💝ASSALAMUALAIKUM💝
In shaa allah esok last kita puasa. Allahu..... sedih, ramadhan nak habis dah. Bulan yang pahala kita berlipat kali ganda kalau kita buat baik. Aku belum puas buat baik, ramadhan nak pergi dah. Rugi 😭
In shaa Allah tahun ni beraya rumah mak sendiri. Kalau beraya turn aku persiapan ala kadar je. Siap kan untuk anak-anak jela, cuma nya kalau raya sebelah aku ni seronok rasa Aidilfitri tu lain sangat, boleh takbir sama-sama dengan bapak lepas maghrib, pastu ada baraan (takbir rumah ke rumah), memang deep lah feel tu.
So kesempatan yang ada ni aku nak mintak maaf kat korang semua, semua lah yang membaca atau pernah membaca apa yang aku tulis merapu kat blog ni, kot lah ada buat korang tersentap terasa hati ke, dengan rendah diri aku mintak maaf kat korang semua ok. Yela, aku ni orang biasa yang kadang-kadang lantang sangat meluah rasa, aku sorry k 💖
Selamat hari raya korang, ramai dah gerak balik kampung, tak lupa jugak ada yang masih kerja dan outstation sebagainya. Aku masih kerja. In shaa allah petang ni balik rumah mak, kesah kan rumah mak pulak. i just cannot wait untuk dengar takbir raya!
Dan persiapan untuk persediaan kesihatan anak-anak memang aku dah bungkus diffuser dan bawak segala beg eo tu. If anything, senang. kegunaan untuk semua orang. Sabun mandi kael pun aku bawak asing, biasalah... big boy mommy yang sorang tu kulit manja, serba sensitif... hehehehe
Again, Selamat Hari Raya
Moga kita semua di beri kelancaran untuk apa sahaja urusan sepanjang meraikan hari mulia ini. Jangan lupa jeling2 orang yang memerlukan bantuan, hulur lah ikut kemampuan ye. Ajak anak-anak masa kita nak memberi tu, tak banyak...sikit pun dah boleh buat diorang belajar nilai-nilai murni. kena selalu ingat. anak ni span 💜
Lepas tu kan, raya-raya ni...jaga lah mulut korang. jangan lah lantang sangat nak bercakap or bertanya soalan bukan-bukan. pastu perangai tu behave lah sikit... Aku ni takde lah baik sangat tapi boleh la aku share kat korang sikit-sikit terutama bab anak-anak ni
5 Tips Raya 2017
1) JANGAN SUKA-SUKA HATI SUAP ANAK ORANG MAKAN
Yes, aku kena highlight point ini, sebab raya ni TOO MUCH food atas meja dan semua orang pun nak menunjuk kan kasih sayang, ye tak? so alert lah, peraturan ni termaktub untuk peringkat umur 6 tahun dan kebawah. bukan setakat 6 bulan je ye. Sebab nya...... budak2 umur 6 tahun ke bawah ni dia tak alert lagi dengan badan dia allergic apa. mak pak diorang je yang tau. so jangan memandai-memandai nak hulur diorang makanan. Suruh depa mintak sendiri kat mak pak diorang.
2) JANGAN ASIK NAK PELUK CIUM BABY ORANG
Jangan ingat kita pakai cantik2, baju baru kita sesuka hati boleh peluk cium baby orang. BIG NO. Baby ni fragile, lagi-lagi sekarang ni macam-macam jenis virus yang senang berjangkit and certain baby tak tahan. BABY DALAM PANTANG lagi lah korang jangan nak pegang-pegang sangat ye. cukup lah tengok dari jauh, nak balik selit angpow. dah. Kalau baby sakit bukan korang yang susah tau. Mak pak diorang jugak yang kena hadap.
3) ANAK DARA TOKSAH NAK SELFIE SANGAT
Maklumlah, sekarang kan trend baju kepok kepak segala, pastu generasi Y kata nya ye? hidup with gadget. fine, takde masalah pun. But PLEASE..... depan orang tua HORMAT. Jangan ralit sangat dengan phone sampai makcik pakcik korang pulak yang hidang air kemas pinggan tak rehat-rehat. Ini raya ok, time ni lah nak berkumpul semua sedara mara, gelak ketawa dekah2. feel itu..!!
4) RUMAH ORANG BUAT MACAM RUMAH ORANG
Tak salah pun kalau korang nak hipokrit tunjuk konon-konon rajin, at least mak pak korang tak malu lah bawak anak dia berjalan. walaupun rumah orang, jangan lah TETAMU kan sangat diri tu. dah habis makan, buatlah konon-konon angkat lah pinggan ke dapur. walaupun ko tau tuan rumah tak bagi, ni aku cakap KONON, kasi bangga sikit mak ayah korang tu ha anak dia tak lah pemalas sangat walaupun ko kat rumah macam kan................ hehehehehe
5) KEPIT SIKIT SUAMI ISTERI DAN ANAK-ANAK
Bukan apa, yelah, kadang kita ni berjalan bawak anak bini jumpa sedara mara, end up si suami pi melepak dengan sepupu sepapat tak menjengah pun keadaan bini. kang dengan anak berak lah, walhal bini baru nak suap makan, nak jerit kat laki kang malu pulak. Biasa dah masuk kampung2 ni orang2 tua kalau kita mintak tolong suami uruskan anak berak memang ko kena jelingan maut je nanti. hehehehehe. so suami, please... nak lepak tu boleh, tapi jenguk2 lah keadaan bini dengan anak ok ke tidak.
For now, itu jelah kot aku boleh kongsi. ni nanti nak berjalan raya kot ada lagi yang tak kena kat mata, aku buat tips untuk next year pulak. hehehehehehehe
SELAMAT HARI RAYA KORANG....!!!
Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik
Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh
No comments:
Post a Comment