💜ASSALAMUALAIKUM💜
Simpan untuk kenangan 😍
.
Sesambil sembang ni aku citer lah sekali mana-mana yang patut eh. hehe.
.
Kael sunat last 2 weeks.
Hospital sungai buloh.
Kaedah biasa. kerat dan jahit 😆
Fees : PERCUMA.
.
Kitorang pun tak tau yang khatan kat hospital government ni free 😅
Tapi dah terlanjur tau ni aku share lah ye.
.
Untuk yang nak bawa anak berkahatan kat gov hospital.
Semak dari masa ke semasa bila hospital buka pendaftaran untuk khatan.
Selalunya seminggu sebelum cuti sekolah hujung tahun.
.
Pastu :-
1 : Dapatkan surat sekolah. bagitau je untuk khatan
2 : Bawa surat dan anak ke hospital untuk cek kesihatan anak
3 : Nanti hospital terus bagi tarikh untuk khatan.
.
Pastu masa hari khatan bawak lah anak kat unit berkhatan.
Untuk Khatan kat gov hospital ni,
Mak ayah tak boleh masuk (sg.buloh lah) hospital lain aku tak sure. tapi biasanya sama je.
.
Jadi nya korang bagitau lah sesiap kat anak prosedur tu macam mana.
Tapi please jangan tipu anak eh.
Jangan cakap tak sakit, jangan cakap prosedur tu sekejap.
JANGAN. Lebih elok bagi anak-anak tu mentally prepared.
.
Macam kael memang dari awal kitorang bagitau sakit. jangan seronok sangat kang menyesal.
Tapi tu lah kael. dia memang chill habis 😅
.
Pada aku mudah lah sunat kat gov hospital ni. Dan sebelum discharge tu 3,4,5 kali kitorang tengok doctor checkup anak betul2. siap bagi ubat tahan sakit semua. settle.
Dan doc bekalkan jugak ubat tahan bengkak tak silap haritu. ok lah semua nya terjaga.
.
Boleh kata Jaga kael sunat tak banyak cerita 😅
Budaknya mudah di jaga.
Sampai rumah kitorang simpan "bebird" dia bawah meja je senang.
takyah gantung2 kain. makan pun mudah je atas meja tu.
.
Pagi sunat, petang tu dia dah pakai spender sunat tu duduk merata.
Hari kedua dia dah tidur mengiring.
Mommy tak sempat fefeeling anak dah bujang 😑😑
.
.
Hari ke-5 dia dah pakai seluar biasa siap ajak kitorang lepak mamak.
Takpe, ada lagi "sekor burung" tu belum kena sembelih 😈😈😈
No comments:
Post a Comment