..... السلام عليكم.....
30 julai 2023
alhamdulillah allah masih bagi izin untuk wa ingat setiap last moment.
Dan setiap kali tu jugak lah rasa nak menjerit nak bagitau rindu
Paling rindu nak mengadu. Nak mengadu semua nya!!
Nak dengar nasihat, nak dengar pendapat.
RINDU!!
Pernah wa pergi kubur sorang-sorang semata untuk bersembang dengan bapak.
Sekadar nak bercerita semua nya, susah hati, sakit hati, rezeki dan sebagainya. Walaupun wa tak dapat dengar lagi nasihat - nasihat bapak, tapi seolah - olah wa tau nak buat apa. release and relieved.
Sebenarnya, Rindu je. kan?
Alhamdulillah life wa semakin baik. Mirzal tu BFF wa. Dia lah yang mendengar segala perihal masalah wa. Urusan rumah, inshaa allah dah sampai hujung - hujung. Maaf, kami tak dapat tunaikan seperti mana bapak nak. Untuk list kan semua nama seperti bapak mintak. Kami sepakat serah pada awon. Tapi, dalam hati wa, rumah tu tetap rumah bapak 💖
Pak, wa sayang bapak.
Till then ~
Al- Fatihah.
No comments:
Post a Comment