Tuesday, January 20, 2015

..::Pengalaman bawa anak kecil naik train::..

Assalamualaikum

Lately jarang sangat2 kitorang tak keluar. ade je hal nya. kadang weekdays pon keluar malam jugak. Haritu sampai ke puchong. 12 tgh malam lebih baru sampai rumah. mengantok gaban. esok nye nak keje pulak.

Weekend baru ni sekali lagi bawak kael naik train,
Mirzal nak ke low yat survey camcorder untuk kegunaan office dia.
Aku ni menggedik jela nak follow, kali ni stroller sekali kitorang angkut :p

sekejapan awak dah tinggi. separuh dah dari mommy. 
ke mommy yg metot?? ok, x pyh nak bukak aib sendiri. haha

berjalan kali ni mommy lebih bersedia. muahaha.
Tapi kael jugak lebih tenang dan fokus. dia tau dia nak naik train jadi dia boleh tunggu. bukan mcm dulu, tau2 je ngamok sebab train nya xde depan mata. -,-'

Masa pegi, masuk je train dia enjoy kejap. adelah dlm 3 minit. pastu dia susun badan, letak kepala atas peha aku. belum sampai kepong sentral dia dah tido. APTB.

Housemate~~

Bawak stroller naik train bukan lah satu perkara yang mudah... Tapi... ia adalah tindakan yang banyak membantu kitorang jugak. Agak mencabar bila korang perlu bawak turun naik tangga kat area stesyen yg takde elevator atau escalator.

dah kata nak ke low yat kan? so kami amik monorail, yg mencabar na kat sini time weekend korang tau lah sesaaakkkk mcm mana nya monorail KL sentral - Jalan Imbi - Kl Sentral.. Fuh, sangat mencabar, dengan nak seberang2 ke low yat bagai tu. SCR 5 ni boleh tahan bulky. pengsan nak handle. kael rilex jela duduk dlm stroller. mak dgn apak nye ni ha pecah peluh dah :D

Kael mmg jenis budak suka duduk dalam stroller. senang bawak dia jalan. Lepas ke lowyatt ke Time square pulak. korang boleh bayang sendiri la kan mcm mana kitorang seberang2 jalan dengan stroller gabak gitu. hehe. Apepon... seronok, pengalaman baru buat kami jugak handle budak kecik ni jalan jauh naik public transport dengan org yg sumbat padat dalam train tu, jalan berpanas sekitar bukit bintang. bagus jugak untuk kami belajar berada dalam situasi yg pelbagai. lepas ni boleh cuba naik bas pulak :)

Facebook : kiddoganic

Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: