Thursday, July 2, 2015

..::4th anniversary::..

🎈🎉ASSALAMUALAIKUM🎉🎈


Alhamdulillah... dah 4 tahun kita bersama... daripada kita tak punya apa2 sampailah Allah mencukupkan segalanya.. Susah kita, senang kita, tetap Allah izinkan kita bersama. kita tak mewah, namun tak juga papa kedana. Tapi, cukup lena tidur kita, cukup kenyang makan kita, cukup sempurna pakaian kita...


Tahun ini, kita masih bertiga. dengan buah cinta pertama. muhammad elman mikhael. andai di izin allah, hujung tahun ni ber-empat lah kita. doakan segalanya dipermudahkan, doakan kesenangan untuk kelahiran buah cinta kita yang kedua.


Ingat tak? kita tak sempat nak rasa berdua. Allah bagi rezeki anak sangat cepat untuk kita. Alhamdulillah. Kita tak sempat nak merasa honeymoon pon kan, sebab morning sickness menjadi teman setia. Terima kasih menjadi "pelayan" yang baik

Apepon.... Suami dan anak tetap menjadi yang nombor 1. biarlah ape pun dan macam mana pun... sebagai isteri tetaplah suami yang akan di dahulukan... sebab.. kunci syurga isteri ada pada suami dan anak..

Dear Mirzal, 
Ketahuilah... kalau bukan kerana abang sebagai suami... takkan org berada seperti ini, sebagai isteri, sebagai mommy malahan sebagai wanita yang lebih baik dari sebelum ini... Terima kasih atas setiap titik peluh untuk kehidupan kita seperti sekarang, terima kasih atas setiap korban dan penat lelah untuk memastikan keselesaan org dan anak(2). Moga allah memakbulkan setiap impian abg. moga allah akan berikan kesenangan dan kemudahan dalam apepun yang abg ingin capai. In shaa Allah. Moga Allah izinkan untuk kita bercinta dan bertemu semula didalam syurga. AMIN.

Selamat Ulangtahun Ke-4, Dan moga kita akan bahagia LEBIH dari 40 tahun yang mendatang. Amin.

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: