💜ASSALAMUALAIKUM💜
Harini ramadhan ke-4. Sat je rasa. baru je ahad haritu seronok-seronok shopping barang basah buat persiapan nak puasa. tup-tup dah hari ke-4. Tahun ni, sehari sebelum puasa tu dah settle semua dah. Dari baju Mirzal, baju aku, baju anak-anak semua settle! settle yang betul-betul settle siap tudung kasut semua. gituuuu....Semangat nak puasa! memang taknak shopping time puasa. nak rehat-rehat je.
TQ mirzal! hehehehehehe. Baju raya murah takpe, jarang pakai. tapi tudung selalu pakai. heheheheeh. lagi pun dia memang tau dah aku suka Ariani. dapat lah grab sehelai #floraya yang di idamkan ituuuu. Ngam pulak tu dengan warna baju. Memang saje lah tu mintak dibeli! hehehehehe
Settle bab baju raya sebelum balik sungai buloh singgah Pasaraya Zemart kat sikamat ni. Memang belakang rumah mak mertua je. hehe. Aku suka shopping kat sini barang rumah lauk-lauk. sebab Murah dan segar! Beli kat sana bawak balik sungai buloh takde guna ice box ke apa, elok je lagi. masih segar. terus siang bersihkan masuk dalam bekas untuk sekali masak.
Ayam, boleh tahan besar dan banyak isi RM 13.90
Ikan selar kuning 16 ekore RM 8
Ikan siakap size agak besar jugak Rm 8.90
Ikan keli 4 ekor size sederhana dan besar Rm 4
Bayam Rm 0.95 sen. Kangkung RM 1.25
Untuk lauk basah memang aku rendam dengan air baru simpan dalam freezer. cara ni nak elak lauk jadi kecut atau kering kesan ice kering tu. memang best buat macam ni. kekal segar lauk tu dan boleh tahan agak lama jugak.
Untuk sayur, alas dulu dengan tisu basah. basuh sayur terus simpan dalam bekas dan letak dalam Chiller. In shaa allah tahan lama. semalam aku baru masak kangkung tu. alhamdulillah elok segar macam mana masa aku simpan haritu. kiranya dah 3 hari daun-daun kangkung tu masih fresh, hijau dan masih keras. elok!
Balang kecik : Kunyit | Halia | Lengkuas
Balang besar : Garlic | Bawang Besar | Cili blend
Aku suka gila balang ikea ni. Sangat kedap udara dan bahan tak mudah rosak! serious. aku buat ni seminggu sebelum puasa dan sampai lah puasa ke-4 ni bahan-bahan dalam ni masih cun, warna masih sama sikit pun tak berubah!
Memang sejak kawin pun always #misiNObazaar
kecuali memang kalau perlu lah. tapi kalau setakat beli murtabak, roti john tu semua memang ada. kalau lauk. NO. seboleh nya aku akan masak. Satu lagi aku suka masak dan aku suka tengok dorang makan. lelagi anak-anak. pastu jimat. Lagi pun masak bukan masa lama pun. kalau setakat lauk cincai-cincai dalam setengah jam boleh siap 3 lauk. Lagi elok bagi anak nasik dengan telur dari bagi dorang makan MEE SEGERA [Baca : membunuh secara senyap] tolong lah elakkan!
No comments:
Post a Comment