Wednesday, April 8, 2015

..::Perkembangan::..

Assalamualaikum

Sihat?? Aku alhamdulillah sihat.. kael sihat, Mirzal pon sihat.. 
Mak, bapak, keluarga adik beradik, Mertua dan Ipar duai pon sihat.. Alhamdulillah... 
Harap korang pon semuanya sihat.. in shaa allah 

Perkembangan?? kemain tajuk entry. tak boleh pikir nak letak tajuk ape dah. hehehe. Tapi mmg kalini nak menulis pasal perkembangan pon. Kembang pon x la kembang sangat tapi berisi la jugak dari sebelum ni dengan hashtag #bukan mengandung 


Muhammad Elman Mikhael, In shaa allah akan menginjak 3 tahun 16 april ni. Dah besar dah anak mommy. Dah bijak. bijak. bijak. Dia punya bijak kadang2 buat mommy jadi hijau 

So far, mikhael dah hampir berjaya potty train. boleh kata 90% pakai diaper pon time kat sekolah dgn time tido malam je kat rumah. memang dah banyak bijak nya untuk hal-hal dalam toilet ni. Tak payahlah aku cerita detail tp bab2 "berterabur" tu memang boleh ketawa sampai menangis siap dalam LIF pon pernah  Biasalah, sembang mak2 yg baru nak besarkan anak ni. benda2 musuk cenggini pon boleh jadi modal entry tu pasal aku warsing siap "bukan blog anak dara" dengan harapan tiada yg terkejut dengan entry sebegini. ahahahaha 

Lain-lain, mcm anak korang jugak. Dah hafal A-Z, 1-10. even aku selerakkan nombor2 tu dia boleh pick up huruf dan nombor mana yg aku cakap. Tapi Alif - Ya masih belum kenal. Asal aku pasang lagu Alif, Ba, Ta terus dia ckp :- 

kael : "Mi, ka.. aek nak acici" (mi, tukar, kael nak ABC) 
Mommy : ni mcm mana nak jadi Ustaz ni??? Alif, Ba, Ta pon suruh tukar.
Kael : hah?? ape?? Oooo.... ta... (oo..ustaz)

-Nampak sangat tak paham ape mommy cakap kan-
ahahahahahahaha :D

Perkembangan cukup baik. dah rajin menyanyi, rajin jugak tlg kemas mainan klu mood baik, rajin ikut ayah pegi masjid walaupon sebenarnye bila setiap kali balik mommy tanya :-

mommy : Kael pegi mana tadi?
kael : Aek gi ane ajid acik ada (kael pegi sana masjid acik azan)
mommy : wah... pandainya.. buat ape pegi masjid
kael : aek aen ane mi... (kael main sane mi)
mommy :  

Cerita lain?? Aku??
Hehehehehe. ok alhamdulillah. Life happy, workplace pon happy. kalau dulu pantang dapat interview mesti nak pegi. Tapi haritu jumaat dapat interview, aku bulat hati terus tolak. dah selesa dah kat sini (buat masa ni) In shaa allah akan datang siapa yang tahu kan.. So far, seronok  

Selected to be one of the netball player Jabatan untuk sukan Se-Malaysia pon dah cukup seronok. Sukan nya bulan 8. Dapatlah kenal orang, dapatlah kenal kawan baru, dapatlah kenal org luar dari unit sendiri. Ituponnnnn kalau tak mengandung. kalau tak?? bawak bola dalam perut la jawabnya.... hehehehe

SHAKLEE?? 
Alhamdulillah.... Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Bonus bulan ni adalah bonus yang terbanyak pernah aku dapat. Alhamdulillah.. Rezeki kita kan Allah pegang, tinggal kita nak usaha dan mintak je untuk dapatkan rezeki tu. Syukur Allah bagi

Mirzal??? Ok, kalau dia pulak mengalami penyusutan. bukan perkembangan. ahahahaha. Mirzal susut sikit dah badannye, perutnya, demam dan batuk teruk haritu pon dah kebah. Rezeki, alhamdulillah. tak putus untuk dia dan kami. Syukur, Business semakin ok, kewangan semakin baik. Syukur Alhamdulillah 

Oklah, itu je buat masa ni. sekadar rentetan dan rujukan di masa hadapan. Andai kata kami "tersungkur" satu hari nanti, moga entry ini dapat menjadi penguat semangat kami bahawa, Kami Pernah Diatas dan Redho lah jika Allah meletakkan kami dibawah

Pen off,
nak makan. bye 
Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: