Thursday, January 8, 2015

..::Erdawati Oh Erdawati::..

Assalamualaikum,

Fuh. sakit2 jantung kami laki bini minggu ni. Sungguh. Sakit segala organ dalaman dari kepala sampai hujung kaki. kael pun dapat tempias jugak

ERDAWATI

Seperti yg korang tau kami ade business Kereta Sewa .
Dan kes kehilangan/kecurian kereta kami sebenarnya lebih kepada DILARIKAN oleh customer iaitu penama seperti yg di atas. Atas nasihat polis kami cuma boleh war-war kan atas kehilangan untuk siasatan bukan atas kecurian.

ok. terus kepada cerita!

29 disember 2014
Al-kisah, Mirzal mcm biasa la sewakan kereta, kali ni yg pelik aku tak diberitahu utk dia pegi hantar kereta dgn kawan dia. Esoknya baru dia cakap kat aku yang dia bagi sewa, tapi dah dia baru perasan yang IC customer tu Permastautin Tetap (bukan warganegara) dengan bayaran sebanyak RM 160 sahaja dan tanpa deposit, tanpa gerento. Aku dah start la risau la jugak sebab gamble sangat ni.
aku cakap, takpe... kadang org kita lagi jahat dari org luar.. 
(muka mirzal mmg nampak risaunya)

30 Disember 2014
Mirzal call utk confirmkan dia hantar kereta esok sebab ade customer lain dah tunggu, dia angkat mcm biasa dengan ayat "alamak dik... akak kat temerloh ni... akak lupa nak cakap akak nak pakai sebulan.." Deng.....!!! Tepuk dahi laki bini. ok, xpelah.. mirzal suruh bank in dan mula lah sesi tawar menawar dan ayat yang buat kami curiga adalah :-

1. Alaaa dik.. bagilah murah2.. kereta ni kan dah habis bayar..
2. Boleh la bagi akak murah2.. kita tolong melayu sama melayu....
-ini ayat2 standard untuk ko tau org ikhlas ke tidak-

kemudian dia mintak no.account dan janji nak bank in hari sabtu pukul 8am. Ok, rilex lagi, tunggu. Pukul 8.00 pagi sabtu tak jugak bank-in. cool lagi siap pegi kelas kat HQ shaklee sampailah ke malam dia kata nak bank-in ISNIN pulak. Eh, melampau pulak ko ni kakak!
Balik dari kelas, singgah rumah dalam 15 minit je kot nak solat maghrib terus gerak ke Rawang ikut alamat bil api rumah dia kat Tasik Puteri. Dan ternyata.............. BIL itu ialah rumah yang KOSONG.
-ok kak, takpe. ko menang- moh ler kita balik. kael pun dah ngantuk-

5 Januari 2015
Dia kata nak bank in harini kan?? Sampai ke sudah takde, call taknak angkat, mesej reply ala kadar. kejap2 off Hp masuk voicemail. masa ni kalut mmg kalut. tapi dia asik cakap nak bank-in kalau dah penipu tu mmg penipu. kitorang dah gertak dengan report polis bagai tau tak. Tapi dia mmg dah biasa buat keje keji mcm ni ape dia heran.....

6 januari 2015
Aku take over, dengan Mirzal dia mmg tak makan saman dah, mmg kebal bak hang! Aku mesej baik2 pakai phone mirzal mintak dia angkat call dan bincang elok2. ok ,lega dia mau angkat dan aku kata aku owner kereta dan. itu income aku dan anak2, itu bukan kereta mirzal (tak pasal dapat dosa menipu) 
Dia tetap kata nak bank-in, dia kata aku nak pakai duit kan, dia bagi lah duit kat aku 
(ko ingat aku desperate sangat dengan duit ko kak. tampa kang). 

Dan aku terpaksa pancing dia dengan ayat :-
AKU : ok kak mcm ni lah... saya halalkan beberapa hari ni yg akak dah pakai, akak pulangkan kereta saya je dan saya takkan tuntut ape2 bayaran, atau pun kalau akak taknak jumpa saya akak tinggal jela kereta kat KTM

ko tau dia jawab ape?? 

PENIPU : OK akak tinggal jela kereta kat KTM jela ek, lagi senang, kunci akak letak kat tayar depan sebelah kanan 

SEEEE........!!!! Ko nampak tak betapa DAH BIASA nya dia buat kerja2 KEJI mcm ni....!

kesudahannya kami tetap x dapat kereta... kui3. Malam ni jugak aku ni baru digerakkan hati nak Google nama dia dan aku menulis begini ERDAWATI PENCURI KERETA SEWA dan mcm nak tecabut urat kentut bila tgk result kat google. kalau ko tak caya gi google. Nama dia TOP LISTED dalam seanrai PENCURI ko tau tak?!

Masa ni.............. tuhan je tau.
Aku dgn mirzal dah terdiam sekejap. tak sangka pulak yg kitorang kena deal dengan PENIPU dan PENCURI handalan Malaysia. hahahaha. 

Yang ni semua SMS dari aku. 
ko boleh tgk la berapa banyak yg aku bagi berapa pulak yg dia reply.
 


ni serba sedikit SMS janji2 busuk dia tu la. Ade berlambak lagi sebenarnya. tak daya aku nak screenshot segala. penat kot. hehehe

7 januari 2015
Mirzal Call mangsa2 yang pernah TERKENA dengan perempuan ni dan diorang cakap dia akan buat kereta kita macam mak bapak dia punya, biasanya kereta akan dapat balik dalam 2 minggu atau sebulan dan dia akan tinggalkan je kereta kita kat mana2 dia suka. Biasanya sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak dan Rawang.
Mirzal decide untuk buat police report yang betul2. Mesti pelik kan kenapa kitorang buat report lambat. 
(yang ini maklumat sulit, tak boleh reveal atas nasihat polis)
Pagi, mirzal pegi report kat Damansara Damai, Petang kitorang kena settlekan kat IPD Sg. Buloh, Maghrib baru kitorang sampai rumah. Kael sampai tido lah menunggu selesai urusan kat IPD. 

Tengahari mirzal gaduh dengan dia kat SMS sebab dah hilang sabar.. bukan mirzal je, aku pon... LOL :-


Yang ni semua dari aku ke dia:-
ko nampak tak tu? Dah aku maki kan sekali baru reti nak reply mesej.
Semua org pon sabar ade limit weyyyy... ha, tu dah habis sabar dah. tp kejap je. nak bagi dia bersuara je sebenarnye. keh3..

 
Ini Mirzal copy dari internet bagi kat dia, Terus reply marah2, siap CAPS LOCK lagi.
hahaha



Dan aku keep on pushing dia dari pukul 5 sampai lah pukul 7++ kot. setiap 2 minit aku hantar mesej suruh pulag kereta. Gasak lah ko, muntah baca mesej :p
Dan akhirnya....... USAHA YANG BERBALOI






Alhamdulillah... 
SMS yang terakhir dia tulis 
" Aku dah letak kereta ko. Amik sekarang"
Kwang hasam punya perempuan -,-

Mirzal mintak tolong si Romji, officemate dia dan jiran kami jugak. Pegi amik kereta.
Ko tau dia tinggal kereta kat mana??

SELAYANG MALL dengan KUNCI kereta dia campak BAWAH TAYAR BELAKANG

11 pm mirzal balik dalam keadaan senyum masa tu aku tgk dia tak tau nak syukur mcm mana lagi dah... tak terucap. Alhamdulillah semuanya selesai.Ini lah org kata kalau kita nak berhadapan dengan penipu, kita kena jadi Penipu. tak pasal2 kan... haadoiiii...

Ada banyak cara dan bentuk pertolongan, macam aku share info kehilangan, aku TERIMA KASIH kat semua yang war-war kan masalah kami. Mungkin jugak si beliau nampak apa yg korang kongsikan kat Wall masing2. Ikhtiar kami ialah try call dan mesej dia TANPA HENTI. Tak pernah give up walaupun ko tau ko takkan dapat contact dia pon.


TIPS kalau berhadapan dengan ape pun masalah yang melibat manusia :-

1. Mintak tolong dengan Allah
2. Solat Taubat
3. Solat Hajat
4. Solat Dhuha
5. Baca Yassin yg ni akak aku ajar sampai kat setiap ayat ade perkataan MUBIN, Ulang 7 kali
6. Doa pada sujud terakhir minta dilembutkan hati manusia berkenaan
7. Mintak dilembutkan hati kita untuk terima dan Redha dengan keadaan
8. BERSERAH sepenuhnya dengan Allah

Aku bukan nak riak, JAUH sekali. aku cuma berkongsi apa yang aku amalkan.
Sungguh. korang kena faham,
"Lagi banyak kita mintak tolong dengan orang, Lagi kurang yakin kita dengan ALLAH" "Takkan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah, Nyata" 
Allah gerakkan hati dia untuk memulangkan kereta kami.

Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada kami, dalam seminggu kami dah dapat balik kereta dalam keadaan yg baik. Tq untuk semua moral support terutama, family, in-law and ALL of u.

Syukur.

And Again..... :)

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: