Wednesday, September 9, 2015

..::Rancangan minggu ini::..

Assalamualaikum

Tajuk dah macam rancangan Tv

Dan seperti biasa bila weekend otak aku mula meligat nak buat ape. tgk macam harini, belum weekend dah macam2 aku rancangkan. last week weekend kat rumah je. mirzal ade rumah hari ahad so buat spring cleaning. siap dia membasuh rumah. ye.. mirzal memang suka membasuh rumah. macam ala2 orang india kan? suka membasuh rumah... licin je lantai. bersih. nasib lah perabot kat rumah aku tu tak banyak dan tak mahal. takde la runsing sangat kena air. Basuh yang aku citer ni bukan ala kadar punye basuh tau, memang macam org pindah rumah tu dia membasuh. belecak habis. nasib lah aku ni pun memang suka actvt cenggini. kael pun enjoy je main air.


So, minggu ni weekend mirzal xde rumah, ade bola kat putrajaya. Mirzal ni boleh kata outdoor activity dengan dia berpisah tiada. sabtu lepas dia pegi Skytrex yang kat shah alam tu. gasak ko lah bang, janji jangan buat perangai pelik2. Janji bila time aku ajak berjalan dia ade then aku ok je. kalau bagi alasan penat haruslah aku menggaban. ahahahaha. eh. tak2. i is istri yang baik. *sila percaya*

Dan biasanya bile dia ade activity yang melibatkan masa lebih dari setengah hari dia akan drop aku dengan kael kat rumah mak aku. so that dia x risau makan minum aku. senang kan jaga bini?? ahahahaha, aku pun suka. kael klu kat rumah mak aku terkawal sikit pergerakan ia dan xde lah boring sangat. ade je org nak melayan. 

.

So weekend ni disebabkan jadual dia full sabtu dan ahad maka aku merancang untuk mendobi baju baby yang sebakul telah diasingkan itu. aku prefer mendobi kat rumah mak sebab mak rumah bawah, basuh sekali banyak boleh sekali sidai dan sekali kering. matahari pun cantik je kena baju. rumah aku tingkat 13, nak basuh kena berperingkat. so aku malas buat kerja banyak kali.. settle cuci dan kering boleh kemas beg hospital dah. next week dah 28w. memang dah elok untuk get ready beg hospital.





Errmmm.. ape lagi nak cerita?? 



tula.. macam sendu je life aku 2,3 menjak ni kan? berjalan tidak, nak makan2 jauh sekali. tekak masih lagi belum memberi kerjasama.




oh. ok, jujur cakap .. aku x sabar nak cuti 3 bulan...!!


**********************************************************
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: