-4

Berikut ialah teks gambar di atas:
Sembahyang Sunat Tahajjud
Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud
  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud
solat-sunat-tahajjud-lafaz-niat
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Solat Sunat Tahajjud
solat-tahajjud-al-kafirun
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun
solat-tahajjud-al-ikhlas
Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas
Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:
solat-tahajjud-bacaan-doa
Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”
Semoga entri tentang cara solat tahajjud ini bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!
Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Wednesday, June 25, 2014

..::30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Sebagai, ibu, anak, kakak,adik, cikgu, ustazah,
Menarik untuk kita ambil tahu sebagai persediaan diri sendiri :)




Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Orang pertama tulis bismillah ? ????? 
Anak kalau tanya mampus nak jawab..
So simpan nota nih....



30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, June 2, 2014

..::Peringatan untuk Isteri : Redha Suami = Redha Allah::..

  1.  Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
  2. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  3. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
  4.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
  5. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
  6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
  8. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
  10. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  11. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
  12. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
  13. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
  14. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Allahualam
Peringatan ni untuk diri aku.. Aku pun tak terlepas bertikam lidah, bermasam muka dengan mirzal, lumrah la kan hidup berumahtangga. aku bukanlah semulia siti khadijah dan aku takkan mampu menjdi seperti dia. Tapi aku nak sangat jadi seperti dia. Aku cuma tergerak nak share info ni yg aku rasa perlu untuk kita wanita ni tau. Kunci nya adalah IKHLAS. 

Kalau kita dapat redha suami, maka kita akan peroleh Redha Allah.

In shaa allah... Amin..

ko ingat aku tak takut kalau mirzal masam muka dengan aku??? 
Mati x sempat minta maaf, tak cium bau syurga tau tak!