Friday, March 31, 2017

..::Dating with hero @ Superhero cafe Sunway Putra Mall::..

💜 ASSALAMUALAIKUM 💜


💙💜💛💚💙💜💛💚

LAST WEEK. CUTI SEKOLAH. JUMAAT.

Tak plan pun nak bawak si abang ni datang office mommy, tapi memikirkan dia takde aktiviti sangat kat tempat transit tu, kesian lah pulak. tepu gamak nya dia nanti. so bawak lah abang mika datang office teman mommy.

Jumaat kan lunch hour panjang, so bawak dia ke Sunway putra mall. dah berpusing merata tingkat, pow mommy famous amous 😑 teman mommy pegi SASA sebab tengah sale, pastu tak tau nak bawak dia makan kat mana 😂

Dya dengan angeline dah pi jalan dulu lah cari tempat makan, bawak kael ni kena pikir panjang, salah masuk kedai apa pun dia taknak telan. so bila tanya kael nak makan apa? dia jawab "aek nak makan tedai betmey..."

oklah... moh ler kiter.....


Suka sangat batman, beg sekolah yang dia sandang tu pun kepala batman tau 😂


Kopi Americano. sedap! pekat likat. segar je rasa.

 
Spaghetti olio. rasa dia so so je. tak repeat dah kot menu ni. tapi orang cakap burger kat sini sedap. next time lah pulak. kael tekak dia suka pasta, ikutkan dia lah ni, kalau tak memang aku order burger.

Chocolate. apa ntah nama nya. sedap to so so.. ahahaha. macam mana eh nak describe. ermmmm... serbuk cocoa + fresh milk. ha. gitu jela. ok lah kat tekak aku sebab aku memang suka fresh milk. hehe.

1st time aku berjalan shopping dengan kael berdua. tak memasal budak tu kena ikut mommy beli span bedak segala... yelah, masuk SASA lah kata.... dah sah2 syurga dunia perempuan. Walaupun.... me not so perempuan sangat...... bagi lah cannnnn 😝

Berjalan dengan kael, ok lah. tak susah sangat, tak banyak ragam, belikan makan yang dia suka pastu dia ikut jelah mommy dia ni... hehe. Besar dah abang mika, banyak dah yang mommy boleh harap kat dia. bab jaga adik memang mommy tak risau, nampak je adik buat bukan-bukan cepat je dia pegi tegur, angkat adik dia or amik barang yang bahaya dari adik dia...

I LOVE U ABANG MIKHAEL.
Buah cinta pertama mommy ayah. 💜


Settle serbe sedikit update cerita kael, bab Hanan??? ada ceritaaaa.... kepala lebam, koyak berdarah. 😅

nanti lah mommy cerita, anak mommy yang semetot cute ketot tu memang banyak akal. hehehehe


till then, bye 💋

No comments: