Friday, July 18, 2014

..::BeruntungNya Kita::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

sebelum update resepi semalam. 
meh nak update sikit cerita pasal tazkirah yg sangat best dan rasa sangat beruntung.

Alhamdulillah.. semalam di beri peluang mendengar tazkirah daripada Pencetus Ummah Fakrul. MasyaAllah.. umur baru 24 tahun tp pengetahuan dia mmg buat kita ni leka dengar talk dia. harini nak kupas sikit2 jela ek. semalam dia punya talk menyeluruh sangat so aku amik point2 penitng je ok??

Beruntungnya kita menjadi ummat Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Musa A.S merupakan nabi yang paling rapat dengan Allah. Sayang nya Allah s.w.t kepada Rasullallah s.a.w sehingga mendatangkan perasaan cemburu terhadap nabi musa a.s.

Nabi musa berkata kepada Allah.s.w.t 
"Di luh Mahfuz aku lihat ada golongan dimana mereka ingin berbuat baik tetapi mereka tidak melaksanakannya tetapi Allah kurniakan satu pahala kebaikan, Tetapi jika mereka melaksanakan kebaikan itu maka Engkau kurniakan 10 pahala kebaikan, Jadikan golongan itu umat ku Ya Allah"
Maka Allah menjawab : Itu umat nya Nabi Muhammad S.A.W


Nabi Musa berkata lagi
"Di luh mahfuz aku melihat terdapat golongan yang ingin melakukan kejahatan tetapi mereka tidak melakukan kejahatan tersebut tapi engkau kurniakan mereka 1 pahala kebaikan dan jika mereka melaksanakan kejahatan tersebut engkau kurniakan mereka pengampunan selagi mana mereka tidak menyempurnakan kejahatan itu dan jika mereka sempurna melaksanakan kejahatan itu engkau hanya menyatakan sebagai 1 kesalahan baginya, Jadikan golongan itu Umat ku Ya Allah.."
Maka Allah menjawab : Itu umat nya Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Musa berkata lagi
"Di luh mahfuz aku melihat golongan terakhir sekali Engkau panggil untuk di hisab tetapi mereka lah golongan pertama yang Engkau masukkan ke dalam syurga, Jadikan mereka umat aku Ya Allah..."
Maka Allah menjawab : Itu umat nya Nabi Muhammad S.A.W

Ya allah...betapa sayang nya Allah s.w.t terhadap Nabi Muhammad dan betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat rasulallah s.a.w. Tapi.... lihat semula ke dalam diri.. Bagaimanakan sayang kita terhadap Allah dan Rasulluallah s.a.w??

Wanita merupakan golongan yang paling banyak di neraka TETAPI yang paling mudah masuk ke Syurga Allah s.w.t.

1. Jaga Solat
2. Taat kepada ibu bapa
3. Jaga kehormatan diri, aurat dan sebagainya
4. Taat kepada suami yang sah

Allah akan membenarkan wanita itu untuk memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu. 
Allah.... Hebat nya kuasa Allah kan??

Semalam juga Ust. Fakhrul ada menyebut tentang Kemunculan Dajjal, Tanda-tanda kiamat dan juga Fenomena matahari akan terbit dari barat pada tahun 2015 menurut kajian Nasa yang mana mereka beranggapan bahawa itu adalah Fenomena Alam yang biasa tetapi bagi kita ummat Islam... Bersediakan kita??

Tragedi MH17 dah membuat kan aku menggigil, sebak dan takut yang sangat2. 
Aku bukan sesiapa, 
Aku tak punya apa2.. 
Ye, Bumi ini sudah tua.. 
Seolah kita semua terpanggil untuk kepangkuan yang Maha Esa..
Tapi.... Adakah kita diterima oleh-Nya??

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments: